25 June, 2010

PILIHAN KETIGA ~ JIKA BUKAN UMNO DAN BUKAN PAS



Ini bukan hasil tangan saya, tetapi hasil krativiti seorang orang lain yang
mungkin sudah tidak dapat menahan bara dalam dadanya



Sahabat karib saya, blogger dan pemimpin muda berpotensi di Jerantut menulis 'Mencari Parti Melayu Baru'. Banyak benarnya pandangan beliau kerana dalam keadaan sekarang ini orang Melayu terlalu berpecah belah dan berpatah arang berkerat rotan diantara UMNO dan Pas yang nyata merugikan semua orang Melayu.

Penubuhan Perkasa yang cuba menyatukan dan memperkasakan bangsa Melayu dalam satu persatuan non politik tidak mendapat sambutan dari kalangan penyokong Pas kerana menganggap Perkasa Pro UMNO.

Melayu tidak boleh bersatu didalam UMNO dan tidak juga didalam Pas. Bahkan tidak dalam Perkasa juga. Justru bagaimana untuk menyatukan bangsa Melayu ini?

Berfikir diluar kotak...katak yang dibawah tempurung juga harus berfikir diluar tempurung..mungkin parti ketiga perlu sebagai pilihan terbaik. Keadaan sekarang ini ramai kalangan muda yang sudah langsung tidak meminati UMNO kerana sikap pemimpin UMNO yang tidak prihatin dan tidak pedulikan mereka.

Memang pemimpin UMNO ni ego dan sombong..kebanyakannya. Mereka menyertai UMNO bukan lagi untuk berjuang bahkan merekalah yang mematahkan semangat perjuangan. Di Pahang pun sama juga, tidak ada bezanya. Mereka yang diharap menjaga dan memegang amanah rakyat namuhn mereka gagal melakukannya, kerana itulah banyak tanah kerajaan diceroboh dan diteroka secara haram. Yang tampil gagah sebagai wira bukannya pemimpin UMNO tetapi Karam Singh Walia.

Tanah diteroka dan balak dihutan dara diliwat didepan mata namun pemimpin masih membutakan mata dan hati mereka.

Dalam pertemuan dengan blogger 'cyber tropper Pahang' MB kata sedang atur strategi untuk tarik sokongan rakyat termasuklah adakan program dengan Mat Rempit. Hehehe, macam pernah dengar idea ni...macam idea KJ pulak rasanya. Baguslah kerana nanti kita akan lihat MB kita akan bersama-sama merempit dijalan-jalan raya serta kawasan-kawasan perumahan. Mungkin ini adalah idea terbaik yang paling brilliant untuk menarik hati mat rempit.

Bagaimana agaknya nak menarik hati mat gian pula? Mungkin lah terpaksa bersama kena sejarum dua sambil lepak-lepak bersama mat-mat gian ni nanti.

Mungkijn benar setengah pendapat, PRU13 pasti Pahang akan dapat keputusan yang mengejutkan. Kerasa sebilangan orang Melayu yang tidak menyokong UMNO dan juga Pas akan memberi sokongan kepada PUNDAK (bukan Pundek) (Klik klip video diatas.)

UMB Pahang dan semua UMB seluruh Malaysia, harap dapat berkerja lebih keras lagi dalam menyebarkan maklumat dan propoganda. DS Najib dan memalu gendang perang meminta kamu semua turun kemedan perang bukannya memukul gendang bagi tarian joget Pahang dan mengajak kita menari joget lambat.

Kalau masih belum faham...tutup saja blog. Saya nak ucapkan terima kasih kepada sahabat saya Parpu Kari dan Sam 'Marahku' kerana sudi datang ke Jengka Pusat semasa konvensyen UMNO Pahang dahulu untuk meredakan kehangatan suasana namun usaha itu tidak berjaya kerana ada pemimpin UMNO yang penakut untuk bertemu muka.

22 June, 2010

'SERANGGGG' - KATA DS NAJIB

MB Pahang berkhidmat cemerlang, gemilang dan terbilang
patut dikekalkan lagi, lagi lama lagi baik kalau boleh biar selama-lamanya
lagipun bukan ada orang lain yang layak menggantinya.


DS Najib telah 'memalu gendang perang'. DS Najib telah memberi isyarat kepada BN dan UMNO supaya menyerangbalas pembangkang yang selama ini menyerang BN / UMNO bertubi-tubi dengan segala macam persepsi. Memang wajar DS Najib meminta BN /UMNO menyerang balas kerana peperangan bukan berpada hanya dengan bertahan semata-mata. Sekuat mana pertahanan sekalipun jika diserang bertalu-talu akan goyah juga akhirnya. Kerana itu menyerang balas sangat wajar supaya penyerang juga terpaksa memikirkan tentang pertahanan mereka dan tidak menumpu segala tenaga dan kekuatan terhadap serangan semata-mata. Ini akan menumpulkan serangan mereka.

Tambahan inilah masa yang tepat untuk menyerang mereka kerana mereka berada dalam keadaan yang lemah dengan pelbagai masalah dan pertikaian dalaman. Ketidak-percayaan pengikut kepada pemimpin berada ditahap tertinggi. Ketidak-puasan hati diantara parti-parti dalam pakatan juga semakin jelas dan tidak dapat disembunyikan lagi. Jika menyerang mereka ketika mereka lemah, peluang untuk mencapai kejayaan lebih tinggi.

Beberapa hari lalu saya sudah menulis mengenai reaksi UMNO terhadap seruan DS Najib ini. (Baca sini) Saya tidak yakin bahawa UMNO telah mendengar isyarat dari DS Najib itu dengan jelas. Kerana itu juga kita tidak yakin bahawa UMNO mampu menyerang balas kerana UMNO masih leka dan lena.

Ketika melakukan serangan balas ini kita harap agar DS Najib berhati-hati, bukan terhadap musuh tetapi terhadap bala tenteranya sendiri iaitu UMNO sendiri. Pemimpin UMNO peringkat negeri-negeri dan bahagian-bahagian bukan semuanya pejuang sebenar dan bukanlah dari mereka yang berani. Kebanyakan mereka hanyalah' penjilat' semata-mata. Pengampu. Mereka tidak berani kedepan dalam perperangan namun akan tiba-tiba muncul apabila sudah mencapai kemenangan.

