30 April, 2009

SEMBANG RINGAN ~ PERTEMUAN BLOGGER PAHANG

YB Dato' Sharkar Hj. Shamsuddin
Exco Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang



Masa: Sekitar 3.30ptg
Tempat: Pintu Masuk Dewan Majlis Bandaran Jerantut

Saya dah Zamri (sepupu yang tinggal di Kuala Tahan) berjalan kepintu masuk dewan. Dah lama juga kami tak berjumpa dan berbuah-bual. Banyak perkara yang diperkatakan; mengenai ekonomi dan politik serta kehidupan harian. Kami menghala ke arah seorang tokoh politik muda yang sedang berbual-bual dengan rakan lamnya dan kami menyapa.

BH: Apa khabar Dato'?
DS: Ooo! A*** ! (Nama Sebenar), Braveheart! Apa khabar? Saya khabar baik.

Kami bersalaman. Bersama DS adalah En. Abdullah yang merupakan sahabat lamanya sewaktut menuntut dulu. Banyak yang kami pebualkan. Tetapi semuanya secara ringan dan santai.

Pertama kali saya mengenali DS juga di Jerantut lebih 8 tahun lalu sewaktu saya menganjurkan satu program keluarga angkat (homestay) dengan membawa beberapa keluarga pelancong dari Sweden untuk tinggal beberapa hari di Kg. Binjai, Lata Kasah Jerantut. DS datang mewakili EXCO Pelancongan ketika itu - Datuk Maznah Mazlan yang saya jemput tetapi tidak dapat menghadirkan diri.

Selepas itu kami terus berhubung dari masa ke semasa terutama melalui sistem khidmat pesanan ringkas. Kira-kira 4-5 tahun lalu saya menjemput DS merasmikan mesyuarat agung persatuan (NGO peringkat negeri) yang mana saya menjadi presidennya ketika itu.

Sebelum itu, sewaktu PRU12 hampir diadakan saya menghantar sms kepada beliau mengucapkan tahniah kerana dinamakan sebagai calon PRU. Beliau bertanya bagaimana saya tahu kerana keputusan masih belum diterima? Jawab saya - itu adalah gerak hati saya berkata demikian. Saya ucapkan tahniah atas kemenangan dalam PRU12 di DUN yang diawakili walaupun keputusan masih belum diresmikan kerana saya yakin dia akan menang. Akhirnya memang dia menang. Saya mengucapkan tahniah atas perlantikannya sebagai exco ketika semua masih tertunggu-tunggu keputusan perlantikannya. Jawapan saya bila ditanya adalah dari gerakhati saya.

Sebagai seorang pemimpin yang masih muda DS mampu pergi lebih jauh dalam politik. Beliau seorang yang nampak bersemangat dan dedikasi dan yang paling penting adalah 'very humble' person dan mesra rakyat. Mudah digauli.

BH: UMNO harus sedar dan bertindak segera menangani blog-blog pembangkang yang banyak bercambah ketika ini. Berapa banyak blog pembangkang yang ada? Di Jerantut ini ada lebih dari 5 buah blog pembangkang yang aktif sedangkan UMNO tidak ada satu pun untuk pertahankan tohmahan. Ada blog Suara Prihatin UMNO Jerantut (http://spu-bloggers.blogspot.com) tetapi ini blog bebas yang mempertahankan UMNO/Kerajaan tetapi dalam masa sama juga mengkritik. UMNO Jerantut perlu ada blog mereka sendiri bagi menyebarkan maklumat dan dalam masa sama menjawab tohmahan.

DS: Memang perlu! Mungkin nanti kita akan adakan kursus diperingkat bahagian untuk membina dan mengendalikan blog. Tugas menentang pembangkang ini bukan saja tugas kerajaan dan parti tetapi juga menjadi tanggungjawab ahli terutama di 'grassroot' kerana mereka sebagai sebahagian rakyat dan apa saja isu yang dimainkan adalah melibatkan mereka secara langsung. Saya juga bercadang untuk adakan pertemuan dengan para blogger negeri pahang dalam masa terdekat.

BH: Terima kasih Dato' kerana mengiktiraf para blogger sebahagian dari ejen penyebar maklumat terkini. Kita akan usahakan agar pertemuan ini jadi kenyataan. Dah banyak perkembangan blog di Pahang ni. Kita ada blog 'aggregator' yang mengumpul segala blog-blog di Pahang. Gabungan Suara Anak Pahang ~ http://gerbangtemumaya.blogspot.com. Blog ini telah tersenarai di blog Penggabung Suara ~ http://nasionalis1946.blogspot.com/.
Terbaru ada satu blog berita - Pahang Kini ~ http://pahang-kini.blogspot.com. Ini semua satu perkembangan yang baik dalam dunia siber. Cuma kemana arahtuju blog-blog berkenaan? Itu yang harus kita beri perhatian.

Banyak lagi yang kami perkatakan tetapi tidak ditulis disini. Akhirnya DS harus pergi namun janjinya untuk mengadakan pertemuan dengan para blogger Pahang masih disimpan.

DS: OK lah, Braveheart! Saya kena pergi dulu. Nanti nak singgah di Temerloh kejap. Tapi pertemuan dengan blogger itu kita akan buat juga. Saya akan bagi tau nanti.

BH: Insyallah Dato'. Saya akan bantu dan mewar-warkan kepada semua blogger Pahang.

DS melangkah pergi meninggalkan kami.
Saya bagi tau Zamri; 'ada cahaya cerah dihadapan, jika tidak ada awan hitam yang melindungi, kita akan dapat lihat langit dihias bulan dan bintang'
Zamri: ???


28 April, 2009

LAGI ~ PENGUNAAN PERKATAAN ALLAH




DALAM ASYIK MEMBACA DARI BLOG KE BLOG, SAYA MENEMUI SEBUAH BLOG AIDC YANG DIBERI NAMA 'PISAU' ~ DENGAN TAJUK 'PAKATAN RAKYAT BERJAYA MENJUAL NAMA ISLAM'.

SAYA MEMBACA SEGALA PERBAHASAN DAN KOMEN DARI PENGUNJUNG BLOG BERKENAAN DAN MENEMUI KOMEN DARI SEORANG SAHABAT (ISAC). KOMENNYA PANJANG DAN MENARIK LALU SAYA TERPANGGIL UNTUK MENERBITKANNYA KEMBALI BAGI TATAPAN UMUM.

DENGAN KEIZINAN BELIAU, SAYA PERTURUNKAN SEPENUHNYA TULISAN SDR ISAC TANPA MEMBUAT SEBARANG PINDAAN AGAR TIDAK MENCACATKAN SEBARANG PANDANGAN BELIAU MENGENAI ISU TERSEBUT.



PERSOALANYA KENAPA BARU SEKARANG?

KENAPA BARU SEKARANG NAK GUNA PERKATAAN “ALLAH”?

KITA KENA FAHAM MAKSUD YANG TERSIRAT….TUJUAN UTAMA MEREKA HANYALAH UNTUK MENYESATKAN ORANG MELAYU/ISLAM YANG RENDAH ILMUNYA.

DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA, DENGAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RESMI, AGAMA2 LAIN ADALAH DITEGAH SAMASEKALI UNTUK “BERDAKWAH” (MNYAMPAIKAN DAKYAH MEREKA) KEPADA ORANG2 YANG BERAGAMA ISLAM. BEGITU MOLEK PERLEMBAGAAN KITA INI SEBENARNYA.

KENAPAKAH KITA PERLU TUNDUK KEPADA TUNTUTAN MEREKA? BAGI SAYA TUJUAN MEREKA HANYA SATU, UNTUK MENYAMPAIKAN DAKYAH MEREKA SECARA HALUS. INI ADALAH TERANG2AN BERCANGGAH DENGAN PERLEMBAGAAN KITA.

JIKA SAUDARA LIHAT WEB DI INDONESIA MEMANG BANYAK DAKYAH2 KRISTIAN INI MENGGUNAKAN PERKATAAN “ALLAH” UNTUK TUHAN (AGAMA KRISTIAN) & MUNGKIN SEBAB ITU JUGA LAH MAKA PENYEBARAN AGAMA KRISTIAN BEGITU MELUAS DI SANA. WALAUPUN PADA DASARNYA INDONESIA ADALAH NERARA ISLAM YANG TERBESAR DI DUNIA DENGAN LEBIH 200JUTA UMAT ISLAM.

ADAKAH SAUDARA “ItsMeAgain” & “Ahlul Beit said” RELA JIKA NANTI, ANAK2 SAUDARA BERKAHWIN DENGAN ORANG2 KRISTIAN? TANPA MENATU2 SAUDARA INI NANTI MEMELUK ISLAM? (UNTUK SAYA WALIYAZUBILLAH….)

