28 February, 2010

UMB PAHANG TAK MELAPOR CERAMAH DS ANWAR DI JERANTUT

Edisi Sisipan:


Dia tonggeng punggung kepada UMB Pahang




Dalam ceramah kepada peserta kursus UMB di Janda Baik semalam Tuan Husin Lempoyang menyebut bahawa tiada laporan dari blogger Pahang mengenai ceramah oleh DS Anwar Ibrahim pada konvensyen Peneroka Felda di Jerantut.



Sebenarnya saya dan bro bh menghadiri ceramah berkenaan dan membuat catatan mengenainya. Saya ingin menyiarkannya tapi bro bh kata jangan. Sekarang baru saya tau kenapa. Rupanya bro bh ingin melihat para blogger dari UMB Pahang melakukan itu. Sepatutnyalah mereka peka terhadap isu ini namun mereka masih lagi tidur dan bermimpi. Mungkin benar, ketua UMB pahang patut diganti kepada orang yang lebih peka terhadap peranan blogger.



Tambah malang adalah isu ini juga tidak dibincangkan di fb dimana para UMB Pahang banyak berkumpul, jadi apakah mereka masih tidak tau malu mengaku mereka pejuang siber? Kah kah kah! ~ min.sHOGUn

BLOG: AHMAD MASLAN TETAP GOBLOK!

Cetakan 'Gerak Kerja Penerangan UMNO Malaysia'
yang sarat dengan formula yang sukar difahami manusia abad ini, hehe




Beberapa laman blog mengutuk kenyataan Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO yang menyatakan bahawa banyak membaca blog akan jadi goblok.


Bacalah kemarahan para blogger disini:

http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/02/ketua-penerangan-umno-malaysia-goblok.html

http://medan-info-kita.blogspot.com/2010/02/ahmad-maslan-yang-sebenarnya-paling.html

http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/02/tahniah-umno-bahagian-subang-ahmad.html


Bermula dari 27 hingga 29hb Februari diadakan kursus yang berkaitan dengan media sosial oleh penerangan UMNO di Janda Baik. Kursus disertai UMB (Unit Media Baru) UMNO Bahagian-bahagian. Beberapa blogger dijemput dan sudah tentulah blogger ini memuji Ahmad Maslan dan ini kerana mereka dijemput. Andai mereka tidak dijemput mungkin mereka juga akan berkata bahawa Ahmad Maslan masih lagi goblok. Pandai sungguh orang politik membeli hati dan jiwa para blogger. Itu kena tanya Parpukari, Rocky Bru, Sam @ Marahku, Husin Lempoyang dan beberapa lagi.


Saya tidak hadir, tidak dijemput hadir jadi saya tetap bersetuju dengan pendapat dan kenyataan awal sahabat blogger iaitu Ketua Penerangan UMNO itu tetap Goblok. Bukan saja mengenai kecetekkan pengetahuannya tentang blog dan media sosial lainnya, tetapi juga sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia.


Pernah lihat dan baca cetakkan yang bertajuk ‘ Gerak Kerja Penerangan UMNO Malaysia’? Cetakkan setebal 20 halaman ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau adalah seorang Ketua Penerangan UMNO yang baik dan berkesan, tetapi bukan untuk abad ini, tetapi untuk masa lampau sekitar tahun 50an.


Membaca cetakkan berkenaan membuatkan saya berfikir siapakah yang akan membaca cetakkan ini dan apakah ini tahap pemikiran ahli-ahli UMNO pada abad ini? Saya catatkan sepenuhnya muka surat-muka surat berkenaan dibawah ini;


Muka surat 4


POLITIK

JUGA DISEBUT SEBAGAI:

P - Pujuk

O – Orang

L – Lantas

I – Ingin

T –Terus

I – Ikut

K –Kita

UMNO

BOLEH JUGA DIMAKSUDKAN SEBAGAI:

U – Untuk

M – Membela

N – Nasib

O – Orang


Muka surat 5


BN

JUGA BOLEH DIKENALI SEBAGAI:

B – Bela

N – Nusa

Atau

B – Bina

N – Negara

PERJUANGAN

KITA ADALAH DEMI:

Alif – Agama

Ba – Bangsa

Ta – Tanahair


Muka surat 6


MATLAMAT G-S-T

Matlamat utama:

memastikan kawasan gelap (G)

dipulihkan menjadi samar (S)

& diperkasakan menjadi terang (T)


~ ~ ~


NILAI 4 S

Empat nilai yang mesti ada

bagi melaksanakan misi

Ialah:

1) Semangat yang tinggi

2) Secara sungguh-sungguh

3) Secara bersama-sama

4) Secara sistematik


Muka surat 8


SMPPSS

Seluruh jentera penerangan

dikehendaki mengadakan

aktiviti pada waktu:

  • Siang dan malam (SM)
  • Padi dan petang (PP)
  • Subuh dan senja (SS)


KBSMM


Untuk menarik semula sokongan pengundi kepada UMNO dan BN,

Ahli-ahli UMNO mesti lebih kerap

Mendampingi pengundi terutama ketika:

  • Kenduri (K)
  • Bersalin (B)
  • Sakit (S)
  • Melapetaka (M)
  • Kematian (M)

KBSMM inin juga merupakan arahan Presiden UMNO dalam satu

mesyuarat MT di PWTC.


Memanglah beliau seorang yang genius. Formula-formulanya memang akan menarik perhatian ramai dan memang patutlah beliau tidak memerlukan sokongan para blogger sedikitpun, melainkan para blogger-blogger itulah yang datang terhegeh-hegeh pada program di Janda Baik semalam.


Saya teringat sebuah buka bachaan (bermaksud bacaan tetapi menurut ejaan asal) semasa kecil dahulu. Watak dalam buku itu adalah; Ali, Ahmad (Ahmad Maslan agaknya) Aminah, Ramasamy dan Tong Seng.


