26 December, 2014

KETIKA DILANDA BENCANAPUN PEMBANGKANG MASIH TETAP MEMFITNAH


 
 
Ini isu yang dimainkan oleh pencacai pembangkang yang kononnya PM DS Najib tidak melakukan apa-apa ketika negeri-negeri dilanda banjir yang dahsyat.
 
Dalam kehidupan kita ada 24 jam untuk sehari samalam. Jika 1.. 2 jam DS Najib bermain golf, apa kita tahu apa yang dilakukan oleh PM dalam masa 22..23 jam selebihnya?  Ketika DS Najib melakukan lawatan dibeberapa kawasan yang dilanda banjir kenapakah pembangkang mendiamkan diri?
 
Hakikatnya adalah, mereka hanya mencari kesalahan dan kelemahan orang lain. Segala kebaikan tidak akan mereka pandang atau mereka akan pejamkan mata. Semoga Allah membutakan mata mereka itu yang sengaja tidak melihat sebarang kebaikan yang dilakukan dan sentiasa berniat buruk.
 
DS Najib adalah Perdana Menteri Malaysia. Dia akan sentiasa dirujuk sebagai Kerajaan. Pembangkang akan sentiasa memburukkan Kerajaan untuk meburukkan DS Najib dan mereka juga akan memburukkan DS Najib untuk mengambarkan Kerajaan ini buruk dan gagal membela nasib rakyat.
 
Tetapi Kerajaan Malaysia bukanlah DS Najib seorang. Kita ada TPM dan Menteri-Menteri dengan portfolio terentu. Di Negeri-Negeri kita ada Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri serta Ecxo-Exconya. Di Daerah-Daerah kita ada Pegawai-Pegawai Daerah. Di Mukim-mukim kita ada Penghulu-penghulu dan di Kampong-kampong kita ada Ketua Kampong. Semuanya bertanggung-jawab kepadnya Negara dan mewakili Kerajaan serta Perdana Menteri.
 
Mereka inilah semua yang memikul dan menjalankan tugas yang digariskan dan dirancang oleh Kerajaan. Apakah mata pembangkang semuanya telah dibutakan dan akalnya telah dibuntukan selama ini?
 
Malaysia mempunyai lebih 24 juta penduduk, apakah mungkin DS Najib berada rapat dengan semua orang dalam setiap masa? Bahkan di Pantai Timur sekalipun, bahkan di Pekan sekalipun, DS Najib tidak mungkin akan dapat berada disamping semua orang dalam setiap masa. Sudah tentulah amat mustahil bagi DS Najib untuk memuaskan hati semua orang terutama dalam semua masa.
 
Kenapa pula pihak pembangkang tidak menanyakan soalan sama kepada Anwar Ibrahim? Apakah yang dilakukannya ketika banjir melanda? Bahkan kepada Hj Hadi sendiri, berapa tempatkan yang dilawatinya dan apakah bantuan yang diberikannya?
 
Kelantan yang sudah hampir tenggelam, apa yang pemimpin-pemimpin Pas lakukan selain dari masih berkepentingan politik semata-mata. Hakikatnya sebanyak mana yang Hj Hadi lakukan, beribu kali lebih banyak yang DS Najib dan Kerajaan lakukan untuk kebaikan rakyat. Cuma, rakyat perlulah mmbuka mata lebih luas serta buka juga minda dan jangan terpengaruh dengan infografik seperti diatas yang sememangnya berniat jahat untuk meburukkan Kerajaan.
 
 
 
 
Sebentar tadi saya sempat mengikuti sidang akhbar mengenai bencana banjir di Pahang ketika lawatan TPM ke Kuantan. Apakah pembangkang tidak nampak bahawa ini juga usaha kerajaan dibawah kepimpinan DS Najib dan kerjasama dalam satu pasukan dan bersepadu?
 
TPM TS Muhyiddin Yassin serta MB Pahang DSD Adnan Yaakob berusaha keras untuk membantu mangsa-mangsa banjir namun janganlah kita bersangkakan bahawa mereka hanya akan melayan kehendak kita seorang sahaja. Kita juga mesti selalu ingat bahawa jikalau kita dalam kesusahan, masih ada orang yang lebih susah dari kita ketika itu.
 
Jadilah rakyat dan manusia yang bijak dan berfikiran waras, serta janganlah mudah percaya kepada fitnah yang sengaja dicipta untuk memburukkan PM dan Kerajaan kerana mungkin keadaan kita sebenarnya jauh lebih baik dari nasib kebanyakan rakyat di negara-negara lain di dunia. Bersyukurlah!
 
 
 




09 December, 2014

BLOGGER PRO UMNO; BERUK, GOBLOK ATAU BANGANG?




1. Sebagaimana kenyataan OutSyed The Box, gambar ini juga hanyalah hiasan semata-mata. Bagaimanapun pembaca bebas membuat tanggapan dan persepsi mereka sendiri.

2. Malang dan sedih sungguh bila OutSyed The Box hanya menerima RM300.00 sebagai duit minyak dari Tun Faisal kerana kesediaannya memberikan ceramah di sebuah bukit yang tinggi, Selain itu beliau hanya dibelanja 'secawan teh' sekali sahaja di 'Dome' (bukan kedai mamak).

3, Outsyed The Box tidak pula menyatakan sebanyak mana peruntukkan yang diterima oleh Tun Faisal selaku pengendali media sosial UMNO yang gah dengan nama UMB (Unit Media Baru) yang kini entah hilang kemana. Tapi tentunya cukup banyak... blogger di Pahang juga dijanjikan untuk diberikan imbuhan, kononnya... tetapi habuk pun 'tarak'.

4. Rupanmya bukan seorang dua sahaja bogger menyokong UMNO merasa hati tertusuk sembilu apabila Presiden UMNO dalam ucapan penangguhan di Perhimpunan UMNO 2014 lalu 'menggelar' blogger pro UMNO sebagai bangang.

5. Dulu ada seorang politikus muda yang menggelar blogger 'Beruk', sekarang beliau sudah berjawatan dan ada memelihara beberapa ekor 'Beruk' bagi membantunya di media sosial, beliau dah jadi 'Bapak Beruk'.

6. Dulu ada juga seorang Menteri Penerangan yang menggelar blogger sebagai 'Goblok'. Akhirnya riwayat beliau sebagai menteri tidak lama. Kini beliau juga aktif berblog... mungkin sudah jadi 'goblok'.

7. Siapa dan apa sebenarnya blogger pro UMNO? Beruk? Goblok? atau Bangang? Inikah penghargaan yang diberikan, terutama kepada yang tidak berbayar?

8. Blogger PR mendapat imbuhan lumayan dan diberikan penghargaan untuk menumbangkan sedangkan kita dicerca untuk mempertahankan. (Baca disini .. penghargaan kepada blogger pembangkang), Kita ada?

9. Ada yang masih peduli kepada amaran Friendly Fire? Jika 'Bangang' turun, apakah 'Bapak Beruk' berpeluang untuk naik?

10. Outsyed The Box membongkar skandal apakah itu diblognya?  Malaysia’s Investment Fund Disaster By Asia Sentinel.


01 December, 2014

BLOGGER PRO UMNO BANGANG: TERIMA KASIH @NajibRazak, HATI KAMI TERGURIS!

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata, blogger pro Umno perlu menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka. – Gambar The Malaysian Insider, 29 November, 2014.