INI BERLAKU DENGAN MELUAS DI INDONESIA? WALAUPUN PERLEMBAGAAN MEREKA TIDAK DIKAWAL OLEH PENJAJAH BELANDA, TETAPI IANYA TIDAK DIGUBAL SEBAIK PERLEMBAGAAN KITA. DALAM BAB INI KENA BERTERIMAKASIH KEPADA BRITISH KERANA MEMBENARKAN TOK NENEK KITA MEMASUKKANNYA DI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

SEBAGAI CONTOHNYA SAUDARA JAMAL MIRDAD (ISLAM/PENYANYI) BERKAHWIN DENGAN SAUDARI LIDYA KUNDOU (KRISTIAN/PELAKON). ANAK2 MEREKA DIBERI PELUANG UNTUK MEMILIH AGAMA MASING2 APABILA MENJANGKAU USIA 18 TAHUN……JIKA SAUDARA MENONTON DRAMA “INTAN” DI ASTRO (105) SETIAP HARI ISNIN-JUMAAT PUKUL 11-12MLM. GADIS TERSEBUT ADALAH ANAK PASANGAN INI!

ADAKAH KERANA KEBELAKANGAN INI NAMA “ALLAH” BANYAK DAPAT DILIHAT DILANGIT, DI POKOK2, DALAM BATU-BATAN, DALAM DAGING LEMBU, DALAM TELOR, DALAM BATU CINCIN DAN BERBAGAI2 LAGI BARANGAN LAIN YANG MENUNJUKKAN KEKUASAAN “ALLAH” DAN ISLAM ITU AGAMA YANG BENAR!!!!!!! MAKA MEREKA (PENGANUT KRISTIAN) JUGA INGIN MENUMPANG KEAGONGAN “ALLAH” ATAU PUBLISITI INI? SILA KE MELAKA DAN MELAWAT MUZIUM ISLAM, ADA DITUNJUKKAN TANDA KEBESARAN ALLAH INI.

KENAPA APABILA DENGAN “UMNO”, PAS BEGITU CEPAT MELABELKAN MEREKA INI SEBAGAI PEMBELIT, PENIPU, ADA MAKSUD TERSIRAT, DAN LAIN2…

TETAPI APABILA DENGAN ORANG YAHUDI DAN NASRANI YANG SEMEMANGNYA TELAH DIBERIKAN AMARAN OLEH ALLAH DI DALAM AL QURAN SPERTI
MAKSUDNYA, ”ORANG YAHUDI & NASRANI X AKAN SENANG SELAGI KAMU TIDAK MENGIKUTI MEREKA”. BEGITU MUDAH PULA DAN PEMURAH OLEH PAS UNTUK MEMPERCAYAINYA MEREKA BULAT2!!!!!! PELIK BUKAN????

SETAKAT HENDAK BERDEBAT DENGAN AGAMA LAIN X PAYAH NAK TUNGGU AGAMA KRISTIAN MENGGUNAKAN ALLAH UNTUK NAMA TUHAN MEREKA……PELUANG TERBUKA LUAS….SAUDARA…HENDAK SERIBU DAYA X HENDAK SERIBU DALIH…..

ADAKAH SAUDARA SANGGUP JIKA NANTI DI GEREJA2, DI BUKU2 DAN DI PAPAN2 TANDA JALAN……MENGHALA KE GEREJA DITULIS……….TUHAN KAMI ADALAH ALLAH (GOD), TUHAN KAMI ADALAH YESUS (NABI ISA), TUHAN KAMI DADALAH ROH KUDUS (HOLY SPIRIT)……….SANGGUP KAH SAUDARA2 KU???????

SANGGUP KAH SAUDARA JIKA NANTI DI KUIL2 INDIA JUGA AKAN DITULIS PULA BAHAWA TUHAN MEREKA ADALAH ALLAH……HAY RAMA…..HAY KRISNA….DAN TUHAN LAPAN TANGAN MEREKA JUGA ADALAH ALLAH YANG SEBENAR2NYA…………

DI KUIL2 BUDHA JUGA AKAN DITULIS BUDHA = ALLAH………..

BEGITU JUGA DENGAN FAHAMAN KONFUSES….BAGAIMANA PULA DENGAN DEWI KWAN YIN? GURU NANAK DAN LAIN2………………MEREKA JUGA = ALLAH…..ASTARFIRULLAH….

BAGI SAYA JANGALAH PERKARA INI HENDAK DIPOLITIKKAN……….SEMUA ORANG MELAYU/ISLAM KENA BERSAMA-SAMA MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA, ISLAM AGAMA RASMI DAN DAKWAH AGAMA LAIN TERHADAP ORANG MALAYU/ISLAM ADALAH DILARANG SAMA-SEKALI NOKTAH.
KENAPA HENDAK BERDEBAT MENGENAI PERKARA INI TERUTAMANYA BAGI KITA YANG MENGETAHUI SIFAT2 WAJIB & MUSTAHIL BAGI ALLAH (20 SIFAT) DAN SIFAT HARUS SATU.

TOK NENEK KITA YANG MERANGGKA PERLEMBAGAAN MALAYSIA ITU MEMANG CUKUP BIJAK SEBENARNYA. JANGANLAH KITA NAK MENJADI “TUKANG TAMBAH” YANG BOLEH MENJAHANAMKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

27/4/09 4:48 PM

27 April, 2009

DOA LAKNAT NIK AZIZ

Tg Nik Aziz harus juga berdoa untuk dirinya sendiri
agar tuhan mengampunkan dosanya yang melaknatkan seorang pemimpin Islam


MENGIMBAS KEMBALI ISU DOA TG NIK AZIZ YANG MENDOAKAN SUPAYA DATO’ SERI NAJIB DILAKNATI……ADALAH KETERLALUAN


JIKA IANYA DILAKUKAN OLEH SEORANG ORANG BIASA ATAU “USTAZ” YANG BARU TAMAT PENGAJIAN….MUNGKIN BOLEH DITERIMA AKAL….TETAPI BAGI TG NIK AZIZ….SEORANG ULAMAK VETERAN & TERSOHOR…..IANYA AMAT2 MENGECEWAKAN…..

JIKA MENGIKUT SEJARAH…..DOA TERSEBUT DIBACA OLEH RASULLAH SAW KERANA PADA WAKTU ITU TERDAPAT DUA ORANG YG BERNAMA “UMAR” YANG BEGITU KUAT MENENTANG GERAKAN DAKWAH RASULLAH…SEORANG ADALAH SAIDINA UMAR AL KHATAB (KHALIFAH ISLAM YG KEDUA YANG KETIKA ITU BELUM LAGI MEMELUK ISLAM) DAN SEORANG LAGI JUGA BERNAMA UMAR (TERLUPA PULAK NAMA PENUHNYA).

TUJUAN DOA ITU DIBACA ADALAH SUPAYA MEREKA INI (JIKA MENDAPAT SUFAAT) AKAN TERBUKA HATINYA UNTUK MEMELUK ISLAM & TIDAK LAGI MEMUSUHI NABI….

DOA NABI MUHAMMAD SAW….DIPERKENAAN & DENGAN IZIN ALLAH, SAIDINA UMAR AL KHATAB MEMELUK ISLAM SELEPAS DIA MERAMPAS SEKEPING AYAT AL-QURAN DARIPADA ADIK PEREMPUANNYA YANG BERAGAMA ISLAM DAN MEMBACANYA….TIBA2 TUBUHNYA MENGELETAR DAN MENJADI BEGITU TAKUT KEPADA ALLAH. ALHAMDULILLAH….. BAYANGKAN SAIDINA UMAR YANG BEGITU GAGAH & BENGIS MENJADI LEMAH DALAM SEKELIP MATA….

DALAM KES DI ATAS KEDUA2 UMAR TERSEBUT SUDAH TERANG LAGI BERSULUH MEMUSUHI DAN MENGANCAM KESELAMATAN NABI MUHAMMAD SAW DAN PENGIKUT2NYA. DALAM KATA LAIN, MEREKA MEMUSUHI DAN MEMERANGI ISLAM.

TETAPI DALAM KES KONONNYA DSN “MERAMPAS” NEGERI PERAK (JIKA BENAR) ADALAH SESUATU YANG BERLAWANAN SAMA-SEKALI…..PERAK SEBENARNYA DITADBIR OLEH PARTI DAP (AGIHAN KERUSI DUN PERAK PAS 6, PKR 7 DAN DAP 19 MEMBUKTIKANNYA). DAP MEMANG TERKENAL DENGAN SIKAPNYA YANG ANTI ISLAM DAN ANTI MELAYU. BAYANGKAN ORANG MELAYU/ISLAM YANG MERUPAKAN 60% PENDUDUK PERAK TELAH DINAFIKAN HAK MEREKA UNTUK MEMERINTAH PERAK OLEH PROSES DEMOKRASI.

MENGEMBALIKAN PEMERINTAHAN NEGERI PERAK KEPADA ORANG MELAYU/ISLAM ADALAH SATU “JIHAD” DAN ADALAH SANGAT PENTING UNTUK KEPENTINGAN ORANG MELAYU/ISLAM. KENAPA PAS BEGITU BUTA MATA HATI MEREKA? ADAKAH KERANA TAMAKKAN JAWATAN MENTERI BESAR, HAK ORANG MELAYU/ISLAM UNTUK MEMERINTAH SANGGUP DIKETEPIKAN.

KENAPA UNDI “CINA” DI BUKIT GANTANG TEMPOHARI MENUNJUKKAN 90% MEMENANGKAN PAS?

APA PAS BERMIMPI YANG MEREKA INI SEMUANYA MENYOKONG PERJUANGAN ISLAM PAS? JANGAN MIMPI LAH KAWAN….

ORANG CINA BERSATU KERANA MEREKA MENENTANG UMNO YANG MEREKA RASAKAN TELAH MERAMPAS KUASA PEMERINTAHAN DARI DAP (PARTI ORANG CINA).

