30 November, 2012

MURSYIDUL AM: SEMUA SALAH UMNO




1. Pihak pembangkang memang hebat dalam menanam persepsi dihati rakyat. Segala kesalahan dipertanggungjawabkan kepada UMNO BN dan Kerajaan. Namun dalam masa sama, jika terdapat apa-apa yang memungkinkan rakyat menghargai maka mereka terus mendabik dada merekalah yang melakukannya. Sehinggakan ada yang tanpa rasa malu dan bersalah sanggup mengedarkan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia yang diberikan Kerajaan kononnya merekalah yang mengusahakannya.

2. Pernahkan sekali pihak pembangkang memuji apa-apa kebaikan yang Kerajaan telah lakukan selama ini? Apakah dalam masa lebih dari 50 tahun tidak ada satupun kebaikan yang Kerajaan lakukan? Malangnya kebanyakan dari mereka membesar hasil usaha keras Kerajaan namun sudah melupakannya. Ditambah pula dengan hasutan pembangkang yang menyatakan tidak perlu berterima kasih kepada sebarang usaha yang Kerajaan berikan.

3. Yang banyak lebih jauh menyimpang adalah parti Pas yang sewenang-wenangnya beranggapan bahawa hanya mereka sahaja yang berhak jadi umat Islam, selain dari Pas dianggap bukan Islam dan kafir. Jika sesuatu dilakukan oleh UMNO maka mereka menghukumnya sebagai haram tetapi apabila mereka melakukan perkara sama maka mereka menghalalkan. Halal dan haram memang sudah menjadi senjata mereka selama ini. Memang haramjadah puak-puak yang permainkan agama ini!

4. Klip video diatas mendedahkan bagaimana pihak pembangkang menanamkan persepsi kepada rakyat bahawa UMNO itu buruk dan membawa keburukan dengan memfitnah serta melonggokkan segala kesalahan kepada UMNO. Hayatinya dan bukakan fikiran dengan luas serta jangan taksub kerana Pas itu bukan agama dan Islam itu bukan Pas.

5. Bila pula Cekgu Bard bersama Topeng Perak, Yob Tulalang Sekah serta Nurislah akan tubuhkan CIBAI? Aspan Alias dan Suck-mongkol pun boleh join sekali.

27 November, 2012

BILA HARIMAU MENYIMPAN KUKU @NajibRazak

Aspan Alias bersama......??


1. Saya membaca blog Aspan Alias yang menawarkan diri untuk berdebat dengan DS Najib sekiranya DS Najib 'takut' untuk berdebat dengan Anu arr (Klik Sini)

2. Tentu itu tidak menghairankan kerana sebelum inipun Hj Hadi juga menyatakan keinginan bertanding di Parlimen Pekan untuk berhadapan dengan DS Najib.

3. Bahkan blogger 'Suck-Mangkok' (Klik Sini) yang pernah satu ketika duduk 'dicelah ketiak' DS Najib juga sering mencabar serta mencercanya sejak akhir-akhir ini sama ada dalam blog maupun dalam ceramah-ceramah beliau.

4. Sama ada Anu arr, Sakmongkol atau Aspan Alias, kenapa hanya selepas terbuang dan tidak lagi berada didalam UMNO baru nampak buruknya UMNO? Kenapa tidak memperbaikinya ketika masih berkuasa dan berada didalam UMNO? Yang nyata mereka ini adalah dari jenis musang yang berkata anggur itu masam hanya setelah tidak dapat memiliki anggur berkenaan. Watak orang-orang gagal dan kecewa.

5. DS Najib adalah pemimpin nombor satu negara. Usahkan dapat berdebat atau bertanding dalam PRU dengannya, dapat mencerca beliau dibelakangnya didalam ceramah-ceramahpun sudah cukup membanggakan. Bahkan jika dapat diherdik dan dijerkah oleh DS Najib juga akan memberikan saham kepada musuh-musuhnya.

6. Sebagaimana bahagianya 'anjing-anjing' yang menyalak bukit pada malam hari ketika bulan penuh meskipun mereka tahu bahawa bukit itu tak akan runtuh bahkan tidak juga akan bergegar sedikitpun.

7. Bila harimau menyimpan kuku, tikuspun berani berlari-lari dan menyamar jadi kucing.

8. Mungkin juga DS Najib tidak akan sesekali menyahut dan melayan cabaran Aspan Alias untuk berdebat. Namun bagaimana kalau 'orang ini' pula mencabar Aspan Alias untuk berdebat?






26 November, 2012

PEMIMPIN UMNO BN MESTI BERTANGGUNGJAWAB

Inikah rupa panji-panji perjuangan kita?


1. Dah jenuh DS Najib membakar semangat rakyat dalam usaha memimpin mereka kembali kedalam Barisan seterusnya memberikan sokongan kepada Kerajaan. Terkini beliau menyampaikan amanatnya dalam satu program Himpunan Barisan 1Malaysia yang mengumpulkan lebih 5 ribu wakil dari lebih 1 ribu NGO.

2. Sebelumnya juga sudah beberapa kali DS Najib berusaha merapatkan saf, termasuk pengamal media sosial yang antara penyumbang kepada kekuatan dan keutuhan kerajaan. (Klik Sini) 

3. Memang ada sebahagian dari wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua bahagian yang sudah sedar dan peka terhadap peranan media sosial menjelang PRU akan datang. Dalam masa sama mereka juga sedar tentang persepsi yang dimainkan oleh pembangkang bagi mencalarkan imej UMNO, BN dan Kerajaan. Segala kesalahan dan kelemahan akan dilonggokkan kepada UMNO BN. (Klik Sini) 

4. Beberapa kali saya melalui pekan Kuala Krau (sebagai salah satu contoh) (juga berlaku dibeberapa daerah lain). Bendera PKR (dan Pakatan) berkibaran dimerata-rata seakan PKR sudah menawan Kuala Krau, demikian persepsi yang pasti kita buat jika melihat kepada jumlah bendera-bendera yang berkibar itu. Rupanya masih ada Ketua Bahagian atau Ahli Parlimen yang tidak peka kepada keadaan demikian.