Saya sarankan juga supaya DS Najib ketika meneriakkan 'SERANG' itu untuk meneriakkan dengan jelas dan dalam dielek yang betul bagi setiap kaum, negeri dan daerah supaya arahan itu diterima dengan jelas. Bimbang nanti sejarah Dol Said di Naning akan berulang. (Klik baca catatan sejarah Dol Said di Naning diblog Husin Lempoyang, hehe) (Lawak,lawak juga tetapi pengajarannya tetap ada)

Dalam satu pasukan bala tentera yang besar tentu ada kumpulan-kumpulan tertentu. Dizaman dulu ada tentera pemanah, tentera berkuda bahkan tentera bergajah dengan peranan tertentu. Serangan pemula yang patut DS Najib lakukan adalah serangan propaganda dengan menggunakan segala kekuatan media yang ada.

Mampukan serangan ini dilakukan UMNO / BN kerana blogger-blogger pro kerajaan yang dulunya setia dan gagah membantu sudah kurang bersemangat akibat mereka tidak hargai bahkan ada pemimpin yang menganggap mereka dari kalangan 'goblok'. Hendak berharap kepada blogger UMB (Unit Media Baru) Pemuda UMNO, nampaknya mereka ini hanya lebih kelihatan sebagai tentera upahan yang tiada semangat juang.

UMB Pergerakan Pemuda UMNO sudah 3 hari tidak dikemaskini (sini), UMB UMNO Pulau Pinang sudah 6 hari (sini), UMB Pergerakan Pemuda UMNO Pahang sudah seminggu mematikan diri, begitu juga dengan UMB Melaka dan Kelantan.

UMB Pahang sebenarnya dalam keadaan yang 'stabil tetapi kritikal', 'kritikan tetapi stabil' - meminjam kata-kata MB Pahang ketika mengulas keadaan kesihatan ADUN Kerdau tidak lama dulu. Lagi pun Kerajaan UMNO Pahang dalam keadaan gagah dan perkasa yang tidak mungkin dapat ditawan oleh pembangkang. MB dan exconya berkerja keras siang dan malam sehingga lupa tidur, makan dan minum untuk menjaga kepentingan rakyat. Pejabat-pejabat ADUN semuanya dibuka 24 jam dengan perkhidmatan tidak henti kepada semua rakyat. Hartabenda kerajaan dan rakyat dijaga dengan baik sekali. Sudah tidak ada lagi pembalakan haram dan penerokaan tanah haram di negeri Pahang.

Mungkin juga kepimpinan negeri lupa bahawa ada pihak yang telah lama memendam rasa. Pasti PRU13 nanti berbagai kejutan akan berlaku di Pahang kerana kegagalan kita menduga dan mendengar suara rakyat marhaen.

3hb Julai, PM dijangkan merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut. Tentu kepimpinan sedang cuba untuk menutup suara sebenar akar umbi untuk menunjukkan bahawa disini tidak ada apa-apa masalah dan kami yakin kita akan menang besar. Hahaha!



NIK AZIZ YANG SEMAKIN NYANYUK DAN HILANG AKAL

Ambo akay jadi MB Kelate sokmo.....


Kebelakangan ini banyak kedengaran protes terhadap Nik Aziz sebagai MB Kelantan. Tingkah laku dan tinduknya semakin hari semakin tidak menyenangkan semua pihak sama ada yang berada didalam Pas sendiri ataupun diluar Pas.

Semakin hari semakin banyak kesalah yang dilakukannya yang dibongkar dan terbongkar. Kita percaya didalam Pas sendiri sudah ada usaha untuk mempersarakan MB Kelantan itu dengan cara terhormat.

Beberapa blogger pro kerajaan juga memberikan komen masing-masing mengenai ke tidak wajaran Nik Aziz kekal lagi sebagai MB. Memang kebelakangan ini kelihatan bahawa Nik Aziz sudah semakin 'nyanyuk' dalam setiap tindakannya serta kenyataannya.

Pok Nik, mu bui ore laen lah pulok kalu mu lambat nati ore hungga mu....

Sila baca disini dan disini.


21 June, 2010

UMNO TIDAK MAMPU SAHUT SERUAN DS NAJIB

Ahhh! biornye lantok lah, kome nok tidur lagi neh. Tidur lain-lain kerusi mimpi pun tentunya lain-lain juga.
Projek...projek....tender....balak....BALA.....dia saja...kroni dia juga..kome tak merasa..
mampuslah UMNO macam ni...hehehe


Sahabat saya YB Raz, antara blogger generasi pertama Pahang menulis diblog nya begini (klik sini).


Beliau mengulas begini;

Akhirnya seruan telah dikumandangkan. Inilah yang kami semua mahukan. Sudah terlalu lama UMNO didalam posisi bertahan. Dan menangkispun sekadar melepaskan kahak di tingkap kereta.

Kami para blogger sudah lama bersedia malah sudahpun kehadapan. Sedangkan para pemimpin UMNO lain terutama dibahagian Penerangan masih belum bangun. Tolong sedarkan mereka dato.

Kalau terpaksa guna air panas pun tak mengapa asalkan mereka sedar dan bangun. Jangan masih tidur membuta tuli.


Kepada YB Raz, bh nak tanya; Apakah sdr percaya ini akan berlaku? Apakah seruan DS Najib akan disahut oleh pemimpin-pemimpin lainnya...MB Pahang umpamanya?

Kayakinan saya sangat sedikit dan saya tidak percaya ini akan berlaku kerana pempimpin-pemimpin kita masih lena tidur diulit mimpi serta mereka juga masih dalam kemelut kerana bergelumang dengan masalah peribadi dan tidak mendapat keyakinan rakyat.

Bagaimana mereka akan mampu menyahut seruan DS Najib kerana mereka bagaikan seekor ayam yang kokok-nya berdegar-degar tetapi ekor bergelumang tahi.


HARAP UMNO TIDAK ANGGAP PENGUNDI MELAYU TIDAK BERPERASAAN




Entah apa kejadahnya, tetapi ini kelihatan jelas dan nyata bahawa pemimpin Melayu / UMNO memanjalan kaum Cina dan membiarkan bangsa Melayu.

Apakah pemimpin UMNO 'take for granted' pada keadaan orang-orang Melayu yang masih leka dana lena dengan sikap 'tak apalah!', 'biarlah!' dan 'nasib baik!'

Secara jujur saya katakan bahawa saya dilahirkan didalam keluarga UMNO dan menyertai UMNO sejak remaja lagi namun kini saya sudah tidak nampak apalagi yang harus saya hargai pada UMNO ini.

Pemimpin-pemimpin disemua peringkat bukan saja merebut kepentingan peribadi mereka saja bahkan tidak jelas usaha yang mereka lakukan untuk membela bangsa dan rakyat. Mereka hanya utamakan kepentingan peribadi dan kroni.