Datuk Seri Najib Razak menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat “friendly fire”.

Presiden Umno itu berkata, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka. 

“Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.





(Sila rujuk minit 42:16 - 42:55)


Saya mengambil masa panjang sebelum membuat keputusan untuk menulis posting ini kerana mempertimbangkan kewajarannya. Menanya diri sendiri apakah saya juga tergolong dalam blogger bangang yang dimaksudkan oleh presiden UMNO? Atau apakah semua blogger pro UMNO memang wajar digelar bangang?

Ucapan penangguhan oleh Presiden UMNO yang dirujuk telah jadi kontroversi dikalangan blogger. Akhbar arus perdana serta portal blog pro pembangkang serta merta mainkan isu berkenaan, demikian juga blogger pro pembangkang mengambil peluang untuk turut menghina blogger pro UMNO.

Bukan sedikit hati blogger pro UMNO yang terguris dengan kata-kata Presiden parti. Mereka rasa sungguh terhina apabila usaha pertahankan parti dan kerajaan selama ini ibarat diberi madu dibalas tuba.

Bukan semua blogger pro UMNO yang cari makan dengan UMNO. Ramai dikalangan kami yang tidak mendapat apa-apa bahkan jika mendapat imbuhanpun hanya sekadar mendapat 'kerak' nasi sahaja atau dengan kata lain; 'mereka makan daging dan blogger pro UMNO bagai anjing makan tulang'. Namun atas nama perjuangan, usaha tetap diteruskan.

Siapa selepas PRU 12 siapa yang berjuang di alam maya pertahankan UMNO ketika pemimpin-pemimpin UMNO masih 'buta' media sosial? Bahkan juga kami sudah biasa digelar 'beruk' oleh pemimpin yang merasakan bahawa blog serta media sosial tidak penting ketika itu.

Blogger generasi pertama menulis bukan kerana imbuhan dan nama. Kerana itulah kami tidak menampilkan diri untuk menunjukkan wajah kerana bukan publisiti yang dicari. Silapnya ialah bila UMNO merasakan bahawa mereka ingin membina tentera mayanya sendiri dengan meminggirkan blogger yang berjuang berlandaskan semangat dan mengantikan dengan blogger upahan. Apa jadi dengan UMB pemuda UMNO? 

Mungkin ucapan Presiden mensasarkan seseorang atau sesuatu kumpulan, namun apabila hanya menyebut  blogger pro UMNO sahaja, ianya dianggap ditujukan kepada semua. Ianya memang menguris hati kami. Kenapa ucapan itu tidak ditujukan kepada Zaharin atau yang seumpamanya yang bukan sedikit menghentam pemimpin di blog dan facebook? Apakah presiden takut kehilangan satu undi itu sehingga lebih rela sakiti hari puluhan atau ratusan blogger yang selama ini menyokong UMNO?

Memang kadang-kadang ada kalangan blogger yang membuat teguran terhadap pemimpin. Mungkin bermula dengan halus, namun apabila tidak diendahkan maka mereka akan berteriak lebih lantang. Tidak wajarkah blogger yang digelar bangang itu menegur pemimpin apabila mereka membuat kenyataan yang juga bangang.... umpamanya; ".....ayam mahal, jangan makan ayam" dan banyak lagi...

Saya tidak menyokong setelah dihina namun saya tidak akan derhaka kepada bangsa dan perjuangan. Mungkin lebih baik berdiam diri dan melihat parti yang gelar keramat ini ... untung sabut timbul, untung batu tenggelam.... tenggelamlah bahtera yang karam.

Mungkin tiba masanya untuk 'Farhana' dan seangkatan dengannya pula perjuangkan parti mengantikan angkatan 'beruk' dan 'blogger bangang'.


(Lepas Farhana, PM Pula Tegur Blogger Bangang) dan (Panglima Perang Yang Tembak Laskarnya Sendiri)


27 November, 2014

ZAHARIN 'PARIA' POLITIK ?

Zaharin sebagaimana yang digambarkan 
oleh seorang facebooker


Zaharin Mohd Yasin aka blogger Sang Kelembai bolehlah dianggap sebagai blogger kontroversi. Selalu menonjolkan diri dengan isu-isu panas terutama menghentam pemimpin UMNO. Kita faham bahawa ada sesuatu yang dia mahukan selain dari perhatian.

Yang menghairankan kenapa pemimpin dan UMNO sahaja yang jadi sasaran? Apakah pihak pembangkang tidak ada melakukan sebarang kesalahan? Ya, mungkin beliau ada alasan... untuk membetulkan kesilapan ... namun menegur di media sosial dengan kata-kata yang tidak wajar dimana bukanlah satu cara yang terpuji. Melakukan perkara yang benar dengan cara yang salah juga umpama melakukan kesalahan.

Saya tidak mengenali beliau secara dekat, namun saya sangat faham bahawa beliau dambakan jawatan didalam UMNO bahkan didalam kerajaan jika berpeluang. Tetapi mungkin beliau sendiri sedar bahawa harapan itu tidak akan tercapai dan beliau ibarat sudah ketinggalan kapal untuk membawanya belayar jauh.

Sabarlah Zaharin! Simpanlah gelisah dan gundah! Jika kail panjang sejengkal, sia-sia dalam lautan diduga!

Zaharin memilih jalannya sendiri dalam mengejar populariti. Kerana itu tidak hairanlah bila beliau seronok jadi bahan perbualan biarpun dengan keburukan. Beberapa laman blog sejak dulu lagi menghentamnya, demikian juga di laman facebook.

Tetapi itulah Zaharin sebagai 'paria' politik. Baca The Unspinners, Mat Kilau Penang, Media Tempur Kedah, Kulaan Niring, Rezqeen Hill dan banyak lagi.

Terbaru, di laman facebook, Zaharin 'mengata' puteri yang kebanyakkannya gemuk. Saya boleh bersetuju dengan kenyataannya itu. Namun Zaharin bernasib baik kerana di PWTC semalam saya tidak sempat merakam gambarnya ketika berjalan dengan seseorang yang juga 'gemuk' sebagaimana gambaran yang diberikan kepada Puteri UMNO. Hahahaha!

Kadang-kadang, jika kita selalu meludah ke langit, pasti suatu waktu akan terpercik ke muka sendiri.


26 November, 2014

'ZAMKATA' PERLU RASIONAL BANDINGKAN MENTERI BESAR PAHANG DENGAN KETUA MENTERI SARAWAK



Saya ingin 'response' kepada tulisan TS Zainuddin Maidin diblog 'ZamKata' posting bertajuk 'Beranikah MB Pahang ikut langkah Ketua Menteri Sarawak?

Namun terlebih dahulu ingin saya jelaskan bahawa saya adalah seorang blogger bebas dan tidak terikat dengan sesiapa, justeru tulisan dan pandangan saya juga adalah bebas dan tidak mewakili sesiapa. Jika pun saya dilihat mempertahankan Menteri Besar Pahang, ianya bukanlah atas sifatnya sebagai individu melainkan atas jawatan sebagai pemimpin negeri.

Saya sangat bersetuju dengan pandangan TS Zainuddin Maidin  apabila mencontohkan keberanian Ketua Menteri Sarawak dalam menangani isu pembalakan di Sarawak. Memang ianya sangat patut dipuji, dan memang bukan senang untuk kita mengubah sesuatu diluar dari kebiasaan. 

