31 January, 2010

SAPAAN HARI AHAD DARI BRAVEHEART

Salam kepada MB Selangor juga, segala pub, kelab malam dan dangdut tu biarkanlah beroperasi 24 jam, Pas tetap akan sokong Pakatan Rakyat.




Salam kepada semua sahabat-sahabat. Semoga Allah berikan keberkatan dan panjangkan usia.

Salam Taiping Mali dan Parpukari serta sahabat-sahabat blogger yang masih berkampong di Ipoh. Semoga mencapai segala matlamat yang diinginkan. Semoga mencapai kejayaan demi kejayaan dalam perjuangan. Saya dengan sangat rendah diri memohon maaf kerana disaat akhir tidak dapat menyertai perjuangan saudara semua. Semoga suatu ketika nanti saudara-saudara tidak akan gagal pula untuk sertai perjuangan bersama-sama kami. Kepada saudara Taiping Mali, saya masih rasa terhutang budi kerana bersusah payah menghadiri majlis perkahwinan anak-anak saya tahun lalu. Saya akan tetap mengiingati itu.

Salam kepada semua saudara-saudara yang saya temui dalam majlis dialog idealisma generasi baru di Angkasapuri semalam. Pertemuan itu juga akan tetap saya kenang dalam ingatan. Gomo yang banyak bertukar pendapat dengan saya dan banyak membantu menangani masalah kunci kereta sahabat saya. Kalau tak ada Gomo tentu tak selesai masalah. ( Tapi kalau tak ada gomo tentu tak ada banyak masalah, hehe) Kepada Abang Tuah dan Ori Oyabun, saya rasa ada kemesraan dan keserasian. Megat Pisau, saya hormati awak walau masih muda dari saya. Penglima Perang Cyber, muda dan nampak bersemangat.

Salam kepada yang lain-lain juga, saya akan simpan segala kenangan dari pertemuan ini dalam kenangan termanis untuk diabadikan. Mungkin ada yang tak terucap, tetapi kita akan faham maksudnya. Saya melihat dan mendengar.

Kesal juga tak dapat hadir di Perkasa Selangor. Terutama apabila Tun Dr. Mahathir ada disana bersama-sama. Hargai dan sayanglah TDM selagi beliau masih ada bersama kita. Tidak akan ada lagi pemimpin Melayu sepertinya walau dalam 100 tahun lagi.




30 January, 2010

PROGRAM DIALOG GENERASI MUDA - ANTARA BRAVEHEART DENGAN BROKEN HEART

bRAVEhEART menjerit - hati luka siapa tau?




Atas perasang dan sokongan para sahabat, saya bergegas ke KL untuk sertai program Dialog Idealisma Generasi Muda serta Majlis Pelancaran Blog TPM yang berlangsung di Angkasa Puri. Walaupun tiba lewat sedikit (bukan kerana ada kena mengena dengan diliwat atau meliwat seperti orang itu), namun masih dapat merasai meriahnya suasana pertemuan bersama sahabat blogger semua. Gomo, Megat Pisau, Abang Tuah, Ore Oyabun, Panglima Perang Cyber, dan ramai lagi, ahhh! tak ketinggalan Srikandi Melayu adalah antara yang hadir dari lebih dari 50 blogger Pro Kerajaan kesemuanya dan hard-core yang sentiasa bersedia untuk mati keras (die hard).


Dari Ipoh Perak, Parpukari dan Taiping Mali memanggil melalui telefon untuk sertai mereka dalam program bersama Menteri Besar Perak hari ini dan esok. Untungnya blogger negeri Perak, blogger Selangor, blogger Penang pun. Bertuah jikalau kita mendapat pemimpin yang prihatin dan peka. Yang pemimpin mereka tidak peka, memanglah mereka tidak bertuah. Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia bukan nampak pada buntut yang ditepuk-tepuk. (Yang faham, fahamlah yang tidak, sila abaikan)


Pengisian program dialog ini sangat menarik dan input yang diterima dapat dijadikan sebagai bahan untuk sama ada untuk menyanggah musuh ataupun untuk pertahanan diri dari diterjah. Bagaimanapun, dalam ruang waktu yang sedikit itu sempat kami berbincang secara tak formal dan mengambil ketetapan bahawa satu pertemuan sesama blogger (sahaja) perlu diadakan bagi jangka masa 2 atau 3 hari tanpa acara padat sebaliknya akan dipisahkan kepada beberapa kumpulan, yang akan bertukar keahliannya dari semasa ke semasa bagi tujuan mengenali antara satu sama lain dengan lebih akrab. Bagaimanapun, pada setiap kumpulan yang dibentuk itu akan diberikan tajuk khusus untuk diperbahaskan dan membuat kesimpulannya.


Saya bersedia untuk mencarikan satu formula yang akan dapat digunapakai bagi tujuan tersebut.


Saya tercari-cari dan tertanya-tanya, manakah blogger-blogger Pahang lainnya yang dibentuk dulu? Masih belum tamat pelajaran atau sedang dalam pertapaan? Apakah semangat mereka telah patah? Harap semangat mereka masih kental seperti braveheart buka seperti broken heart. Perlukah kita dodoikan mereka dengan lagu supaya mereka akan tertidur lebih lena?

Saya berkesempatan berbual dari hati ke hati bersama Gomo dan Megat Pisau. Disamping mereka menanyakan apa terjadi dengan blogger Pahang mereka juga secara langsung dan tidak langsung menceritakan sedikit sebanyak apa yang mereka tahu mengenainya. Membongkar rahsia yang selama ini tersembunyi. Saya mendiam. Rupanya gajah sama gajah berjuang, pelanduk yang mati ditengah-tengah. Kalau susah sangat, lantik saja lah kedua-duanya sekali jadi MB Pahang. Cuma kita bimbang , memang mereka dapat jadi MB, tapi macam MB Nizar di Perak, MB tak ber-negeri.


Setakat mana media baru telah digerakkan selama ini? Kalau setakat bermain dengan facebook sambil mengayat awek dan ibu tunggal yang muda-muda, saya rasa matlamat perjuangan sebenarnya tidak tercapai. Oppp! Maaf! Saya tak patut tegur pemimpin kerana saya blogger haprak. Pemimpin sentiasa betul dan blogger haprak sentiasa salah - ini lah hukum dalam politik...politik Umno Pahang khususnya.


Saya dah nyatakan persetujuan untuk bantu Unit Media Baru Pemuda UMNO Pahang, dan saya menunggu bila masanya kita akan digerakkan? Tetapi saya masih tertanya-tanya bila? Selepas PRU13 nanti? Atau tunggu PRU14? Ooooo! mungkin masa tu saya dah di alam lain.


Saya dengar dari orang luar Pahang bahawa dalam masa terdekat akan diadakan kursus berkaitan dengan blog di Pahang. Saya tidak mendengarnya, mungkin juga telinga saya pun sudah dapat tidak berfungi baik seperti dulu lagi. Jika ya, Alhamdulilah! Lakukanlah dan lakukan dengan baik supaya mendapat hasil yang baik juga. Bukan setakat hanya melepaskan batuk ditangga. Kalau setakat nak melepaskan 'kahak' ditangga, mungkin boleh juga dikutip anak-anak orang asli di ulu Tahan untuk sertai kursus berkenaan yang akan lebih menumpu kepada kaedah mencari damar dan rotan.