Dalam hati saya sudah penuh dengan ketidak puasan hati tentang banyak perkara dari sehalus-halusnya hingga ke sebesar-besarnya. Yang pasti adalah pemimpin UMNO tidak pernah mendengar suara akar umbi, suara rakyat.

Saya sedar bahawa saya tidak juga percaya dan menyokong pembangkang namun kenapa tidak saya mengundi mereka sebagai protes kepada kepekakan pemimpin kita semua ini?

Baca suara hati Papa Gomo blogger dari WP yang menganjurkan 'Melayu Undi Protes UMNO PRU13 nanti' klik sini. Kenapa tidak jika ini akan menyedarkan pempmpin-pemimpin Melayu yang tidak berjuang dan menyayangi bangsanya sendiri.

Di Pahang beberapa Parlimen dan DUN juga dijangka akan terlepas kepada pembangkang kerana Melayu protes kepada kerajaan negeri serta kelemahan jentera kerja UMNO yang sentiasa bercakaran sesama sendiri kerana merebut kekuasaan.

Saya cadangkan kempen mengundi pemimpin UMNO berdasarkan kepada prestasi mereka saja, mana-mana pemimpin yang hanya merompak harta rakyat kita singkirkan dan gantikan walaupun terpaksa mengundi pembangkang. Supaya selepas ini pemimpin akan sedar bahawa kuasa dan mandat yang ada pada mereka adalah untuk membela rakyat.


2.
Kalau senang-senang, boleh juga dengarkan lagu ni semuga akan timbul keinsafan dihati para pemimpin-pemimpin Melayu kita.


20 June, 2010

CADANG NAMA ANJING 'MR BEAN'? EKORAN MAHFUZ CADANG NAMA KUCING SEMPENA NAMA PM

Karpal dengan anjingnya yg dinamakan spt nama 'Mr. Bean' atau sememangnya
'Mr. Bean' itu adalah anjing kepada Karpal?


Berikutan cadangan Mahfuz Omar mencadang memberi nama kucing sempena nama PM. Ini adalah satu cadangan dan idea yang terbaik dari tokoh Pas itu setakat ini. Memang beliau seorang yang sangat genius nampaknya, pemikirannya memang diluar kotak akal seorang manusia yang normal dan yang menganggap dirinya sebagai dalam golongan ulamak politik.

Saya teringat sewaktu saya melawat (bukan meliwat) sebuah kampong Orang Asli tidak lama dulu saya melihat mereka ada pelihara banyak anjing yang tidak bernama. Mungkin cadangan Mahfuz ini boleh dipraktikkan di perkampongan Orang Asli berkenaan dengan memberi nama kepada anjing-anjing berkenaan, tapi bukan dengan nama PM, apakata dengan namanya pencadangnya iaitu Mr. Bean itu sendiri?

19 June, 2010

BERNAS DAN FELDA KUASAI GANDUM, GULA DAN MINYAK





Dato' Azizan Yaakob, mantan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, ADUN Pulau Tawar melontarkan ideanya dilaman blog beliau. Harap lebih ramai yang dapat membacanya sama ada disini atau terus ke laman blognya;



BERNAS DAN FELDA KUASAI GANDUM, GULA DAN MINYAK

MELAYURAYADAILY- DATO AZIZAN YAAKOB

Sesuatu kepentingan yang mesti ada jika tidak ia mendatangkan mudharat kepada manusia adalah makanan, pakaian, tempat tinggal, keselamatan jiwa adalah komponen maslahah dharuriyah dalam islam. Makanan tidak semua asasi atau mutlak melainkan terkelas kepada barangan tertentu seperti beras, gandum, gula, minyak, susu (kanak-kanak) dan lain-lain.

Atas dasar ke asasian itu, pemerintah yang adil untuk semua sesebuah negara mengawal supaya jangan ada pihak yang mengambil kesempatan menghalalkan cara terus ia dilesenkan. Harga dikawal pada minimum. Jika tinggi pemerintah memberi subsidi supaya miskin kaya dapat hidup. Perakus keuntungan tidak sewenang-wenangnya menaikan harga. Walau pun simiskin makan sedikit, sikaya makan banyak atau pengilang membaham karong tetapi subsidi terus terkandung kerana akhirnya pengilang (IKS) akan sampai kepasaran semula dengan harga agak murah. Ini adalah pusingan biasa. Adakah tidak adil pemerintah mengawal?.

Bagaimana pun sejak dari post kemerdekaan rakyat sering di ancam, diugut oleh pengedar yang 'besar kepala'. Mereka sorok, seleweng, dan ugut pemerintah agar mereka diberi kebebasan. Musim-musim perayaan melayu-islam mereka meragam. Politik tidak setabil mereka mengancam. Kadang gula disorok ada muslihat dan mesej tertentu " kononnya zaman ini kurang manis" kepada mereka yang faham bahasa gula.

Orang yang lama hidup sudah masak dengan trick basi ini. Ada sahaja signal mereka. Bukan jalan raya sahaja ada signal. Dalam masyarakat plural pun ada signal. Satu ketika dahulu beras adalah makanan asasi selalu disorok. Musim perayaan orang cina jika tidak bersedia lebih awal, paling awal seminggu kedai tutup, menangislah anak kelaparan. Tetapi setelah BERNAS memonopoli beras gejala ini tidak pernah berlaku lagi.

Kita sudah bosan isu ini meniti sepanjang zaman. Tidak pernah ke Pemerintah terfikir untuk kunyah dan telan tompok hitam ini sekali gus sahaja ?. Mengapa kita suka meletak muka kita kelantai untuk tunduk kepada segelintir mereka ini. Tidak terfikirkah kita untuk berikan kuasa gergasi edaran gandum kepada BERNAS kerana pengalaman berasnya. Felda sebagai pengeluar minyak sawit terbesar mengapa kita tidak terfikir supaya Felda terus mengedar minyak. Begitu juga gula berikan sahaja kepada Felda kerana mereka mempunyai networking serta capital yang cukup jika sukar untuk mengujudkan ejensi baru ?. Paling malas berfikir, setidak-tidaknya wujud peluang pekerjaan baru mengerumuni sektor.