Teori-teori Ketua Penerangan UMNO ini mengingatkan juga saya kepada sebuah buku lain yang saya masih ingat ayatnya begini: ..Pak Pandir Mak Andir bertanam pisang, tanam pisang, tanam pisang. …Pisang Mak Andir masak dahulu pisang Pak Pandir mati layu…


Patutlah Penerangan UMNO di bahagian-bahagian masih lagi dalam kegelapan. Pengunaan media sosial seperti blog dan fb masih asing lagi dikalangan AJK bahagian sendiri, justru bagaimana dan bila ianya akan sampai ke peringkat akar umbi dan cawangan-cawangan?


Seorang Ketua Wanita UMNO bahagian menyatakan pada saya bahawa dia tidak perlukan blog kerana pengundi-pengundinya tidak menggunakan blog. Saya Cuma nak kata, begitulah juga dengan pengundi pada pilihanraya 12 lalu. Bukan pengundi yang menggunakan blog tetapi anak-anak mereka yang belajar di IPTA/S yang mendapat maklumat diblog dan mempengaruhi orang tuannya untuk menentukan siapa dan parti apa yang akan diundi. Mungkin pemimpin UMNO ini tidak sedar bahawa impak secara tidak langsung juga mampu pengaruhi pengundi.


Sebenarnya bukan Ahmad Maslan saja yang goblok, banyak Ketua Penerangan Negeri-negeri dan Bahagian-bahagian yang masih lagi goblok. Jika UMNO percaya media sosial mampu membantu memulihkan sokongan rakyat, maka ianya haruslah dilakukan dengan segera. Kerana kita bimbang apabila kita sampai ke stesen, keretapi telahpun berlalu dan meninggalkan kita.


UMNO – bangunlah dari tidur! ~ bRAVEhEART

27 February, 2010

KISAH KPU SATU UMNO BAHAGIAN DI PAHANG

Foto Kenangan:
Antara yang kecundang, yang terbuang dan yang akan disingkirkan



Ini kisah mengenai seorang Ketua Pemuda UMNO di satu Bahagian UMNO di Pahang. Tak tau nak kata macamana. Nak tergelak ada nak menangis pun ada, kerana lucu ada dan sedih pun ada. Begitulah perihal seorang Ketua Pemuda Bahagian yang yang bodoh dan dipilih oleh akarumbi yang bodoh juga. Oooo! Tidak! Akar umbi itu tidak bodoh, mereka bijak kerana memilih berdasarkan apa yang mereka dapat. Kenapa tidak mereka memilih orang ini kerana mereka mendapat duit kerana membuat pilihan itu. Tidakkah ini satu pillihan yang bijak? UMNO yang busuk sampai ke usus!


Kisah ini berlaku semasa acara resmi Konvensyen Wanita UMNO Malaysia di PWTC tak lama dulu. Kalau nak tau lebih banyak kenalah tanya Ketua Perhubungan Wanita UMNO Pahang YBhg. Dato' Rosni Haji Zahari, atau Ketua-ketua Wanita Bahagian-bahagian serta mereka-mereka yang mewakili bahagian masing-masing, khususnya yang datang dari negeri Pahang.


Ceritanya lebih kurang begini:

........... Arkian maka selain itu sudah tentulah mami Ketua Wanita Umno serta barisan jawatankuasanya akan duduk juga dihadapan dipentas berkenaan. Maka selain dari itu sudah tentulah segala Ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno akan didudukan bersama-sama dihadapan itu.

Namun syahdan terkejut beruklah semua hadirin apabila diantara yang duduk dihadapan diatas pentas itu adalah si Ketua Pemuda ini yang bukannya Ahli Majlis Tertinggi dan bukan jugalah Jawatankuasa Wanita Umno kerana dianya adalah seorang Ketua Pemuda. Maka tidak tahulah akan sahaya sekiranya dia telah menukar jantinanya serta menjadi ahli Pergerakan Wanita pula.

Adapun kerana majlis ini adalah majlis resmi, maka diusirlah oleh orang akan Ketua Pemuda itu, namun tidak juga ia mahu berganjak, maka orang yang mengusir itu pun patahlah hatinya. Maka dibiarkanlah oleh orang akan dia itu duduk disitu.

(Boleh juga baca terus disini)

kita nak kata apa? ~ min.sHOGUn


MASA UNTUK LAKUKAN SEKALI LAGI

Kasihan UMNO kerana pemimpinnya yang tidak pernah ingin berubah dan sentiasa merasakan mereka selalu betul walaupun mereka sedar bahawa PRU13 adalah pengakhir buat mereka



Kata bh; kita dah berehat sangat lama. Kita dan berikan banyak masa pada mereka. Kita dah cuba jumpa mereka dan mencari penyelesaian tetapi masih tidak ada perkembangan. Mereka tidak mahu penyelesaian! Mereka hanya mahu kemenangan dan kita mesti mengalah kepada mereka.

Abang bh kata; selepas ini kita akan melawan semula. Musuh dan sasaran kita bukan kecil anak. Mereka orang besar, cuma kelebihan kita adalah mereka ini cacat - mereka ini pekak, buta dan bisu. Mereka ini juga bodoh...bodoh sombong. Mereka fikir kita akan mengalah? Mereka fikir kita akan takut? Yang kita lawan bukan kerajaan, bukan parti tetapi individu yang masih belum sedar diri.

Saya memang dah lama teruja untuk menulis semula tetapi terpaksa menunggu isyarat yang diberikan. Isnin depan adalah hari yang baik untuk melakukannya

Salam Perjuangan! ~ min.sHOGUn

19 February, 2010

KONVENSYEN UMNO - TAK PEDULI PAHANG LAGI



PM 1 Malayisa


Selamat ber-konvesyen kepada semua peserta konvensyen Umno Pahang. Selamat datang dan merasmikan konvesyen kepada Dato’ Seri Najib. Namun selalu-selalu ingatkan diri bahawa nanti Dato’ akan dikelilingi dan disambut dengan segala yang manis, yang cantik, yang elok. Segala yang buruk akan disembunyikan, segala yang tak baik akan ditutupi dengan segala macam hipokrasi.