5. Selain itu saya juga melihat dibeberapa kawasan, walaupun memang ada bendera UMNO dan Barisan Nasional yang dikibarkan ditepi-tepi jalan, namun bendera tersebut dalam keadaan yang sangat daif dan koyak rabak. Mungkin seluar dalam yang baru dan bersih lebih nampak elok dikibarkan berbanding bendera yang koyak dan lusuh. Tiada siapakah yang peka kepada gambaran demikian? Andaikata kita tidak mampu menggantikan bendera berkenaan kepada yang lebih baik, elok saja turunkanlah kerana itu akan lebih membahagiakan mata yang memandang.

6. Menjelang PRU13 ini, UMNO BN mestilah dilihat bertenaga, segar dan gagah perkasa. Jika apa yang kita lihat dimata kitapun sudah nampak lesu dan layu, tidak mustahil rakyat juga akan hilang keyakinan dan mengalihkan sokongan mereka. Diharap kepada semua pemimpin yang masih lena itu supaya bangunlah dari tidur dan mimpi jika mereka enggan terus tertidur panjang dalam mimpi yang menakutkan.

7. Justeru, dimana ada berkibar bendera pembangkang pastikan juga ada berkibar bendera UMNO BN dan dalam jumlah yang lebih banyak serta dalam keadaan yang baik, baru, bersih dan berdiri tegak. Pasti ahli-ahli UMNO BN dan rakyat yang melihatnya juga akan turut kagum dan berbangga kerana mereka pasti bahawa selama ini; Pas parti penabur fitnah, PKR parti penabur janji, DAP parti penabur rasa benci, hanya UMNO dan BN parti yang menabur budi.

25 November, 2012

HIMPUNAN BARISAN 1MALAYSIA - MENGHALANG PETUALANG MENJULANG PEJUANG

 Sebahagian peserta yang hadir

Bersemangat menyanyi dan mengibarkan bendera Negara

Hadirin dari kaum Melayu dan India duduk bersama

 Rakan petugas media

PM sedang berucap

Rakan jurufoto


1. Menghadiri program Himpunan Barisan 1Malaysia yang dianjur dan dihadiri oleh NGO pada Sabtu lalu sungguh membanggakan. Pertamanya kerana dihadiri oleh lebih 1000 wakil-wakil NGO. Kedua kerana dihadiri oleh berbagai kaum. Ketiganya kerana penceramah dan pembentang adalah terdiri dari tokoh-tokoh akademik yang berwibawa. (Baca Sini)  Keempat kerana ianya berlaku dalam suasana tenang dan santai serta penuh dengan gelak ketawa dicuit oleh penceramah dan moderator, terutama mengenai rambut....oleh Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian (yang tidak berambut) dan Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah (yang kekurangan rambut).

2. Saya percaya tujuan program diadakan adalah untuk merapatkan barisan serta menjelaskan isu-isu semasa dan yang tersembunyi menjelang PRU13 yang tidak lama lagi. Sokongan lebih 1000 NGO terhadap kerajaan memang tidak dapat dinafikan dan tidak berbelah bagi memandangkan kehadiran mereka adalah secara sukarela dengan hati yang tulus ikhlas.

3. Berbeza dengan apa yang dilakukan oleh pihak pembangkang pada hari sama iaitu mengadakan tunjuk perasaan jalanan 'Kempen Hijau'nya dengan memberi upah kepada para pendemonstrasi yang menjalankan kerja tunjuk perasaan secara bersiri. Mungkin wajar mereka ini dikesan dan cukai pendapatan juga dikenakan terhadap mereka sebagai  pendemo cari makan.

4. Saya duduk dibarisan yang sama aras dan berhadapan dengan pentas khas. Namun nampaknya itu adalah lokasi yang popular kepada petugas media dimana terdapat ramai jurukamera dan penulis berita. Sebelah kira saya adalah lelaki seorang berbangsa Cina yang sangat bersemangat ketika menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu 1Malaysia. Dia seorang patriotik yang saya banggakan.

5. Dr Chandra Muzaffar berceramah dengan lebih serius. Berbicara isu 'Masa Depan Sosio Ekonomi Negara'. Beliau dengan mengingatkan bahawa dalam perluasan pengaruh kuasa besar, kuasa besar barat sedang berusaha menguasai negara kita dan rantau ini melalui 'orang tertentu'. Ini konon kerana mengimbangi pangaruh negara China. 'Orang tertentu' itulah yang sedang menghuru-harakan negara kita dengan perancangan-perancangannya termasuk beberapa siri rusuhan jalanan.

6. Ini tidak menghairankan kerana beliau dan kroninya, selain 'merompak' harta negara semasa berkuasa, juga mendapat sumbangan dana asing secara rahsia. Kerana itulah beliau sanggup membiayai sibertropper upahan yang tugasnya mencacai memburukkan negara dan pemimpin negara dengan pelbagai fitnah yang tidak tercapai akal kita yang waras.

7. Mujur, sejak akhir-akhir ini segala penipuan dan perancangan buruk itu sudah dapat dihidu oleh rakyat. Rakyat sudah sedar dan insaf serta kesal dengan apa yang berlaku dalam PRU12 lalu. Rakyat yang mewakili beberapa NGO yang hadir dalam Himpunan Barisan 1Malaysia ini bertekad tidak akan membiarkan kesilapan dalam PRU12 berulang. Rakyat bertekad tidak akan membiarkan 'patualang menyamar menjadi pejuang'.