Mereka selalu kata bahawa pegawai-pegawai dan menteri-menteri melayu otak yang amat serdahana kurang intelektual, serta tidak boleh berfikir diluar kotak biasa, tidak genius maka tunjukkanlah selama ini kita bukan lembab tapi kita bagi peluang. Cukuplah saban hari, saban tahun diugut dengan gula, tepung, minyak. Bila Ismail Sabri cakap sekali sahaja bagi tahu mereka barangan kawalan itu akan diberi kepada stesen minyak lesen untuk mengedar, terus batang mereka masuk dalam telur. Tetapi jangan lupa, mereka habis disitu?. Tidak. Tidak samasekali. Oleh itu,ministry bertanggung jawab wajar fikir untuk selesai perkara yang berulang kali, mesti pukul rapat-rapat sekali sahaja. Mengapa harus pusing untuk selesai banyak kali? Works smart. Peduli apa?.

MENANGANI KAUM CINA MALAYSIA

Kaum Cina yang datang ke Tanah Melayu sebagai
buruh lombong yang dibawa masuk oleh British


Pelbagai kerenah yang kita lihat bilamana kerajaan kita cuba mengambil hati kaum Cina. Meereka hendak itu dan ini, mendesak untuk diberikan itu dan ini dengan alasan begitu dan begini. Namun apabila kehendak mereka dituruti mereka masih juga tidak menunjukkan sokongan kepada kerajaan.

Mungkin kerana mereka sedar bahawa mereka diperlukan dan sangat dihargai kerana itu mereka bersikap jual mahal. Memang bukan senang melayani kehendak kaum Cina ini, namun kita berharap kerajaan akan gunakan pendekatan tegas dan keras dalam menangani mereka ini. Pengalaman sudah jelas menunjukkan bahawa kaum ini memang sukar untuk dilayani kehendaknya.

Terlalu banyak pendapat yang membincangkan tentang perilaku dan permasalahan menangani kaum ini di Malaysia namun jika kita bertindak dengan tegas seperti di negara-negara lain mungkin mereka akan mampu menuruti kehendak dan peraturan yang kita tetapkan.

Sila baca pandangan seorang sahabat saya mengenai kaum Cina ini, mengenai satu pendapat menyatakan bahawa Melayub bukanlah satu bangsa dan postingnya menyanggah dengan menyatakan bahawa kaum Cina pun bukannya satu bangsa juga;


WEDNESDAY, JUNE 16, 2010

Cina Juga Bukan Bangsa.

Nanti dulu, kaum Cina jangan mengamuk, baca sampai habis dulu. Ini bukan posting untuk retaliate artikel Micheal Chik(en) dalam Malaysia Today, The origin of Malay. Dalam artikel berkenaan, Chick(en) mendakwa Melayu bukan satu bangsa langsung.

Pada 25 May 2009, saya menulis bertajuk 'Pelajaran dari Shih Huang Ti'. Sila baca sini.

Saya ulangi lagi sekali, Shih Huang Ti atau maknanya Maharaja Pertama dari negeri Chin. Ketika itu Tanah Besar yang kita kenali dengan nama China sekarang ini mempunyai enam negeri. Setiap negeri merdeka, mempunyai kerajaan sendiri, bahasa sendiri, adat resam, budaya sendiri dan bahasa sendiri.

Enam negeri itu adalah Chin, Han, Zhao, Wei, Chu dan Yan. Mereka tidak pernah menganggap mereka bangsa China.Seperti yang saya tulis dalam artikel berkenaan, Shih Huang Ti telah menakluk semua kelima-lima negeri yang lain dan mewajibkan mereka bertutur dalam satu bahasa iaitu Mandarin. Shih Huang Ti hidup antara tahun 259BC hingga 210BC.

Ini bermakna sejarah China bermula 200 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa yang kita jadikan kalendar gregorian sekarang ini. Selepas kejayaan Shih Huang Ti menyatukan Tanah Besar dalam kekuasaan dinasti Chin, barulah seluruh Tanah Besar itu dinamakan China, semperna nama dinasti Shih Huang Ti iaitu Chin Dynasty(jika dirumikan kadang-kadang dieja Qin).

Kesimpulan di sini, bangsa China juga asalnya bukan bangsa. Asalnya mereka adalah etnik-etnik kecil yang di satukan oleh satu budaya dan satu bahasa. Lama kelamaan ini memberi identiti atau jatidiri kepada bangsa mereka dan kemana mereka pergi, mereka membawa budaya Tanah Besar China walaupun mereka mempunyai dialek dan sub etnik seperti Kantonis, Hakka, Hokkien dan sebagainya.

Jika kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh ingin mewujudkan 1Malaysia, belajarlah dari Shih Huang Ti. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dalam bidang pendidikan. Hapuskan sekolah jenis kebangsaan dan wujudkan satu sistem pendidikan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu.

Memang akan wujud tentangan tetapi lihatlah Shih Huang Ti dan belajar bagaimana dia 'mengembala'kan kaum China. Beliau menggunakan kekerasan semangat dan tidak undur walaupun menghadapi rintangan. Bukan dengan mengalah dan mengalah.

1Sekolah.1Bahasa. 1Malaysia.



Read more: http://sribuana.blogspot.com/#ixzz0rFw48KTX


18 June, 2010

UMNO SELANGOR DI HENTAM BLOGGER? - PAHANG SENTIASA KUAT DAN SELAMAT

Makan-makan rakan media baru blogger UMB Pahang


Beberapa hari lalu saya menulis mengenai 'trend' terkini dimana blogger-blogger pro kerajaan lebih cenderung untuk menulis dan protes terhadap kerajaan / UMNO. Baca sini dan sini.

Terbaru, laman blog Neutral Daily menulis 'UMNO Selangor di hentam Blogger' Klik sini

Suara Prihatin UMNO Jerantut menyindir rakan media baru Pahang, klik sini

Blogger adalah sebahagian dari rakyat. Walaupun tidak semua pendapat blogger itu benar namun itulah sebahagian dari kebenaran suara akar umbi yang selalu pemimpin kata ingin dengari. Malangnya dasar pemimpin kita adalah mereka hanya ingin mendengar sesuatu yang menggembirakan mereka semata-mata. Mereka hanya ingin didendangkan dengan lagu yang mereka gemari dan akan menutup telinga pada lagu yang bukan mereka minati. Dalam kata lain pemimpin juga bukan terlalu telus, malahan kebanyakan darinya adalah 'bolos' dan 'lobos'.