Tan Sri Adenan Satem sememangnya berani untuk mengambil langkah yang tidak popular bahkan berani berhadapan dengan pegawa-pegawai tinggi kerajaan dalam menangani isu berkenaan. Pastinya beliau sudah mengambil kira kekuatan dirinya sendiri dalam menghadapi sebarang keadaan yang bakal dihadapinya kemudian hari.

Memang bukan mudah untuk berhadapan dengan mereka yang berkuasa yang seringkali menutup mata mereka dalam hal kegagalan penguatkuasaan sehinggakan pencerobohan hutan boleh berlaku dihadapan mata dan berleluasa.

Mungkin itu tindakan yang tidak popular dikalangan pegawai tinggi kerajaan namun tindakan itu juga sudah tentu akan mendapat sokongan dikalangan masyarakat terutamanya bagi generasi muda yang sangat mudah menerima maklumat melalui media sosial.

Bagaimanapun untuk membandingkan Menteri Besar Pahang dengan Ketua Menteri Sarawak adalah saya anggap sebagai sesuatu yang tidak bijak tanpa melihat dan mempertimbangkang persekitarannya. Sosio-budaya diantara Pahang dengan Sarawak juga berbeza.

Apa yang boleh dilakukan di Sarawak tidak semestinya boleh juga dilakukan di Pahang atau di negeri-negeri kerana adanya kekangan kuasa tertentu yang pastinya akan menyukarkan sesuatu untuk diimplementasikan tanpa mendapat tentangan dan tekanan.

Saya berpendapat, TS Zainuddin sendiri yang sudah sangat berpengalaman luas ketika berkhidmat didalam bidang kewartawanan media arus perdana serta sebagai seorang menteri kerajaan sudah pasti adakalanya terpaksa berhadapan dengan keadaan dimana sesuatu keputusan yang diambil harus juga mengambilkira pihak lain terutamanya institusi yang sukar untuk sentuh.

TS Zainuddin Maidin juga perlu rasional apabila ingin membandingkan diantara Menteri Besar Pahang dengan Ketua Menteri Sarawak. Namun, setidak-tidaknya Menteri Besar Pahang sudah berjaya mempertahankan negeri dari ditawan pembangkang dalam beberapa siri PRU yang lalu.

Mungkin sempena PAU kali ini saya dapat bertemu dengan TS Zainuddin Maidin seketika andainya ada kesempatan dan waktu.... mana tau...?



25 November, 2014

UTUSAN - DARI 30 RIBU BANGLA KE ISU ALAM SEKITAR ....

Displaying IMG-20141125-WA0010.jpg



Utusan Malaysia memulakan fitnahnya dengan tuduhan adanya 30,000 Bangla di Cameron Highlands.  Akhirnya senyap apabila sedar bilangan yang diberikan itu tidak masuk akal dan bahkan dari operasi memburu PATI yang dijalankan tangkapan yang dibuat tidak mampu mencecah angka 5,000 orang pun. 

Maka Jika benar dakwaan 30,000 Bangla oleh Utusan itu kemanakah mereka menghilang? Apakah kerana 'warna' membuatkan mereka sukar kelihatan dan dengan mudah jadi halimunan? Utusan dan Awang Selamat mesti menjawab dan buktikan bahawa tuduhan mereka bukanlah sati fitnah.

Dengan kehendak Allah, berlaku pula banjir lumpur di Cameron Highlands yang mengakibatkan kehilangan jiwa dan kemusnahan harta-benda, lalu perhatian rakyat pun berubah daripada isu 30,000 Bangla kepada isu alam sekitar.

Apabila adanya campur tangan Sultan Pahang setelah campur tangan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di Cameron Highlands, terbaru Utusan Malaysia menyerang Tasik Chini pula. Jangan nafikan bahawa ini adalah usaha terancang pihak Utusan untuk menjatuhkan Menteri Besar Pahang.

Mungkin selepas Tasik Chini, Utusan akan memaparkan pula isu penerokaan di Tasik Bera, Taman Negeri Endau Rompin, Taman Rimba Kenong di Lipis serta projek Sturgeon di Taman Negara. Tentu kita wajar bertanya, ini agenda siapa?

Dalam isu alam sekitar Tasik Chini, siapakah sasaran Utusan Selain dari Menteri Besar Pahang? Apakah Utusan membawa agenda memburukkan Perdana Menteri kerana DS Najib adalah Ahli Parlimen bagi kawasan Tasik Chini, atau ingin menyentuh institusi raja di negeri Pahang?

Dari sudut politik, tidakkah apa yang dilakukan Utusan itu boleh menghakis kepercayaan rakyat terutama pengundi muda dari terus menyokong UMNO/BN yang bakal dan mampu mengakibatkan kekalahan dalam PRU akan datang?

Apakah apabila Menteri Besar Pahang yang ada ini tidak lagi jadi Menteri Besar segala sungai-sungai akan kembali jernih serta merta dan pokok-pokok di hutan akan kembali tumbuh menghijau dalam semalaman?

Walau apapun, janganlah kita melakukan tindakan yang betul dengan dan kerana alasan yang salah!


Syahibul hikayat.  Syahadan sebermula tersebutlah kisah 'Lebai Malang' yang tamak untuk makan di dua kenduri. Satu di hilir dan satu lagi dihulu. Namun silap jua lah dia adanya kerana memilih ke hulu ketika air surut dan terpaksa menongkah arus. Maka lewat lah beliau ketika tiba dan kenduri itu pun sudah selesailah adanya.

Adapun Lebai Malang pun cepat-cepatlah menghilir. Adapun ketika itu air sedang pasang. Maka menongkah aruslah si Lebai Malang. Arkian, maka apabila tiba, terlewat jugalah dia adanya. Maka terlepaslah beliau kedua-dua kenduri itu dan kelaparanlah beliau adanya. 





17 November, 2014

MANA HILANGNYA 30 RIBU BANGLA DI CAMERON HIGHLANDS ?

Gambar hiasan


Terdahulu, Utusan Malaysia @ Utusan Meloya melaporkan Cameron Highlands 'ditawan' dengan kehadiran 30,000 (Tiga Puluh Ribu) Bangla. Semua pihak jadi ribut dan kelam kabut dengan kenyataan berkenaan.

Tentu sekali Zahid Hamidi mengetap bibir apabila ada kenyataan yang secara tidak langsung mempertikaikan kewibawaannya. Berikutan itu beberapa operasi dijalankan bagi memburu PATI hingga 'ke lubang cacing'.

Menteri-menteri yang berjawatan dalam UMNO tentu kelam kabut kerana tidak lama lagi kewibawaan mereka akan dipersoalkan atau 'disindir' dalam PAU nanti. 

Begitulah baiknya apabila Utusan dan Awang Selamat seekali menjolok 'sarang' tebuan, lebah atau kelulut. Semua serangga-serangga itu akan berterbangan, jika tidak menyengatpun akan berkeliaran disekeliling sarang.

Cuma kita nak tanya, selepas operasi 'memburu' dijalankan, mana dia 30,000 Bangla atau PATI sebagaimana tuduhan Utusan? Mampukah beribu-ribu PATI itu menyelinap didalam hutan atau dilain-lain tempat? Jika mereka masih bebas bersembunyi, salah siapakah pula kali ini? Apa asas kepada bilangan seperti tiduhan Utusan itu?