MERAKA TAHU YANG SEBENARNYA MEMERINTAH PERAK ADALAH DAP !!!!

DATO’ SERI IR. NIZAR HANYALAH BONEKA YANG BOLEH KITA IBARARATKAN SEBAGAI “PAK KADUK, AYAMNYA MENANG KAMPONG TERGADAI”.

JIKA ORANG CINA BOLEH BERSATU UNTUK KEPENTINGAN KAUM MEREKA DI DALAM MEMBUAT TUNTUTAN2 YANG SEJAJAR DENGAN KEPENTINGAN MEREKA! KENAPA PULA ORANG MELAYU DI DALAM UMNO, PAS & PKR TIDAK BOLEH BERSATU UNTUK BERBUAT DEMIKIAN ? LAKUKANLAH DEMI SURVIVAL AGAMA DAN BANGSA!!!!

BANGUNLAH BANGSAKU DARI LENA MU, BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH.


MUNGKIN DOA LAKNAT ITU TELAH BERBALIK KEPADA TG NIK AZIZ, KERANA ITU LAH TG NIK AZIZ KINI SEDANG DI TENTANG OLEH PENGIKUTNYA. TG NIK AZIZ SEDANG MENGHADAPI KRISIN KEPIMPINAN DAN ADA USAHA YANG GIAT SEDANG DILAKUKAN UNTUK MENJATUHKANNYA. KITA AKAN SAKSIKAN NANTI PERTEMPURAN DALAM PAS YANG AKAN MENJATUHKAN TG NIK AZIZ KELAK BAGI MENWUJUDKAN PAS BARU YANG LEBIH RELEVEN.


(KLIK UNTUK LIHAT VIDEO DOA LAKNAT)

26 April, 2009

SUMPAH LAKNAT

Gambar hiasan - Gambar ini tidak ada kena mengena dengan sebarang sumpah. Ianya adalah pembentukan semulajadi 'stalatite' yang terdapat di Gua Buta di Taman Rimba Kenong, Pahang.


Sebuah laman blog pro pembangkang telah disaman oleh Saiful Bukhari Azlan berikutan kaitan kes liwat yang melibatkan seorang pemimpin pambangkang. (Klik sini)

Kita tidak mahu pertikaikan siapa salah dan siapa benar dalam penghakiman kes liwat berkenaan kerana ianya masih dalam proses perbicaraan dimahkamah. Kita juga tidak ingin pertikaikan kewajaran pihak Saiful dalam menyaman laman blog berkenaan yang didakwanya menyebarkan fitnah dengan tujuan untuk mengaibkannya dengan penyebaran berita-berita palsu.

Kita hanya ingin melihat dan memberikan sokongan dan ucapan syabas kepada Saiful atas keberaniaannya melakukan sumpah laknat yang ternyata bukan sedikit memerlukan ketabahan dan keberanian diri dalam melakukannya.

Hanya yang kita terfikir kenapakah dipihak yang satu lagi masih enggan melakukan sumpah yang sama jika beliau benar-benar tidak bersalah. Kita melihat bahawa pihak yang satu lagi hanya berdolak dalik dan sentiasa memberikan alasan untuk tidak melakukan sumpah laknat seperti yang Saiful telah lakukan. Itulah wajah sebenar seorang pemimpin yang membakar semangat rakyat bagi berjuang untuk dirinya. Inilah perbezaan diantara pemimpin ini dengan Datuk Seri Najib yang dilihat berjuang bersama rakyat untuk rakyat.

Kita harap rakyat menyedari dan menginsafi bahawa selama ini kita telah terpedaya dengan janji-janji kosong seorang pemimpin yang rakus dan sanggup memperjudikan dan menggadaikan bangsa dan negara demi cita-cita politik dirinya sendiri. Kita harus insaf dan menolaknya segera dan serta merta.

(Klik baca - Strategi Anwar Mengelak Rakyat Membicara Kes Liwatnya)

25 April, 2009

TAHNIAH DS ADNAN DAN DATO' SHARKAR

YAB Dato' Seri Adnan Bin Yaakob sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.


YB Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin Timbalan Perhubungan UMNO Negeri Pahang.





Seperti yang dijangkakan sejak awal lagi bahawa Presiden UMNO yang juga perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Hj.Abdul Razak akan melantik YAB Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Bin Yaakob sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Bagaimanapun perlantikan YB Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri sangat dialu-alukan dan dilihat sebagai memberikan nafas baru kepada UMNO Negeri Pahang dalam menghadapi cabaran pada pilihanraya akan datang.

Kami seluruh rakyat Negeri Pahang khususnya ahli-ahli UMNO merakamkan taat setia terhadap pucuk pimpinan Negeri,
YAB Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Bin Yaakob dan berjanji akan bersama berjuang bagi memulihkan maruah UMNO yang tercalar dalam PilihanRaya 12 yang baru lalu.

Kami juga mengucapkan tahniah kepada YB Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin atas perlantikan dan kepercayaan PM melantik beliau sebagai Timbalan Perhubungan UMNO Negeri Pahang.


Senarai Penuh Perlantikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang lainnya adalah seperti berikut;

Setiausaha Agung: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Bendahari Agung: Datuk Ahmad Husni Hanadzlah
KetuaPenerangan: Ahmad Maslan

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri :

PERLIS: Datuk Seri Md Isa Sabu Timbalan: Datuk Zahidi Zainul Abidin

KEDAH:
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Timbalan: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah
PULAU PINANG:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan: Datuk Zainal Abidin Othman

PERAK:
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir Timbalan: Ahmad Husni Hanadzlah

SELANGOR: Datuk Seri Najib Tun Razak Timbalan: Datuk Noh Omar

WILAYAH PERSEKUTUAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

NEGERI SEMBILAN:
Datuk Seri Mohamad Hasan Timbalan: Datuk Shaziman Abu Mansor

MELAKA:
Datuk Seri Mohd Ali Rustam Timbalan: Datuk Wira Abu Seman Yusop

JOHOR:
Datuk Abdul Ghani Othman Timbalan: Datuk Latiff Ahmad

PAHANG:
Datuk Seri Adnan Yaakob Timbalan: Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin

TERENGGANU:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Timbalan: Datuk Ahmad Said

KELANTAN:
Datuk Mustapa Mohamed Timbalan: Datuk Dr. Awang Adek Hussin

SABAH:
Datuk Seri Musa Haji Aman Timbalan: Datuk Salleh Said Keruak


9 ahli Majlis Tertinggi yang dilantik: Datuk Seri Rais Yatim, Datuk Nazri Aziz, Brid. Gen. (B) Datuk Jamil Khir Baharom, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Aziz Sheikh Fadzir, Datuk Seri Ali Rustam, Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Ghani Othman dan Datuk Seri Shahidan Kassim.

3 lagi ahli MT dari kalangan sayap parti itu, iaitu Naib Ketua Wanita, Datuk Kamaliah Ibrahim; Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim dan ketua Puteri Umno Perak, Dr Wan Norashikin Wan Nordin.

24 April, 2009

SATU MALAYSIA ~ SATU WAWANCARA KHAS

Giles ~ mendaki Bukit Gunung Kesong, Taman Rimba Kenong - Pahang


Beberapa hari BH tak ada dalam siber. Bersama kawan kunjungi destinasi eko-pelancongan di Pahang. Turut serta adalah 2 orang pelancong asing Giles dan Eva masing-masing dari London, England dan Stuttgart,Germany. Berikut adalah wawancara khas bersama mereka:



BH: Hello! Mr Giles, how do you find Malaysia in term of economic and mother nature?
Giles: Well! Malaysia is a beautifull country..you have nice islands, beaches and forest parks..but, .. kesetabilan politik negara sangat penting bagi perkembang ekonomi. You know, jika huru hara pelabur susah mahu melabur.
BH: Oh!! You speak malay hah?
Giles: Yes, my parent tinggal kat sini. Kerja sini sukaralewan.
BH: So, interview kita dalam bahasa melayu atau Ingris?
Giles: Campur-campur - tidak apa. Saya lihat dalam tv, banyak interview orang melayu cakap , campur-campur juga - macam rojak. Selalu ada kata I,U,but,so,anyway. Ini bahasa sudah jadi melalish - melayu campur ingeris. Artis cakap itu macam. Tokoh akedemik pun ada cakap itu macam. Orang awam lagi macam-macam. Ha ha ha!
BH: Tapi kami perjuangkan bahasa melayu!
Giles: Yes! Saya ada dengar dan baca surat khabar. Ada orang tunjuk perasaan - merusuh. Merusuh perjuangkan bahasa?. Ada juga baring-baring tengah jalan serupa itu lembu. Ada juga guling-guling. Saya rasa ini negara sudah mau jadi serupa itu India.
BH: DS Najib baru ambil alih pemerintahan sebagai PM, apa pandangan?
Giles: Rakyat mesti beri kepercayaan. Jangan buat kerja bodoh dan baring serta guling-guling. Buang masa. Jangan jadi lembu baring-baring tengah jalan. Itu kerja sangat bodoh. Serupa tak ada otak. Rakyat mesti sokong DS Najib. Konsep satu Malaysia sangat bagus. Mau satukan semua rakyat. Pembangkang mesti tidak suka sebab itu akan gugat sokongan mereka. Tapi apa mereka boleh bikin? Mana ada mereka bawa kemajuan? Pulau Pinang apa jadi? Dulu cakap mau kasi turun tol sekarang lagi mau kasi naik. Ini kerajaan PR banyak cekik darah punya. Ini politik mesti setabil, kalau tidak negara jadi rosak. Jangan kasi pembangkan naik atas kepala. Nanti negara jadi huru-hara macam itu Thailand.
BH: OK lah Mr Giles, thank you lah for the wawancara!
Giles: OK! Same-same.