Dato’ juga mesti ingat,bahawa antara yang senyum diwajahnya menyambut Dato’ itu antaranya ada yang masam mencuka didalam hatinya. Antara yang runcing diluar itu ada yang pepat didalamnya. Antara yang menyokong diluarnya ada antaranya yang mendendami didalam hatinya. Dalam segalanya, Dato’ harus melihat didalam ada yang baik itu sentiasa ada yang buruk. Diantara yang jujur itu sentiasa ada yang berpura-pura.



-----------------------------------



Akhirnya saya memutuskan untuk tidak menyertainya dan mengeraskan hati atas nama menghormati prinsip diri sendiri. Walaupun dalam hati terasa sangat ingin untuk membuat bakti terakhir. Demikian rajuknya bila kita tidak dikenali.


Saya imbas kembali kenangan dari perkembangan media sosial negeri Pahang ini dan penglibatan saya dalam penulisan blog.;


Selepas kerajaan tertampar dalam PRU13 lalu yang antaranya kerana peranan penulis-penulis blog maka saya mula menulis blog. Sendirian tanpa adanya bantuan dan kawan-kawan. Bertatih dan melangkah satu demi satu. BPN mempelawa untuk bergabung namun saya menolak memandangkan umur sudah melewati usia wajar untuk bergiat dalam alam siber ini, tetapi saya terus didesak. Dilantik sebagai exco negeri Pahang kerana ketika itu mungkin anggota BPN tiada yang menyerlah dari negeri Pahang.


Apabila ada penggilan untuk pertemuan aktivis media baru di kediaman MB, saya gembira dan menyambutnya dengan baik. Perkenalan dengan sahabat-sahabat yang turut berblog dari generasi pertama blogger Pahang membina satu ikatan yang tidak tertulis diatas kertas namun ianya masih tetap kukuh hingga kini. Kebanggaan berbunga dihati bahawa Pahang sedang mendahului negeri lain melangkah dalam alam media siber ini. Sahabat-sahabat blogger negeri lain sentiasa memuji. Saya menanti hari demi hari adanya perkembangan baru namun saya kecewa kerana pihak berkenaan tidak ingin langsung melangkan kehadapan.


Sebelum pertemuan itu lagi saya sudah bergerak kehadapan. Bukan satu blog yang saya miliki tetapi banyak dan dalam masa sama saya menjadi mentor kepada blogger baru tanpa perasaan bangga ataupun riak. Segalanya dilakukan adalah untuk membawa Umno negeri lebih jauh kehadapan.


Selain dari 'Beranikan Hati', saya juga membina blog aggregator ‘ Gabungan Suara Anak Pahang’ bagi memudahkan pemantauan terhadap perkembangan blog-blog baru di Pahang sama ada pro dan penentang Umno. Suara Prihatin Umno Jerantut, BumiYang (yang kini saya serahkan kepada anak didik dari Muar - sepenuhnya), membina dan mementorkan blog Srikandi Melayu (Kuala Lumpur) dan terbaru khusus sebagai sokongan kepada perkasa, Berani Anak Melayu. Saya juga bertanggung jawab membina Perkasa Pahang. (dan masih ada beberapa blog lain lagi yang harus saya sembunyikan) (Saya sudah menyediakan pelapis untuk mengendalikan blog-blog berkenaan). Banyak lagi blogger-blogger baru lain yang saya beri sokongan walaupun saya hanya seorang blogger haprak, itulah sumbangan saya walaupun tidak setara apa yang UMB lakukan. Justru, kepada pihak UMB, jangan pandang saya hina keterlaluan.


Blogger-blogger UMB Pahang, apa yang dah dilakukan selama ini? Mungkin kena ambil masa lama agaknya untuk menghasilkan sesuata yang besar. Ibaratkan ayam yang nak bertelor besar. Cuma jangan terlalu lama meneran telor dan jangan juga sampai terkoyak jubur. Ibarat pepatah; ukur baju dibadan sendiri @ ukur telur dengan jubur sendiri. Ketua UMB ada nak kata apa? Atau pencacai facebooker UMB-nya masih ada tak puas hati?


Saya kecewa bila UMB ditubuhkan di Pahang namun saya dipinggirkan. Kami dari blogger generasi pertama diketepikan kerana mainan politik(?) orang tertentu. Saya kecewa bukan kerana disingkir tetapi kerana saya tidak dapat berbakti kepada perkembangan media sosial di negeri sendiri. Saya bersuara minta diperhatikan namun tidak diendahkan, dan saya terus bersuara lantang kerana saya sayangkan negeri sendiri. Sahabat-sahabat blogger yang biasa dengan saya tentu faham apa yang saya maksudkan dan apa yang saya perjuangkan.


Saya harus hentikan segala impian saya. Saya harus meminggir dan meninggalkan dunia siber ini. Namun tugas terakhir saya adalah membantu Pemuda Umno Jerantut mengendalikan kursus blog. Selepas ini saya akan tentukan arah saya sendiri. Saya tidak akan berharap pada Pahang lagi. Saya tidak akan peduli Pahang lagi.


Saya cuma kesal, siapakah blogger generasi kedua yang dapat diharapkan? Kerana yang banyak adalah sekadar penempel diruang facebook dan berinteraksi sesama sendiri saja. Tujuan sebenar untuk berpropaganda dan mempengaruhi untuk mendapatkan sokongan umum tidak akan berjaya sama sekali. Tunggulah akibatnya di PRU13 nanti, andainya kita tewas, siapa yang akan bertanggungjawab nanti?


Namun saya harap pihat tertentu akan berubah. Membuka mata dan fikiran mereka dan melakukan ini kerana ianya sebagai tanggungjawab bukan ada kepentingan politik mana-mana pihak. Saya akan nokhtahkannya disini. NOKHTAH

Yang beranihati pun lama-lama jadi sakit hati ~ bRAVEhEART


18 February, 2010

DEMO BEROK DAN TAWARAN TEAM BLOGGER RAKYAT


Bijaknya KJ mengambil kesempatan untuk menjadi juara demonstrasi. Banyak pihak termasuk blogger terperangkap dan menjadi beruk yang bertuankan KJ. Mugkin sebahagian dari mereka sudah pun dibeli secara pakej. Hehehe! Yang tak berhati-hati sentiasa akan tertipu.



