23 March, 2016

AGENDA JAHAT BURUKKAN PEMIMPIN DAN JATUHKAN KERAJAAN

Dimanakah etika seorang jurugambar berita
yang memilih 'sudut' sebegini dan dengan niat buruk. 
Kita tahu dan kenal siapa dia cuma biarkan didalam dosanya


Kebelakangan ini, ada kalangan media arus perdana kelihatan sebagai memimpin serangan terhadap Negeri Pahang. Berbagai-bagai tohmahan dan serangan ditujukan kepada Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Pahang dengan tujuan memburukkan. Bukan hanya media arus perdana sahaja, bahkan beberapa buah NGO juga turut menggunakan media sosial bagi mencapai tujuan sama.

Sebelum PRU 12 lalu, media 'membelasah' segala yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor dari sebesar-besarnya hinggalah sekecil-kecil isu dan akhirnya Kerajaan BN tumbang di Negeri Selangor. Media arus perdana juga turut berdiam diri selepas itu mungkin juga kerana sudah berpuas hati dapat melaksanakan tugas mereka, namun apakah masalah dan keluhan yang dihadapi rakyat sudah selesai?

Jawapannya sudah tentulah tidak. Malah permasalah rakyat semakin bertambah, cuma media arus perdana yang suatu waktu dulu 'menghentam' kerajaan sudah mendiamkan diri dan seakan tidak melihat apa yang berlaku. Media jadi alat yang kononnya untuk mengubah dunia, namun yang kita bimbangkan adalah bukan berubah dari keadaan yang baik kepada yang lebih baik, tetapi dari keadaan yang baik kepada yang lebih buruk.

Bukan semua perubahan itu membawa kepada kebaikan dan jangan hanya ingin berubah semata-mata dengan tujuan untuk berubah tanpa menghitung kepada kebaikan dan keburukkannya.

Lihat perubahan di Iraq... di Mesir dan di Syria. Di Iraq terutamanya, kehidupan mereka lebih buruk dan bernasib lebih malang dari semasa di era Saddam. Apakah jaminan bahawa di Malaysia juga akan mampu menjanjikan kehidupan yang lebih baik dan sempurna apabila berlaku perubahan politik sebagaimana yang diingini sesetengah pihak? Tidakkah kemungkinan kita akan bernasib malang sebagaimana di Iraq dan Mesir itu lebih tinggi berdasarkan iklim politik negara sekarang ini?

Lihatlah kepada negeri-negeri dibawah pentadbiran parti pembangkang, mereka tidak secemerlang manapun bahkan mereka juga melakukan apa yang mereka selalu bantah semasa kerajaan dikuasai Barisan Nasional. Hakikatnya, sama saja dan mereka cuma pandai bercakap namun perlaksanaannya sungguh mengecewakan.

Ketika banjir besar akibat fenomena alam luar biasa tahun lalu, Kerajaan Pahang dan Menteri Besar disalahkan konon berlakunya banjir besar akibat pembalakan. Kini, negara sedang menghadapi kemarau luar biasa juga akibat fenomena alam dan kesan dari El-Nino dan Kerajaan Pahang juga dituding jari kononnya segalanya berlaku kerana kesalahan Kerajaan Negeri.

Apakah mereka sudah lupa bahawa Allah maha berkuasa dan mampu mengubah sesuatu semahuNya? Apakah banjir dan kemarau yang berlaku disebabkan Menteri Besar dan bukan dengan kehendak dan kekuasaan Allah?

Sebuah 'stesen TV swasta' dan sebuah 'akhbar tempatan' dilihat sangat kritis dalam soal-soal berkaitan Kerajaan Negeri Pahang. Isu pembalakan dan alam sekitar selalu dijadikan alasan. Tidak lama dulu, sebuah 'jalan ladang' yang menghubungkan sebuah ladang sawit telah dirujuk sebagai akibat berlakunya pembalakan yang mencemarkan sungai. Soalnya kenapa mereka harus melakukan penipuan sedemikian? Apakah ada bezanya diantara melakukan perkara benar dengan alasan salah atau melakukan perkara yang salah dengan alasan benar?

Atas nama mempejuangkan alam sekitar, pejuang kebebasan dan hak bersuara masyarakat, semua pihak bersuara dengan lantang namun tidak ramai yang tahu apa yang berlaku disebaliknya selepas itu. Ada yang memimpin bantahan kepada pembalak dan pembalakan namun setelah itu mampu tersenyum sendirian. Tidak kiralah siapa mereka.. sama ada profesor atau wartawan dan bekas wartawan.. mereka masih tetap juga seorang manusia.. yang ada keinginannya sendiri dan keperluan yang ingin dipenuhi.

Sebagaimana kita dapat melihat dan mencari keburukkan seseorang, sedemikian juga orang lain dapat melihat dan mencari keburukan kita. Sejauh mana kebenaran dakwaan dalam isu pembalakan di Ulu Tembeling? Bagaimana dakwaan pembalakan di pinggir lebuhraya di Bentong? Mana kebenarannya dalam isu pengabaian di Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom?

 Terjemahan surah al-Nisa’ ayat 83:
 Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)

 Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim:
 Sesungguhnya akan terjadi fitnah, orang yang duduk (diam) adalah lebih baik daripada yang berdiri. Orang yang berdiri adalah lebih baik daripada orang yang berjalan. Dan orang yang berjalan adalah lebih baik daripada orang yang berlari. 


Klik: Fitnah berleluasa di akhir zaman.


Malaysiakini:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...