8. Seperti biasa, acara majlis dimulakan dengan doa. Namun doa ini bukanlah doa memohon Allah mencelakakan orang lain. Sepanjang acara majlis juga tidak ada sebarang usaha mencela dan memudharatkan mana-mana pihak, kaum serta kelompok lain. Kami datang dengan hati yang bersih dan lapan dan kami pulang dengan hati yang lebih bersih dan lapang.

(Klik baca dan tonton video ucapan PM)

24 November, 2012

PAS ITU MUNAFIK....




1. Pas konon memperjuangkan Islam tetapi sebenarnya mereka tidak. Mereka biarkan Islam dipermainkan dan bila kafir kononnya menterjemah ayat Al-Quran maka pengikutnya yang bebal itupun bertepuk tangan dan menampakkan kebodohannya dimata kaum kafir.

2. Sedarlah bahawa melaksanakan Hudud dan memperjuangkan negara Islam bukanlah agenda utama Pas yang diusahakan secara bersungguh-sungguh. Hayatilah klip video diatas berkali-kali untuk melihat kebenaran yang disembunyikan selama ini.

3. Ketika Nizar mempersendakan agama Islam, kaum kafir harbi dalam DAP ketawa mempersendakan agama kita.

4. UMNO sudah mengangkat martabat Islam dan membangunkan Islam dalam senyap dan berhati-hati dan buktinya dengan pembinaan banyak mesjid dan surau-surau diseluruh negara serta bantuan kewangan yang besar disalurkan untuk aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pengembangan agama Islam

3. Kafirkah UMNO apabila ahli-ahli dan para pemimpinnya masih lagi bersolat dan mengamalkan tuntutan agama? Kafirkan UMNO apabila kerajaan yang dipimpin masih mengangkat martabat agama dan menjunjung syiar Islam? Dalam masa 20 tahun Pas Kelantan hanya mampu membina 2 buah masjid (Klik Sini) Tidak masuk bab tak mampu uruskan air bersih untuk rakyat Kelantan dan keperluan pembangunan dan ekonomi negeri.

4. Konon nak bina Lebuhraya Rakyat dan Keretapi Laju Kelantan, akhirnya senyap begitu saja.Rakyat Kelantan juga yang tertipu dulu, kini dan selamanya selagi Pas memerintah. (Baca Sini) Yang penting adalah mengumulkan sumbangan yang akhirnya akan digunakan untuk keperluan PRU akan datang. Kalau rakyat Kelantan tak faham juga, memanglah mereka itu 'bengong' habis!



23 November, 2012

SEBELUM PANGKAH PAS, TONTON VIDEO INI DAHULU...


 
 Sila tonton dan hayati dan bersihkan hati kita semoga mendapat hidayat dan menlihat kebenaran!


1. Seorang pembaca membuat komen dalam posting saya terdahulu meminta saya menulis mengenai politik Jerantut. Kebetulan pula seorang sahabat (saya namakan Awang Straw) memohon saya siarkan dan menulis mengenai video klip diatas. Sebenarnya klip itu sudah saya tonton lama dahulu, tapi kerana permintaannya maka saya lakukan juga.

2. Yang berucap dan permainkan ayat Quran itu satu hal, memang sahlah dia kafir harbi dan musuh yang nyata, namun yang bertempik sorak dan menyahut seruan takbir itu adalah satu hal lain. Demikianlah pengikut-pengikut pas yang taksub. Pada  mereka setiap yang berbunyi arab itu Islam dan setiap ayat yang diucapkan walaupun tidak betul mereka akan mengkaguminya.

3. Didalam politik UMNO, UMNO dan Islamlah pemimpinnya dan kaum-kaum lain serta agama lain adalah pengikut namun dalam politik Pas, mereka rela mengangkat kafir harbi dan menjadi mereka itu pemimpin mereka.

4. Konon Pas ingin mendakwahkan DAP namun sekarang ini siapa yang mendakwahkan siapa dan siapa yang jadi pemimpin siapa? Jika agama juga sanggup Pas gadaikan kerana ingin berkongsi sedikit kuasa politik dengan ikhsan DAP, apakah maknanya kepada perjuangan Islam kita?

5. Sahabat saya, Awang Straw itu dulunya adalah pengikut Pas tegar namun sekarang ini beliau sudah berubah dan melihat cahaya kebenaran. Beliau dan sahabat-sahabatnya di DUN Tahan akan berubah dan bertukar kepada menyokong BN dalam PRU akan datang. Katanya, dia benci Pas dan tidak ada tempat bagi Pas di DUN Tahan dalam PRU13 nanti.



SELEPAS CERAMAH MAKI HAMUN DAN MENGKAFIRKAN KINI PAS JADIKAN DOA AGENDA POLITIK MURAHAN




1. Pas makin sesat, tak cukup dengan ceramah memfitnah dan memaki hamun mereka pakat ramai-ramai berdoa pula. Nk Aziz doakan pecah perut DS Najib tapi Allah tidak makbulkan yang pecah adalah rahsia dan cerita beliau di taja oleh sebuah syarikat untuk tunaikan haji yang merupakan rasuah oppsss!....Pas panggil ini hadiah, ( tapi kalau UMNO baru digelar rasuah).

2. Pakej haji RM65K seorang tu dibayar oleh sebuah syarikat. Jika tidak mendapat apa-apa faedah apakah syarikat berkenaan nak bayar? Jikalau Nik Aziz bukan MB Kelantan sebaliknya hanya seorang tok siak atau bilal atau tok mudim di kampong apakan syarikat berkenaan akan menaja beliau dengan pakej RM65K seorang? (Baca Sini)  dan  (Sini)

3. Video klip diatas menunjukkan ahli Pas mengajak penyokongnya berdoa untuk kemusnahan UMNO BN pada PRK DUN Tenang, Labis tempoh hari. Namun doa Pas itu tidak juga dimakbulkan Allah dan Calon Pas kalah teruk.