Maaf! Ruangan ini sepatutnya bagi blogger min.sHOGUn tetapi saya mengambilnya sekurang-kurangnya untuk beberapa hari ini sehingga selesai misi counter attack saya dan dia pulang dari konvesyen nanti.



----------------



Kata Gomo dianggarkan antara 800 - 1000 orang menyertai demonstrasi aman dihadapan kedutaan Australia bagi menghantar memorandum membantah campurtangan 50 Ahli Parlimen Australia dalam urusan kehakiman negara kita yang secara tidak langsung mencemarkan kedaulatan negara kita.


Diberitakan juga banyak pihak yang terlibat termasuklah Perkasa, MIC, Makkal Sakti dan beberapa Ngo serta Pergerakan Pemuda UMNO.


Ada pihak melihat bahawa demo itu memberikan kesempatan kepada KJ untuk menjadi juara sama ada secara langsung atau tidak dan secara sedar atau tidak. Bagaimanapun inilah yang telah berlaku. Mungkin ada pihak yang telah merancangnya sedemikian rupa tanpa disedari oleh peserta demo berkenaan.


Sahabat-sahabat blogger turut juga terlibat sama terbeli samaada secara pakej atau berasingan. Yang nyata adalah mereka yang selama ini selalu menghentam KJ namun pada hari itu terpaksa tunduk seakan mencium tapak kaki KJ. Demikian bijaknya KJ. Demikianlah kehidupan dan putaran rodanya.


Saya cuma nak kata; kemahiran menulis diblog bukan bermakna mahir dalam selok belok dan sepak terajang dalam permainan politik. Adakalanya kita terperangkap dan akhirnya jatuh tertiarap di kaki KJ. Huhu!



Yang ni aku tak tau nak tulis apa sebab keduanya aku kenal
Kah kah kah! terliwat juga setor kunyit parpukari akhirnya, hehe


Rupanya ini dia KJ dan PK (Apakah PK sudah diliwat KJ?) Kahkahkah



---------------



Begini posting PDO semalam, sebahagian darinya saya salinkan seperti dibawah ini:

Para ahli Blogger Pembela Negara harus sedar akan sikap sebenar pemimpin UMNO itu. Maka, apalah guna mereka cuba untuk mengampu dan mempertahankan pemimpin yang langsung tidak mahu memberi perhatian kewujudan mereka di alam siber. Di Pahang misalnya, ada blogger seperti BraveHeart yang dilihat begitu komitmen untuk membantu perjuangan UMNO. Namun, sudah beberapa kali beliau menyatakan perasaan ketidakpuasan hatinya terhadap sikap pemimpin UMNO yang bukan sahaja tidak menjaga kebajikan mereka. Malahan juga langsung tidak memberi ruang serta peka dengan kewujudan mereka di alam siber. Media alternatif dianggap tidak penting dalam arus perjuangan. Walhal mereka sendiri tahu bahawa pengaruh media alternatif terutamanya blog telah menyebabkan UMNO BN kalah dibeberapa buah negeri dalam pilihanraya umum yang lalu. Apakah Pahang akan menjadi negeri seterusnya. Oleh itu, marilah kita bersatu atas nama Perjuangan Rakyat demi keadilan sejagat. Apalah guna perjuangan jika keringat yang dicurah tidak langsung diberi perhatian oleh pemimpin atasan. Kami menghulur tangan untuk kita bersatu di alam siber demi sebuah perjuangan leluhur!


Terima kasih atas tawaran dari pihak sebelah sana. Sepatutnya lah tawaran ini dipertimbangkan dengan wajar bagi mereka yang ada semangat perjuangan didalam diri. Saya tidak memandang sinis pelawaan ini bahkan saya sangat menghargai apabila ada pihak yang dianggap musuh lebih menghormati kita dari pihak yang kita perjuangkan sendiri selama ini.


Blogger Pahang belum kemana-mana lagi dan masih jauh ditinggalkan oleh PDO. Mereka tidak akan mampu saingi PDO dan saya berkata jujur kerana saya mampu menilai kekuatan dan kelemahan UMB Pahang bahkan dalam masa setahun lagi pun mereka tidak akan mampu. Mereka masih tercari-cari haluannya dan kebanyakkan blogger yang dilatih UMB Pahang masih ibarat kura-kura yang bersembunyi disebalik cengkerangnya. Penakut bila digertak


Kepada PDO, bagaimana pun buat masa ini biarlah saya disebelah ini dan memperbetulkan mereka dari dalam. Kerana saya percaya bahawa kelemahan ini adalah kelemahan orang tertentu, andai orang berkenaan ditukarkan maka kemungkinan UMB Pahang akan dapat kembali teguh. Jadi kepada PDO, anggaplah saya masih sebagai musuh yang juga perlu dihormati sebagaimana saya menghormati PDO sebagai lawan juga.


~ bRAVEhEART





KONVENSYEN RASUAH (?) UMNO PAHANG

Edisi sisipan 2.30 ptg: DEMO BEROK DAN TAWARAN KEPADA BH UNTUK SERTAI TEAM BLOGGER RAKYAT


Wajah pejuang siber UMB Pahang, Keh keh keh!



UMNO Pahang akan mengadakan konvensyennya pada 19-21hb.Feb.2010 ini bertempat di UiTM Jengka.


Tanpa perjudis kita berharap usaha ini akan menghasilkan sesuatu yang baik bagi menantapkan semula perjuangan UMNO dalam membantu rakyat khususnya bagi perjuangan membela Bangsa, Agama dan Negara. Namun dari akar-umbi kita mendengar sok-sek sok-sek tentang itu dan ini, begitu dan begini mengenai konvensyen berkenaan.