Atau, kita hanya 'seriau' kepada berita yang tidak pasti kesahihannya serta melompat dan melatah?


Sahibul hikayat maka hujan pun mulalah turun mencurah-curah. Adapun paras air-air sungai pun pastilah akan naik dan segala kawasan-kawasan tanah pamah akan ditengglami air juga akhirnya. 

Adapun segalanya itu adalah kuasa dan kehendak Allah jugalah adanya dan tiada jugalah sesiapa dapat menahannya melainkan elok dijadikan ikhtibar semata-mata. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.. jika tak hendak dihanyyutkan banjir lumpur, jangan berumah ditepi sungai diperbukitan.





15 November, 2014

#supportmbpahang - HEBAT SANGATKAH ADNAN ?




1. Tulisan saya terdahulu menyanggah tulisan di blog Zamkata. Terima kasih kerana TS memberi perrhatian kepada tulisan dan pandangan saya diblognya.


2. Tentu masih ramai yang belum lupa cerita si buta dengan gajah. Ringkasan kisahnya begini; Sekumpulan orang buta dibawa untuk mengenali gajah. Kerana kecacatan penglihatan maka mereka ingin mengenalinya dengan cara 'meraba'.  

Yang memegang badan kata gajah itu seperti dinding tembok, yang memegang kaki kata gajah itu seperti batang pokok, yang pegang belalai pula kata gajah seperti ular, yang pegang telinga kata gajah itu seperti kipas.... akhirnya mereka bertengkar mengenai bagaimana rupa gajah itu sebenarnya.


3. Kita akan nampak seseorang atau sesuatu objek berdasarkan dari tempat dimana kita berdiri. Pembangkang yang sebeum PRU13 dengan yakin menjangka akan dapat menawan Pahang, namun gagal dan melihat  DS Adnan Yaakob sebagai kubu yang teguh. Keberanian dan kelantangannya mengagalkan usaha mereka. Jika bukan DS Adnan Yaakob Menteri Besar Pahang ketika itu tidak mustahil Pahang jadi seperti Selangor atau setidak-tidaknya menerima nasib sebagaimana Perak.

Rakyat sibuk mencerca pemimpin-pemimpin yang kononnya lemah. Beberapa menteri juga turut dilabelkan sebagai 'tidak bertelor'. Namun kepada Menteri Besar Pahang yang mereka labelkan sebagai samseng ini mereka benci juga? Apakah orang UMNO membenci beliau lebih dari pembangkang membencinya?

Utusan dalam tulisannya menyindir Menteri Besar Pahang ... 'Hebat Sangatkah Adnan'. Jawapannya adalah bergantung kepada dengan siapakah  DS Adnan Yaakob dibandingkan? Jika Utusan dan Awang Selamat bandingkannya dengan mantan Menteri Besar Selangor, mantan Menteri Besar Perak serta mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, maka jawapannya adalah:  Ya, memang hebat!

Menteri Besar Pahang juga memang hebat jika dibandingkan dengan TS Zainuddin Maidin yang hanya jadi Menteri Penerangan selama 2 tahun sahaja dan tentulah tersangat hebat jika dibandingkan dengan Awang Selamat sendiri.

Sudah pasti ada pandangan berbeza dari penglihatan dari sisi yang berbeza-besa, namun usaha memburuk-burukkan seseorang untuk menjatuhkannya adalah tidak wajar sama sekali. Kenapa perlu kita melihat Menteri Besar Pahang dalam gambaran yang buruk tanpa melihat jasa yang telah beliau berikan selama ini? Melakukan perkara yang benar dengan alasan yang salah juga adalah salah.

Apa sebenarnya orang Melayu dan orang UMNO nak?

(Sila Baca)


Adapun sahaya terpaksalah meninggalkan tinta dan kalam ini kerana sahaya teringatkan akan ikan-ikan di kolam yang masih sahaya belum beri makan. Adapun segala macam ternakan dan tanaman yang sahaya perbuat itu bukanlah untuk diri sahaya sebaliknya adalah untuk anak cucu jua adanya.

Akhirulkalam, jagalah tanah air ini agar jangan hanya tinggal nama, bukan lagi untuk kita tetapi untuk warisan anak dan cuculah jua.


13 November, 2014

SIAPA ZAM YANG BOLEH TENTUKAN MENTERI BESAR PAHANG MENEMPAH' MAUT'?

Mantan Mamak Menteri


Utusan Malaysia merupakan suara UMNO dan orang Melayu sejak dahulu lagi. Utusan adalah lidah resmi UMNO dan suara para pemimpin UMNO. Namun tidak kurang juga penglibatan Utusan dalam memberi warna kepada politik UMNO dan tanah air.

Utusan Malaysia adalah musuh utama kepada pembangkang. Kerana itulah Pas memanggil Utusan Malaysia / Melayu sebagai Utusan Meloya. Pengikut Pas memang dah mengharamkan Utusan untuk dibaca bahkan mungkin tersentuhnya juga perlu disamak.

Anwar Ibrahim sendiri yang suatu ketika dahulu menggunakan Utusan sebagai penyambung lidahnya akhirnya turut melabel Utusan sebagai pembawa berita palsu dan berniat jahat.

Memang tidak kurang para pemimpin UMNO dijatuhkan oleh Utusan yang menjalankan agenda orang-orang tertentu. Saya tidak hendak memberi contoh kerana contohnya terlalu banyak. Yang ingin saya persoalkan disini adalah apakah kali ini Utusan juga membawa agenda khas untuk menjatuhkan Menteri Beasr Pahang?

Saya tidak hairan apabila Awang Selamat dan Utusan bersungguh-sungguh cuba 'mamalukan' dan menjatuhkan Menteri Besar Pahang kerana saya pasti jika diibaratkan polong, dia polong yang dipelihara dan bertuan. Pasti ada hidangan telor disediakan untuk santapannya.

Cuma saya agak terkejut apabila seorang mantan menteri yang juga bekas pengarang Utusan turut 'mengehentam' Menteri Besar Pahang didalam blognya dengan memberi tajuk 'Menteri Besar Pahang Menempah Maut'. Nampaknya mantan menteri ini masih merasakan bahawa beliau adalah sebahagian dari 'Utusan Meloya' dengan khayalan dalam zaman gemilangnya dulu.

Saya bukan antara yang taksub kepada satu-satu pemimpin bahkan pada suatu ketika saya sendiri pernah 'menghentam'. Namun, dipenghujung kariernya, berilah Menteri Besar Pahang ini sedikit 'muka' dan penghormatan dan jangan 'telanjangi' dia. Biarkan dia berundur secara terhormat sebagaimana Tun Dr. Mahathir dulu. Jika kita, (terutama yang bercita-cita besar) sanggup menunggu selama ini, kenapa tidak sabar untuk menunggu sedikit masa lagi?

Menteri Besar Pahang akan dipertahankan, bukan kerana dianya Adnan Yaakob, tetapi dianya adalah Menteri Besar Pahang, yang datangnya dijemput biarlah perginya diiring.

Baca juga Khabar Pahang  (Klik Sini)


Sahibul hikayat, sebermula adapun sahaya yang sudah tua ini hanyalah ingin duduk-duduk sahaja bermain dengan cucunda-cucunda sambil bercucuk tanam dan memelihara ayam itik.