Kepada sdr. Firdaus dan Sdr Arif dari UMB Pahang, telan saja kata-kata saya itu dan anggapnya sebagai cabaran untuk bergerak lebih pantas. Masa untuk kita hanya ada 2 tahun saja lagi. Lihat diri kita dan pandang musuh kita juga, buat pertimbangan antara kekuatan dan kelemahan kita. Setakat ini, walau 10 blogger pro kerajaan pun masih belum mampu menyaingi PDO. Saya memuji musuh kerana mereka benar-benar kuat dan berjuang untuk itu. Kita? Apa Dato' nak kata?


bRAVEhEART terpaksa balik awal kerana ada urusan yang berkaitan dengan kelangsungan hidup yang harus diselesaikan. Namun diakhir program berkenaan ada sedikit rasa terkilan; mana janji Gomo? dan bRAVEhEART juga broken heart sudahnya. Pertemuan sekejap dan sesudah itu, kehilangan. Siapa yang ada rasa akan faham, atau abaikan juga.



29 January, 2010

PEMUDA UMNO PAHANG SOKONG KJ LETAK JAWATAN

Lepas ni, KJ boleh berlaku filem pulak.
Judul dah ada; Ku Tinggal Noreng Kerana Maya Koreng




Memang dah gempar exco Pemuda meminta KJ melatakkan jawatan secara sukarela. Ini bukan kerana benci dan dengki, tetapi ini kerana semangat sayangkan parti. Pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi Umno mesti tetap kuat dan bertahan dihati rakyat.


KJ menyandang jawatannya dengan cara yang kurang beradab dan diluar susila bangsa Melayu. KJ juga tidak mampu menyatukan Pemuda menjadi satu sayap yang gagah perkasa dan kuat untuk menguatkan Umno, sama ada secara terancang atau tidak. KJ melantik Ketua-Ketua Pemuda Negeri yang bukan kehendak suara akar-umbi semata-mata bagi mendapatkan pengaruh untuk menjadi PM pada usia 40 tahun. Pemuda juga dalam keadaan yang paling lemah berbanding masa-masa lalu.


KJ menjadi Ketua Pemuda bukan dari bawah. KJ langsung tidak menyerap semangat Umno dan tidak memahami perjuangan parti. KJ memang sepatutnya berundur secara terhormat dan segera.


Pemuda Umno Pahang sokong KJ letak jawatan? Yang terhutang budi tentu akan tergadai body. Tidak semua orang lahir dengan bakat sebagai pemimpin. Tidak semua pemimpin akan disayangi pengikut. Tidak semua pemimpin akan berjaya mencapai dan mengecap hasil perjuangannya sendiri. Sejarah banyak membuktikan bahawa ramai pemimpin hanya terkandas ditengah jalan, bahkan ada yang tertikam dan menikam belakang. (baca apa kata Husin Lempoyang - sini)



Baca juga link-link dibawah kebanyakkannya meminta KJ letak jawatan:


















PERANG BLOGGER - PEDULI APA PAHANG

Selamat menyertai program diatas kepada blogger negeri-negeri lain,
kome blogger haprak Pahang ni nak masuk utan cari damar dan rotan.


HANGAT - MENGENAI KJ LETAK JAWATAN 1:30 PM NANTI




Perang antara siber trooper pro kerajaan dan pro pembangkang semakin sengit. Mungkin ada antara mereka merasakan adanya tekanan sehinggakan kadang-kadang mereka bertindak diluar norma. Sejujurnya kita harus akui adanya 2 pihak yang bertentangan yang bergerak aktif menyokong pihak masing-masing, justru janganlah ada pihak yang cuba menolak andaian apabila di cop sebagai blogger upahan. Saya katakan, kedua-dua pihak.

Namun diantara kedua-dua kumpulan tadi ada juga pihak yang bergerak sendirian dan terpisah antara satu sama lain, namun perjuangannya tetap sama – menyampaikan dan mencari kebenaran. Ada yang memihak namun ada yang berkecuali – menyokong kedua-duanya atau menghentam kedua-duanya sekali. Apapun, blog sudah tidak dapat dipisahkan dari politik negara. Bahkan pemimpin-pemimpinpun turut menulis diblog bagi manyampaikan amanat dan menyatakan pandangan masing-masing.


Terdapat juga pemimpin yang mengupah blogger-blogger untuk menulis mengenai mereka dan memprovikasi sesuatu isu bagi kepentingan mereka. Blogger House PK selalu menuduh KJ terlibat dengan perbuatan demikian, wallahualam!



------------------------------



Peranan blog dan blogger dalam penyebaran maklumat sudah tidak dapat dinafikan lagi, walaupun satu ketika dulu ada individu yang mengumpamakan blogger-blogger ini sebagai beruk, namun kini individu berkenaan telahpun mengupah beberapa beruk-beruk untuk menulis blog yang menyokongnya. Mungkin kita boleh panggil individu berkenaan sebagai bapak beruk (?).



Tak lama dulu Pas mengadakan satu seminar dengan mengumpulkan blogger-blogger pro Pas dan diadakan di negeri Terengganu. Pas prihatin kepada media baru dan mereka berjaya. Malangnya ada yang tersangat teruja sebagai blogger sehingga terlepas laku dan bertindak biadap bahkan terhadap Sultan juga. Puas pulak pemimpin parti biadap itu pertahankan blogger biadapnya.


3ohb. nanti di Angkasapuri akan diadakan satu program yang juga menjemput blogger-blogger menyertainya sebagai tanda pengiktirafan dan penghormatan terhadap usaha mereka. Pada hari yang sama dan selama 2 hari di Perak juga diadakan perjumpaan diantara blogger-blogger bagi memantapkan dan memperkemaskan perjuangan mereka dalam membela negara.


Tadi (28hb) , saya dihubungi blogger ‘Taiping Mali’ dan ‘Papa Gomo’ menanyakan kehadiran saya di kedua-dua program berkenaan. Gomo juga menanyakan perkembangan blogger di Pahang, apa harus saya jawab?


(Orang Pahang menjawablah dalam loghat Pahang):

Kawan ni dah chemoih dengan pemimpin negeri kawan ni yang masih tertidur dan bermimpi. Kawan dah berbisik, bersuara malahan kawan dah menjerit, tetapi mereka tetap takpeduli. Itu pasai kawan tak berapa nak bejumpa rodong-rodong dari negeri lain sebab kawan malu nak bersurah tentang penguncupan (lawan perkembangan) media baru di negeri kawan ni.


Kawan rasa senang juga hati jadi orang di tengah, ke-sana lompat ke-sini tunjal. Sana hentam sini pun lepuk. Kawan nak suruh dema tu buka mata dan telinga deme. Selepas ni kawan dah tak nak campur lagi dah, buat lah hal dema sama dema aje. Dema pun rasa dema kuat, sokongan dan undi orang lain dema buka perlu dalam pilihanraya esok. Bahan aje lah dema sama dema. Klik sini ke blog rodong kawan yang juga duduk di tengah.


Nak buat program macam negeri-negeri lain kerajaan dah tak ada duit gamoknya. Tokey balak pun dah tak ada nak sponsor pasal utan pun dah tak ada. Kalau ada program pun dema buat senyap-senyap sama dema. Cuba pikir, patut ke buat kursus blog bawak orang yang nak bukak komputer pun tak boleh? Bangsat sangat ke orang Pahang ni? Ngapa nya tak ajak orang-orang yang dah ada blog datang sekali? Apake kome ni tak standard sangat kerana kome ni blogger haprak jalanan? Tapi tulisan kome lagi ramai orang baca dari tulisan dema tu.


Macamanapun kawan nak ucap terima kasih kepada ‘Megat Pisau’ orang luar yang prihatin terhadap media baru di negeri Pahang ni. Aok kalau jadi menteri besar Pahang pun kawan suka!. Tahniah la juga kepada UMB Pahang yang dah mula keluarkan kepala kura-kuranya dan berjaya membina blog data UMB Pahang (klik sini) Cuma, dalam pada memandang ke langit, jangan lupa taik ayam monay atas tanah dimuka bumi. Orang hati beso cakap kecik di Kuantan ni biarkanlah. Nanti bila PRU13 nanti dema akan tau, ...... yang pekak akan datang tertanya-tanya, yang kurap datang tergaru-garu, macam kata dalam hikayat malim deman.