4. Terbaru, Pas sekali lagi berdoa untuk kemusnahan UMNO dalam PRU13 nanti. Yang kita kesalkan adalah kenapa doa dan agama dibawa kedalam politik? Alangkah lebih baik dikala Pas mendoakan kemunahan UMNO yang sesama sebangsa dan seagama mereka mendoakan kemunahan Israel dan yahudi yang membunuh saudara seagama kita di Palestin? Allah lebih mengetahui apa ada dalam hati para pemimpin Pas justeru kerana itulah doa-doa buruk mereka tidak Allah tunaikan.

5. Zalim sangatkah apabila kerajaan BN memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500.00 untuk sekeluarga yang mana ahli-ahli Pas juga terlebih dahulu dan terawal berbaris dihadapan untuk menerimanya? Bahkan selepas ini bantuan BR1M 2.0 akan diberikan lagi, zalimkah? Zalimkah apabila para pelajar yang mana termasuk anak-anak orang Pas juga menerima bantuan voucher Bantuan Buku 1Malaysia yang membantu mengurangkan bebanan keluarga? Banyak lagi yang kerajaan telah lakukan termasuk kepada warga FELDA juga, zalimkah itu?

6. Yang zalim adalah para pemimpin Pas yang pergunakan agama untuk kepentingan politik. Yang zalim adalah penyokong dan pengundi Pas yang mengutuk kerajaan tetapi dalam masa sama menerima bantuan yang kerajaan berikan. Yang zalim adalah 'anjing' yang tersepit yang dilepaskan tetapi mengigit tangan orang yang melepaskannya. Yang zalim dan kafir adalah mereka yang mengkafirkan saudara sesama Islam hanya kerana perbezaan ideologi politik sempit mererka sendiri. Bukti Pas itu munafik (Klik Sini).

7. Semoga Allah menterbalikkan doa kezaliman mereka itu kepada mereka sendiri kerana Allah yang lebih mengetahui siapa yang benar dan siapa yang berdusta. Mujur rakyat Jerantut terutama anak-anak mudanya  lebih bijak dan menolak pembangkang yang hanya mahir bermain lidah namun menyimpan tangannya. Jika doa Allah semudah itu untuk dimakbulkan, dah lama negara Israel tidak wujud didunia ini.

Bacaan Tambahan: (Klik Sini)

22 November, 2012

HARAPAN PAS JERANTUT YANG SEMAKIN GELAP

Banner yang tiba-tiba ada dan tiba-tiba saja hilang...ekekekeke!


1. Seorang pembaca memberi komen pada posting saya yang lalu begini;   Anonymous Anonymous said...

Pemimpin PAS bongok. Nak jatuhkan UMNO, tp takde plan nak buat apa lepas tu. Apa plan kalau BN tumbang? Depa kata, 'lepas tumbang baru kita bincang nak buat apa'.. ???!! Start nilah aku terus tak sokong PAS. Soooo stupid... Aku undi BN.

November 22, 2012 2:03 AM
 Delete  
2. Memang itulah antara penyebab mengapa sebilangan besar anak-anak muda tidak dapat menerima perjuangan Pas. Selain itu, sejak akhir-akhir ini Pas memang nampak bersungguh-sungguh mempergunakan Islam untuk kepentingan politik namun dalam masa sama dilihat gagal memperjuangkan hukum Islam itu sendiri. Yang jelas, hudud dan segala yang berkaitan dengan Islam hanyalah slogan semata-mata dan ini diperakui sendiri oleh Nik Aziz.

3. Apabila Pas menolak hudud dan membangunkan Islam sebagai asas perjuangannya, dan memperjuangkan slogan negara berkebajikan yang sudah diusahakan oleh UMNO sekian lama maka kita sudah nampak bahawa Pas yang dulunya kuat perjuangkan Islam kini sudah jadi sekular.

4.  Pas yang dulunya menentang keras kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC dan melebelkan UMNO kafir kini sudah lebih teruk bila berada bersama DAP yang sah dan nyata kafir yang menentang Islam. Dalam kedudukan UMNO dengan parti-parti komponen lainnya, UMNO adalah ketua dan pemerintah tetapi Pas adalah satu parti kecil yang diperintah oleh parti lain termasuklah DAP.

5. Jika perjuangan Pas sama dengan apa yang sedang diperjuangkan oleh UMNO selama ini, untuk apa kita perlua berubah kepada sesuatu yang masih belum pasti? Apakah pentadbiran Pas dan Pakatan akan lebih baik dari UMNO dan BN?

6.  Jikalau Pas boleh berkerjasama dengan DAP dan PKR, kenapa tidak bersatu dengan UMNO dan membina satu parti Melayu dan Islam yang dominan yang mampu melaksanakan apa saja perjuangan Islam yang diinginkan selama ini.

7. Hakikatnya adalah pemimpin Pas hanya ingin pastikan mereka mendapat kuasa politik dan jawatan dalam kerajaan, perjuangan atas nama Islam sebenarnya tidak penting bagi mereka kerana itulah ketika ini mereka sudah berebut-rebut dan mebahagi-bahagikan kerusi untuk dipertandingkan dalam PRU13 nanti. Masing-masing ingin bergelar YB, itu saja. Perjuangan Islam dan perjuangan untuk rakuay hanyalah slogan semata-mata sepertimana yang diperakui oleh Nik Aziz.

8. Jadi untuk apa lagi kita menyokong Pas? Adakah dengan hanya memberikan sokongan kepada Pas maka jalanraya Jerantut - Benta akan mereka bina dengan serta merta? Mungkin kerana sedar penipuan mereka itu tidak disenangi rakyat dan pengundi Jerantut kerana itu banner diatas diperturunkan sertamerta dan tidak lagi kelihatan.

9. Perjuangan Pas adalah satu penipuan yang nyata. Ramai rakyat terutama anak-anak mudah sudah sedar dan menolaknya. Tidak perlu kita beri peluang dan harapan kepada Tuan Ibrahim dan Dr. Hamzah kerana ianya tidak akan dapat mengubah apa-apa nanti.