UMNO masih mengamal dasar yang sama juga, iaitu dasar pengasingan. Mana-mana yang bernada tidak sehaluan dengan mereka akan mereka cap sebagai' disebelah sana' dan tidak akan dipedulikan. Mana-mana yang bersuara menentang akan dipancas untuk pastikan mereka tetap gagah, mungkin mereka gagah seketika namun bila terpaksa berhadapan dengan ramai maka mereka akan kalah kerana jumlah mereka semakin mengecil. Ini yang selalu terjadi dalam UMNO dimana-mana sekali pun.

Apakah UMB Pahang mengamal dasar yang sama dalam melayan blogger di Pahang? Mungkin pemimpin masih belum benar-benar faham mengenai peranan media sosial terutamanya blog dan facebook terhadap masyarakat masa kini. Mungkin mereka memandang remeh keupayaan blogger dan pengamal media sosial yang lainnya, cuma apabila Pahang dikalahkan oleh pembangkang seperti di Selangor dan Perak nanti barulah mereka benar-benar faham, gamaknya lah!

Saya tidak melihat ada usaha secara bersungguh-sungguh untuk 'memonitorkan' pengamal media sosial di Pahang selama ini dan saya juga masih belum melihat impak dari peranan UMB Pahang itu sendiri. Mungkin, selepas PRU13 nanti apabila Pahang seperti Perak, apabila kita lebih insaf dan sedar diri bahawa kuasa rakyat mengatasi segalanya dalam PRU nanti.


MELAYU MESTI BERSATU



Jika Pas dan UMNO sedar bahawa mereka semakin terhimpit ke dinding
Jika Melayu sedar perpecahan Melayu semakin melemahkan bangsa sendiri
Jika Melayu sedar akhirnya Melayu hanya akan jadi seperti Lebai Malang bahawa yang itu tidak dapat dan yang ini tidak merasa
Jika Melayu sedar akhirnya Melayu akan menjadi seperti Pak Kadok, ayam menang kampong tergadai, parti menang dan menguasai tetapi Melayu dikuasai bangsa lain....



Artikel ini diambil dari blog Negarawan Tun Dr Mahathir, :

1. Melayu menentang Malayan Union kerana rancangan British ini akan memberi hak kepada sesiapa sahaja menjadi rakyatnya.

2. Melayu pada masa itu takut jumlah rakyat bukan Melayu yang rata-rata lebih kaya dan lebih terpelajar akan menguasai bukan sahaja ekonomi tetapi juga politik Malayan Union. Dengan ini akan terlucutlah kuasa Melayu ke atas negeri-negeri Melayu.

3. Sebab itu apabila mereka tewaskan Malayan Union, persekutuan yang menggantinya secara rasmi dinamakan Pesekutuan Tanah Melayu. Dalam Persekutuan ini 80 peratus lebih rakyatnya terdiri daripada orang Melayu. Kelebihan yang tinggi ini meyakinkan mereka yang nasib mereka akan ditentukan oleh mereka.

4. Dalam Pilihanraya 1955 mereka bersedia untuk memberi kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya Melayu kepada calon kaum-kaum lain daripada parti-parti rakan dalam Perikatan. Dengan undi yang ada pada mereka, mereka tentukan calon-calon bukan Melayu ini mendapat kemenangan. Tujuan korban ini ialah untuk meyakinkan penjajah British yang orang Melayu tidak akan menindas kaum lain apabila berkuasa.

5. Dengan ini British pun memberi kemerdekaan pada tahun 1957, iaitu hanya dua tahun selepas korban yang dibuat oleh orang Melayu.

6. Atas tuntutan Sir Tan Cheng Lok supaya ditambah rakyat bukan Melayu, Kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman bersetuju untuk mengurangkan peratusan rakyat Melayu daripada 80 peratus kepada 60 peratus dengan memberi kerakyatan tanpa syarat kepada penduduk bukan Melayu. Satu kontrak sosial dibuat supaya pengurangan ini diimbangkan dengan agihan kekayaan yang lebih saksama kepada orang Melayu. Bagaimana ini hendak dicapai tidak pula dijelaskan.

7. Pemimpin Melayu berpendapat dengan 60 peratus daripada warga negara terdiri daripada Melayu, mereka masih menjadi majoriti dan masa depan mereka terjamin. Angka ini tidak banyak berubah apabila terbentuknya Malaysia.

8. Dalam sistem demokrasi memanglah majoriti akan berkuasa. Tetapi yang tidak diambilkira oleh kepimpinan Melayu ialah Melayu akan berpecah dan bermusuh sesama sendiri. Apabila ini berlaku kelebihan jumlah mereka tidak lagi akan menjadi mereka kaum majoriti dalam negara.

9. Perpecahan bermula apabila ulama-ulama UMNO memisahkan diri mereka untuk menubuh Parti PMIP (Pan-Malayan Islamic Party). Pada mulanya PMIP tidak berjaya menghakiskan sokongan kepada pertubuhan utama orang melayu iaitu UMNO.

10. Kemudian kerana rebutan kepimpinan dalam UMNO, parti serpihan Semangat 46 ditubuh.

11. Walaupun Semangat 46 dibubar dan diserap semula kedalam UMNO tetapi ramai yang tidak dapat terima percantuman semula ini. Dengan itu sedikit sebanyak UMNO Kehilangan penyokong.

12. Kemudian Timbalan Presiden UMNO terpaksa disingkir daripada UMNO dan ianya berjaya dengan cara-cara tertentu mengheret keluar ahli UMNO untuk menyertai satu lagi parti Melayu. Perbuatan ini berjaya membahagikan orang Melayu kepada tiga buah parti, iaitu UMNO, PAS dan PKR.

13. Dengan adanya tiga buah parti, orang Melayu yang dahulu menjadi majoriti warga negara dengan jumlah 60 peratus daripada seluruh rakyat Malaysia sudah berpecah dan terbahagi kepada tiga kumpulan. Tidak ada satu pun daripada kumpulan ini yang disokong oleh majoriti rakyat. Ketiga-tiga mendapat sokongan tidak lebih daripada 30 peratus rakyat negara. Dengan perkataan lain orang Melayu sudah jadi puak minoriti dalam negara.

14. Sebagai puak minoriti mereka tidak mungkin lagi menjadi kuasa utama dalam parti-parti campuran yang disertai oleh mereka.

15. Mungkin mereka diletak sebagai pemimpin tertinggi dalam Kerajaan-Kerajaan Pusat dan Negeri. Tetapi mereka terpaksa mengikut telunjuk rakan-rakan mereka.

16. Kita lihat di Perak umpamanya apabila Kerajaan yang diketuai oleh Melayu dijatuhkan, kaum tertentu menganggap bahawa sebuah Kerajaan milik kaum itu yang dijatuhkan.