Pada perasmian Perkasa Pahang di bando ikan patin, MB kata politik negeri Pahang tak ada masalah, maknanya UMNO/BN Pahang masih kuat, tak payah buat kerja tak apa. Kalau pembangkang menangpun, yang penting kerusi dema akan dema dapat lagi. Jadi pembangkang macam di Kedah atau Perak dulu tu pun bukan hina sangat. Cuma kawan nak kabo, jangan sampai nanti bila perahu dah bocor, dah pesok baru nak mintak tolong kome menimba, mungkin pada masa tu kome dah tak emboh. Mungkin masa tu kome dah nak naik perahu lain pulak.


Terima kasih orang 'beso' UMB Pahang yang menelefon saya. Tapi janganlah kita bercakap aja, saya bukan suka sangat janji-janji orang politik ni. Saya nak tunggu tindakan. Saya dah melangkah kedepan dan saya dah berikan bantuan yang dema perlukan setakat ini, jadi apa lagi? Bergeraklah sekarang. Sekarang, bukan esok dan bukan lusa. Jika lambat dema akan bertanggung-jawab kalau Umno kalah nanti. Hah tu! Sapa nak hentam bh, meh masuk gelanggang!


~ bh blogger beruk jalanan yang haprak, tapi masih boleh beri umppph!


p.p. blogger-blogger politik Pahang yang ingin menyertai Grup Blogger Pahang di yahoogroup, sila mendaftar segera. Kita akan berkongsi data maklumat didalam sebuah laman bagi menyatukan suara kita. Ramai yang telah mendaftar dan saya/kami ucapkan terima kasih. Yang ditolak pendaftarannya, kami mohon maaf.

28 January, 2010

ANWAR MESTI BERANI HADIR PERBICARAAN






Rakyat telah melihat bahawa DS Anwar selalu mengelakkan diri dari meneruskan perbicaraan di mahkamah mengenai kes salah-lakunya. Keseluruhan rakyat sedar bahawa ini disengajakan bagi mendapat lebih ruang untuk ‘mencari akal’ bagi mengelakkan dari didapati bersalah dan dikenakan hukuman.


Ketika pertama kali didakwa dengan kes seumpama ini, rakyat merasakan bahawa ini adalah satu konspirasi bagi menjatuhkan beliau yang sudah sangat hampir untuk menjadi pemimpin nombor 1 negara. Namun apabila disabitkan buat kali keduanya, sebahagian rakyat mula sedar bahawa ini bukanlah sesuatu yang mustahil, bahkan kebanyakan rakyat telah menaruh kepercayaan yang tinggi bahawa beliau benar-benar bersalah dalam tuduhan liwat berkenaan.


Pihak yang membuat pendakwaan, Saiful Bahari telah dengan beraninya bersumpah laknat mengakui beliau telah diliwat. Inilah keberanian anak Melayu ini yang tidak pedulikan rasa malunya dan maruahnya hanya kerana ingin menegakkan kebenaran.


Rakyat sehingga kini masih menunggu-nunggu keberanian pemimpin nombor 1 pembangkang untuk melakukan sumpah laknat yang menyatakan beliau tidak terlibat dalam kes liwat berkenaan tetapi kenapa beliau masih tidak berani melakukannya? Rakyat bukan mendesak jawapan dari beliau kerana kebanyakkan rakyat sudah mempunyai jawapannya masing-masing, Cuma rakyat ingin melihat dimanakah keberanian pemimpin ini yang selalu saja menyalahkan orang lain dengan itu dan ini tetapi terlupa bahawa rakyat juga berhak menyalahkan dirinya pula.

(klik sini)


Sebahagian dari sajak Sastrawan Negara Usman Awang (dibawah ini) mungkin mampu mengungkap siapakan DS Anwar Ibrahim sebenarnya;

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,

Janji simpan di perut selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.......


~ bh/

27 January, 2010

Lagi, di Pahang PKR letak jawatan kerana hilang percaya

Dato' Fauzi dan Azan Ismail




Beginilah berita yang disiarkan Pahang Daily Online semalam :

KUANTAN, 25 Jan [5.00 pm] - Perletakkan jawatan Timbalan Pengerusi II PKR Pahang Azan Ismail telah mengejutkan orang ramai terutamanya di kawasan Parlimen Indera Mahkota yang diwakilinya. Ramai yang beranggapan bahawa Azan tidak sepatutnya bertindak demikian dalam keadaan Pakatan Rakyat semakin diterima oleh rakyat secara keseluruhannya. Tindakan Azan itu jelas sekali membuka jalan dan ruang untuk musuh menghentam PKR dari pelbagai sudut sebenarnya. Tambahan pula, bila beliau memanggil satu sidang media di pejabatnya pagi tadi. Apapun segalanya sudah berlaku, biarpun ia mungkin tidak digemari oleh pengundi beliau sendiri. Hakikatnya, Azan mempunyai prinsip dan pandangannya yang tersendiri sebelum membuat keputusan. Beliau mungkin sudah tidak dapat menutup lagi segala kepincangan yang berlaku dalam PKR Pahang, atau mungkin juga Azan amat terkilan atas segala tindak tanduk pemimpin atasan parti yang semakin hari semakin meminggirkan beliau.

Walau apa yang pihak pembangkan berikan sebagai alasannya namun satu Malaysia sudah tahu bahawa PKR dan PR sudah tidak dipercayai lagi. Bukan setakat seorang demi seorang pemimpin dan awkil-wakli rakyatnya keluar meningalkan parti, namun ini juga belaku diperingkat akar umbi. Sudah tentu apabila ada yang keluar dari PKR mereka akan cepat-cepat menyebarkan dakyah bahawa orang-orang berkenaan telah dipaksa secara kekerasan atau pun dibeli dengan wang ringgit. Tetapi, rakyat sudah tidak percaya lagi.

Biarpun YB Azan bukan keluar parti namun apa yang dilakukan adalah memberikan tekanan kepada kepimpinan Negeri dan Pusat yang tidak disenangi beliau. Cuma saya kecewa dengan kenyataan yang PDO keluarkan dimana menyatakan bahawa ini adalah semua budaya UMNO yang sudah menular ke PKR. Mungkin mereka belum mengetahui atau sudah lupa bahawa ini semua adalah budaya Pemimpin mereka DS Anwar yang sebelum ini diserapkan kedalam UMNO, kini dibawa pula kedalam PKR. UMNO telah dirosakkan oleh DS Anwar, dan kini PKR akan dirosakkan lagi oleh orang yang sama.

Azan Ismail adalah Timbalan Pengerusi II dan Pengarah Biro Keahlian PKR Pahang, meletakkan jawatannya tetapi masih memegang Ketua Cabang serta Ahli Parlimen Indera Mahkota. Saya cadangkan kepada beliau agar jangan lagi teragak-agak, kebenaran telah ada didepan mata, kenapa mesti tunggu lebih lama lagi untuk mendapatkan kebenaran. Sentiasa akhirnya yang benar akan menewaskan yang bathil.


PERIHAL BLOGGER CELAKO PAS PARTI CELAKO

Aikk!! Terbaliklah pulak, huhu


HANGAT TENGAHARI NANTI: LAGI, DI PAHANG AHLI PARLIMEN PKR LETAK JAWATAN.