Eva ~ Membelakangi (bukan memberi belakang kepada) Giles dan Banir Tualang @ Kompassia Excelssa species pokok tertinggi di Asia Tenggara



BH: Miss Eva, keng I intibiu you in Ingris? I do no speak Jermang. I keng spik kemamang ongli.
Eva: Ooo! Kawe buleh speak kelate. Mu buleh intibiu kawe dale bahaso kelate. (Saya boleh cakap kelantan. Awak boleh temuramah saya dalah loghat kelantan)
BH: Huh! Tekejuk berok ambo! (Huh! Terkejut beruk saya!)
Eva: Takpo! Takpo! Kito kecek kelate deh? (Tak apa! Tak apa! Kita bercakap loghat Kelantan ye?)
BH: Lagu mano mek buleh kecek kelate ni? (Macamana cik boleh bercakap kelantan ni?)
Eva: Kawe ado pok akak duduk di Guo Muse. Kawe duduk lame denge dio. (Saya ada bapak angkat tinggal di Gua Musang. Saya tinggal lama bersama mereka)
BH: Pok akak mu tu Teku Zali ko? (Bapak angkat cik - Tengku Razaleigh Hamzah ke?)
Eva: Dok weh! Buke! (Tidak lah! Bukan!)
BH: Apo pandenge tetay politik malaysia lo ni, kalu buleh ghoyat ko kito? (Apa pandangan tentang politik Malaysia sekarang ini, boleh ceritakan kepada kami?)
Eva: Buak maso ni masih napok stabil. Tapi kito tengok penyokong PAS doh telajok habih. Sangup baring dan guling depe sutay. Peranga supo setay. Pade pon Nik Aziz kato PAS sanggup kijo samo denge sete nok jatuhkan UMNO. Ruponyo demo tu bapok setay nyo. (Buat masa ni nampak masih stabil. Tapi kita lihat penyokong PAS dan terlampau. Sanggup berbaring dan berguling atas jalan depan Sultan. Perangai serupa setan. Patut pun Niz Aziz kata PAS sanggup bekerjasama dengan setan untuk jatuhkan UMNO. Rupanya dia tu bapak setannya)
BH: Apo pandenge pasa pilihe rayo kecik DUN Penanti?
Eva: Rakyat mesti sokong day undi barisay nasional day calon UMNO. Kerajooay doh beruboh. Pah, rakyat pun mesti tunjuk beruboh jugok lah. Ini ontok kesetabilay negaro. (Rakyat mesti sokong dan undi barisan nasional dan calon UMNO. Kerajaan dah berubah. Jadi rakyat pun mesti tunjuk berubah jugalah. Ini untuk kesetabilan negara.)
B
H: Terimo kasih lah mek, deh! Nati kito maghi denge camera video nok interbiu denge mek.
(Terima kasih lah cik, Ye! Nanti kita akan datang dengan kamera viseo nak wawancara
dengan sik.)
Eva: Takpo! Samo-samo lah, deh. Jange lupo, ghoyat ko demo tu, undilah BN! Jange dok undi parti celako tu! Nik Aziz patut begheti doh, bagi ko oghe laeng pulok loh. Pasa dah lamo sangat. Oghe pon doh bechi lamo-lamo tu. (Tak apa! Sama-sama lah ye. Jangan lupa beritahu mereka tu, undilah BN! Jangan undi parti celaka tu! Nik Aizi patut bersara dah, berikan peluang kepada orang lain pulak lah. Pasal dah lama sangat. Orang pun dah benci lama-lama sangat tu)


Satu pandangan indah dari puncak Kesong



p.s:
BH ucapkan terima kasih kepada penaja pakej 3hari 2malam BH ke destinasi eko-pelancongan di Pahang itu bagi membolehkan BH mewawancara kedua-dua pelancong tersebut. (Klik disini untuk ke website penaja). Pengembaraan ini sangat menarik dan mengasyikkan. Waktu malam ada banyak bintang-bintang dilangit walaupun tak ada bulan. Terima kasih juga kepada ISAC dan Gee (Klik ke blog Gee) kerana sentiasa berikan sokongan.



21 April, 2009

PARTI CELAKA AKAN CELAKAKAN BANGSA

Bendera Parti Celaka


1. PRK DUN Penanti UMNO/BN mesti sertai tanda berani berjuang dan tidak takut kalah
2. Pemilih di DUN Penanti, buatlah pilihan yang betul - bukan memilih calon yang tidak akan membela rakyat
3. Jangan gadai Pulai Pinang kepada Pembangkang
4. Kemana melayu akan diusir selepas ini
5. Pilihlah demi masa depan anak bangsa
6. Pembangkang hanya pandai bercakap teapi tidak mampu membina kemakmuran negara
7. Mimpi Anwar tidak akan jadi nyata
8. Jangan terpedaya, jangan tertipu oleh janji kosong
9. Perjuangan PKR hanya perjuangan peribadi
10. Jangan pilih parti celaka kerana bangsa akan dicelakakan.

19 April, 2009

DEMOKRASI YANG DICEMARI

.... airmata darah bercampur keringat bumi dipijak milik orang..


Sah akan ada PRK di DUN Penanti! Sah DUN Penanti Kosong berikutan perletakkan jawatan YB Fairus sebagai ADUN, EXCO dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Sekali lagi rakyat akan terpaksa menjalankan tanggung-jawab untuk memilih wakil rakyat.

Yang tidak menggembirakan rakyat adalah apabila demokrasi dicemarkan dan dipermainkan hanya kerana ingin memuaskan hati pihak yang ingin melihat politik negara tidak stabil dan seterusnya merampaskuasa pemerintahan dari kerajaan yang sah.

Apabila kerusi Parlimen Permatang Pauh dikosongkan hanya atas alasan untuk memenuhi cita-cita seorang tokoh untuk menjadi PM rakyat merasa gusar. Beginilah permainan politik pembangkang. Mereka tidak peduli berapa juta keraajaan terpaksa belanjakan pada setiap kali PRK. Yang penting bagi mereka adalah kepuasan bila mereka dapat berceramah dan menyebarkan fitnah.

Lihatlah PRK-PRK ini yang terpaksa kita lalui atas nama demokrasi yang dilacurkan; 1) Permatang Pauh, kerana seorang isteri hendak memberikan kerusi itu kepada suaminya, 2) Bukit Selambau, kerana rakyat tersilap pilih dengan memilih calon yang rendah moralnya kemudian terpaksa meletak jawatan, dan 3) Penanti hanya kerana seorang calon ingin melanjutkan pelajaran dan memberikan masa untuk keluarganya. Tidakkah PRK-PRK ini boleh dielakkan jika kepentingan pihak tertentu tidak dijadikan keutamaan?

Rakyat boleh menerima PRK Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Batang Ai - kerana ini adalah satu ketentuan takdir, tetapi tidak bagi yang disengajakan hanya kerana ingin menunjuk dan menaikkan sentimen rakyat bahawa mereka sebenarnya menyokong pembangkang. Rakyat kecewa kerana atas nama demokrasi, demokrasi itu sendiri diliwat dan dilacurkan.

Kita menyokong saranan kerajaan apabila mencadangkan tidak menyertai PRK Penanti ini bagi membiarkan pembangkan bergembira sendirian. Kita tidak akan rugi jika kerusi DUN penanti kekal dikuasi pembangkang, malahan kita akan menjimatkan banyak wang kerajaan.

Bagaimanpun kita tertanya-tanya juga - dari manakah pembangkang mendapat kewangan yang banyak bagi kempen pilihanraya mereka? Jumlahnya bukan sedikit ~ kos bagi cetakkan banner, bendera, adakan ceramah serta duit poket samseng jalanan semasa berkempen.

Kita patut juga menaruh kepercayaan bahawa memang pembangkang ditaja dengan dana dari negara luar ~ Israel ? US dan jiran kita di selatan yang menjadi saudara rapat DAP.




Sepanjang kempen PRK Penanti ini nanti, akan dapatlah kita saksikan lagi drama-drama ceramah caci-maki dan penyebaran fitnah yang diiringi dengan laungan 'Allah-hu akbar', samseng-samseng jalanan yang mencacatkan demokrasi atas nama demokrasi, janji-janji pemimpin yang sanggup mengadai bangsa dan negara kerana ingin mendapat pengaruh.

Kita juga akan melihat mereka yang mengaku terpelajar tetapi ternyata bodoh dan kurang ajar yang akan mempengaruhi rakyat untuk menjual bangsa sendiri. Kita akan lihat mereka yang mengaku ulamak yang bukan mencari kebaikan tetapi mencipta kemusnahan dan sanggup bersekongkol dengan syaitan. Kita akan lihat satu bangsa yang hanya terseyum melihat dan menunggu untuk mendapat faedah dari kebodohan dan perpecahan bangsa melayu. Kita akan lihat segalanya dengan tagisan ~ 'Sedarlah Bangsaku'!