17. Mungkin di peringkat pusat juga akan ada ketua kepimpinan yang terdiri daripada Melayu tetapi duduk dibawah telunjuk orang lain.

18. Dengan ini besar kemungkinan Melayu secara sebenar sudah menjadi puak minoriti yang tidak berkuasa di negara sendiri. Kalau mereka berpendapat mereka akan diberi layanan yang baik apabila sudah tidak sebenar berkuasa, lihatlah sahaja nasib kaum mereka yang sudah menjadi kaum minoriti di negara jiran.

19. Masa sudah tiba untuk orang Melayu memikir dengan mendalam akan nasib masa depan mereka. Bersatu teguh, bercerai roboh. Pilihlah yang mana satu.

20. Saya akan dituduh "chanuvinist" dan "racist" kerana menyuarakan pendapat saya ini. Saya sanggup dilabel dengan apa sahaja label. Niat saya ialah untuk memperingati kita semua sebelum nasi jadi bubur. Berpecah dan berebutlah. Akhirnya yang dikendong akan berciciran dan yang dikejar tidak tercapai.

17 June, 2010

BERITA PANAS DARI TEMERLOH - NORZA BEBAS TUDUHAN

Kalau di Bentong kita jumpa taik tengah jalan,
semua orang tau itu siapa yang punya


Bernama melaporkan hari ini begini;

TEMERLOH, 17 Jun (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis melepas dan membebaskan bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, daripada tuduhan rasuah.

Hakim Azuar Che Yusof membuat keputusan itu setelah Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Abdul Razak Musa menyatakan pihaknya tidak akan mengemukakan keterangan lanjut selepas saksi-saksi yang dikemukakan sebelum ini berpaling tadah.

Terdahulu, Abdul Razak berhujah pihak pendakwaan sentiasa berharap saksi-saksi bercakap benar bagi menegakkan keadilan.

"Tanpa keterangan yang boleh dipercayai, usaha untuk menghapuskan rasuah dan penyelewengan tidak akan berjaya," katanya.

Peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Halimi kemudian memohon mahkamah menggunakan budi bicara untuk melepas dan membebaskan tertuduh mengikut Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah.

Katanya, pihak pendakwaan juga telahpun diberi peluang memanggil 18 saksi sepanjang perbicaraan itu yang sudah memakan masa lama.

Mahkamah kemudian menerima hujah itu.
Selanjutnya baca disini


Komen House PK diblognya pula begini;

Blog ini pernah menyiarkan kisah Norza tidak berapa lama dulu, klik sini dan sini

Ini bermakna Norza telah dianiaya? Adakah benar-benar dia tidak bersalah? Betullah KJ and the gang yang telah kenakan dia dulu, kalau betul dia bersalah takkan la SPRM lepaskan dia, betul tak? Tetapi Bro Rocky ada pandangan dia yang tersendiri,
sila klik sini

Apa pendapat korang ya pasal isu ini, yang aku tau, hari ini KJ pasti akan bersedih kerana mangsa yang cuba dikenakan oleh dia telah lepas bebas, persoalannya sekarang, bilamana Norza dah lepas bebas, adakah UMNO akan menerima dia kembali?


BH nk beri komen begini:

1. Memang UMNO dah berubah...keh keh keh

2. Bukan salah Mahkamah tidak dapat menjatuhkan hukuman dengan adil tetapi kerana SPRM gagal mengemukakan saksi, bukan juga salah SPRM gagal kemukakan saksi, tetapi kerana saksi enggan beri keterangan, bukan salah saksi kerana gagal memberi keterangan tetapi kerana rasuah ini sudah jadi darah dan daging UMNO yang membusuk hingga ke usus.

3 Bukan ini saja contoh UMNO telah berubah, banyak lagi...kita akan singkap khususnya mengenai Pahang bila waktunya tiba kelak.

4.Kes ini ibarat UMNO menutupi najisnya yang berciciran ditengah jalan dengan sehelai daun, mungkin najis dapat dilindungi dari penglihatan tetap baunya tetap tidak dapat dihilangkan.

HANGAT: ANWAR IBRAHIM TIDAK BERSALAH!




Satu posting hangat dan terkini dari blog Paneh Miang 'Anwar Ibrahim tidak bersalah. Sila baca sepenuhnya atau ke laman blog berkenaan.

Nampaknya begitulah, Nik Aziz yang taksub kepada Anu arr tidak percaya Anu arr bersalah bahkan percaya bahawa Anu arr tidak bersalah. Alangkah mudahnya bila hukum dunia dan hukum akhirat ditangan kita, syurga dan neraka juga ditangan kita.



Thursday, June 17, 2010

ANWAR IBRAHIM TAK BERSALAH

Kebelakangan ini banyak drama-drama swasta Melayu yang mengisahkan kehidupan sutun @ nox @ nyah. Betapa mereka tidak diminta untuk dilahirkan sebagai 'nox' dan masyarakat kononnya bersalah kerana memulaukan mereka. Lantaran pemulauan ini, mereka terpaksa memilih jalan sesat demi tuntutan 'survival'. Menjadi penari di kelab-kelab dangdut atau pelacur yang menjual b****t untuk hidangan nafsu lelaki-lelaki rakus, dilihat sebagai pilihan terbaik untuk kelangsungan hidup kononnya.

Senario ini tidak seharusnya dipandang enteng oleh ahli masyarakat. Juga tidak sewajarnya dilihat sebagai fenomena yang tidak dapat dielakkan berlaku kerana kita kini berada di akhir zaman. Ia merupakan masalah sosial yang memerlukan perhatian serius ramai pihak, daripada rakyat biasa sehinggalah ke peringkat pemimpin kerana permasalahan ini jika dibiarkan merebak, implikasinya cukup bahaya.

Masalah gay, sutun, nox atau nyah ini pasti merugikan keupayaan modal insan kaum lelaki yang berhati waja, gagah serta berkarisma. Malah ia akan memberi kesan terhadap peningkatan jumlah populasi, keseimbangan komuniti sosial keluarga, penurunan jumlah tenaga buruh kasar, serta kesan yang lebih tragis jika gejala ini tidak dibenteras secara besar-besaran ialah, ia mungkin menggembirakan Bro Anwar Bin Ibrahim kerana kita telah memberinya banyak 'pilihan', walhal dialah satu-satunya harapan para penyokong PKR, Pakatan Pembangkang & Nik Ajiz untuk jadi Perdana Menteri. Sudah pasti perkara ini turut menyesakkan fikiran penyokong fanatik PAS yang sangat Islamik dan tidak mungkin akan berkompromi dengan spesis kaum nabi Luth yang dilaknat.