Kita cuma mampu berharap agar peserta konvensyen ini nanti adalah dari kalangan mereka yang benar-benar serius untuk berfikir bagaimana memulihkan semula kepercayaan rakyat dan orang Melayu terhadap UMNO dan pemimpinnya. Bagaimana untuk menarik minat golongan muda untuk menjadi ahli seterusnya menyertai perjuangan UMNO. Bagaimana untuk menolak peresepsi masyarakat bahawa pemimpin UMNO hanya mementingkan diri sendiri serta kroni mereka saja dan tidak langsung mengutamakan kepentingan masyarakat umum.


Kita juga berharap agar konvensyen ini tidak berjalan atas dasar rasuah, kerana seperti sedia maklum bahawa UMNO terlalu sinonim dengan rasuah politiknya. Kita bimbang bahawa pemimpin UMNO di peringkat bahagian-bahagian yang terpilih dengan anjakan rasuah tidak akan dapat membebaskan diri dari terus menerima dan memberi rasuah.


Pahang sebenarnya masih belum benar-benar selamat jika PRU13 diadakan dalam waktu terdekat ini. Memang benar sebahagian rakyat telah mengalihkan sokongan mereka dari PKR namun itu bukan bermakna mereka akan mengalihkan sokongan mereka kepada UMNO kerana wajah UMNO dan pemimpinnya masih bagai terconteng arah di muka.


--------------


Artikel saya semalam mengenai tohmahan PDO dan mencabar blogger dari UMB Pahang untuk bersuara, tetapi cabaran saya tiada sahutan. Sehingga jam 11.10 malam ada 719 dengan masih ada 6 online pengunjung yang melawat blog saya, namun tidak ada jawapan dan komen dari blogger UMB Pahang. Rupanya mereka ini masih tidak berani memasuki gelanggang. Ha ha ha! Rupa-rupanya sia-sia saja kursus blog yang disertai sebelum ini.


----------------


Mengenai partisipasi konvesyen UMNO Pahang ini, mana janji Megat dan Tun Faisal? Memang benar telahan saya dulu bahawa jangan terlalu mengharap. Apa jawapan Megat dan Tun Faisal? He he he! Rupa-rupanya kawan-kawan kita pun sama juga. Namun saya faham bahawa kuasa sebenarnya bukan pada mereka dan mereka telah mencuba sedaya yang mereka mampu lakukan, cuma pemimpin itu saja yang masih besar kepala dan bersikap bebal.



Sahabat saya Taiping Mali menayakan apakah saya turut diundang. Saya jawab tidak. Saya juga hairan bilamana blogger luar seperti Taiping Mali dan Megat Pisau , mungkin juga Papa Gomo dan Parpukari diundang, tetapi saya serta YB Raz, Kembara Politik,Bengah Serling tidak diundang sama. Benarlah UMB Pahang tidak menghaap blogger seperti kami membantu mereka. Mungkin kami terpaksa menunggu lama sehingga ketua UMB Pahang digantikan kepada yang benar-benar melihat keperluan menguasi media sosial dikalangan Umno dan mampu berusaha untuk menggabung dan menggembeling blogger pahang yang ada didalam satu force bagi menentang blogger pembangkang seperti PDO. Ada apa-apa nak kata? Ha ha ha!


http://greensocialis.blogspot.com/2010/02/panas-pendedahan-gaji-para-menteri-dan_7682.html


~ bRAVEhEART

17 February, 2010

GAP: Anu-ar - binatang politik

'Mokhtar'!, ada sesiapa didalam?
2 saksi masih belum cukup mensabitkan kesalahan


Bukan senang nak menentukan kesalahan terutama kepada mereka yang sudah memang pandai memutarbelitkan segala fakta dan kenyataan. Akan sentiasa ada alasan sebagai hujah bahawa dia tidak bersalah.

Klip video dibawah ini mungkin dapat sedikit sebanyak mendedahkan pembohongannya. Saya teringat pada kata-kata; "Orang yang banyak cakap akan buat banyak salah, orang yang banyak salah berbuat banyak dosa, dan nerakalah tempat untuknya"


Baca blog GAP: Anu-ar binatang politik (Klik)





~ min.sHOGUn



PDO Biadap hentam UMNO, UMB Pahang kecut memegang telor!

Edisi sisipan 3.37 ptg: GAP: Anu-ar - binatang politik


Blog pencacai No. 1 Negeri Pahang suara resmi Pakatan Reput parti tikam belakang.





KUANTAN, 16 Feb [12.32 am] - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang kecewa dengan tindakan UMNO yang bakal mengadakan konvensyen peringkat negeri di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Jengka pada 19 Februari ini. Timbalan Ketuanya, Kamarul Hatta (foto) berkata tindakan UMNO Pahang yang akan mengadakan program parti di institusi pengajian tinggi adalah amat dikesalikerana ia bertentangan dengan apa yang dilaung-laungkan selama ini. "Mereka cuba menghalang mahasiwa untuk berpolitik, tetapi sebaliknya dalam masa yang sama mereka membawa unsur-unsur politik ke dalam kampus", katanya. Malahan kami juga difahamkan, para mahahsiwa UiTM Jengka diarahkan mengosongkan kampus pada tarikh tersebut bagi memberi kemudahan kepada lebih 2,000 ahli UMNO berkampung di situ. Adalah difahamkan perasmian konvensyen UMNO Pahang itu bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak sendiri."Sepatutnya program parti tidak wajar diadakan di mana-mana kampus IPT di negara kita. Jika UMNO dibolehkan, maka kenapa pula parti lain tidak dibenarkan?. Inilah satu sikap double standard yang diamalkan sebenarnya", tambah Hatta lagi.


Begitulah laporan Pahang Daily Online diblognya semalam.

Kenapa AMK mesti kecewa apabila UMNO mengadakan konvensyennya? Apakah kerana mereka dengki apabila mereka tidak mampu melakukan perkara yang sedemikian? Apakah mereka sudah tidak mampu mengumpulkan penyokong-penyokong lagi berikutan semakin ramai penyokong PKR yang sudah hilang percaya terhadap parti terutama terhadap penasihatnya yang sekali lagi terlibat dengan salahlaku sex luar tabii?