Tidaklah lagi hendak oleh sahaya untuk berjuang dan menulis lagi adanya. Namun bagaikan perahu diair memanggil-manggil dan pendayung juga sudah ditangan... kenapa tidak untuk sekali ini sahaya berjuang untuk yang terakhir?

Akhirulkalam, tidaklah akan pedih dan luka sahaya ini oleh pisau dan keris mantan mamak menteri itu, namun akan luka jugalah hati dan jiwa oleh gurisan tinta dan kalam.


12 November, 2014

CAMERON HIGHLANDS DITAWAN?

 



Benarlah bila Menteri Besar Pahang kata ayat 'ditawan' agak luar biasa dan tidak sesuai bahkan keterlaluan. Tidak kiralah apa alasan sekalipun hatta 'metafora', ianya tetap tidak sesuai kerana mampu memberikan persepsi buruk - melainkan pihak Utusan melakukannya secara sengaja dengan niat tertentu.

Awang Selamat, kemudiannya bangun untuk pertahankan Utusan dengan gaya seorang pahlawan terbilang dan kemudiannya terus menerus 'menghentam' Menteri Besar Pahang semahunya tanpa belas kasihan.

Bagaikan 'Pendekar Bujang lapok' dalam film P.Ramlee, Awang Selamat menyerang Menteri Besar Pahang bertubi-tubi. Bahkan segala yang ada sekeliling Menteri Besar seakan hendak di 'tikam'nya, termasuklah pengamal media sosial yang dituduh bermacam-macam.

Kita hanya mampu mengucapkan syabas atas keberanian dan intergriti Awang Selamat, yang mungkin berniat untuk selamatkan Utusan Malaysia dengan meningkatkan jualannya apabila dilihat berani 'menghentam' menteri.

Selepas ini mungkin Awang Selamat juga akan 'menghentam' Menteri Dalam Negeri' kerana isu pendatang asing ini adalah dibawah tanggungjawan KDN. Kita nak juga lihat keberanian Awang Selamat nanti bila berdepan dengan menteri berkenaan. Apakah dia masih berani bersuara atau menyimpan 'telor'nya didalam 'kerandut'nya sendiri.

Mungkin kerana keghairahan beliau untuk 'menghentam' Adnan Yaakob maka Awang Selamat terlupa untuk merujuk isu alam sekitar ini kepada kementerian berkenaan. Semua kesalahan diletakkan keatas Menteri Besar Pahang semata-mata sedangkan masih ramai pihak berkuasa lain yang patut menangung sama tanggungjawab tersebut.

Awang Selamat mencemuh hebat sangatkah Adnan Yaakob? Kita juga ingin bertanyakan Awang Selamat, hebat sangatkah Awang Selamat ini? 

Jika gara-gara keceluparan Awang Selamat membuatkan akhbar Utusan Malaysia disaman, eloklah Utusan Malaysia singkirkan Awang Selamat bagi menyelamatkan Utusan. Jika Utusan Malaysia terpaksa ditutup akibat disaman, tentulah akan menjejaskan 'periuk nasi' banyak pihak yang bertugas dengan Utusan.

Adalah tidak adil jika kerana nila setitik akan merosakkan susu sebelanga. Jika kerana Awang Selamat seorang akan memberikan kesan kepada keseluruhan kakitangan utusan. Justeru, wajarlah pihak pengurusan mengambil tindak untuk 'merehatkan' Awang Selamat sebagai jalan penyelesaian yang selamat.

Sebermula, adapun malam semakinlah larut. Syahadan suara anjing-anjing yang menyalakpun sudah semakin perlahan adanya. Diluar jendela malam yang gelap dan rintik-rintik hujan yang masih menitis perlahan-lahan. Maka sahaya pun inginlah mencari bantal untuk melelapkan mata seketika. 

Bagaimanapun susahlah sahaya hendak melelapkan mata kerana asyik memikirkan tentang Awang Selamat itu jua adanya. Apakah Awang Selamat akan terus dan tetap selamat atau sudah tidak selamat lagi.

Akhirulkalam, maka tinta dan kalam ini akan sahaya simpan kerana entah esok entah lusa sahaya akan menulis semula. 

Sekianlah adanya.






02 September, 2014

PAS DAN MENTERI BESAR SELANGOR


Krisis Menteri Besar Selangor semakin gawat. Segalanya berpunca dan kerana Anwar Ibrahim. Rakyat tertanya-tanya kenapa DS Khalid dipecat ketika khidmatnya sedang menuju puncak kecemerlangan. Itu diakui sendiri oleh Anwar dalam banyak ceramahnya bahkan beliau sendiri memuji kejayaan negeri Selangor adalah kerana usaha DS Khalid.

Rakyat sudah semakin bosan dengan gelagat Anwar akhir-akhir ini. Anwar memecat DS Khalid semata-mata untuk mengangkat isterinya menjadi Menteri Besar. Manusia yang kononnya pejuang dan menolak kronisme dan nepotisme dan sering menuduh UMNO mengamalkannya sudah semakin hari semakin menampakkan dirinya lebih buruk dalam mengamalkan kronisme dan nepotisme. Dalam politik PKR, siapa DS Wan Azizah... siapa Nurul Izzzah... siapa Azmin dan ramai lagi.

Apabila Sultan Selangor meminta Pakatan Pembangkang menghantar cadangan lebih dari satu nama, Anwar tetap berkeras untuk hanya menghantar satu nama iaitu isterinya DS Wan Azizah. Jelas bahawa bukan lagi soal Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar, tetapi adalah soal melawan titah Sultan... soal derhaka. Itu yang ingin Anwar tonjolkan. Anwar ingin menentang bukan sahaja Sultan bahkan sesiapa sahaja sebagai protes menentang kerajaan.

Anwar ingin dikenakan tindakan dan hukuman untuk dijadikan alasan bagi membangkitkan kemarahan rakyat untuk dijadikan alasan rakyat bangkit dalam rusuhan menentang kerajaan, seperti masa lalu bagi meraih simpati rakyat dan menuduh kerajaan zalim terhadapnya.

Sebenarnya bukan terlalu ramai mereka yang benar-benar sanggup untuk merusuh kerana memperjuangkan Anwar serta ideologinya, namun mereka melakukan itu semua adalah kerana mendapat upah. Mereka adalah pendemo dan perusuh upahan, sebagaimana yang kebanyakkannya berlaku di Indonesia.

Bahkan menurut maklumat sulit perancangan yang bocor kepada awam, mengangkat DS Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor juga adalah kerana perancangan jahat untuk memudahkan pengurusan kewangan negeri bagi tujuan mengadakan siri-siri tunjuk perasaan dan rusuhan apabila Anwar disumbatkan semula kedalam penjara kerana kesalahan-kesalahan yang sememangnya dilakukannya.


Banyak pihak dikalangan rakyat menuding jari kepada Pas dalam krisis Menteri Besar Selangor ini. Pertamanya, Pas lah yang memenangi lebih banyak kerusi berbanding DAP dan PKR justeru wakil rakyat Pas lah yang sepatutnya lebih layak menjawat jawatan Menteri Besar, tetapi mengapa Pas tidak dilihat berminat kepada jawatan Menteri Besar itu?

Apakah kerana Pas takut kepada rakyat apabila Menteri Besar dari kalangan mereka tetapi mereka masih lagi gagal melaksanakan apa yang Pas janjikan dan perjuangkan dalam setiap Pilihanraya? Soal hududnya.. soal pusat hiburannya... serta segala soal kemungkaran yang selama ini dengan lantang Pas menuduh UMNO gagal melaksanakannya.