Tiba-tiba blogger pencacai pengangkut najis (bukan jawatan sebenar) Husam Musam (bukan nama sebenar) jadi polpular dan dilawati ribuan pengunjung sehari. Rupa-rupanya dialah blogger 'celako' yang nak menonggengkan Nik Ajiz (bukan nama sebenar) Ikuti kisah benarnya yang memilukan dan meruntuhkan maruahnya sebagai blogger pencacai:




Antara isu yang sedang hangat diperkatakan berkaitan blogger adalah mengenai blogger Aduka Taruna yang mengeluarkan kenyataan diblognya dengan menghina Sultan Johor. Akhirnya beliau telah menyerah diri kepada polis. Cerita-cerita mengenainya boleh dibaca dimana-mana blog dan akhbar arus perdana, juga akhbar pembangkang termasuk harakah daily haprak.

Siapakah blogger biadap itu sebelum ini? Apakah kenyataan biadap yang dikeluarkannya? dan kenapakan blogger biadap ini yang mengeluarkan kenyataan biadap terhadap institusi kesultanan Johor dipertahankan oleh pemimpin parti biadap itu? Maknanya, blogger biadap ini adalah macai dan pencacai upahan Pas. Bermaknanya, inilah yang diajarkan oleh Pas kepada pengikut-pengikutnya. Bermakna, Pas sedang ujudkan golongan ekstrem dan radikal didalam Partinya. Bermakna kemudian nanti Pas akan menjadi satu parti yang berjuang sebagai militan.

Kita sedar bahawa DAP tetap akan menolak Islam. Kita juga sedar bahawa kini DAP sudah membuka mata dan tidak lagi akan jujur menyokong Pas kerana mereka takutkan perjuangan militan Pas nanti apabila diberikan kuasa. Ingatlah bahawa ultra kiasu sentiasa lebih cerdik dari Pas yang memperjuangkan Islam dibelakang kafie harbi.

Sila baca pautan-pautan berikut untuk mendapat keterangan lanjut:

Aduka Taruna Blogger PAS-Klik Di Sini
Aduka Taruna Yang Celaka- Abg Mie
Aduka Taruna Mengakui Blogger Upahan-Panglima

http://www.papagomo.com/2010/01/jahanam-siapa-membela-aduka-taruna-yang.html

http://adukataruna.blogspot.com/

http://adukataruna.blogspot.com/2010/01/permohonan-maaf-kepada-seluruh-rakyat.html

http://www.papagomo.com/2010/01/hangat-pas-edrogan-menyalahkan-papa.html

24 January, 2010

KONSPIRASI POLITIK DAN BIDAK CATUR



Kita hanya bidak-bidak catur yang dipermainkan dan di pertaruhkan




Yang berbaring ini juga bidak catur tetapi
yang memang bangang dan tidak waras akal fikiran


Teringat peristiwa di zaman remaja, menyertai kem-kem bina semangat dan sebagainya. Dengan penuh semangat. Andaikata ketika itu pemimpin kita mengarahkan kita meruntuhakan gunung, pasti gunung akan kita runtuhkan. Andai kata pemimpin kita meminta kita kita keringkan lautan, maka pasti akan keringlah lautan oleh kita. Begitulah semangat dan setianya kita.

Teringat pada suatu ketika dalam satu permainan konspirasi dimana peserta diberikan sehelai kertas berserta arahan masing-masing yang berbeza. Peserta dikehendaki mengadakan satu perbincangan dan mendapatkan keputusan dalam perbincangan itu. Si-A menerima arahan supaya sentiasa bersetuju, si-B mesti sentiasa berlawanan dengan si-A, si-C sentiasa menyokong si-A, si-D sentiasa menyokong si-B, si-E akan berperanan untuk mengagalkan perbincangan itu, dan Khirnya perbincangan itu tidak pernah berakhir dan tidak dapat mencapai apa-apa keputusan.

Begitulah konspirasi bermula pada skala yang kecil. Dalam kehidupan harian pun kita dapat melihat ini. Kumpulan yang menyokong A akan merasakan mereka benar begitu juga halnya dengan kumpulan B dan mereka sangat patuh kepada pemimpin-pemimpin mereka. Sedangkan diatas sana, pemimpin-pemimpin mereka, si-A dan si-B yang mereka perjuangkan adalah untuk memiliki kuasa mutlak. Tanpa kita sedar, bahawa kita hanyalah bidak-bidak catur, yang akan dikorbankan bagi mempertahankan sesuatu yang lebih bermakna buat mereka.

Terbaru sebuah buku yang diterbitkan di negara jiran mensabitkan Tun Dr. Mahathir dengan penyalahgunaan kuasa semasa pentadbitannya.Tun dengan berani mencabar untuk disiasat oleh badan bebas, namun meminta Tun Abdullah juga disiasat. Kerana apa? Apakah tidak ada konspirasi untuk memburukkan Tun Dr. Mahathir atas tujuan tertentu? Mungkin TDM merasai ada sesuatu kepentingan oleh pihak tertentu maka beliau bersedia untuk dibecarakan tetapi meminta dibicarakan juga Tun Abdullah. Ini telah membuatkan pihak yang berkepentingan itu diam membisu kerana merasakan senjata telah hampir memakan tuan.

Saya percaya banyak lagi perkara-perkara yang rakyat tidak mengerti dan tersembunyi. Terbaru mengenai kes penjualan pasir ke Singapura. Bagaimana pula dengan kes Pulau Batu Putih? Bagaimana mereka boleh menang tuntutan terhadap pulau berkenaan sebagai hak mereka sedangkan mereka dulu (Temasik) adalah juga hak kita? Tidak kah ini satu konspirasi?

Perhatikan juga konspirasi di US berkaitan dengan WTC dan peristiwa september 11 yang masyhur itu. Baca disini dan tonton klip video berkenaan (Klik sini) dan nanti percayalah, bahawa tak semua yang kita percaya itu benar serta tak semua kebenaran dapat dibuktikan.

Dan konspirasi bukan hanya ada pada pihak kerajaan semata-mata, pihak pembangkang pun sedang bergelumang dengan keadaan sama, cuma mereka tidak memerintah jadi apa yang mereka lakukan tidak jelas kelihatan. Kes liwat, kes keruntuhan moral ADUN Bukit Telanjang, kes melibatkan bapak mertua dan anak menantu di Kota Baharu, dan banyak lagi. Tidak lama lagi segalanya akan terbongkar dan kebenaran akan datang sepertimana satu ungkapan dalam novel War and Peace karya Leo Tolstoy yang berbunyi – God see the truth but wait !


Sampai ketika yang lama akan dipinggirkan, si-adik akan menentang si-abang kerana merasakan bahawa alam ini telah mereka jelajahi. Masa untuk si-abang meminggir diri bila sudah tidak dihormati lagi. Jangan cakap pasal percaya cinta bila kita sendiri sudah hilang percaya. Aku juga melihat kebenaran dan aku juga menunggu.




23 January, 2010

RASUAH

Rasuah: bukan hanya orang bukan Islam, bahkan yang kononnya menegakkan Islam pun turut terlibat, yang bertitle Pak Haji pun sudah sebat asal bernama duit dan.........it





Mungkin ada yang menganggap ini isu lama, tetapi ianya tidak pernah selesai walaupun ia dilupakan seketika. Namun ianya adalah barah yang semakin merebak. Sebuah akhbar melaporkan begini;

JOHOR BAHRU 19 Mei - Amalan rasuah di negara ini berada pada paras yang membimbangkan apabila persepsi masyarakat terhadap amalan itu menunjukkan penurunan dari setahun ke setahun.

Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh berkata, daripada skala 10 sebagai skor penuh, Indeks Persepsi Rasuah Malaysia berada pada skor 7.04 pada 2006, merosot kepada 6.76 pada 2007 dan turun 6.32 pada 2008.

"Kebimbangan tinggi masyarakat sehingga menyebabkan indeks persepsi rasuah yang semakin buruk, dipengaruhi kemunculan banyak kes tangkapan, aduan dan siasatan pada tahun lalu.