10. Khabarnya baru-baru ini ada lebih kurang 50 orang ahli muda Pas bertindak keluar parti secara senyap kerana sudah hilang percaya terhadap perjuangan Pas yang semakin keliru dan mengelirukan, anda bila lagi?

20 November, 2012

TUAN IBRAHIM DIBELASAH HASSAN ALI




1. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang sudah lama menanam impian untuk jadi calon Parlimen Jerantut, namun atas beberapa sebab ianya masih disimpan didalam hati. Namun kebelakangan ini usaha itu nampaknya meriah kembali, mungkin kerana ura-ura bahawa YBM Tan Sri Tengku Azlan tidak ingin bertanding lagi.

2. Untuk seketika sebuah banner dinaikkan di Jalan Jerantut - Benta, kononnya Pas dan Pakatan Rakyat beredia menjayakan projek jalanraya yang terbengkalai jika dipilih dalam PRU13 nanti. Gimik 'kurang cerdik' ini tentunya tidak disukai ramai rakyat yang tidak suka diperbodohkan. Mungkin kerana itu jugalah banner berkenaan tidak kekal lama dan diturunkan semula.

3. Di Jerantut khabar terkini ada lebih kurang 50 orang ahli muda Pas bertindak keluar parti kerana hilang percaya kepada parti yang sejak kebelakangan ini bertindak terlalu aggresif sehingga sanggup menganjurkan doa kemusnahan sesama Islam.

4. Hakikatnya Dato' Tuan Ibrahim bukanlah calon yang dikehendaki di Jerantut bahkan dia juga kurang berwibawa diperingkat negeri. Namun selama ini ahli-ahli hanya mengambil sikap berdiam diri kerana masih ada rasa hormat terhadap beliau.

5. Sedikit demi sedikit rahsia peribadi dan perilaku beliau terbongkar, terkini Datuk Dr. Hassan Ali dalam ceramahnya membelasah sikap hipokrit Dato' Tuan Ibrahim. Ahli Pas yang sedar dan celik mata sudah mengambil sikap positif dengan dalam senyap keluar meninggalkan parti.

6. Nampaknya sudah tidak ada lagi tempat untuk orang yang menggunakan Islam bagi kepentingan peribadi dan parti. Anak-anak muda yang sudah semakin celik politik dan lebih sayangi Islam dari parti politik yang hidup diatas nama perjuangan Islam namun gagal melakukannya bersungguh-sungguh.

ANU ARR, NIK AZIZ DITAMPAR...



1. Semakin hari negara semakin mendapat pengiktirafan dunia. Indeks Kemakmuran mencatat Malaysia berada ditangga Ke-43/110 (Baca Sini). Manakala Indeks Kebahagiaan mencatat Malaysia berada di tangga Ke-2 selepas Singapura dikalangan negara-negara di Asia Tenggara. (Baca Sini) dan (Sini).

2. Ini membuktikan bahawa agenda transformasi negara telah berjaya mengangkat martabat negara ketahap yang sepatutnya dan dapat dibanggakan oleh semua rakyat. (Baca Sini). Justeru semua rakyat sepatut berpuas hati dan bersyukur dengan keupayaan kerajaan dan pencapaian berkenaan.

3. Mencatat sebagai negara Ke-8 paling bahagia dari 100 negara di dunia sungguh membanggakan. (Baca Sini) Mungkin ada sedikit kelemahan disana-sini, namun kita percaya bahawa ianya akan dapat diatasi dan diperbaiki nanti.

4. Yang tidak merasa bangga dan bahagia dengan berita berkenaan hanyalah mereka yang menyimpan hasad dengki dan iri hati terhadap kejayaan yang dicapai oleh negara dibawah kerajaan BN. Mereka itu adalah orang yang kelihatan seperti Anu arr tetapi bukan Anu arr serta Ularmak Politik Nik Aziz.

5. Laporan Indeks Kebahagiaan itu memberikan tamparan hebat kemuka Anu arr dan Nik Aziz yang selama ini sangat bersusah hati pada pencapaian yang DS Najib selaku Perdana Menteri. Mereka tidak bahagia dan dilanda kemurungan. Mereka adalah sebahagian dari 1/9 daripada rakyat Malaysia yang hadapi Sakit Mental (Klik). Justeru wajar sangatlah mereka ditempatkan di Hospital Bahagia bagi mengembalikan kebahagiaan dihati mereka. Marilah semua rakyat Malaysia berdoa agar seketul daging yang ada didalam tubuh-tubuh mereka itu menjadi lebih bersih dan perbuatan mereka akan diredhai Allah.

6. Bacaan tambahan (Klik Sini).



Anu arr PM? Sokongan sudah merosot (Klik)



18 November, 2012

TERKINI: PELIWAT MEROYAN SERANG PAHANG...?

 Aiii! Ber-karaoke ke bang?


 Beribu-ribu penonton tertidur mendengar ceramah Anu arr....hehe


Penonton yang penuh sesak menatap wajah Si Peliwat di bas mewahnya



1.  Sebelum ini, Anu arr sudah berceramah dalam siri jelajahnya di Lancang dan Paya Besar, Kuantan. Sambutan yang makin hambar mungkin membuatkan Anu arr tidak puas hati dan mengulangnya sekali lagi.

2, Kali ini dalam siri jelajahnya Anu arr di jadualkan menyerang DUN Mentakab dan Parlimen Temerloh. Selain itu beliau juga berceramah di Simpang Jengka 6, Maran dan kemudiannya di Bera pada sebelah malam.