Atau apakah Pas yang ada sekarang ini benar-benar sudah dikuasai oleh kelompok penyokong Anwar sehingga para ulamak didalam Pas juga sudah tidak berani untuk bersuara serta sudah hilang bisanya?

Mungkin ini adalah satu petanda bahawa golongan ulamak didalam Pas akan disingkirkan tidak lama lagi. Nik Aziz yang semakin kurang upaya sudah tentu kata-katanya tidak lagi dihiraukan oleh kebanyakan ahli Pas, bahkan Haji Hadi juga sudah semakin menurut kata golongan tertentu didalam Pas bagi survival politiknya sendiri kerana takut disingkirkan.

Pas mesti mengambil kesempatan krisis Menteri Besar Selangor kini untuk menonjolkan partinya serta untuk terus dilihat relevan. Kegagalan Pas dalam menangani isu ini serta kegagalan mengambil peluang kali ini akan membawa kepada parti itu akan ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya akan datang kerana rakyat dan penyokongnya semakin jemu dan jelak dengan helah dan tipudaya Pas selama ini.

Bagi Pas, mereka harus melihat bahawa ini adalah masa dan saatnya, atau mereka tidak akan mendapat peluang sebegini sampai bila-bila lagi bahkan lebih buruk lagi apabila mereka tidak lagi akan diberikan peluang dan kepercayaan oleh rakyat dan penyokongnya sendiri. Kepada Pas; it's now or never!

05 June, 2014

BILA MELAYU TIDAK BERSATU




1. Hakikatnya kita memang sukar untuk bersatu. Kerana kita sentiasa mencari alasan dan perbezaan bukan mencari persamaan untuk memudahkan penyatuan. Inilah permasalahan bangsa Melayu yang utama yang sukar untuk diselesaikan.

2. Apabila ada usul untuk menyatukan bangsa tentu saja ada pihak yang cepat-cepat mencari alasan untuk mengagalkannya. Penyatuan Melayu didalam politik umpamanya, Pas meletakkan syarat itu dan ini kepada UMNO dan tidak boleh bertolak ansur sama sekali, namun dalam masa sama Pas tidak mengenakan apa-apa syarat untuk bersama DAP, bahkan sangggup pula menerima sebarang peraturan yang kelihatan merugikan.

3. Pas selalu persoalkan untuk bersama dengan UMNO dalam Barisan Nasional yang kuasa utamanya ditangan Melayu sedangkan tiada sebarang pertikaian apabila sanggup duduk dibawah ketiak Pakatan yang terang-terang dipengaruhi oleh DAP. Hina sangatkah duduk didalam Barisan yang dipimpin oleh Melayu atau bangga dan mulia sangatkah duduk didalam Pakatan yang dikuasai oleh kaum lain?

4. Pas tidak konsisten dan sering berubah-ubah pendirian. Segalanya dilakukan untuk pertahankan dan kepentingan pemimpin mereka sendiri. Dulu di Kelantan tidak meletakkan calon wanita dalam sebarang Pilihanraya alasan wanita tidak boleh jadi pemimpin. Maka banyaklah ayat Quraan dan hadis yang digunakan untuk pertahankan kenyataan itu namun sedar akan kerugian dari segi undi dan politiknya, maka mereka bertukar kenyataan dan bertukar juga ayat Quraan dan hadis untuk pertahankan pendapat mereka.

5. Akhir-akhir ini, Pas tidak lebih dari sebuah parti yang seakan-akan 'sesumpah' yang seringkali menukar wajah. Bagaimanapun kita masih tidak faham bagaimanakah masih ada pengikut yang terlalu taksub dan percaya pada momokan bahawa Pas itu adalah Islam dan Islam itu adalah Pas sedangkan hakikitnya Islam diturunkan Allah sebagai agama dan pedoman umat manusia jauh sebelum Pas itu didaftarkan sebagai sebuah parti politik.... di Malaysia.

6. Pas yang konon kuat perjuangkan hudud namun tidak sanggup melaksanakannya hanya kerana 'gertakkan' dari Karpal Singh ..' langkah mayat saya dulu.... Sehingga karpal Singh mati pun, Pas masih takut untuk melangkah mayatnya. 'Badi' apakah itu?

7. Dyana Sofea, calon DAP yang kuat bantah perlaksanaan hudud dicalonkan di PRK Teluk Intan. Pas tetap menyokong kerana menjaga 'sumpah setianya' dalam Pakatan dan menyatakan sokongan walaupun nyata hudud Pas akan ditentang, akibatnya calon DAP kalah kerana undi 'protes' lebih 500 yang dirosakkan yang memenangkan calon Barisan Nasional dengan lebih 200 undi. Nyatalah bahawa pengundi dan penyokong Pas sudah bosan dengan pendirian Pas dan bertindak beralih arah. Pas masih belum sedar dan enggan menerima hakikat? (Baca Sini), Pas salahkan pengundi cina untuk menutup kelemahan pengundinya lari dan membantah dan sokong calon Barisan Nasional atau rosakkan undi.

8. Kaum lain melihat perpecahan bangsa Melayu sebagai senjata untuk kepentingan mereka. Penyatuan Melayu akan sebabkan mereka hilang penguasan. Melayu jangan dibiarkan bersatu. Melayu mesti dipecah dan diperintah dibumi mereka sendiri.

9. Isu Cadbury yang kononnya mengandungi DNA babi disebarkan kaum lain untuk jatuhkan syarikat yang dimiliki oleh Malayu supaya Melayu jangan kaya dan jangan kuasai ekonomi. Maka ramailah bangsa Melayu tanpa usul periksa menghentam Cadbury sambil kaum lain melihatnya sambil ketawa... akan 'mati' lagi satu Melayu.

10. Jika isu DNA babi yang nak diperkatakan, kenapakah hanya Cadbury? Segala yang dikeluarkan oleh bangsa lain juga mesti lebih diragui tetapi Melayu tidak begitu. Kerana Melayu bangsa yang suka berpecah-pecah dan mudah di'agah' serta cepat melatah.

11. Terkini, khabarnya kilang pemprosesan tepung gandum sedang menghadkan pengeluarannya, kerana apa? Ingat dulu ketika harga pasaran ayam menurun, beribu-ribu anak ayam mati dibakar oleh kaum itu untuk kekalkan harga pasaran. Ekonomi mereka yang kuasai dan perbuatan itu adalah satu tekanan kepada kerajaan bagi menghalang mereka menentukan harga dan mendapat keutungan besar.

12. Saya juga teringat kata-kata 'Mat Sabu'.".. saya lebih rela makan babi bersama Lim Guan Eng dari makan ayam bersama DS Najib". Tetapi penyokong Pas tetap sokong kerana mereka taksub tahap  'najis anjing dan babi'.

13. GST yang akan kerajaan laksanakan nanti, jika diperhatikan betul-betul tidak langsung membebankan rakyat bahkan akan meringankan rakyat sebaliknya dapat memastikan peniaga dan pengilang yang majoritinya kaum lain tidak dapat melarikan diri dari membayar cukai. Justeru mereka momokkan bahawa GST bebankan rakyat, dan kita pun membantah yang sebenarnya untuk memperjuangkan kepentingan mereka tanpa kita sedari. Segalanya kerana kita lemah dan tidak bersatu.