Memang kerajaan UMNO menghalang mahasiswa terlibat dalam politik secara langsung (atas sebab-sebab tertentu), kerana itulah mereka tidak dibenarkan berada di kampus ketika konvensyen berlangsung. Soal kenapa tidak wajar konvensyen diadakan UiTM tidak timbul kerana infrastruktur itu dibina oleh kerajaan, salahkan kerajaan menggunakan apa yang mereka bina sendiri?


Bagaimana pula parti pembangkang yang menggunakan infrastruktur yang dibina oleh kerajaan untuk kepentingan mereka selama ini? Mesjid sebagai contohnya? Kenapa mesjid yang dibina oleh kerajaan tetapi mereka bebas menggunakannya untuk kepentingan politik mereka?


Lihatlah, belum pun mereka berkuasa namun mereka telah menguasai segala yang ada dan bayangkan andai mereka berkuasa nanti, sudah tentulah mereka akan dengan rakus menggunakan dan menguasai segalanya. Ambil contoh kerajaan PR di Perak tidak lama dulu. Segala-galanya digunakan sewenang-wenangnya. Itulah sikap sebenar pembangkang.


Nampaknya PR masih mengunakan neraca yang sama untuk membuat pertimbang iaitu; Jika mereka yang lakukannya maka hukumnya HALAL, tetapi jika orang lain yang lakukannya makan hukumnya adalah HARAM. Memang mereka ini dari kalangan haramjadah! Selamanya!


Saya sarankan AMK Pahang supaya tutup mulut mereka agar mereka tidak keluarkan kenyataan yang bodoh dan dalam masa sama tutup juga buntut mereka supaya sesuatu yang buruk tidak dilakukan oleh pemimpin atasan terhadap mereka, hehe.


Kepada Mohd Shukri Mohd Ramli yang mengaku Cucu Mat Kilau, di Pulau Tawar, Jerantut awak tidak diperlukan dan dimana-mana di Pahang ini pun awak tidak juga diperlukan. Tidak usahlah membuang masa untuk berceramah, pada PRU12 lalu awak dah ditolak rakyat kerana perjuangan awak bukan untuk apa-apa selain dari reformasi bagi membebaskan orang yang sudah nyata bersalah dari tindakan mahkamah.


Akuilah bahawa angin telah berubah arah. Rakyat kini telah melihat busuknya hati dan budi pembangkang. Segala janji yang mereka janjikan tidak pernah meraka kotakan. Pakatan Rakyat tidak mampu lakukan apa pun selama ini selain dari menyalahkan kerajaan terhadap itu dan ini. Mereka hanya pandai cakap tapi tak satu pun dapat mereka lakukan.



--------------


Kepada blogger UMB Pahang, mana pejuang siber mereka yang gagah perkasa itu? Kenapa tak mampu menjawab tohmahan PDO? Apakah kamu semua masih dalam selimut dan mengenggam ‘telor’?


Ketika saya lawati laman blog PDO pada 5:04 ptg, seramai 1462 pengunjung telah melawat laman berkenaan dan masih ada 25 pengunjung yang sedang online.


Saya lawati blog Small Talk pada 5:13 ptg, seramai hanya14 (bukan 1400) pengunjung dengan 2 yang sedang online. Keh keh keh! Maknanya kena ada 100 lagi blog seperti ini untuk tandingi PDO.


Kerana itu lah wahai Datuk-Datuk yang bijaksana dan bijaksini, kita kena bersatu padu. Jangan kecualikan sesiapa pun dari perjuangan ini. Jangan singkirkan sesiapa. Sentiasa hargai usaha orang lain juga. Dalam blog-list tu, letak jugalah link blog-blog dari blogger haprak seperti kami ni, berilah kami sedikit pengikhtirafan (bukan penghargaan) dan relakan kami berjuang bersama-sama. Jangan terlalu tamakkan kuasa dan nama. Bila melihat bintang dilangit jangan lupa rumput dibumi ini supaya nanti kaki tak terpijak ‘taik’ ayam.


Kepada blogger-blogger UMB Pahang yang berkursus dulu, saya cabar, mari masuk gelanggang!


Maaflah! Setiap hari saya akan menghentam lagi orang ‘tertentu’ UMB dan UMNO Pahang. Walaupun saya seorang diri, saya akan tetap peduli Pahang. Kalau saya bukan pejuang, saya juga bukan petualang, tetapi saya tetap akan perjuangkan kepercayaan saya – huhu! ~ bRAVEhEART.

16 February, 2010

PANTUN MENIKAM

Gambar hiasan: bukan mengenai siapa-siapa atau tentang apa-apa.


Pantun-pantun dibawah ini adalah dari komen dibeberapa buah blog. Sila klik sumber sebagai rujukkan dimana pantun ini disalin:

anu-arr berahi perjuang siapa?
bukan bangsa bukan negara
perjuangannya sekadar cita-cita
didalam negeri menjadi kepala

cita-citanya sangatlah tinggi
namun sikapnya buruk pekerti
depan belakang dia tunganggi
halal dan haram tidak dipeduli

anwar al-juburi nama diberi
demikianlah anugerah dari mat sabu
pohon tak bergoyang angin berhenti
kalau tak sungguh tak dituduh begitu

perangai anu-arr sepertilah tikus
segala lubang dia nak telus
terbuka atau terpaksa tembus
asalkan dia dapat membolos

(sumber)

kasihan Nizar yg gila meroyan
kerana hajat tak berkesampaian
andailah dia diistihar menteri
habislah seluruh tanah negeri

niatnya tak jujur tak juga ikhlas
bukan perjuangan bangsa dan agama
yang telah terjadi sangatlah jelas
kelihatan Melayu tetapi proksi cina

seperti juga dengan si Anu-ar
hilang punca perjuangan sebenar
bagai seluar dah mula longgar
mudah menonggeng dan berbuat onar

kedua-dua ni nampaknya sama
memperkudakan bangsa dan agama
hasrat mereka sama seperti
menjadi kepala negara dan negeri

apa kepala mereka boleh jadi?
jaga kepala butuh sendiri pun tak reti
andai hasrat mereka Allah beri
jahanamlah Melayu seluruh negeri

(sumber)

bisalah sungguh kata Si-Bengah
sri hartamas sudah termengah-mengah
padanya si penipu itulah raja
ber-Nabi ber-Tuhan-lah kepada dia

Melayu hartamas sudah keliru
kerana harta dia begitu
taksubkan pemimpin tidak menentu
salah dan benar dia tak tahu

Padanya dia dipihak benar
menyokonglah dia pada yang onar
tak ada angin tak pohon bergoyang
akhirnya ternganga tertikam belakang

(Sumber)


~ min.sHOGUn


Aku Peduli Pahang: UMB Pahang – Apa masalahnya?