Buat Nik Ajiz yang benar-benar percaya bahawa Bro Anwar Bin Ibrahim adalah insan yang bermoral, berilah panduan kepada beliau untuk bermubahalah dengan cara yang difikirkan betul oleh ulama' politik Pas. Jangan berterusan membiarkan pemuja Anwar tertanya-tanya dan hidup dalam ketidakpastian terhadap Anwar selagi dia tidak bermubahalah menafikan dia meliwat. Hapuskanlah keraguan di hati fanatik Bro Anwar Bin Ibrahim wahai Pok Nik. Jika Pok Nik tidak mampu memaksa Bro Anwar Bin Ibrahim bermubahalah, sekurang-kurangnya ulama' politik Pas jadilah ma'mum dalam solat yang diimamkan oleh Anwar sendiri. Ada bran ulama' politik Pas untuk ambil risiko bersolat berimamkan orang yang tak sah mandi junub?


MENGANJAK SEMANGAT GENERASI KE-2 BLOGGER PAHANG

Terima kasih kepada 'Lepak Dulu' kerana menjadi follower ke 300 blog 'Beranikan Hati' Anda sememangnya berani kerana saya sudah menunggu beberapa ketika untuk yang 300 ini.



Ini baru dinamakan perjuangan..yang tak takut mati.....



Hah! Kawan dengor UMB Pahang buat perjumpaan di rumah MB Pahang. Kalau ye kata deme tu, maka ye lah dan ini kali ke-2 perjumpaan begini.

Perjumpaan pertama tahun lepas (?), kawan ada dijemput, tapi tahun ni dok doh...lupelah gamoknya tu. (jangan bersangka buruk)

Mudah-mudahan kawan bukan sengaja dipinggirkan, biark kira bersangka baik. Bagaimanapun hanya 'Johari yang mengenal Maniam', hanya mereka lah yang tahu apa dalam hati mereka itu. Andaikan mereka sengaja maka benarlah bahawa sikap UMNO tidak pernah berubah, mereka akan singkirkan siapa saja yang tidak sehaluan atau berlainan pendapat dan akhirnya UMNO jadi semakin mengecil dan akan kalah dalam PRU13 nanti.

Walau apapun moleklah kalau orang dah sedor apa yang kawan kata-kata selama ini. Kalau sebab tulisan diblog kawan ni buatkan deme sedor bagus sangatlah. Kalau deme sedor sendiri pun bagus juga, yang penting deme tu sedor bahawa 'media sosial' (jangan panggil media baru sebab nanti lama-lama akan jadi buruk juga) memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat zaman ini.

Dulu kawan adalah beri cadangan itu dan ini begitu begini, tapi mende kita orang kecik cadangan kita tak didengor lah dek orang, paling baik pun orang angkat idea kita tapi tukar bin jadikan idea dema pulok, mende dema orang berkuasa.

Tak apa lah, apa-apa pun baguslah asal deme tu 'ndak berubah. Mungkin kawan ni doh jauh sangat dah. Sama ada kawan tinggal ke deme atau dema yang tinggalkan kawan tak tau lah mana satu, macamana pun yang penting kita terus berjalan kedepan bukan kebelakang. Jangan juga berjalan dalam bulatan kerana akhirnya kita akan sampai ketempat dimana kita bermula dulu, sama juga maknanya dengan megundur ke belakang.

Kepada blogger-blogger Pahang generasi pertama, kalau tidak di ajok oleh orang tu janganlah kecewa,sabaknya kita menulis (berblog) ni bukan kerana nama.Mungkin orang rasa kita dah tek bertenaga dan tak berguna lagi. Mungkin jugek masa kita sudah berlalu. Lagi satu kenalah ingat bahawa dalam setiap perjuangan itu memerlukan pengorbanan. Sama ade kita berkorban atau kita dikorbankan, tak kisahlah asalkan matlamatnya tercapai.

Klip dibawah ini juga mengenai perjuangan dan semangat perjuangan.





Ini pun dinamakan perjuangan, kalau tidak mampu dengan tangan
tentanglah biar hanya dengan mulut


bh ~ Kepada para pejuang, Selamat Berjuang dan kepada para pembacul,
bersembunyilah dibelakang kawan-kawan yang tabah dan berani berjuang!




16 June, 2010

UMNO LUPA PERJUANGKAN BANGSA MELAYU?







Petikan dari sebuah blog baru - Unit Media Baru Jerantut. Baca posting penuh dibawah atau klik sini


UMNO SEMAKIN LUPA PERJUANGKAN BANGSA MELAYU?

Tuesday, June 15, 2010 · 0 comments

Entah dimana silapnya sehingga UMNO pusat juga lupa untuk perjuangkan kepentingan bangsa Melayu dalam RMK10. Apakah kerana terlalu ghairah untuk menarik hati kaum Cina sehingga bangsa Melayu dipinggirkan?

Dalam konvensyen UMNO Pahang tidak lama dulu perkara sama tidak juga dibawa dalam agendanya. Nyatalah pemimpin-pemimpin Melayu hanya jadikan perjuangan Melayu sebagai satu retorik semata-mata. Klik ke blog satu nota.

Nampaknya kita terpaksa terhutang budi kepada Perkasa yang memperjuangkan apa yang pemimpin-pemimpin UMNO telah lupa untuk perjuangkannya. Mungkin benar bahawa UMNO telah terlalu lama memerintah dan semakin uzur.

Masih adakah UMNO selepas PRU13 nanti?



PERKASA ingin merakamkan rasa terharu atas prihatin YAB Perdana Menteri mendengar hasrat orang Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak didalam meletakkan agenda pembangunan bumiputera kedalam RMK10.

Ini jelas dilakukan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi akan diketuai oleh Perdana Menteri sendiri untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan bumiputera. Majlis ini akan dianggotai beberapa menteri kabinet, pegawai kanan kerajaan serta pihak swasta dan. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, akan menjadi urusetia kepada majlis ini, manakala Unit Pengurusan Projek, Kementerian Kewangan akan memantau program yang berkaitan untuk memastikan pelaksanaan yang efisien dan efektif.