21 May, 2014

PRK P051 DAN P076: ANTARA ULTRA KIASU DAN PENGKHIANAT BANGSA




1. Tidak lama lagi kita akan hadapi 2 PRK. Masing-masing adalah kerusi Parlimen dan masing-masing juga adalah milik DAP. Masing-masing akibat kematian penyandangnya. Karpal Singh di P051, Bukit Gelugur dan Seah Leong Peng di P076, Teluk Intan.

2. Di Bukit Gelugur, dalam PRU lalu Karpal Singh menewaskan Teh Beng Yeam (BN) majoriti 42,709 undi.  Beliau mendapat 56,303 undi manakala penentangnya mendapat 13,597 undi.

3. Di Teluk Intan, Seah Leong Peng calon DAP menang 27,399 undi dengan majoriti 7,313 undi keatas Mah Sew Keong  (BN) yang mendapat 20,086 undi manakala calon Bebas, Moralingam A/L Kannan hanya mendapat 279 undi sahaja.

4. Di Bukit Gelugur, MCA enggan meletakkan calon atas alasan ingin menyelesaikan isu hukum hudud yang tidak dipersetujui mereka apabila UMNO menunjukkan kesediaan berkerjasama dengan Pas dalam melaksanakannya. Akhirnya waris Karpal Singh, Ramkarpal Singh wakili DAP dengan akan ditentang oleh Datuk Huan Cheng Guan (PCM) serta 2 calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohd. Zan, ahli Pas Cawangan Gombak dan Mohamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abd. Sathar.

5. Di Teluk Intan, mungkin kerana termalu, MCA juga tidak meletakkan calonnya dan membiarkan pertandingan berlaku satu lawan satu antara Dyana Sofya (DAP) dengan Presiden Gerakan, Siew Keong.

6. Di Bukit Gelugur banyak pihak meramal DAP akan tetap pertahankan kerusi berkenaan namun majoriti undi akan merosot.

7. Di Teluk Intan persaingan hebat diramal berlaku dengan peluang 50-50. Namun ada pihak yang berani meramal bahawa Siew Keong akan mampu menang dengan majoriti kecil, atas faktor undi kaum Cina.

8. Sebelum ini saya menulis mengenai MCA dan DAP adalah tangan kanan dan tangan kiri kaum Cina. Untuk tidak menggoyahkan penguasaan DAP di Pulau Pinang, mereka sengaja tidak meletakkan calon di Bukit Gelugur.

9. Namun di Teluk Intan, ramai pemerhati politik percaya mereka akan memberikan undi kepada Siew Keong untuk memberikan pengiktirafan kepada Gerakan sebagai satu lagi tangan kaum Cina dalam politik Malaysia.

10. Keadaan sokongan perkauman ini semakin jelas, sedangkan dalam masa sama para pemimpin Pas masih lagi terlena dan sanggup mengenepikan perpaduan ummah termasuk dalam soal perlaksanaan hukum hudud hanya kerana setia menjilat rakan kafir harbinya. 

11. Kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional menyaksikan UMNO menjadi abang besar dan penentu, namun kerjasama Pas didalam Pakatan hanyalah sebagai pencacai pengangkat dan pembersih najis semata-mata.

12. Ketika kita melihat kaum Cina sebagai ultra kiasu, rasis dan chauvinish, kenapakah Pas masih sanggup menjadi pengkhianat bangsa sendiri?

16 May, 2014

AKU BUKAN RASIS, AKU NASIONALIS !




Banyak kali kita mendengar dari banyak pihak yang menyatakan bahawa MCA adalah tangan kanan kaum Cina manakala DAP pula adalah tangan kirinya. Sikap 'Kiasu'nya telah mengajar kaum itu untuk merebut dan bahkan merampas segala walaupun ianya hak kaum lain.

Inilah realitinya di negara kita ketika ini dimana hak-hak orang Melayu cuba dinafikan atas alasan kesamarataan. Islam sebagai agama resmi Persekutuan juga cuba dinafikan. Segala yang hak bagi orang Melayu sebagai 'tuan' di Tanah Melayu ini cuba dipertikaikan, bahkan sejarahpun cuba mereka ubahkan.

Apabila kita menuntut dikembalikan sesuatu yang hak kita, mereka tuduh kita tiada sikap tolak-ansur, apabila kita pertikaikan perbuatan mereka yang sememangnya salah maka kita akan dituduh rasis. Berilah segunong intan sekalipun, mereka tetap tidak akan berpuas hati. Jika negara ini kita benarkan mereka perintah sekalipun tetap mereka akan membenci dan mengkhianati kita. Mereka adalah 'yahudi' sebelah sini.

Mereka menyusup dikalangan kita dan memecahbelahkan kita. Mereka akan sentiasa menghalang kita dari bersatu dan mencapai kejayaan kerana mereka sedar bahawa mereka masih minoriti, justeru kita dipecahbelahkan sama ada dengan sedar atau tidak kepada beberapa kumpulan namun dalam masa sama mereka tetap teguh bersatu dan menjadi majoriti serta suara penentu.

Perpecahan dikalangan orang Melayu telah memberi peluang dan ruang yang besar untuk mereka merebut seberapa banyak kuasa dalam politik yang akhirnya juga akan menentukan kekuasaan ekonomi dapat mereka cengkam dan bolot 100%.

Apabila Melayu UMNO dan Pas sudah hampir kearah penyatuan maka mereka sudah menjadi semakin gusar. Lalu Cina MCA tidak dapat lagi menyembunyikan 'warna' mereka yang sebenarnya. Lihatlah akhir-akhir ini, terutama dalam isu hudud, DAP dan MCA sudah semakin akrab bersatu dan mula memberikan tekanan kepada kerajaan UMNO.

Ketika kaum Cina itu semakin merasa terancam oleh perpaduan Melayu, maka semakin akrab mereka bersatu sedangkan bangsa Melayu sendiri apabila dilanda kesusahan semakin susah untuk bersatu padu. Mungkin ini bukan kehendak orang Melayu sendiri, namun terpengaruh dan akur terhadap kehendak pemimpin parti mereka yang hanya mementingkan diri sehingga sanggup menolak perpaduan.

Demi pertahankan agama dan maruah bangsa, orang Melayu mesti bersatu walau atas nama apa sekalipun. Ini kalilah, bangsa Melayu mesti mempertahankan tanah air kita sendiri kerana kita tidak ada tanah air selain Tanah Melayu ini, berbeza dengan sikap kaum pendatang itu kerana mereka tidak ada kesetiaan kepada negara. Jika bangsa Melayu menganggap negara ini sebagai tanah tumpah darah, mereka hanya menganggap negara ini sebagai negara tanah tempat berak mereka yang sanggup mereka tinggalkan bila-bila masa saja sambil mengaut kekayaan bersama-sama mereka.

Aku tidak takut digelar rasis, kerana aku tahu dan pasti bahawa aku adalah nasionalis!


15 May, 2014

AHMAD SAID DIUGUT ATAU DIBERI HABUAN ?



1. Akhirnya berakhirlah episod yang mendebarkan dalam sejarah UMNO Terengganu apabila mantan Menteri Besar Terengganu yang umumkan keluar parti telah menemui jalan kembali dengan mengumumkan menyertai UMNO semula.
 