"Amalan rasuah ini tidak boleh dihapuskan tetapi kita boleh kurangkan dengan mendadak menerusi penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk lebih agresif menangani gejala ini," katanya.

Rasuah bermula sejak awak kewujudan manusia lagi, justru memanglah sukar untuk membendungnya.Namun tidak dapat sesuatu dilakukan bagi menyekatnya dari merebak terlalu cepat dan membawa padah yang buruk kepada negara.

Kadar rasuah sangat membimbangkan berikutan indeks persepsi yang menurun (klik sini) Amalan rasuah di Malaysia dipandang semakin menjadi-jadi (klik sini) Dan ini meletakkan negara dalam keadaan yang merbahaya. (klik sini)

Memang bukan senang untuk membuktikan ada nya rasuah berlaku, namun ianya ibaratkan angin yang tidak mampu kita buktikan ianya adaa namun kita masih merasa hembusannya.

Dimana dan apa yang tidak lagi melibatkan rasuah di negara kita? Pejabat-pejabat kerajaan dan penjawat awam melakukan kerjanya dengan lebih lancar dengan adanya duit kopi. Permohonan-permohonan tidak atau lambat diproses jika tidak disertai duit kopi. Kerana itu di Pahang, permohonan tanah mengambil masa lebih dari 10 tahun untuk dapat diproses.

Di bahagian penguat kuasaan, Polis dan JPJ juga tidak terkecuali. Berita semalam mendedahkan bahawa PUSPAKOM juga tidak bebas dari anasir rasuah. Dan penyakit ini menular sehingga ke akar umbi dan akan menjadi budaya dalam masyarakat kita.

Untuk memasukki tender sesebuah projek kita dikehendaki membayar beberapa persen kepada pihak tertentu. Bahkan ini didakwa berlaku juga diperingkat paling atas dalam pentadbiran. Perhatikanlah sekeliling kita, segala-galanya adalah berkaitan dengan rasuah dan kehidupan kita sudah terikat dengannya.

Yang akan lebih menderita akibat adalah orang-orang kampung yang inginkan sesuatu dan berurusan dengan penjawat awam namun tidak mampu memberi kerana apa-apa sebagai balasan dan akhirnya kehendak mereka tidak akan dapat layanan. Kita akan mewujudkan jurang yang lebih luas diantara masyarakat yang kaya dan yang miskin. Negara juga akan runtuh kerananya.

22 January, 2010

Pasir, Batu Putih dan Putih Mata

Selepas pulau Batu Putih ini, apa lagi yang akan kita gadaikan nanti?



Bukan dah tak nak peduli lagi pada Pahang, tetapi bila kita peduli, para pemimpin tetap tidak peduli apa yang kita suarakan. Saya tetap akan peduli lagi nanti. Ini mengenai pasir. Bila Tun dan bercakap mengenai pasir bermakna perkara ini serius dan mesti dipandang serius oleh rakyat.

Pasir, Batu Putih dan Putih Mata. Pasir yang dijual ke Singapura. Batu Putih yang terlepas ke Singapura kerana mungkin ada konspirasi besar dan rakyat serta bangsa Melayu yang terpaksa berputih mata. Yang tinggal untuk orang Melayu hanyalah batu Melayu yang hitam legam.



1. Tun Dr. Mahathir telah bersuara mengenai penjualan pasir ke Singapura (klik sini)


2. Berita mengenai itu juga tersiar dibanyak blog dan surat khabar termasuk new straits times (klik sini)


3. Singapura juga telah mendapat bekalan pasir dari Indonesia sebelum ini yang mana telah memberi impak yang besar kepada sebuah pulau di negara berkenaan (klik sini)


4. Kita tidak peduli apa pertikaian mengenai berapa lori pasir sehari yang dibawa ke Singapura, sama ada 500 atau 700. Soalnya adalah kenapa ada pihak yang sembunyikan ini? Kenapa rakyat ditipu?

5. Sentiasa ada konspirasi oleh pemimpin-pemimpin yang berkuasa di negara kita dan rakyat ditipu lagi dan lagi.

6. Telah sah bahawa pasir telah di jual ke negara jiran, dan kita tertanya-tanya apa konspirasi sebenarnya yang berlaku dengan Pulau Batu Putih? Apakah ini juga satu aktiviti penjualan yang tersembunyi dari rakyat dan kekalahan di mahkamah antara bangsa adalah satu lakonan.

7. Apa pun, bacalah sebuah sajak mengenai Batu Putih dari seorang sahabat saya: (klik sini)


SAJAK UNTUK ANAK MELAYU

putih mata Melayu
Batu Putih jatuh ke tangan orang
seperti sejarah Temasek
dalam maknanya peribahasa Melayu;
’Ayam terlepas tapi tangan bau taik’
menangislah Melayu
airmata darah
sehingga titisan hujan juga
turut memerahkan tanah
bumi pusaka ibunda
hilang ’Batu’ Melayu itu angkara siapa?
siapa si kitul dan raja mendaliar-nya?
aku di sini dan engkau di sana
yang rugi Melayu juga -
kerana tidak bersatu,
pandanglah ke hadapan
jeling juga Pulau Mutiara
banyaknya kapal asing berlabuh
namun sauh telah dibongkar
layar telah terkembang
Melayu jangan lupa kata-kata;
apabila jong pecah, yu akan kenyang
yang tinggal hanya Melayu
- mengiggit jari
mengiggit jari sendiri.



20.12.2009

21 January, 2010

PEDULI PAHANG – SIAPAKAH YANG MENGERTI?

Wajah badut yang nak jadi pemimpin Negara,
dulu pun orang tak berani sentuh dia


Saya banyak menerima komen serta email memberi pandangan terhadap posting saya semalam. Saya ucapkan terima kasih. Saya selalu beranggapan bahawa berbeza pendapat bukanlah satu masalah utama penyebab kita untuk tidak boleh bersatu tetapi kita seharusnya mencari persamaan didalam perbezaan yang ada itu untuk merapatkan jurang.

Saya perhatikan komen yang kontra kepada tulisan saya kebanyakannya adalah dari mereka yang bukan orang Pahang. Saya tidak salahkan mereka kerana mereka tidak memahami dan tidak merasai apa yang kami rasakan. YB Raz dari Bentong dan Arif Omar orang Pahang di Melaka tentunya lebih memahami keadaan sebenar. Wallahualam!

Untuk pengetahuan, saya telah bersuara dan menyatakan pendapat saya kepada pihak tertentu yang berkenaan penerangan dan media baru secara lisan namun tidak ada sambutan. Saya menulis melalui email tidak juga ada kepastian. Apabila saya menyindir diblog mereka tidak juga memberi tindak balas. Kerana apa? Kerana mereka tidak membaca blog. Mereka tidak baca blog kami dan juga blog pembangkang. Mereka tidak sedar isu yang berlegar mengelilingi mereka. Apalagi yang patut saya lakukan? Berdiam diri dan tutup saja blog?

Sekurang-kurangnya apabila saya lakukan ini, walaupun mereka tidak menyukainya tetapi akhirnya mereka akan sedar dan mengetahui ada sesuatu yang tidak kena dan harus diperbetulkan, dan ini lebih baik dari mereka diserang oleh pembangkang secara tiba-tiba kerana kelalaian mereka. Salahkan saya menegur? Salahkah Tun Mahathir kata Umno membusuk sampai ke usus sekiranya itu satu kebenaran?