Kita masih menunggu Ratu Telanjang ADUN Bukit Lanjan mengosongkan kerusinya untuk PRK bagi memilih wakil rakyat yang lebih bermoral walaupun PAS setuju dengan moral Eli yang dianggap molek ni. (PAS pun dah pandai menjeling ~ dah tak haram dan dah tak berdosa ke? ~ huhu)


(Klik ~ Kreteria calon PKR)

17 April, 2009

SIAPA ULAMAK PAS?



Maka benarlah apa yang disebut Rasulullah S.A.W dalam sabdanya yang bermaksud: “Akan muncul di akhir zaman orang-orang yang mencari dunia dengan agama. Di hadapan manusia, mereka memakai baju dari bulu domba untuk memberi kesan kerendahan hati mereka, lisan mereka lebih manis dari gula namun hati mereka adalah hati serigala (sangat menyukai harta dan kedudukan)."


1. PAS adalah sebuah parti politik yang secara sedar menggunakan agama Islam sebagai asas perjuangan mereka. 2. Menonjolkan ulamak sebagai pemimpin mereka 3. Menjadikan majlis-majlis agama sebagai gelanggang untuk berkempen dan menarik penyokong. 4. Gunakan ayat-ayat Quran/tafsiran (sebahagian-sebahagian) untuk kelirukan penyokong mereka. 5. Bermacam fatwa dikeluarkan sesuai dengan matlamat dan keadaan semasa.


Jun nanti, muktamar PAS akan diadakan bagi memilih pemimpin-pemimpin tertinggi. 2 Kumpulan tebesar PAS dijangka akan berentap. Seperti biasa rasuah politik akan juga berlaku bagi menarik undi perwakilan namun mereka memanggilnya dengan nama derma dan sedekah. Pemimpin PAS lakukan sama seperti apa yang pemimpin UMNO lakukan untuk mendapatkan kuasa. Inilah ulamak-ulamak dalam PAS.


“Akan muncul di akhir zaman orang-orang yang mencari dunia dengan agama. Di hadapan manusia, mereka memakai baju dari bulu domba untuk memberi kesan kerendahan hati mereka, lisan mereka lebih manis dari gula namun hati mereka adalah hati serigala (sangat menyukai harta dan kedudukan)."


Aku penyokong PAS tetapi sekarang aku keliru siapa yang akan dipilih diantara mereka yang dipanggil ulamak. Semua mereka sama. Banyak bersedekah terutama kepada perwakilan yang akan mengundi memilih pemimpin baru. Dalam PAS memang tak ada rasuah tetapi ini adalah kerana sebarang pemberian seumpama rasuah dalam PAS dipanggil derma atau sedekah.

(Klik jawatan kosong YB PR)

DEMOKRASI DI MALAYSIA MASIH SUBUR WALAUPUN ADA ISA

Rusuhan di Myanmar oleh para sami atas nama demokrasi,
bila lagi PAS akan anjurkan rusuhan seperti ini atas nama ulamak?



Demokrasi di Malaysia masih subur walau ada banyak pihak yang menyatakan bahawa negara ini sudah tidak demokrasi lagi. Apakah kita tidak sedar bahawa kita masih bebas menyatakan bahawa negara kita sudah tidak demokrasi? Kebebasan menyuarakan itu adalah petanda bahawa kita masih bebas dan memegang prinsip demokrasi.

Apakah kita tidak sedar bahawa kita masih boleh adakan demonstrasi yang akhirnya menjadi rusuhan yang mengakibatkan kecederaan dan kerosakan harta benda. Apakah kita mahu demokrasi sehingga semua orang akan bebas melakukan apa saja - APA SAJA - tanpa mematuhi undang-undang.

Lihat apa yang terjadi di Thailand. Apakah demokrasi begini yang kita mahukan? Apakah atas nama demokrasi kita rela rakyat tidak merasa aman dan tenteram lagi kerana adanya rusuhan?

Demokrasi sepatutnya perjuangan yang dituntut bagi mencapai kebebasan, keamanan dan menikmati hidup yang harmoni. Maka akan kita pilih diantara ini; 1) Hidup aman damai dan sejahtera walaupun kita tidak terlalu bebas dan tak terlalu demokrasi, dan 2) Dikatakan demokrasi tetapi kehidupan tidak aman dan tidak tenteram, juga tidak selamat kerana rusuhan berlaku bila-bila masa saja dan atas apa-apa alasan saja.

Kita masih demokrasi kerana masih ada orang yang boleh lakukan demonstrasi jalan merata-rata. Kita masih demokrasi kerana masih ada orang yang bebas berbaring diatas jalan untuk tunjuk protes. Kita masih demokrasi kerana wakil rakyat yang kita pilih masih boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa sesuka hati mereka atas apa-apa alasan saja.

Sebenarnya kitalah yang tidak bertimbang-rasa kerana sentiasa tidak berpuashati walau apa pun sedang kita nikmati.

Kita juga sebenarnya masih bebas dan demokrasi kerana kita masih boleh memilih sama ada masih mahu tinggal di Malaysia ini atau pergi kemana-mana negara yang kita sukai. Pergilah jika negara ini tidak sesuai untuk kita diami - atas nama DEMOKRASI.

16 April, 2009

SATU PENILAIAN PRU12 - POLA PENGUNDI CINA DAN MELAYU


Pakatan Rakyat, berkuasakah Melayu?


PRU 12 telah berlalu dan memberikan kejutan kepada parti pemerintah. Berbagai analisis telah dibuat bagi mendapatkan pengertian kepada perubahan sikap yang diterjemahkan oleh rakyat melalui undian.

Desakan demi desakan dibuat ileh berbagai pihak apabila melihat kerajaan telah lemah dan nampaknya kerajaan telah banyak mengalah dan keadaan ini telah memberikan keuntungan kepada satu-satu pihak yang tahu mengambil kesempatan.

Saya ingin tumpukan kepada satu kawasan DUN di P081 untuk saya jadikan kajian kes kerana saya lihat keadaan disana unik dan menarik untuk diperbincangkan.

Fakta DUN: N10 – P081

Jumlah Pengundi: 19,412

Peratusan Kaum: M: 56.05% C: 36.71% I: 5.93% L: 1.31%

Calon-calon dan undi diterima:

1. C (BN) (5,674)

2. C (Bebas) (3,295)

3. M (PKR) (5,165)

Majoriti: 509

Jumlah undi: 14,542

Peratus mengundi: 74.91%

Undi rosak: 408

P081

Pengundi - 38,078

BN - 19,543

PAS - 17,597

Peratusan Mengundi - 78.01%

Undi Rosak - 829

Kertas undi tidak dipulangkan - 109


Menyedari gelombang yang akan melanda politik Negara ketika itu dengan mengandaikan bahawa suara protes rakyat akan memihak kepada parti pembangkang yang lantang menghentam kerajaan dari segala sudut, maka dapat kita lihat kaum cina lebih prihatin dan peka kepada keadaan semasa lalu mereka meletakkan satu calon lain (disini -N10) sebagai calon bebas bagi memecahkan undi majoriti melayu.

Ternyata strategi mereka benar dan berjaya. Jika kita lihat dari jumlah undi yang dipungut, kita dapat bayangkan bahawa jika tidak diletakkan calon bebas sudah tentunya undian akan dimenangi oleh calon malayu PKR. Pendapat ini berdasarkan kepada peratusan pengundi mengikut kaum serta.

Ternyata dalam keadaan ini seboleh mungkin kaum cina tidak rela bertuankan melayu sebagai ADUN bagi mewakili mereka yang selama ini diwakili oleh kaum mereka sendiri biarpun majoriti pengundi adalah terdiri dari orang melayu. Begitulah bijaknya kaum cina dalam berpolitik. Banyak pihak berpendapat bahawa kesetiaan mereka kepada ras lebih utama dari kepada parti politik. (baca disini) dan (sini)

Kerana itu ada penganalisa politik berpendapat bahawa jika terdapat pertembungan diantara dua calon dari dua parti maka mereka akan memberikan undi kepada yang sebangsa dengan mereka dan jika pertembungan itu melibatkan dari bangsa yang sama baharulah mereka akan memilih parti. Ini sangat berbeza dengan sikap bangsa melayu yang taat setia kepada parti mereka. Malangnya sikap ini jika tidak kita awasi dibimbangkan akan memberikan keburukan kepada bangsa dan Negara kita apabila ianya dieksplotasikan oleh bangsa lain.

Kita tertanya-tanya apakah keputusan PRU12 yang lalu di N10 ini jika sekiranya;

1) Calon BN adalah orang melayu dan calon PKR atau lain-lain parti pembangkang adalah orang cina ?

2) Calon BN dan PKR atau lain-lain parti pembangkang adalah orang melayu ?

3) Calon BN dan PKR atau lain-lain parti pembangkang adalah orang cina ?