Edisi Sisipan: 2.30 ptg - Pantun Menikam


Barisan pejuang (peserta kursus blog) UMB dulu,
yang bakal menentang pembangkang dengan
blog-blog mereka (yang masih lagi dalam pembikinan dan belum siap)
Tak usah lorat sangatlah, PRU13 pun masih jauh lagi, hehe
Tok Gending dengan pengikut yang se-tak-ramai tak sampai 20 orang akan menguasai fb dan menyerang mana-mana penyokong parti pembangkang! Blogger lain tak diperlukan kerana memadai dengan hanya mereka saja


Saya menjangka bahawa saya tidak patut peduli lagi, tetapi apabila menemui sesuatu yang dirasakan menikam hati maka saya harus terus peduli. Pada waktu saya ingin pergi – mereka seakan mengheret saya kembali kesini.


Saya menjelajah di facebook dan menemui beberapa catatan yang tidak menyenangkan hati. Kenapa mesti terjadi begini? Ada puak-puak didalam fb yang konon menyokong orang tertentu namun dalam masa sama menyakitkan pihak yang lagi satu. Tidak bolehkah masalah sekecil ini diselesaikan dalam diam, tanpa dibawa kepengetahuan umum? Atau mereka merasa megah dan menganggap diri pejuang dengan membawa perkara ini kepada pengetahuan ramai? (Sila lihat dibawah – sebahagian perbualan yang saya salinkan dari fb)


Saya ingin bertanya;

  1. Apakah hanya fb sebagai wadah perjuangan UMB Pahang? Sebesar manakah kumpulan yang mereka berinteraksi dan dapat di pengaruhi? Saya melihat hanya sekitar tak lebih 20 orang saja yang dalam kumpulan sama. Inikah kejayaan selama ini dan mampukah memenangi hati rakyat dalam PRU13 nanti dengan seramai ini dan dengan isu-isu sebegini yang tidak langsung memberi faedah kepada rakyat?

  1. Saya masih belum melihat kebangkitan blogger yang dibangunkan hasil kursus blog anjuran UMB dulu? Bukan memandang rendah keupayaan mereka cuma jangan menunggu terlalu lama kerana semangat pun akan ‘lembik’ dan terkulai layu. Lainlah jika kita sudah ada 'pelapik' baru. Mungkin UMB memang tidak menumpu kepada blogger kerana menganggap memadai dengan fb saja dan peranan blog tidak penting?


Secara sindiran saya sudah banyak kali bersuara sebelum ini, mengenai perlunya menumpukan kepada penggembelingan supaya blogger bergerak dengan lebih sistemetik dan lebih berkesan lagi, tetapi nampaknya 'mereka-mereka' masih tidak faham bahasa sindirian. Mungkin mereka dari species yang reti berbahasa. (bukan tak reti bahasa)


Jangan kita mencari siapa salah dan siapa benar dalam pertikaian siapa yang harus mengetuai UMB. Yang kita cari adalah kesamaan pendapat dan perpaduan bagi meneruskan apa yang kita namakan perjuangan. Pemimpin datang dan pergi, jangan taksub kepada seseorang. Kepada yang bernama pemimpin, jangan jadikan pengikut sebagai senjata dan umpan kerana kesian mereka yang masih bodoh tentang erti perjuangan.


UMB ditubuh diperingkat pusat dibawah Pergerakan Pemuda UMNO dan bukan badan induk UMNO itu sendiri. Namun bolehlah diletakkan dibawah Penerangan UMNO Negeri, Bahagian dan Cawangan. (Perbetulkan saya jika saya salah faham atau mentafsir)


Oleh yang demikian kedua-dua pihak yang merebut untuk mengetuai UMB negeri sepatutnya pandanglah diri sendiri. Tetap dan kekal dikedudukan mereka yang sedia lebih tinggi dan hanya layak menaungi; 1) Biarkan UMB dipimpin oleh Pemuda UMNO sendiri, atau 2) Pecahkan kepada dua; seorang Datuk ketuai fb dan seorang lagi ketuai blog. (Pemimpin UMNO – dalam keadaan nazak pun masih lagi nak berebut kuasa dan nama.)


Yang masih teguh berdiri sebagai blogger mewakili Pahang masih dari kumpulan terdahulu; Warisan Pahang, Yang Gambi, YB Raz, Kembara Politik, Bengah @ Koleksi Puisi Serling, Arif Omar (Anak Pahang di Melaka), Shamsuddin Moner dan beberapa lagi. Walaupun sebagai blogger haprak (dengan izin) namun pembaca mencecah lebih dari 300 purata sehari. Andainya mereka-mereka ini dapat digabungkan menjadi satu 'force' alangkah baiknya. Tetapi sudah tentu bagi mereka yang ingin mencari nama tidak akan mempelawa blogger ini bimbangkan namanya mungkin tenggelam(?). Orang politik sentiasa dahului keperluan politik dari kepentingan sebenar. Hahaha! Jikalaulah kumpulan blogger ini diberikan perhatian, alangkah mudahnya urusan dilaksanakan.