Masalah utama adalah pemimpin diatas dan kita dibawah. Bagaimana pun kita akan sentiasa ditekan dan dipersalahkan. Dan masalah lebih besar adalah adanya kaki ampu yang sentiasa memuji dan menyokong pemimpin walaupun mereka melakukan kesalahan dan kesilapan. Ini bukan budaya sihat dalam masyarakat. Sekurang-kurang apa yang saya lakukan ini boleh menyedarkan pemimpin sebelum mereka dihukum tanpa isyarat oleh rakyat. Memang susah untuk mengakui kesilapan diri tetapi lebih susah untuk kita menegur kesilapan seseorang yang sentiasa merasakan bahawa mereka tidak pernah silap.

Saya telah lakukan sesuatu bagi menyedarkan, setakat itu saya mampu lakukan dan seperti kata saya semalam, saya tidak menghukum Umno tetapi saya juga tidak mampu menahan rakyat dari menghukum Umno pada PRU 13 nanti jika mereka tidak berubah.

Mungkin saya terpaksa akur pada pendapat YDP BPN, Pang5, bahawa tulis pula mengenai perkara lain seperti sukan, musik, gosip artis, atau lawak dan bRAVEhEAART akan jadi ‘Badut Heart’ dan blog Panglima akan jadi Pangtigasuku, asal jangan sentuh tokoh politik kita kerana mereka tidak boleh disentuh.

Ramai yang bercakap tentang hemah. Berhemah sangatkah blogger ini (klik) dalam penulisannya? Tetapi kerana yang dihentamnya adalah pembangkang, maka kita menutup mata dan menganggapnya wajar. Apa neraca yang kita gunakan untuk pertimbangkan ini? Akhirnya kita juga jadi seperti mereka - bila mereka lakukan halal dan bila kita lakukan adalah haram.

Susah sangatkah untuk menerima teguran dan berubah? Ramai blogger Pahang yang tulisannya baik dan blognya dibacai ramai. Jika ada usaha menyatukan mereka didalam satu force guna menentang pembangkang saya percaya Umno dan kerajaan akan tambah kuat. Di negeri-negeri lain sudah dilakukan ini. Cuma disini kami merasakan tidak diperlukan, tidak dikesan, tidak kenali, tidak diharapkan dan tidak dihargai langsung, justru itu saya mendiam atau …….

Kami sedang menunggu reaksi UMB Negeri Pahang, harap mereka dapat bertindak tidak terlalu perlahan bimbang kita tidak mampu lama menunggu, bak kata pepatah; menunggu jangan sampai termanggu, bimbang patah lengan kerana menongkat dagu.


p.s. Mungkin untuk berkata benar dan diterima kata benar seseorang itu pun perlukan mereka bernama seperti orang ini (klik) Rupanya bukan Umno saja yang ada dua keahlian, elit dan marhaen tetapi untuk blogger bersuara pun kena pastikan apa taraf keahlian kita.

20 January, 2010

PEDULI PAHANG - UMNO PAHANG YANG GELAP

Foto: Pahang Daily Online





Resah gelisah blog Suara Prihatin Umno Jerantut mengenai Umno yang Biro Penerangannya yang masih gelap dalam usaha penyebaran maklumat melalui media baru. Walaupun ruanglingkup penyebaran maklumat memalui media baru di Jerantut masih kecil, namun ianya telah bermula. Malangnya ianya didahului oleh pihak pembangkang. (berdasarkan blog-blog politik yang ada disana)

Mungkin kita memandang remeh hal ini dan merasakan bahawa ianya tidak mendatangkan kesan dan mudarat kepada kerajaan pemerintah, namun kita patut peduli kerana memang benar bahawa mereka ini ibarat api dalam sekam, membakar tanpa disedari. Inilah apa yang berlaku kepada negara sebelum PRU12 dulu bila kita memandang remeh kepada keujudan blogger pembangkang kerajaan.

Saya sudah berulang kali menyuarakan namun Umno Pahang masih diam membisu. Mungkin mereka juga tidak menyedari dan tidak peka kepada media baru ini. Mungkin mereka tidak membaca blog-blog termasuk blog saya yang menyuarakan kegelisahan ini, atau mungkin mereka merasa selesa dan beranggapan bahawa Umno Pahang tidak akan jatuh ke tangan pembangkang.

Saya sudah nyatakan bahawa pengaruh Pahang Daily Online ternyata hebat di Pahang sedangkan tidak ada usaha Umno untuk mengimbanginya. Blogger Umno dari unit media baru masih belum bersedia dan tidak matang untuk menyertai perjuangan di media baru ini. Blog Small Talk milik setpol MB Pahang bagai tidak mengharapkan orang lain membantu malahan tidak mengiktiraf blogger pahang lainnya. Ini dapat dilihat dari blog beliau yang tidak menyertakan pautan mana-mana blog dari blogger Pahang.

Berikut adalah posting dari sebuah blog pembangkang di Pahang yang disiarkan tidak berapa lama dahulu. Mungkin dahulu orang-orang Umno tidak berpeluang membacanya, maka saya salinkan disini untuk mereka berpeluang membacanya semula, kemudian jawab lah awak seorang sebagai seorang yang hebat:


10 Soalan Panas Buat Dato’ Setiausaha Politik MB Pahang !!

Susulan daripada isu pertemuan khas Krew Pahang Daily Online dengan Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Dato’ Shamsuddin Nawawi mutakhir ini, maka kami menerima berbagai pandangan dan komen daripada para pembaca semua. Ada yang mahukan pertemuan diadakan segera dan tidak kurang juga yang mahu ia dibatalkan. Maka itu kami ingin membuat ketetapan disini, ada beberapa perkara yang perlu diperjelaskan kepada rakyat tentang isu penting yang boleh menjejaskan kreadibiliti YAB Menteri Besar Pahang. Sebagai Setiausaha Politik MB, DSN harus menyakinkan rakyat akan 10 soalan panas ini, iaitu :-

Kenapa MB Pahang masih berdiam diri dan masih enggan menguruskan atau membayar hutang saman RM60 juta yang dikemukakan oleh syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur (SGM) selama ini?

Sebagai Pengerusi PKNP dan berkuasa melantik Pengurus Astana Golf & Country Club, kenapa dilantik “individu yang ada hubungan keluarga dengannya” walhal individu tersebut telah “melingkupkan” Kelab Golf Bera sebelum itu. Kenapa PKNP tidak profesional dan gagal memantau pengurusan kelab terbabit, walhal letaknya di Kuantan yang menempatkan ibu pejabat PKNP itu

Kenapa MB Pahang luluskan operasi sebuah syarikat yang berbahaya dan menyebabkan rakyat bakal diancam “sisa toksik” di Gebeng. Walhal kerajaan negeri Trengganu dan lain-lain negeri menolak hasrat syarikat terbabit mendirikan kilang itu di negeri mereka.

Kenapa MB tidak membuat laporan polis berhubung dengan “kecurian wang” dirumahnya selepas raya baru-baru ini. Dia mencabar krew kami“bersumpah di masjid” padahal beliau sendiri yang membuka cerita“rompak” itu dalam Mesyuarat Exco Mingguan di Wisma Sri Pahang. Kenapa MB mahu berdolak-dalih hal ini?.

Kenapa isu dan masalah AIR di kawasan Felda masih gagal diatasi biap pun sudah lebih 30 tahun berlarutan. Alasan yang diberi kos tinggi, bajet tiada dan sebagainya. Apakah alasan seperti ini boleh dibuat oleh kerajaan UMNO dan BN, sedangkan Pahang bukan negeri yang ditadbir oleh parti Pembangkang?

Kenapa MB masih belum melantik Timbalan Menteri Besar Pahang sejak diberi mandat dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Apakah beliau takut dengan Dato’ Tan Aminuddin yang pernah menampar beliau dulu?.

Benarkah MB Pahang telah bertindak meluluskan penjualan tanah“Rezab Masjid” di Bandar Indera Mahkota Kuantan kepada orang bukan Islam baru-baru ini?