N10 bukanlah satu-satunya kes yang berlaku sedemikian seperti yang kita bincangkan. Oleh itu pengundi-pengundi melayu harus sedar dan mengubah persepsi kita terhadap corak pengundian pada masa akan datang kerana kita bimbang pada akhirnya kita akan banyak kehilangan wakil-wakil rakyat dari bangsa kita sendiri sedangkan kita merupakan golongan majoriti. Sila baca posting saya yang lalu yang secara sinis mengambarkan keadaan sedemikian. (klik disini)

Semoga dalam PRU 13 kelak kita akan dapat melihat pengundi melayu lebih bijak ketika mengundi agar ketuanan melayu yang kita pertahankan dan perjuangkan selama ini akan tetap terbela demi genarasi akan datang. Dan kita juga mengharap agar perpaduan melayu menjadi kenyataan menjelang PRU13 bagi memberikan impak kepada kuasa penentu melayu dan seterusnya kesinambungan perjuangan dan ketuanan melayu.


Nota:

Ini adalah ulangsiar dengan sedikit pindaan. Artikel ini telah disiarkan pada December 13, 2008 lalu.

15 April, 2009

GELORA PAS - SAH ADA PERTEMBUNGAN

Bendera baru PAS yang akan diresmikan sempena muktamar PAS kelak



Sudah tidak dapat dibendung lagi, pertembungan tetap akan berlaku didalam PAS. Segala ungkapan untuk selesaikan secara musyawarah ternnyata gagal dilaksanakan. Pertembungan ini akan menyaksikan perpecahan didalam PAS dengan Hj Hadi di satu pihak dan Nik Aziz dipihak yang lain.

Sebenarnya keretakkan hubungan ini telah berlaku sejak lama dulu dan berlarutan ke PRK di Kuala Terengganu serta mengheretnya ke PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Kerana itu jika kita perhatikan bahawa setiap kali ada isu, mereka akan sentiasa bercanggahan pendapat. Mungkin ketika ini mereka sedang menguji dan menimbang kekuatan satu-satu pihak melalui tindakbalas dari ahli-ahli dan para penyokong mereka.

Terbaru, di Macang Nik Aziz menyatakan bahawa jika perubahan harus berlaku maka ia perlulah dilakukan oleh ahli-ahli termasuklah mengubah Presiden parti. Nik Aziz memang bermaksudkan menukarkan presiden parti iaitu Hj. Hadi.

Adalah dipercayai Nik Aziz mendapat sokongan kuat dari kumplan erdogan @ Husam Musa manakala Hj. Hadi disokong oleh puak-puak ulamak. Ada pihak melihat bahawa puak Hj. Hadi akan membawa PAS ke arah perpaduan melayu dengan merapatkan diri dengan UMNO. Bagaimanapun, pihak Nik Aziz, jika menang pertempuran ini akan membawa keaarah penyatuan dengan PKR dan DAP.

Menurut sumber, peluang puak Nik Aziz menang adalah lebih cerah berbanding dengan puak Hj. Hadi. Bagaimanapun Nik Aziz bukanlah pemula kepada pertembungan ini, tetapi beliau dilihat terperangkap. Jika Nik Aziz tidak mengikut arus perjuangan puak Husam Musa maka Nik Aziz juga tak ada tempat dalam puak Hj. Hadi.

Ada juga pendapat mengatakan bahawa Husam Musa sengaja memerangkap Nik Aziz dan meletakkan mereka dalam pertembungan dengan tujuan membunuh salah seorang atau kedua-duanya sekali dan melenyapkan mereka dari karier politik PAS. Banyak kalangan ahli telah menyuarakan bahwa mereka berdua ini sudah terlalu lama dan patut memberikan peluang kepada tokoh muda yang lebih bersemangat untuk memimpin parti.

Ada yang memberi pandangan bahawa Nik Aziz akan memenangi pertembungan dengan Hj. Hadi dengan bantuan puak Husam namun selepas itu Nik Aziz akan dilenyapkan oleh Nizar yang sedang mendapat sambutan hangat kebanyakan ahli-ahli PAS ketika ini. Umum sudah mengetahui bahawa Nik Aziz memang kurang mesra dengan Nizar sejak penamaan calon PRK Bukit Gantang dulu.

Jika pertentangan seperti yang dirancang ini berjaya, maka akhirnya puak dari oder baru erdogan akan menguasai PAS yang akan lebih bersemangat lagi nanti, bagaimanapun ada hubung kait dengan DS Anwar Al-Juburi (meminjam kata Mat Sabu). Kita sayangkan Nik Aziz Musyidur AM PAS dan kita masih mahukan Hj. Hadi sebagai Presiden parti, kumpulan ke-3 ini telah menjadi gunting dalam lipatan dan memporak perandakan PAS demi kepentingan peribadi mereka dan kesetiaan kepada DS Anwar.


Anwar tersengih, edorgan kuasai PAS

Salam Isi Semasa Pemilihan Sedekah Semasa Muktamar

14 April, 2009

PRU 13 - PENENG MERDEKA ?

Pulau Pening

Orang-orang Melayu Penang (Pulau Pinang) dijangka akan berpindah ke Kedah serta menukar kerakyaatan berikutan kemerdekaan negara Penang dari Malaysia .

Penang mendapat status kemerdekaan dari Malaysia dan mendapat keanggotaan dari Majlis Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menjadikan keahlian Bangsa-bangsa Bersatu kepada 193 negara.

Satu pakatan pemerintahan dengan sistem perkongsian kuasa yang diura-urakan akan berlaku diantara parti pemerintah dengan sebuah parti yang berteraskan Islam telah gagal mencapai persefahaman bagi membentuk sebuah kerajaan campuran. Kegagalan itu membuatkan parti berkenaan terpinggir dari kuasa pemerintah dan juga menyaksikan bangsa melayu dipinggirkan.

MAKLUMAT NEGARA REPUBLIK PENENG:

Negara: Peneng ( sebutan pening )

Keluasan: 1030 KM persegi

Ibu Negara: Guaneng City

Tarikh Sertai PBB: 2015

Tarikh Merdeka: 2014 dari Malaysia

Ahli PBB ke: 193

Populasi Tahun 2008: 1.5 Juta

Cina: 43.2%

India: 9.9%

Melayu:40.1%

Lain-lain (Bumi):0.38%

(Bukan Bumi): 6.1%

Sistem Pemerintahan: Demokrasi Diktator (Satu Parti)

Parti Pemerintah: Parti 'Demokrasi Ala Peneng' (DaP)

Bahasa Pertuturan Resmi: Chinglish (Cina dan (Broken) English)

Tulisan Resmi: Cina dan Roman English

Agama Resmi: Tiada

Mata Wang: Pening Kupang. 1USD = 100PEK

Bendera Resmi:

Logo Resmi:

Sumber Ekonomi: Pelancongan, Pelacuran, Perjudian, Pengedaran Dadah

Info: Negara yang mengamalkan kebebasan bersuara sebenar - dimana rakyat bebas memuji dan menyatakan sokongan kepada kerajaan (tetapi tidak dibenarkan membangkang). Mengamalkan juga sek bebas dan membenarkan berkahwin sesama jenis bahkan turut membenarkan perkahwinan secara sah dengan binatang sebagai tanda sifat kebinatangan yang tebal dikalangan pemerintah.

(Untuk tidak mengecewakan seorang politikus penjual maruah bangsa dan negara, PM Peneng melantik beliau sebagai penasihat hal-ehwal tikam belakang yang beretaraf menteri).


Ini buka sesuatu yang mustahil berlaku jika kita masih leka dan tidak bersatu. Kita telah berputih mata apabila Singapore (Singapura @ Temasik) mendapatklan hak kemerdekaan daripada Malaysia. Kita melihat kehadapan tetapi dalam masa yang sama harus juga memandang bebelakang.

13 April, 2009

MELAYU HILANG KUASA

Siapa akan membangunkan bangsa melayu jika kuasa politik kita hilang?

Sin Chew Daily melaporkan "Muhyiddin – Cina tidak bersyukur kepada BN", Nanyang Siang Pau "Cina kenakan BN. Muhyiddin – Dapat manfaat tetapi tidak beri undi" dan China Press pula "BN rasa tertipu. Muhyiddin - Penuhi tuntutan Cina tapi masih tiada sokongan". Selain MCA, Gerakan dan DAP juga membidas analisis Muhyiddin itu yang mendakwa pengundi Cina dan India kini menganggap diri mereka "kuasa penentu" kekuasaan selepas lima negeri, termasuk Kelantan, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. "Persoalannya apakah mereka melihat dalam konteks senario politik baru ini, selepas kerajaan BN tumbang di lima buah negeri, mereka sudah menjadi kuasa penentu? Orang Cina rasa sekarang, walaupun mereka kumpulan minoriti, merekalah menentukan kerana kelompok masyarakat Melayu sudah berpecah tiga kumpulan. "Masyarakat Cina tidak berpecah, mereka bersatu, setidak-tidaknya dari segi semangat apabila bersama-sama membuat sesuatu keputusan. - Petikan : 'Cina, India bukan peminta sedekah' - MALAYSIAKINI - Apr 13, 09 5:17pm

Mari kita fikirkan dan bincangkan:

1. Apakah pendapat dan tindakan orang melayu mengenai kenyataan itu?
2. Apakah timbul kesedaran kepada orang melayu sebelah sana (dan sini) untuk bersatu dan mengatasi masalah ini?
3. Apakah orang melayu masih rela bertentangan sesama sendiri walaupun mereka sedar akhirnya bangsa cina akan menguasa segalanya dan negara ini dan akhirnya kita akan jadi hamba dinegeri sendiri?
4. Apakah PAS dan PKR rela ini berlaku asalkan mereka dapat berkuasa walaupun untuk tempoh yang singkat?
5. Apakah PAS dan PKR sedar bahawa melayu telah berpecah dan melayu tidak mampu jadi kuasa penentu politik walaupun melayu golongan majoriti di Malaysia?