3. Walaupun sambutan semakin berkurangan namun dimedia-media sosial khususnya mereka mewar-warkan seolah-olah masih mendapat sambutan yang hangat dari rakyat. Begitulah caranya Anu arr membina persepsi bahawa dia masih dikehendaki rakyat. Hakikatnya, muktamar Pas baru-baru ini sudah menyuarakan Hj Hadi akan jadi PM sekiranya Pakatan menang PRU13. Itu kerana rakyat dan pengikut Pas sendiri pun sudah tidak lagi percaya pada Anu arr. Apakah Anu arr tidak sedar atau pura-pura tidak sedar untuk terus bermimpi jadi Perdana Menteri?

4. Di Simpang Jengka 6, yang ada ketika acara berlangsung hanyalah sekitar 500 orang sahaja, itu termasuk hampir separuh adalah jentera yang dibawa kesana-kemari yang dibayar untuk meramaikan. Sama seperti Bersih dan Anti Lynas, balik-balik muka sama yang memang mencari makan diatas perbuatan terkutuk mengharu-birukan negara dan rakyat.

5.  Saya teringat peristiwa sewaktu Anu arr datang ke Lancang dulu, kira-kira 50 orang anak muda menunggu ketibaan Anu arr, namun apabila Anu arr mula berucap, mereka perlahan-lahan meninggalkan majlis...mungkin bimbangkan keselamatan diri mereka.

6.  Khabarnya Pak Jabit @ Man Kadir dan Suhaimi Said sudah bertelagah gara-gara berebut kawasan bertanding dalam PRU 13 nanti. Hehehe....awal-awal lagi dah bergaduh ni apahal? Itu dalam PKR, dengan Pas dan DAP macamana pula? Lagi lambat PRU 13, lagi retak dalam pakatan jadi belah akhirnya hancur begitu saja, rakyat yang percaya pada janji palsu juga yang rugi dan akan menyesal nanti.

PAS PARTI SYAITAN...?



1. Ularmak Pas telah memandu pengikut-pengikut Pas ke arah kesesatan yang jauh. Mereka berangapan bahawa Pas Islam dan Islam adalah pas. Mereka beranggapan bahawa Islam hanyalah milik mereka sahaja dan boleh digunakan sewenang-wenangnya. Inilah umat yang sesat dan menyesatkan, yang menggunakan agama Allah kejalan yang tidak diredhai bahkan dimurkai Allah.

2. Siapa boleh lupa apabila Nik Aziz yang mendoakan pecah perut kepada DS Najib sedangkan sebelum itu DS Najib berusaha menerbangkan beliau dari Kota Bhahru ke Kuala Lumpur dan mengarahkan memberikan rawatan terbaik kepada beliau yang ditimpa musibah dan bala yang dengan azab dan kesakitan yang berat. Di Labis, puak-puak yang sesat itu menjaja doa memusnahkan UMNO BN sepanjang kempennya. 

3. Demikiankah perlakuan orang-orang yang beriman kepada Allah? Ketika kita diseru mendoakan kebaikan kepada saudara sesama Islam Pas pula mendoakan kemusnahan dan kerosakan kepada sesama Islam. Kenapa Pas tidak doakan kepada kemusnahan kepada Yahudi yang membunuh beribu-ribu umat Islam di Palestin selama ini?

4. Kenapa tidak ada ularmak pas yang memperbetulkan akidah mereka selama ini? Apa yang jelas adalah arahtuju perjuangan Pas berubah-ubah dan tidak konsisten terutama kepada pengembangan Islam. Jelas bahawa perjuangan Pas adalah menguasai politik dan memusnahkan UMNO. Hudud dan membangun bersama Islam hanyalah slogan semata-mata dan mengaburi pandangan umum.

5. Terbaru, Pas sekali lagi berdoa dan mendoakan kehancuran UMNO dan BN. Jikalaulah Allah menuruti keinginan Pas maka semesta alam akan dimusnahkan oleh cita-cita dan dendam Pas selama ini. Apa ada dalam hati Pas hanyalah memusuhi dan dendamnya terhadap UMNO, maka tidak hairanlah apabila Ularmak besarnya mengeluarkan kenyataan bahawa Pas adalah parti syaitan yang sanggup bersahabat dengan syaitan untuk mencapai cita-citanya.

6. Pas akan teap sesat dan menyesatkan selagi Nik Aziz dan Hj Hadi masih memimpin parti itu. Order baru Pas mestilah lebih berani dan agresif untuk menyingkirkan kulatlapok-kulatlapok Pas itu dari terus berkuasa dalam Parti. Beranikah anak muda dalam Pas melakukan perubah itu?

17 November, 2012

BIAR BETUL, TAK KAN TROLI PUN ANU ARR BALUN....?




KECELARUAN MINDA PENYOKONG ANU ARR

Klip video yang mesti ditonton berulang kali. 


1.  Anu arr  adalah 'binatang politik', semua orang tahu dan percaya. Belia sanggup lakukan apa saja demi mencapai cita-cita politiknya. Beliau sanggup berkorban dan mengorbankan siapa saja demi mencapai impiannya itu. Matlamat menghalalkan cara.

2.  Sibertropper pembangkang menyebarkan klip video yang kononnya DS Rosmah menari dalam satu majlis. Maka seolah-olah berdosa terlalu besar dan tidak boleh diampunkan langsung DS Rosmah pada mata mereka dan dalam masa sama mereka ingin menghukum DS Rosmah dengan hukuman yang berat.

3.  Namun kita hairan, kenapa ketika Anu arr didedahkan dengan klip videonya ber'kung-fu' dengan chinadoll tidak pula dilihat sebagai satu kesalahan? Apakah berzina kesalahan tidak lebih besar dari menari? Apakah apa yang Anu arr lakukan segalanya tidak mengapa kerana ianya adalah Anu arr Si 'Binatang Politik' ?