Apakah Adnan Yaakob, masih layak menerajui Kerajaan Negeri Pahang selepas ini, walhal beliau ternyata gagal membangunkan serta menyakinkan pelabur untuk datang ke sini. Pembentangan belanjawan“defisit” selama 11 tahun menjadi bukti kukuh hal ini.

Kenapa MB tidak mengambil tindakan terhadap seorang Exco Kerajaan Pahang yang sudah 3 kali ditangkap “Basah” oleh pihak jabatan agama. Dimana beliau merasuah pegawai agama terbabit sebanyak RM3,000untuk membebaskan dirinya. (akan didedah)

Kami mencabar Setiausaha Politik MB itu untuk mengadakan “Debat Terbuka” dengan “Ahli Biasa PKR” iaitu Dato’ Fauzi Abd Rahman tentang isu semasa dan politik Pahang. Sila tetapkan tempat dan lokasi untuk diwar-warkan. Kami juga akan menghantar wakil kami sebagai Ahli Panel debat itu nanti dan mestilah disiarkan secara langsung menerusi radioPahang FM.

[Justeru itu, kami mempelawa Dato' Shamsuddin Nawawi menjawab persoalan yang ditimbulkan bagi menyakinkan rakyat tentang ketua kerajaan negeri Pahang ini. Jika tidak meyakinkan, maka rakyat akan menolak kepimpinan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob dalam pilihanraya umum akan datang. Maka itu sebagai SU Politik MB, DSN bertanggungjawab untuk menjawab segala isu yang diketengahkan ini demi kepentingan rakyat Pahang khasnya]. - Pahang Daily



19 January, 2010

PEDULI PAHANG - 36 RIBU AHLI UMNO TAK MENDAFTAR MENGUNDI?

Siar diblog pun boleh juga kan Dato'? Go to hell lah Dato' ye?


TEMERLOH, 18 Jan - Kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang,Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin bahawa seramai36,000 ahli UMNO yang layak mengundi di negeri ini dikesan masih belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pemilih sebenarnya tidaklah menggemparkan. Biarpun fenomena itu dianggap serius oleh beliau dan ia boleh memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO pada pilihan raya akan datang. Sebenarnya, Sharkar tidak perlu untuk merasa bimbang dengan senario ini, kerana mereka yang berjumlah 36,000 itu adalah ahli-ahli UMNO yang sudah"murtad" dan memang telah meninggalkan UMNO sebenarnya. Malah, mereka dipercayai telah berbondong-bondong menyertai Pakatan Rakyat terutamanya PKR atau PAS. Perkara itu mungkin tidak disedari oleh puak-puak UMNO Pahang kerana mereka menyerahkan bulat-bulat kepada pemimpin bawahan untuk membuat tindakan bagi pihak mereka. Hasilnya, ramai ahli-ahli UMNO yang sudah lama "keluar parti" masih didaftarkan aktif dalam UMNO….Utusan Malaysia


[Pemimpin yang ada dalam UMNO sekarang lebih pandai berkata-kata untuk kuasa mereka. Sebaliknya mereka banyak berdusta dalam tindakan itu sendiri. Ini banyak dibuktikan oleh rakyat yang sudah terkena badi pemimpin terbabit. Oleh itu Sharkar tidak perlu risau dengan jumlah 36,000 ahli UMNO yang belum berdaftar sebagai pengundi itu sebenarnya. Ramai lagi ahli UMNO yang sudah berdaftar itu sendiri pun kini tidak lagi mahu memangkah BN dalam pilihanraya umum akan datang. Mereka kini menganggap UMNO pada bila-bila masa sahaja akan dikhuburkan oleh rakyat. Bila riwayat UMNO tamat, maka mereka yang masih berada dalam parti itu bakal hilang tempat untuk bergantung lagi. Maka, adalah lebih elok ahli-ahli UMNO itu sendiri bertindak keluar parti dan bersama Pakatan Rakyat untuk membela nasib serta masa depan mereka yang sebenar-benarnya. Itulah yang lebih utama buat masa ini]. - Pahang Daily Online

2 Komen di Pahang Daily Online:

Blogger Tan Loo Ley said...

Saya pun belum daftar lagi.....tapi nampak gaya kena daftarlah kerana kerajaan yang ada sekarang nampak goyah..jadi menjadi TANGGUNGJAWAB SAYA UNTUK MENJATUHKAN TERUS KERAJAAN UMNO BENGONG KAT PAHANG NI....

Monday, January 18, 2010 10:29:00 PM

Blogger serupasekala said...

yang tak berdaftar dihebahkan kan . YANG MATI BOLEH MENGUNDI TAK DIPERTIKAIKAN.

WALLAH HU'ALAM

Monday, January 18, 2010 10:41:00 PM



Memang pahit untuk ditelan tetapi inilah hakikatnya. Saya bersetuju bahawa untuk menjamin kemenangan berkekalan Umno, 36,000 ahli Umno itu tidak harus didaftarkan atas beberapa alasan. Pertama, sekiranya mereka benar-benar ikhlas berjuang untuk Umno sudah tentu mereka telah mendaftarkan diri mereka sendiri. Kedua, jika pun mereka itu didaftarkan oleh Umno belum tentu mereka ini akan memberikan sokongan kepada Umno dalam keadaan Umno sekarang ini dimana pemimpin-pemimpin peringkat negeri sudah tidak mampu lagi menyakinkan sebilangan besar rakyat.


Selain itu kita juga melihat bahawa inilah Umno, sebuah parti yang sudah hilang arah tuju akibat percakaran politik dalaman pemimpinnya, membuatkan bahagian-bahagian tidak lagi berupaya menjalankan tanggungjawab mereka terhadap ahli. Saya selalu bertanya, siapakah sebenarnya yang masih sayangkan Umno? Saya tidak mendapat jawapan kepada soalan itu dan saya dapat rasakan bahawa sudah tidak ada sesiapa lagi yang sayangkan Umno, hatta pemimpin Umno sekalipun. Yang mereka perjuangkan adalah kepentinhgan peribadi dan kroni mereka sahaja.


Saya dimaklumkan oleh sumber yang rapat dengan kepimpinan, akhir-akhir ini MB nampak tersangat baik dengan kepimpinan bahagian, justru sesiapa yang memerlukan kelulusan dengan mudah akan disokongnya, tidak lagi seperti sebelum ini dimana mereka terpaksa menahan telinga.


Apakah perubahan ini memberi makna bahawa MB telah mendapat firasat bahawa beliau tidak akan lama lagi dikerusi MB Pahang? Atau lebih buruk lagi beliau mendapat firasat bahawa Pahang akan berubah kerajaan pada PRU13 nanti? Misi tawan Pahang oleh Pas masih hangat. Silent voter masih memberi simpati kepada Pas. Malangnya kepimpinan Umno masih pekak dan bisu.


Apa program mendekatkan diri dengan generasi muda yang Umno dilakukan? Peranan media baru apakah digunakan sepenuhnya bagi menarik hati generasi muda? Mana blog-blog media baru Pahang yang dilatih dibawah Dato’ Sam dulu? Apakah mereka juga masih dalam kegelapan mata dan hatinya? Inilah jika guru yang salah mendidik murid-murid yang salah juga.


Maaflah, mungkin saya terpaksa bersetuju dengan pendapat komen dari Tan Loo Ley bahawa karamkanlah kapal ini dan binalah yang lain dengan nakhoda yang lain juga. Kalaulah pemimpin Umno Pahang mampu mendengar sedikit suara dari rakyat marhaen ini, alangkah bangganya kita berjuang untuk pertahankan Umno dari terus tenggelam. Mungkin kita harus setuju kepada teori RAHMAN bahawa DS Najib adalah Perdana Menteri Umno yang terakhir, atau Perdana Menteri Melayu yang terakhir. Tambah malang lagi apabila ianya akan berakhir pada PRU13 nanti.