Sesungguhya penubuhan majlis peringkat tertinggi akan dapat mengubat rasa kecewa Melayu dan bumiputra Sabah/Sarawak terhadap pembuburan MECD dahulu. YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jelas sangat prihatin akan hal ini dan PERKASA merakam ucapan terima kasih. Selain daripada itu MPM juga mengalu-alukan sasaran 30% penyertaan Bumiputra kekal bagi semua sektor sratejik dan sektor baru

PERKASA mengalu-alukan inisiatif pertama iaitu untuk meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera melalui penginstitusian melalui program ekuiti swasta dalam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Tabung Haji akan diperbaharui, diperkukuh dan diperluas bagi menggembleng pelbagai dana dalam usaha memperluas pemilikan dan kawalan ekuiti bumiputera.

PERKASA mengalu-alukan inisiatif kedua untuk mempertingkatkan pemilikan hartanah bumiputera dengan penubuhan Tabung Pelaburan Amanah Hartanah yang bertujuan untuk mengurangkan kekangan kepada bumiputera untuk melabur dalam sektor hartanah komersial dan industri, serta mendapat faedah daripada peningkatan nilai hartanah

PERKASA mengalu-alukankan inisiatif ketiga iaitu menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan bumiputera. PERKASA mengalukan peruntukan kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sebanyak RM3 bilion dan RM1.5 bilion untuk kemudahan pembiayaan.

PERKASA mengalu-alukankan inisiatif keempat iaitu membangunkan guna tenaga profesional bumiputera secara lebih tuntas.

Walaupun semua tuntutan PERKASA tidak dipenuhi namun PERKASA sangat berpuas hati. YAB Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengambil kira resolusi-resolusi kongres dan PERKASA menyeru orang Melayu supaya terus memberi memberi sokongan yang tidak membelah bagi kepada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam usaha menjayakan agenda pembangunan bumiputera kedalam RMK10


BILA BLOGGER MENIKAM EKOR SENDIRI




Saya sudah terlalu kecewa. Masa yang diberikan sudah terlalu panjang tetapi masih belum ada jalan keluar.

Kita sedar bahawa peranan media sosial sangat penting dan memberikan impak yang besar dalam maysarakat masa kini. PRU12 lalu BN telah hampir tertiarap diasak ke dinding oleh pembangkang dengan bantuan blogger mereka. Tun Abdullah juga terpaksa akur untuk melepaskan jawatannya atas desakan berterusan para blogger.

Seharusnya semua pihak terutama UMNO negeri-negeri dan bahagian memperkuat jentera penerangan mereka dengan: 1) Membina blog-blog penerangan UMNO bagi menyampaikan segala maklumat mengenai aktiviti-aktiviti UMNO semasa supaya rakyat sedar bahawa UMNO sedang dan akan lekukan sesuatu untuk berubah dan memberikan kebaikan kepada rakyat, 2) UMNO negeri dan bahagian seharusnya berusaha menghimpun segala blogger-blogger pro kerajaan dan sentiasa berkerjasama dengan mereka dalam memberikan maklumat tentang apa yang kerajaan lakukan dan kearah mana kerajaan hendak mereka menjurus.

Benar bahawa di Pahang kita sudah ada blog Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, tapi mampukan perjuangan ini dilakukan sendirian? Berapa ramaikan pembaca yang mampu ditarik untuk membaca blog tersebut? Sampaikan masej yang UMNO negeri hendak sampai kepada pembaca?

Jika UMB lebih waras, sudah tentu golongan blogger pahang generasi pertama dulu dijemput sama dalam setiap program yang diadakan dan membentuk satu pasukan yang lebih mantap, jangan kita sempitkan fikiran kita hanya semata-mata untuk membesarkan hati sendiri.

Saya sudah jauh kehadapan dan susah untuk saya berpatah balik.

Bagaimanapun sila baca dibawah ini apa yang blogger lain kata mengenai pemimpin dan UMNO yang masih besar hati dan diri serta enggan berubah. Tapi, bukan hanya dia dan saya serta GAP saja yang lakukan begini, masih banyak lagi yang lain dengan nada serupa....salahkah kami? atau salah kami kah?




Satu Hala sendiri pun tidak salahkan mereka kerana memang ada segelintir mangkuk ayun terutama dalam UMNO yang tak faham-faham isyarat pilihan raya umum ke -12 lalu iaitu rakyat sudah celik dan faham bahawa kerajaan boleh diubah jika para pemimpin kerajaan tidak berubah.

Jenuh sudah para bloggers menegur tetapi tak faham-faham jugak.

Masih ada yang kerja lesu dan menjadikan UMNO itu platform untuk kaut kekayaan semata-mata dan bukannya perjuangan untuk rakyat atau masyarakat Melayu.

Penulis lihat secara khususnya marah blogers pro UMNO buat masa ini banyak tertumpu kepada UMNO Selangor tetapi ia juga mencerminkan sikap marah mereka kepada pemimpin UMNO secara umum juga.

Ada bijak pandai yang pernah berkata, kalau berlaku kemalangan, jangan salahkan kereta yang terbabit tetapi salahkan pemandunya.

Kereta adalah benda tidak bernyawa yang dikawal oleh pemandu yang berakal fikiran...

Kalau dilihat dalam konteks politik negara....kalau ada blogers pro UMNO yang marah...penulis harap mereka halakan marah mereka kepada beberapa pemimpin parti yang masih pekak badak dan tak faham bahasa sahaja.

Tetapi UMNO itu sendiri janganlah dipersalahkan.

UMNO itu kereta dan pemimpinya umpama pemandu.

Jadi salahkan pemandu dan bukan kereta.

UMNO itu ada sejarah dan jasa yang amat besar di negara ini. UMNO perlu dipertahankan dalam apa jua keadaan.

Kalau hendak ditegur, maka tegurlah segelintir pemimpinnya itu.

Jangan kerana marahkan sikap pemimpin yang tak mahu berubah, UMNO itu sendiri ditinggalkan....umpama marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

Kita para bloggers yang pro UMNO perlu terus menulis untuk UMNO itu. Falsafah dan sejarah parti itu memerlukan peranan yang aktif dimainkan para bloggers untuk mempertahankanya di era teknologi maklumat ini.

Jika diluar sana tidak ramai yang faham, biarlah di alam siber ini kita berjuang secara suci dan ikhlas.

Dan yang penting, kita pertahankan juga UMNO untuk Datuk Seri Najib Tun Razak, seorang Perdana Menteri yang kita semua tahu berkerja siang dan malam demi kebaijikan rakyat.

Bagi pemimpin yang masih tidak faham bahasa, mereka perlu ditegur secara berterusan. Mereka tidak penting sebenarnya, tetapi imej UMNO yang mereka bawa itu yang amat perlu dipelihara.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...