4.  Dalam klip video yang disebarkan pembangkang, ianya nampak seperti DS Rosmah tetapi adalah bukan DS Rosmah kerana DS Rosmah lebih kecil dari yang didalam klip tersebut. Itu hanyalah fitnah pihak pembangkang dengan super imposenya serta pengubahan teknik videografi. Lagipun kamera tidak boleh dijadikan bukti kerana ianya adalah 'besi' yang tidak bernyawa (merujuk kepada fatwa Ularmak Hj Hadi)

5.  Pembangkang hanya ingin mencelarukan minda rakyat dan penyokongnya yang kurang cerdik dengan dakyah-dakyah yang tidak bermoral mereka. Pembangkang ingin mengubah persepsi bahawa apa saja yang dilakukan oleh kerajaan BN, DS Najib dan orang-orang sekelilingnya adalah salah dan berdosa namun dalam masa sama jikalau mereka yang melakukannya tidak pula bersalah.

6.  Perhatikan klip video diatas betul-betul dan berkali-kali. Kenapa pada suatu ketika Karpal Singh menyarankan Anu arr supaya bertaubat? Bukankah kerana beliau melihat bahawa Anu arr sememangnya 'binatang politik' yang membawa kerosakan kepada negara dana rakyat negara?

7.  Kenapa bila Anu arr berzina penyokongnya menganggap tidak mengapa dan percaya itu bukan Anu arr ataupun hanya teknik videografi? Kenapa apabila Anu arr berjoget juga tidak mengapa? Ularmak politik Nik Aziz juga sudah jadi 'celako' kerana menyokong dan mengikuti Anu arr yang sesat itu.

8.  Kasihan para pencacai politik yang menyokong Anu arr kerana mereka juga adalah 'binatang penacai politik' yang menyebarkan fitnah dan berita yang salah. Bertaubatlah wahai Nursilah, MiloSuam, Yob Tualang Sekah dan semua sibertropper pembangkang dan ingatlah bahawa bayaran yang diterima itu tidak setimpal dengan dosa yang kalian lakukan....

16 November, 2012

KAK JIJAH TERPAKSA MENIPU KERANA ANU ARR MENIKAM BELAKANGNYA....(?)





1. Wartawan menanya adakah DS Wan Azizah nak cabar Datuk 'T' bersumpah cara Islam? Jawapannya adalah menyarankan supaya Datuk 'T' ditangkap terlebih dahulu dan kita tertanya-tanya kerana apa pula Datuk 'T' hendak ditangkap sedangkan yang dibongkar melakukan aksi seks dalam video yang ditunjukkan itu adalah Anu arr atau orang yang serupa Anu arr.

2. DS Wan Azizah bersungguh-sungguh menyatakan bahawa orang yang 99.9% menyerupai Anu arr itu bukanlah Anu arr, kerana perutnya yang lebih buncit serta mungkin juga kerana 'anu' yang lebih bengkok. Tentulah Kak Jijah yang lebih mengenali Anu arr dalam keadaan demikian...tegak dan bengkoknya...namun apakah beliau benar-benar jujur dan tidak berbohong?

3. Ianya adalah antara 'Jauhari yang mengenal maknikam' dan 'Johari yang mengenal Maniam'. Dalam politik matlamat menghalalkan cara, segalanya halal belaka.


06 November, 2012

NAJIB KETAR LUTUT HJ HADI TANDING PEKAN

Berpelukan dengan sahabat 'kafir harbi'

1. Maka hebohlah sejak beberapa hari lalu mengenai Hj Hadi nak mencabar DS Najib di kerusi Parlimen Pekan. Banyaklah komen dari politikus sendiri dari kedua-dua pihak mengenainya. Saya dah mengulas sebelum ini dan mengangap bahawa Hj Hadi adalah seorang yang berani jika benar-benar bertanding di Pekan. Tapi beliau bukanlah pencabar yang digeruni kerana rekodnya kalah ditempat sendiri ibaratkan beliau sebagai seekor ayam yang 'kalah tanah'.

2. Saya tidak yakin Hj Hadi benar-benar berniat dan berani untuk bertanding di Pekan. Bukan perkecilkannya tetapi beliau bukanlah pencabar yang digeruni. Beliau adalah tokoh dalam Pas yang sudah semakin tidak popular, kekurang sokongan dan dilupakan. Justeru untuk tampil segak dan handal maka beliau mencabar PM untuk tunjukkan bahawa beliau setaraf dengan sokongan yang PM dapat dari rakyat. Perbuatan itu bolehlah diibaratkan sebagai seekor anjing yang menyakal bukit untuk buatkan bahawa bukit itu akan bergegar dan runtuh bagi menakutkan orang dan anjing-anjing lain.

3. Semalam DS Najib diminta mengulas mengenai hasrat Hj Hadi untuk bertanding di Pekan. Dengan selamba dan senyum sinis DS Najib mengalu-alukan hasrat Hj Hadi untuk 'kamikazi'. Parlimen Pekan adalah lapangan bagi DS Najib yang diwakilinya sejak 1975. Apakah begitu kuat Hj Hadi yang kalah ditempat sendiri untuk bertanding dengan DS Najib yang tidak pernah kalah? Mungkin Nik Aziz, Anu arr dan Karpal Singh juga boleh bersama-sama bertanding di Pekan dalam usaha menumbangkang DS Najib.

4. Mungkin dalam hati Hj Hadi terasa menyesal kerana mengumumkan tanding Parlimen Pekan yang menyerlahkan ketidakmatangannya dalam politik, bahkan menyerlahkan kebodohannya sendiri. Yang perlu dilakukan adalah menguatkan sokongannya didalam Pas dan menjadi seorang Presiden yang berguna, disokong kuat, dihargai dan disegani oleh kawan dan lawan. Namun Hj Hadi didalam Pas hanyalah 'melukut di tepi gantang'.


05 November, 2012

RAKYAT PAHANG TAK SUDI TERIMA ANU ARR DAN MENOLAK PEMBANGKANG

Anu arr dipentas...tangan kanan pegang mic, tangan kiri masuk kocek pegang...(?)


1. Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama DS Anu arr ke Pahang pada 4hb November satu lagi usaha pembangkang untuk meraih simpati rakyat. Beberapa Parlimen lawati (bukan LIWATI) oleh Anu arr dalam masa sehari lawatannya. Dari Lancang ke Kuala Krau, Indera Mahkota dan paya Besar.

2. Saya tinggal di Batu 11 Taman Mahkota Aman dimana lokasi program diadakan, justeru saya melihat sendiri segala persiapan dan apa yang berlaku dari awal hingga akhir. Apa yang saya lihat event berkenaan tidaklah sehebat seperti yang digambarkan. Kehadiran tidak sampai 2 ribu orang, mungkin sekitar 1,200 - 1,400 orang sahaja. Tapi sudah tentulah pihak media mereka akan menggambarkan sambutan hangat dan limpahan penyertaan untuk mengambarkan bahawa Anu arr masih mendapat sokongan rakyat. Rupanya nombor pun pihak pembangkang menipu bagi mewujudkan persepsi dan mengelirukan fakta.

3. Demikian juga khabarnya dengan beberapa siri seperti itu sebelum ini. Semuanya hanyalah dusta. Kehadiran sebenar tidaklah seberapa namun laporan yang dibuat mereka seolah-olah semua rakyat negara Malaysia ini hadir dan menyokong huru-hara yang ingin mereka lakukan.

4. Saya sentiasa berada berhampiran bas jelajah untuk melihat sendiri apakah akan berlaku sesuatu yang buruk seperti yang selalu digambarkan mereka. Sebelum sempat program dimulakan sekumpulan orang-orang yang disyaki ahli UMNO, jika tidakpun adalah orang upahan UMNO telah menyerbu bas jelajah dan memecahkan cermin hadapan bas. Mereka juga memasuki bas dengan mengkasari pengawal bas berkenaan dan mencederakaannya. Bas tersebut dirosakkan dengan teruk. Namun kali ini Anu arr dan pembangkang sangat baik hati dan tidak melaporkannya kepada pihak polis bahkan tidak juga melaporkannya melalui media mereka. Baiknya hati Anu arr yang sangat pemaaf. (Jangan percaya kerana ini adalah kenyataan dusta saya yang penuh sindirian. Hakikatnya, selalunya mereka sendirilah yang melakukan keburukan dan kemudian menuduh dan menyalahkan UMNO)

5. Hakikatnya, Rakyat Pahang tidak menyokong pembangkang, tiada sokongan lagi kepada Anu arr yang rakyat sudah sedari bahawa moralnya sudah rosak. Wajah Anu arr pada rakyat Pahang adalah seorang peliwat, penzina dan pelanggan pelacur Cina, perasuah dan penyalahguna kuasa, pengamal politik kronism dan nepotism, pendusta pada janji-janji dan bahkan pengadai hak-hak orang Melayu.


Persiapan sebelum program


Bas mewah Anu arr yang dikawal rapi

04 November, 2012

TANDING PARLIMEN PEKAN: HJ HADI 'KAMIKAZI POLITIK'.



1. Tiba-tiba meletup isu Hj Hadi nak bertanding Parlimen Pekan menentang Perdana Menteri. Langsung ianya jadi isu yang hangat diperkatakan oleh semua pihak dalam politik negara.

2. Nik Aziz dilaporkan sudah memberikan lampu hijau. Rakyat sedar bahawa jika Anu arr sendiripun yang bertanding di Pekan akan kecundang inikan pula Hj Hadi yang tewas banyak kali ditempat sendiri di Marang, Terengganu. Justeru, sokongan yang diberikan oleh Nik Aziz dilihat sebagai sokong membawa rebah atau perangkap untuk membunuh karier politik Hj Hadi.

3. Selain itu banyak juga pihak berpendapat bahawa mencetuskan isu itu hanyalah sekadar memanas suhu politik negara dan mencari gimik serta meraih simpati dari penyokong terutama di kawasan Marang sendiri. Bukan saya memperkecilkan sokongan Hj Hadi namun beliau bukanlah calon yang layak untuk bertanding di Pekan menyaingi DS Najib, Perdana Menteri Malaysia yang semakin hari semakin mendapat sokongan semua lapisan rakyat terutama golongan muda dan profesional.

4. Hj Hadi yang merasa semakin dilupakan dan tidak mendapat perhatian hanya ingin mencetus satu kejutan dan untuk mengangkat namanya semula dalam arena politik tanah air, tidak lebih dari itu. Ataupun mungkin menterjemahkan rasa kecewanya dan bersedia dikuburkan dalam politik kerana pengikut sudah tidak lagi melihat beliau sebagai seorang tokoh yang dihormati dimana lebih ramai pengikut Pas yang lebih taat kepada Nik Aziz serta beberapa pemimpin muda dalam Pas sendiri. Mungkin beliau berharap akan ada pujuk rayu dari kalangan Pas yang menghalangnya 'kamikazi' politik'. Bahkan sudah ada beberapa pemimpin Pas yang membuat kenyataan bernada pujukan meskipun tidak secara langsung.

5. Sepatutnya Anu arr lah yang lebih layak bertanding menentang DS Najib di Pekan. Tetapi ramai percaya bahawa Anu arr juga bukan berani untuk 'mati' dalam karier politiknya. Anu arr tentu merasakan tempat paling selamat baginya adalah Pematang Pauh. Disitulah dia akan pertaruhkan masa depan politiknya dan disitu juga dia rela akan dikuburkan. Pada saya Hj Hadi akan tetap bertanding di Marang sambil 'sembunyikan telornya' disana. Itulah yang akan terjadi nanti. Justeru, isu bertanding di Pekan hanyalah sebagai menduga sejauh mana dia masih mendapat sokongan dalam parti sendiri.











Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...