Sebagai blogger bebas, saya pun sudah patah hati untuk perjuangkan Umno bila pemimpin yang tidak pernah ingin menghargai apa peranan yang blogger lakukan selama ini. Tahniah kepada PDO kerana blogger pembangkang lebih cekap dalam menyebarkan maklumat menggunakan media baru. Pemimpin Umno Pahang, boleh sambung tidur...PRU13 lambat lagi, hehe!


Baca juga blog Suara Prihatin UMNO Jerantut, tapi ini pun bukan dari unit media baru yang belajar dengan Dato' Sam dulu tu. Yang tu sedang sibuk main pokker Face dan Mafia war. Hehehe

18 January, 2010

PERIHAL ORANG-ORANG KECEWA




Adeyyy, tambi! You also kecewa ka? Hahahaha!
Friend of mine just came back from Japan, who missed her wife very much,
he asked his wife 'ko pakai modeska?' His wife replied 'Haip!' Then sadly he voice ' konekku keciwa' ~ huhu



Kecewa 1:

Nicole Scherzinger, penyanyi kumpulan Pussycat Doll patah hati ditinggalkan kekasihnya Lewis Hamilton pelumba Formula One yang enggan berkahwin lagi kerana masih mahu hidup bebas. (Harian Metro 16 Januari 2010 R4-5)

Kecewa 2:

Maria Tunku Sabri, personaliti popular jalan-jalan cari makan mengemukakan saman RM5.5 juta kerana mungkir khawininya. (Harian Metro 16 Januari 2010 M20)

Kecewa 3:

Seorang Inspektor Polis kecewa apabila mengetahui tunangnya seorang Lans Koperal Polis adalah juga isteri kepada seorang anggota polis. (Harian Metro 16 Januari 2010 M8)

Kecewa 4:

Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim meletak jawatan kerana kecewa juga. Timbalan Presiden PRK juga akan mengikut jejak-jejak mereka terdahulu juga kerana kecewa antaranya; Dr. Chandra Muzaffar (bekas Timbalan Presiden Keadilan), Abdul Rahman Osman (bekas Timbalan Presiden PKN), Ruslan Kassim, Datuk Marina Yusoff, Nell Onn, Prof. Dr. Jomo K Sundra, Zainur Zakaria, Datuk S Nalla Karupan, Mohd Ezam Md. Noor, Lokman Noor Adam dan terkini Dr. Jeffrey.

Lebih menarik, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang yang keluar parti dan menjadi ahli Bebas adalah dari PKR; Mohd Osman Jailu (Cangkat Jering), Jamaluddin Md Radzi (Behrang), Mohd Fairus Khairuddin (Penanti), V.Arumugam (Bukit Selambau), Mohd Radzi Salleh (Lunas), Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Kelang). Mereka juga orang-orang kecewa, kecewa terhadap kepimpinan PKR yang tidak ada halatuju. (Berita Harian 16 Januari 2010 MS 19)

Kecewa 5:

Rakyat juga kecewa sepertimana kata Dr. Chandra Muzaffar bahawa tindakan Anwar Ibrahim menangguhkan perbicaraan kes liwatnya itu memberikan gambaran seolah-olah dia takut dengan kebenaran yang bakal didedahkan. (Berita Harian 16 Januari 2010 MS 19)

# - bh pun kecewa juga bila ada yang berubah atau beralih arah: terpaksa kubiarkan kau pergi, namun aku berharap kau akan kembali lagi... ~ bRAVEhEART


p.s. Blogger-blogger Pahang jangan kecewa, masih ada harapan. Kita mesti bersatu kemudian bersama kita lakukan sesuatu. Sila masukan alamat email dibawah ini dan kemudian enter untuk memohon menjadi ahli Grup Blogger Pahang di yahoogroup. Pemimpin Umno Pahang yang buta IT dan buta hati mesti diberi pengajaran.


Subscribe to bloggerpahang

Powered by us.groups.yahoo.com



~ bh

17 January, 2010

KEMPEN 'KITA PEDULI PAHANG'






Banyak kali saya memberi pandangan dan teguran terhadap Umno Pahang / kerajaan mengenai perlunya memberikan perhatian terhadap blogger Pahang agar dapat disatukan usaha dalam membantu kerajaan menentang kempen dan tohmahan pembangkang. Namun sehingga kini saya masih belum menerima apa-apa isyarat dari mereka. Sindir sudah, tegur sudah, kutuk sudah namun kerajaan masih membisu seribu bahasa dan tak tahu bahasa. Demikianlah kepekakan dan ketidakpekaan pemimpin kita terhadap suara rakyat.

Apakah peranan blogger dianggap tidak penting? Jika tidak kenapa dibeberapa negeri bahkan pusat sendiri mengadakan beberapa siri pertemuan dan sebagainya bagi mendorong golongan blogger pro kerajaan ini terus memainkan peranannya? Mungkinkah ini kes terpinggir, maknanya hanya pemimpin Umno / kerajaan Pahang sahaja yang bersikap demikian!

Atas cadangan dan sokongan sahabat-sahabat blogger, saya baru-baru ini telah membentuk satu kumpulan 'Grup Blogger Pahang' di yahoogroup bagi tujuan merapatkan hubungan, menyatukan serta berkongsi pendapat dan pandangan dalam segala hal. Selain itu kita akan dapat juga menyuarakan sesuatu perkara dalam satu suara.

Nama Grup: Grup Blogger Pahang
Home page: http://groups.yahoo.com/group/bloggerpahang
Grup email: bloggerpahang@yahoogroup.com

Oleh yang demikian, saya berharap saudara-saudara yang berminat menyertai grup tersebut menghubungi saya di alamat email: braveheartblogger@ymail. com atau langsung memasukkan alamat email saudara di ruang yang disediakan dibawah ini dan kemudian enter.

Sebagai ahli, kita akan berkongsi sebuah laman bersama ahli-ahli lain, berkongsi maklumat serta foto. Sekiranya menghadapi sebarang masalah menggunakannya, saya akan memberikan panduan. Yang penting, disini nanti kita akan berkongsi segalanya dan secara sulit.

Setiap permohonan akan ditapis sebelum diluluskan. Sila nyatakan nama penuh, umur, jantina, lokasi, nama blog dan nombor telefon. Segala maklumat adalah rahsia dan hanya akan diketahui sesama ahli sahaja.

Selepas ini nanti kita akan mendesak untuk menemui pemimpin untuk menyatakan segala pandangan dan pendirian kita. Jika kita bersatu, saya percaya pemimpin samaada secara rela atau terpaksa akan menerima dan mendengar suara kita.


Subscribe to bloggerpahang

Powered by us.groups.yahoo.com



' Kita Peduli Pahang' 

~ bh

16 January, 2010

Grup Blogger Pahang





Salam saudara semua,

1. Bertindak atas cadangan sahabat kita Kembara Politik, saya telah mendaftarkan @ membentuk Grup Blogger Pahang di yahoo sepertimana keterangan dibawah ini;

Nama Grup: Grup Blogger Pahang
Home page: http://groups.yahoo.com/group/bloggerpahang
Grup email: bloggerpahang@yahoogroup.com

Saya berharap segalanya akan dapat saya siapkan dalam waktu terdekat.


2. Oleh yang demikian harap dapat saudara hubungi saya dialamat email: braveheartblogger@ymail.com dengan segera supaya saya dapat 'invite' untuk saudara menyertai grup tersebut atau saudara boleh lakukan sendiri dibawah ini.

Sekian dan terima kasih,


'Kita Peduli Pahang'


~ bh



   Click to join bloggerpahang   

Click to join bloggerpahang




Subscribe to bloggerpahang

Powered by us.groups.yahoo.com



/

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...