Manakah blogger yang dilatih dari kursus UMB dulu? Bangkitlah! Tidak memadai bersuara di fb saja. Tak terbukti kejantanan hanya sesama sendiri saja. Bangkitlah. Kami ingin melihat kamu bangkit dengan gagah dan berani seperti yang kamu suarakan itu. Kalau inginkan cabaran, nah! saya mencabar!- bangkitlah jika sememangnya jantan! Saingi kami. Buat lebih baik dari kami. Kami akan gembira bila sudah ada pelapis yang lebih perkasa. Jika tidak, sila abaikan! dan genggam telur masing-masing– Huhu!


Kepada anjing-anjing yang menyalak tu, baliklah kepada tuan masing-masing. Adat anjing diberi tulang tentu akan mendiam. Bukan saya panggil mereka anjing, tetapi mereka sendiri yang mengakui mereka anjing, hehe!


Sebahagian catatan perbualan yang CnP dari facebook untuk rujukan, dan perhatikan bibit-bibit perpecahan yang disemai oleh orang tertentu:

Shamsuddin Nawawi

? @ Tok Gending Kalau nak katuk anjing tengok dulu siapa tuannya!!!

Yesterday at 9:11pm via Mobile Web · Comment · Like

3 people like this.

Suzy Honey

Suzy Honey

entah,..aku lempang kan orang yg katuk tu.....!!! Jin betul leeee....

Yesterday at 9:14pm

Kamarul Ariffin

Kamarul Ariffin

Betul tu Dato Sam.Silap katuk merana badan.

Yesterday at 9:15pm

Shamsuddin Nawawi

Shamsuddin Nawawi

Ada org ingat anjing ni tak bertuan! Anjing ni pun banyak anjing2 lain yg ikut & sahut salakannya...

Yesterday at 9:23pm

Dyesebel Rompin

Dyesebel Rompin

X YAH LA TUNGGU AKN DATANG INA.'.INI BISA JD YG TERAKHIR'..LIRIK LAGU WALIBAND..BUKAN APA NANTI KALAU ISTIHAR PERANG SUSAH NAK BERLARI..

Yesterday at 10:41pm

Shamsuddin Nawawi Sekian lama bertahan akhirnya kecundang. Segala yang diusahakan dirampas...I quit..so what?

Yesterday at 11:23am via Mobile Web · Comment · Like

3 people like this.

50 of 142

Mohd Jaswary Latif

Mohd Jaswary Latif

Jangan biarkan orang rampas hak kita...lawan dato...biar puteh tulang jangan puteh mata..kita orang dah serasi dengan datok..

Yesterday at 4:07pm

Yesterday at 4:24pm

Mohd Khairil Ismail

Mohd Khairil Ismail

NI lah yang buat orang muda menyampah pada UMNO...

Yesterday at 4:36pm

Mambang Kota

Mambang Kota

slm pengulu;
waaa sori2..lambat betul lu timbul,gua dah nak separuh mampos dari pagi tadi nih..sampai nak kena ludah..ape citer nya Kapten kita ni..siapa yang buat angkara...dia org nak kena sesah agaknya....

Yesterday at 5:10pm

Rosman Daud

Rosman Daud

salam tok sam...berjuang...jgn putus asa...sy masuk umb ni pun sbb respek kat tok sam..baru masuk kecoh lak org nak kerat tok sam..risik2 sy tau siapa org tu..baru2 ni minum skali kat kopitiam...BB pun tanya org nak guna...
Biarlah org yg ariff bab ni menarajui UMB...senang kalo org baru belajar cam sy ni nak bertanya...
kat dia pun sy takde problem, tp biarlah org yg ahli @ arif menarajui UMB Phg...itu saja point saya..

Khalidi Ahmad Khalid

Khalidi Ahmad Khalid

Salam Sejahtera Mambang Kota.. salah faham dah selesai. Kelak kene berhati-hati. Saya ingin berpantun kepada seorang pendekar sebelum menutup tirai malam indah ini..

Jika tersalah mencabut keris kelak luka jari-jemari..
Jika tersalah mengatur langkah kelak tumbang sebelum berpencak..
Kalau benar ANAK SEMANTAN sila keluar tunjukan diri.....See More

Yesterday at 9:36pm

Shamsuddin Nawawi

Shamsuddin Nawawi

Rakan2 semua, kalau Khalidi dah mula pantun...biasa sambut :
Dari Raub datangnya hamba,
Menumpang makan di Kuantan,
Kalau tak cukup ilmu jgn lah dicuba,
Insan Dato Sam ini anak jantan!

Yesterday at 9:42pm

Tajudin Azali

Tajudin Azali

sayu memorandum UMB Pahang wajib kita hantar kepada semua pihak tertinggi di peringkat negeri dan negara bahawa semua anggota tentera UMB Pahang tidak akan sekali-kali membiarkan budaya SAPI PUNYA NAMA......jangan ada petualang yang menyamar PAHLAWAN...Nescaya akan kami tentang dengan segala kekuatan dan pengetahuan yang telah dipelajari melalui medan ini....MEDIA BARU....

Today at 12:52am

Khairul Rizal Osman

Khairul Rizal Osman

Proud to be there. If my mentor sudah tiada, maafkan diriku kerna terpaksa menarik diri.

Yesterday at 4:13pm · Report

Mambang Kota

Mambang Kota

Manakah dia org yang mengatakan beliau adalah ketua UMB Pahang..??Adakah muka beliau di dalam gambar ini...???? mungkin tidak selain dari Tok Sam yg layak yg telah bertungkus lumus menjayakan program ini dgn jayanya... dasyatt tuan2.

Yesterday at 4:18pm · Report

Anniessa Sweetmolly

Anniessa Sweetmolly

kite semua adalah cyber fighter.. x ubah seperti sekumpulan tebuan.. kite x kacau org tapi klu org kacau big boss kite.. sure kite tentang n kejar abih2san.. n jgn under estimate kemampuan tebuan eventhough bersize keciki kerana ramai n ttp berbisa.. ingat kite semua perlu sentiasa bersatu dlm satu pasukan..

Yesterday at 5:33pm · Report

~ bRAVEhEART - bukan anjing dan bukan bertuankan sesiapa!

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...