Saya mempelawa terutamanya melayu disebelah sana (PAS dan PKR) untuk memberikan pandangan dan pendapat mereka atas kesedaran bahawa kuasa melayu telah terhakis dibumi melayu sendiri.


12 April, 2009

KAMI TIDAK PUAS HATI !

Saya pun tak puas hati sebab saya hanya dapat main dari belakang saja,
atas belakang unta 'Husin Lempoyang' pulak tu!




Kami tidak puas hati..!
Memang mudah melafazkannya. Siapakah dan berapa ramaikah didunia ini yang selalu reda dan akan berpuashati dengan apa yang mereka dapat atau mereka ada?

1. Kita tidak berpuas hati kerana kita tidak mendapat sesuatu itu, kemudian kita mendapatnya tetapi kita masih tidak berpuashati lagi mungkin kerana kita mendapat sedikit dan kita inginkan lebih.

2. Jika kita isteri kepada suami yang beristeri dua, kita tidak berpuas hati jika suami kita tidak bersama kita sebaliknya bersama isteri yang satu lagi. Untuk puaskan hati kita maka suami akan bersama kita, tetapi malangnya ini membuatkan isteri yang satu lagi pula tidak berpuas hati. Puaskan hati yang ini, yang itu tidak puas hati. Puaskan hati yang itu, yang ini pula tidak puas hati. Mencuba memuaskan hari kedua-dua mereka namun masih tidak mampu lakukannya sehingga akhirnya si-suami juga tidak puas hati kerana tidak dapat memuaskan hati isteri-isterinya.

3. Masihkah ingat tentang sebuah kisah dari negara arab tentang kembara seorang ayah bersama anaknya dan seekor unta?;
- Ketika ayah dan anaknya menunggang unta tersebut ada yang menegur dan mengatakan mereka menzalimi unta berkenaan kerana kedua-dua mereka menaiki unta yang kepenatan itu.
- Ketika si ayah berjalan dan si anak menunggang unta tersebut, maka ada yang menegur dan mengatakan tidak wajar si anak membiarkan ayahnya yang tua berjalan.
- Ketika si anak berjalan dan si ayah menunggang unta tersebut, maka ada yang menegur dan mengatakan tidak wajar si ayah membiarkan anaknya yang kecil berjalan.
- Ketika si ayah dan si anak kedua-duanya berjalan, maka ada yang menegur dan mengatakan tidak wajar si anak dan si ayahnya yang tidak menunggang unta tersebut.

4. Ketika Pak Lah jadi PM, pembangkang nak usul undi tak percaya supaya Pak Lah letak jawatan. Ketika Pak Lah nak letak jawatan dan serahkan kepada DS Najib, pembangkang usul sokong Pak Lah terus kekal.

5. MCA tak menang banyak dalam PRU12 lalu tetapi masih tagih TPM ke-2 dari kalangan MCA.

6. MIC tak menang banyak dalam PRU12 lalu tetapi masih tagih lebih jawatan dalam kabinet DS Najib.

7. Rakyat tidak mengundi UMNO/BN yang menjadi tunggak kerajaan tetapi meminta kerajaan dan wakil rakyat yang tidak dipilihnya membantu mereka itu dan ini.

8. Akhbar yang pemitnya hanya untuk ahli tetapi bebas dijual kepada umum, apabila KDN mengharamkannya kerana kesalahan itu puashati kah mereka?

Kalaulah kita tahu bersyukur dan berterima kasih, alangkah baiknya. Mungkin kita hanya akan merasa sesal kerana kita tidak bersyukur semasa kita berpeluang. Mungkin setelah kita hilang kuasa dan segalanya baru kita akan merasa malang kerana selama ini kita tidak pernah bersyukur kepada kerajaan yang memberikan kepada kita yang bukan sedikit.

Kita harus beranikan hati untuk berpuashati dengan apa yang kita miliki dan bersyukur atas segalanya.

PRK P059 BKT GANTANG - APA YANG TERSEMBUNYI?



Pilihanraya Bukit Gantang telah berlalu dan kita semua telah mengetahui keputusannya. BN - melalui TPM telah mengumumkan akan melakukan 'post-mortem' oleh satu badan bebas yang mana keputusannya kelak akan digunapakai bagi petunjuk dan dasar kepada sebarang tindakan dalam menawan semula hati pengundi.

Berikut adalah keputusan penuh PRK Bukit Gantang yang menyaksikan BN telah sekali lagi ditolak oleh pengundi setelah PRU 12 yang lalu. Untuk makluman, kerusi Parlimen Bukit Gantang sebelum ini adalah milik BN/Gerakan.

Jumlah penduduk Perak
Melayu - 55 %
Bukan Melayu - 45 %


Pecahan pengundi di Bukit Gantang
MELAYU - 62 %
CINA - 27 %
INDIA - 10 %
Lain-lain - 1 %

Keputusan PRK 7 April 2009
Ismail Safian - 19073
Nizar - 21860

Peratus Undi MELAYU
BN - 63 %
PAS - 37 %

Peratus Bukan Melayu
BN - 15 %
Pas - 85 %


Keputusan PRU 12
Morgan (Bebas) - 872
Dato' Seri Abdul Azim Bin Mohd Zabidi (BN) - 18449
Hj Roslan Bin Sahaharum (PAS) - 20015


Melihat kepada angka tersebut dengan mudah kita akan membuat andaian bahawa kemenangan PAS adalah kerana undi bukan Melayu. Selain itu, pertambahan undian PAS juga adalah kerana satu lawan satu (kehadiran calon bebas tidak menyerlah). Dimaklumkan juga bahawa undi melayu kepada BN telah meningkat tetapi undi bukan melayu telah merosot sekali. Soalnya adalah; kenapa ini berlaku?

Ada pendapat manyatakan bahawa semasa proses kempen berjalan, tumpuan terhadap bukan melayu tidak mencukupi kerana itu mereka merasa samaada diabaikan atau kesempatan itu diambil oleh pihak lawan dengan sebaiknya. Pendapat lain mengatakan bahawa jentera pilihanraya BN (selain UMNO) tidak menjalankan tugas dengan berkesan.

Apakah ini suatu tindakan terancang yang sengaja ingin melemahkan kuasa BN dan UMNO khususnya? Apakah kaum bukan melayu bersepakat untuk terus menekan BN yang ditunjangi oleh UMNO dengan tujuan untuk melemahkan kuasa melayu dan dalam masa sama memohon itu dan ini ketika mereka rasakan kuasa melayu semakin lemah?

Ada sumber menyatakan bahawa kewangan dan pembiayaan bagi kempen-kempen PRK ini dibiayai oleh negara jiran. Bukankah tidak mustahil jika ada satu konspirasi yang berusaha melemahkan melayu ketika kuasa politik melayu berpecah-pecah kerana perebutan kuasa sesama sendiri? Cuba sesekali kita berfikir jahat dengan membuat andaian sebegini;
DAP (yang majoritinya kaum cina) dibiayai oleh negara jiran dalam PRK dengan tujuan memenangkan calon pembangkang bertujuan melemahkan kerajaan. Dalam masa sama MCA (parti komponen BN yang mewakili kaum cina) juga mula menuntut jawatan TPM ke-2. Lihatlah betapa bijaknya bangsa ini memainkan kaum melayu yang masih lena dalam permusuhan politik sesama sebangsa.

Apakah PAS dan PKR masih belum sedar yang mereka hanya mendapat sedikit sahaja pada masa ini tetapi mereka dan bangsa kita akan kerugian lebih banyak dikemudaian hari.

Masihkah kita ingat ketika Hj Hadi berura-ura untuk bergabung dengan UMNO/BN, siapakah yang terlebih melatah dan membangkang hasrat tersebut? Ahli PAS kah atau parti DAP? Siapakah yang tidak ingin melihat melayu besatu sebenarnya demi kepentingan bangsa mereka?

Apapun, yang jelas kelihatan ketika ini adalah politik orang melayu masih pada tahap bodoh dan sangup menjual bangsa dan menggadai negara. Kerana itu kita sangat menaruh harapan yang tinggi terhadap DS Najib agar mampu melayari Bahtera Merdeka ini dengan sebaik mungkin. Kita pasti satu saat nanti bangsa melayu akan sedar dari lamunan dan mimpi serta akan rela dan akan bersatu dan merapatkan saf dalam satu barisan - demi perjuangan bangsa, agama dan negara tercinta ini. Cuma, kita harap ini akan berlaku segera sebelum kita terlewat.


10 April, 2009

WAJAR KJ TAK DILANTIK ANGGOTA KABINET

Ketua Pemuda ke ni?
Ingatkan ...... Wajar, memang wajar!


Banyak pendapat dan pandangan mengenai kabinet baru DS Najib yang diumumkan baru-baru ini. Walau ada yang memberikan pendapat yang negatif namun keseluruhan masyarakat memberikan reaksi yang positif dan berkeyakinan penuh bahawa barisan kebinet ini mampu memacu perubahan kepada pembangunan negara dan membawa rakyat kepada kesejahteraan.

