Kata-kata

~ Perjuangan yang belum selesai.......dan tidak akan berakhir sampai bila-bila. Tidak perlu diingat dan tidak perlu dicatat....... ~

29 April, 2014

MB PAHANG WAJAR KEKAL HINGGA PRU

MB Pahang di Sidang Dewan yang akan berakhir hari ini


Sejak kebelakangan ini ada pihak yang memainkan isu konon 2 Menteri Besar akan ditamatkan khidmatnya atau digantikan. Tidak susah untuk meneka siapakah menteri besar berkenaan kerana sudah semestinya bukan negeri Selangor dan Kelantan yang bukannya milik kerajaan BN. Tidak juga Pulau Pinang dan Melaka kerana mereka tidak punyai Menteri Besar sebaliknya pemimpin tertinggi negeri diketuai oleh Ketua Menteri. (Sabah dan Sarawak memang dikecualikan dari perbincangan ini). 

Tidak mungkin Kedah dan Johor kerana Menteri Besar mereka masih sangat baru memimpin negeri. Justeru, secara tepatnya kesimpulan bolehlah dibuat bahawa sasarannya adalah ditujukan kepada Menteri Besar Pahang dan Terengganu.

Soalnya adakah Perdana Menteri yang sememangnya berhasrat melakukan perubahan sedemikian atas nama transformasi? Atau ada 'tangan lain' yang sengaja mengambil kesempatan untuk kepentingan politik peribadinya sendiri dan sama ada dengan mendapat 'wahyu' dari Perdana Menteri atau hanya menyebarkan khabar dengan membawa 'firman' kononnya dari Perdana Menteri.

Walau apa pun dan siapa pun, ianya pastilah seseorang yang rapat atau masih merasakan ianya akrab dengan Perdana Menteri, yang masih ingin mencaturkan politik negara biarpun menyedari dirinya sudah semakin terpinggir dari arus politik semasa.

Benar, DSD Adnan Yaakob sudah lama dikerusi Menteri Besar Pahang namun untuk mencampuri urusan politik negeri adalah sesuatu yang tidak wajar bagi Perdana Menteri terutamanya ketika beliau masih berdapan dengan begitu banyak masalah di kerajaan pusat sendiri. Dalam kata lain, tidak perlu politik negeri dan kedudukan Menteri Besar diganggu selagi mereka tidak mendatangkan masalah besar kepada kerajaan pusat.

Jika pencapaian Menteri-Menteri Besar berkenaan dijadikan alasan untuk menukar mereka, maka Perdana Menteri harus juga melihat pencapaiannya sendiri dalam PRU13 lalu beranding pencapaian PRU sebelumnya. Kerana itu jugalah saya secara peribadi yakin bahawa khabar yang dibawa ini bukanlah datang dari Perdana Menteri sendiri, melainkan ianya datang dari pihak yang ingin mencari kesempatan.

Beberapa nama disebut-sebut sebagai diantara dalang yang memainkan isu berkenaan termasuk tokoh politik veteran dari Pahang sendiri yang diketahui ada hubungan akrab dengan Perdana Menteri. Dialah yang kononnya mencaturkan siapakah yang akan diangkat kelak untuk jadi Menteri Besar Pahang. Harapan dan cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar sudah jelas tidak akan kesampaian, justeru itu beliau harap agar proksinya akan diangkat agar beliau akan terus dapat menghidupkan karier politiknya.

Saya bukanlah orang yang 'mentaksubi' DSD Adnan Yaakob dan beliau juga bukanlah memandang dan menyedari akan kehadiran saya, namun atas nama kebenaran saya tetap menyokong sebarang usaha untuk terus mempertahankan beliau supaya terus kekal sebagai Menteri Besar Pahang bagi terus melaksanakan agendanya membangunkan rakyat negeri Pahang. 

Kita tidak memiliki ramai pemimpin yang tegas dan berani sebagaimana beliau dalam berhadapan dengan pembangkang. Beliau pernah dilebelkan sebagai samseng oleh pembangkang atas keberanian dan ketegasan beliau ketika kebanyakan menteri dan pemimpin lain hanya membisu seribu bahasa akibat takut diserang pihak pembangkang.

Ketika orang lain dari luar negeri Pahang melihat Menteri Besar kita sebagai seorang wira, apakah anak Pahang sendiri masih takut-takut untuk berdiri dibelakangnya? Jika saya berani menyatakan sokongan dan berdiri dibelakang DS Hishamuddin, kenapa pula saya tidak berani berdiri dibelakang pemimpin negeri saya sendiri?

Saya menoleh apabila terdengar suara seseorang menggeram... saya melihat punggungnya ditepuk... oppss!


3 comments:

Anonymous said...

Anda boleh berdiri di belakang mana mana pemimpin yang anda rasa mereka adalah pilihan yang tepat.Namun jangan sekali kali anda berdiri di depan Anwar...Bahaya

bRAVEhEART said...

Anwar.... berdiri dibelakang ok, tapi kalau berdiri didepan...KO... Rabak.., hehe

Nelayan Kuala Rompin said...

...menepuk punggung? hehe.. ni macam cerita seorang ahli parlimen je...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...