2. Tentu pihak pembangkang sudah berkira-kira untuk memasuki Pejabat Menteri Besar bahkan khabarnya sudah berlaku perebutan siapa antara mereka yang layak menduduki kerusi berkenaan.

3. Namun antara banyak persoalan yang bermain dikepala peminat politik khususnya berkenaan isu politik Terengganu itu adalah kenapakah MB Terengganu sanggup umumkan meninggalkan parti dan kenapakah dengan sekelip mata berubah fikiran dan kembali semula?

4. Apakah beliau diugut dengan sesuatu yang akhirnya Ahmad Said terpaksa akur ataupun beliau diberikan habuan yang mampu menyejukkan hatinya yang penuh amarah itu? Siapa yang dapat menjawab?

Klik (Sini)



13 May, 2014

PERLETAKAN JAWATAN MB TERENGGANU TEORI KONSPIRASI ?



1. Isu hudud memperlihatkan penyatuan sokongan kaum Cina dalam menentangnya yang juga menggambarkan penentangan Islam sebagai agama persekutuan dan tentangan kepada orang Melayu khususnya.

2. Keengganan tiba-tiba MCA bertanding di Bukit Gelugur sungguh meragukan. Alasan yang tersirat mungkin untuk tidak menganggu penguasaan DAP di Pulau Pinang.

3. Perletakkan jawatan MB Terengganu mungkin satu konspirasi terancang kearah penyatuan Melayu. MB dan beberapa Adun meninggalkan UMNO dan membolehkan Pas memerintah, itu harga yang perlu dibayar untuk penyatuan bangsa dan penguasaan politik negara.

4. Kononnya ada beberapa lagi pemimpin tertinggi parti dan kerajaan akan berundur memberikan laluan kepada pemimpin Pas bagi memberi imbuhan kepada usaha penyatuan itu.

5. Jika benar UMNO dan Pas bersatu, Melayu mampu memerintah sendiri dengan bilangan kerusi yang ada dan ini akan menenggelamkan segala keraguan yang ada bahkan mampu mengelakkan tekanan kaum chauvinish dalam politik dan ekonomi.

6. UMNO tidak patut kesal jika kehilangan satu negeri dengan ganjaran memerintah negara dengan pembentukan pemerintahan Melayu secara mutlak.

7. Matlamat politik menghalalkan cara dan konspirasi berlaku dimana-mana. Jangan percaya apa yang kita hanya nampak kerana dibelakang kita, kita tidak melihat apa yang sebenarnya berlaku.

8. Kita harus percaya bahawa masih ada yang melihat kepentingan survival bangsa mengatasi segalanya dan mereka sanggup berkorban untuk itu, jika itulah tuntutannya.

9. Saya tidak pandai politik, tetapi saya cuba berfikir diluar kotak .. hanya untuk melihat bangsa Melayu bersatu dan terus berkuasa di Tanah Melayu ini.

10. Kepada pejuang, kata Sun Tzu (1:25): "These military devices, leading to victory,  must not be divulged beforehand".



29 April, 2014

MB PAHANG WAJAR KEKAL HINGGA PRU

MB Pahang di Sidang Dewan yang akan berakhir hari ini


Sejak kebelakangan ini ada pihak yang memainkan isu konon 2 Menteri Besar akan ditamatkan khidmatnya atau digantikan. Tidak susah untuk meneka siapakah menteri besar berkenaan kerana sudah semestinya bukan negeri Selangor dan Kelantan yang bukannya milik kerajaan BN. Tidak juga Pulau Pinang dan Melaka kerana mereka tidak punyai Menteri Besar sebaliknya pemimpin tertinggi negeri diketuai oleh Ketua Menteri. (Sabah dan Sarawak memang dikecualikan dari perbincangan ini). 

Tidak mungkin Kedah dan Johor kerana Menteri Besar mereka masih sangat baru memimpin negeri. Justeru, secara tepatnya kesimpulan bolehlah dibuat bahawa sasarannya adalah ditujukan kepada Menteri Besar Pahang dan Terengganu.

Soalnya adakah Perdana Menteri yang sememangnya berhasrat melakukan perubahan sedemikian atas nama transformasi? Atau ada 'tangan lain' yang sengaja mengambil kesempatan untuk kepentingan politik peribadinya sendiri dan sama ada dengan mendapat 'wahyu' dari Perdana Menteri atau hanya menyebarkan khabar dengan membawa 'firman' kononnya dari Perdana Menteri.

Walau apa pun dan siapa pun, ianya pastilah seseorang yang rapat atau masih merasakan ianya akrab dengan Perdana Menteri, yang masih ingin mencaturkan politik negara biarpun menyedari dirinya sudah semakin terpinggir dari arus politik semasa.

Benar, DSD Adnan Yaakob sudah lama dikerusi Menteri Besar Pahang namun untuk mencampuri urusan politik negeri adalah sesuatu yang tidak wajar bagi Perdana Menteri terutamanya ketika beliau masih berdapan dengan begitu banyak masalah di kerajaan pusat sendiri. Dalam kata lain, tidak perlu politik negeri dan kedudukan Menteri Besar diganggu selagi mereka tidak mendatangkan masalah besar kepada kerajaan pusat.

Jika pencapaian Menteri-Menteri Besar berkenaan dijadikan alasan untuk menukar mereka, maka Perdana Menteri harus juga melihat pencapaiannya sendiri dalam PRU13 lalu beranding pencapaian PRU sebelumnya. Kerana itu jugalah saya secara peribadi yakin bahawa khabar yang dibawa ini bukanlah datang dari Perdana Menteri sendiri, melainkan ianya datang dari pihak yang ingin mencari kesempatan.

Beberapa nama disebut-sebut sebagai diantara dalang yang memainkan isu berkenaan termasuk tokoh politik veteran dari Pahang sendiri yang diketahui ada hubungan akrab dengan Perdana Menteri. Dialah yang kononnya mencaturkan siapakah yang akan diangkat kelak untuk jadi Menteri Besar Pahang. Harapan dan cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar sudah jelas tidak akan kesampaian, justeru itu beliau harap agar proksinya akan diangkat agar beliau akan terus dapat menghidupkan karier politiknya.

Saya bukanlah orang yang 'mentaksubi' DSD Adnan Yaakob dan beliau juga bukanlah memandang dan menyedari akan kehadiran saya, namun atas nama kebenaran saya tetap menyokong sebarang usaha untuk terus mempertahankan beliau supaya terus kekal sebagai Menteri Besar Pahang bagi terus melaksanakan agendanya membangunkan rakyat negeri Pahang. 

Kita tidak memiliki ramai pemimpin yang tegas dan berani sebagaimana beliau dalam berhadapan dengan pembangkang. Beliau pernah dilebelkan sebagai samseng oleh pembangkang atas keberanian dan ketegasan beliau ketika kebanyakan menteri dan pemimpin lain hanya membisu seribu bahasa akibat takut diserang pihak pembangkang.

Ketika orang lain dari luar negeri Pahang melihat Menteri Besar kita sebagai seorang wira, apakah anak Pahang sendiri masih takut-takut untuk berdiri dibelakangnya? Jika saya berani menyatakan sokongan dan berdiri dibelakang DS Hishamuddin, kenapa pula saya tidak berani berdiri dibelakang pemimpin negeri saya sendiri?

Saya menoleh apabila terdengar suara seseorang menggeram... saya melihat punggungnya ditepuk... oppss!


Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...