Kita melihat bahawa DS Najib berusaha keras untuk membersihkan parti dan kerajaan. DS Najib tidak mampu mengubah keputusan Pemilihan Agung UMNO kerana itu adalah hak para perwakilan yang diberi mandat oleh ahli-ahli diperingkat bahagian, namun inilah satu-satu kuasa yang ada pada beliau untuk mengubah jentera dari parti yang menjadi kerajaan yang memerintah. Kita percaya bukan mudah untuk mengugurkan seseorang menteri kabinet kerana mereka juga telah sedia punya hubungan dengan DS Najib. Namun kerana memenuhi kehendak rakyat yang mendambakan perubahan, maka terpaksa juga DS Najib mengugurkan mereka-mereka yang sudah tidak lagi dianggap releven pada ketika ini.

Ada sesetengah pihak menyuarakan ketidakpuasan hati mereka berikutan tidak terpilihnya KJ sebagai salah seorang dari anggota kabinet atas alasan bahawa dia adalah ketua pemuda. Soalnya apakah tiket sebagai Ketua Pemuda atau Wanita atau bahkan Puteri akan melayakkan mereka menganggotai kabinet secara automatik? Tidak kah ada kreteria lain yang juga turut diambilkira?

Saya secara peribadi berpendapat bahawa ini adalah satu tindakan terbaik DS Najib dalam memberikan imej bersih dalam kabinet yang dilantiknya. Apakah kita sudah lupa bahawa KJ telah didapati salah oleh Lembaga Disiplin UMNO dalam mengamalkan politik wang? Apakah pandanga masyarakat jika pemimpin yang perasuah dilantik menjadi menteri kabinet? Apakah kebinet itu akan dilihat bersih?

Sebelum ini saya pernah menulis dan memberi saranan agar KJ tidak dilantik ke kabinet. (Sila baca posting saya yang bertajuk - Laporan Polis keatas Khairy Jamaluddin?) KJ nampak bersungguh-sungguh untuk menjadi Ketua Pemuda, dan dia telah mendapatkannya walau dengan cara apa sekalipun, maka beliau seharusnya menerima tanggungjawab itu dengan rela. Banyak yang harus dilakukan untuk membina semula Pemuda UMNO yang telah hampir dimusnahkan. Jika Dato' Mukhriz sanggup bertekad untuk tidak menjadi anggota kabinet jika dipilih sebagai demi membina semula pemuda jadi kenapa KJ tidak sanggup melakukan yang serupa itu jika beliau benar-benar ikhlas?

Pada saya, bagi membuktikan benar-benar ingin membersihkan UMNO, KJ bukan saja setakat tidak dilantik sebagai anggota kabinet malahan beliau sepatutnya diadili semula oleh SPRM bersabit tuduhan merasuah dalam mendapat jawatan Ketua Pemuda. Oleh yang demikian, kepada KJ dan penyokong-penyokong beliau - mereka sepatutnya bersyukur dan berterima kasih apabila DS Najib hanya tidak melantik beliau sebagai anggota kabinet dan tidak mengambil tindakan yang lebih drastik. (Sila baca posting saya bertajuk ANTARA RASUAH DAN MARUAH )

Kepada penyokong, pengampu dan KJ sendiri - berterima kasihlah atas keadaan sekarang ini dan jangan meminta lebih. Belajarlah berterima kasih dan bersyukur. (Sila baca blog sahabat saya: SUARA PRIHATIN UMNO JERANTUT) Saya juga memandang positif apabila Ketua Putera juga tidak dilantik sebagai kabinet - satu tindakan yang bijak.












09 April, 2009

RAKYAT JUGA HARUS DIHUKUM

Satu dari rusuhan yang menentang kerajaan


Rakyat telah menghukum BN/UMNO di 2 PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Calon BN telah ditolak. Rakyat masih tidak mahu menerima karajaan yang dipimpin oleh UMNO dalamBN.

Di Bukit Gantang, rakyat menolak UMNO manakala di Buklit Selambau rakyat menolak MIC. Apa pun alasan yang diberikan, hakikatnya adalah rakyat masih menolak BN. Apakah yang masih tidak kena pada BN/Kerajaan sehingga rakyat menghukum keranaan sedemikian rupa?

Kita melihat bahawa UMNO telah sedaya-upaya berubah. Kerajaan pun telah cuba berubah. Besar pengorbanan yang telah kerajaan lakukan untuk merealisasikan perubahan ini - Pak Lah rela berundur untuk memberikan laluan kepada DS Najib, tetapi kenapa rakyat masih belumn menerima ini?

UMNO dan berubah, Kerajaan dan berubah tetapi bilakan rakyat ingin berubah? Apakah rakyat hanya meminta untuk berubah sedangkan mereka sendiri enggan berubah? Apakah ini wajar?

Kepada Kerajaan dibawah PM baru DS Najib, saya mencadangkan supaya rakyat juga dihukum kerana keenganan mereka berubah. Apakah wajar jika UMNO/Kerajaan tidak berubah rakyat boleh menghukum sedangkan apabila rakyat enggan berubah mereka tidak boleh dihukum?

Kepada DS Najib saya mencadangkan supaya beliau menumpukan perhatian dan pembangunan kepada dimana rakyat menyokong kerajaan dan memulaukan rakyat yang tidak menyokong kerajaan. Inilah hukuman yang sewajarnya mereka terima. Berikanlah bantuan kepada rakyat yang telah mengundi dan menyokong kerajaan dengan apacara sekalipun kerana mereka memang wajar menerima ini dan abaikan pada mereka yang menentang.

Para pelajar yang menentang kerajaan jangan diberikan biasiswa atau ditarik balik, para pekerja kerajaan yang terang-terang menentang kerajaan dan menyokong pembangkang harus juga dipecat, rakyat yang memohon segala jenis bantuan, subsidi dan sebagainya harus juga ditapis dengan teliti dan pastikan hanya yang menyokong kerajaan saja yang akan mendapat manafaat nya.

Kalau selama ini rakyat boleh menghukum kerajaan, kenapa kerajaaan tidak boleh menghukum rakyat pula? Dan memang wajar jika segala pembangunan hanya diberikan kepada penyokong kerajaan selaras dengan sokongan yang mereka berikan dan memang juga wajar jika pembangkang kerajaan disisihkan dari segala segi pembangunan dan bantuan sesuai dengan apa yang mereka lakukan kepada kerajaan.

Mulai dari hari ini, rakyat yang inginkan apa saja bantuan hendaklah memohon dari wakil rakyat yang mereka pilih itu kerana itu adalah pilihan dan kehendak mereka. Supaya mereka kelak akan mengerti dan lebih menghargai apa yang kerajaaan telah berikan kepada mereka.

07 April, 2009

DS Najib, PM ke-6



Hari ini 7hb. April 2009 3 PRK berlaku serentak. Bukit Gantang, Perak, Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai di Serawak. Beberapa hari lalu peralihan kuasa berjalan lancar dari Pak Lah kepada DS Najib. Sebagai orang Pahang, bERANIKAN hATI sangat gembira, bangga dan menaruh harapan yang tinggi agar pentadbiran negara dibawah PM baru ini akan dapat memacu pertumbuhan ekonomi negara yang sedang dilanda krisis dan menguncup.

Pucuk pimpinan UMNO telah menunjukkan keinginan untuk berubah yang sangat serius dan ini telah dibuktikan dengan perubahan dalam UMNO sendiri serta dalam kerajaan dimana UMNO merupakan tunggak kepada pemerintahan kerajaan.

Kerajaan telah berubah, kepimpinan UMNO juga telah berubah, kini kita ingin melihat bagaimana rakyat semua sanggup turut berubah. Perubahan rakyat harus diterjemahkan melalui undi pada PRK 3 DUN ini. Rakyat harus menunjukkan bahawa mereka menolak pembangkang yang nyata tidak mampu memberikan apa-apa manafaat dan kemajuan kepada mereka.

Di Perak, hanya kurang dari setahun pembangkang memerintah Perak, tidak ada apa-apa yang dilakukan selain menutup tadika tempat dimana anak bangsa menuntut ilmu. Selain dari itu memberikan hak tidak seimbang kepada bangsa cina dengan memberikan hak milik tanah selama tempoh 999 tahun dan tidak berbuat demikian kepada kaum Melayu dan India. Soalnya, apakah kerajaan DAP/PAS Perak hanya berjuang untuk kaum cina sahaja?

Malam nanti seawal jam 8.00 malam kita akan dapat mengetahui keputusan PRK 3 DUN tersebut. Adalah menjadi nharapan kita agar di ketiga-tiga DUB berkenaan BN akan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti besar sebagai tanda rakyat telah turut berubah. Adalah tidak wajar menjadi rakyat yang hanya meminta kerajaan dan UMNO untuk berubah sedangkan kita tidak ingin turut berubah bersama-sama.

Harapan bERANIKAN hATI, marilah kita bersama-sama memberanikan hati kita untuk turut berubah menjadi bangsa yang menghargai negara dan pemimpin yang telah berjuang sepenuh daya usaha mereka untruk membangunkan negara kita yang tercinta ini.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...