10 November, 2017

TEORI 'RAHMAN', NAJIB PERDANA MENTERI MELAYU TERAKHIR ?



Jika kita masih ingat pada teori 'RAHMAN' dimana kepimpinan negara adalah dari tokoh-tokoh yang nama mereka bermula dari huruf-huruf berkenaan. Saya tidak ingat dan tidak pasti siapakah pencetus teori berkenan, bagaimanapun ianya telah menepati ramalan.

Bermula dengan Tunku Abdul Rahman, kepada Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah dan kini Dato' Seri Mohd Najib. Semuanya menepati. Walaupun terdapat sedikit keadaan yang mungkin mengubah tokoh yang akan menjadi Perdana Menteri suatu masa tak lama dulu, namun ianya tidak banyak memberi perbezaan.

Yang saya maksudkan adalah diantara Tun Abdullah dan Datuk Seri Anwar. Apapun seperti yang saya kata walau siaapapun diantara mereka masih tetap bermula dengan huruf 'A' - Abdullah dan Anwar. Mujurlah sejarah telah mencatatkan bahawa 'A' berkenaan adalah Abdullah, andai kata 'A' itu adalah Anwar, kita tidak pasti bahawa Najib akan ditabal sebagai Perdana Menteri. Maka telah lengkaplah teori 'RAHMAN'.

Soalnya sekarang, siapakah selepas Dato' Seri Mohd Najib? Saya tidak mendengar tentang adanya sebarang teori lain. Namun yang pasti kita semua sebenarnya dalam kebimbangan. Bimbang apakah kita masih dapat mengekalkan kuasa ditangan kita atau kita akan kehilangannya buat selama-lamanya dan kita jadi seperti 'Temasik'.

Dato' Seri Mohd Najib sedang menghadapi kemelut yang sangat sukar untuk dihadapi. Tidak ada Perdana Menteri menghadapi keadaan sepertinya sebelum ini. Beliau bukan hanya menghadapi musuh dari kaum lain yang punya agenda menguasai bumi kita, tetapi beliau juga sedang ditentang oleh bangsanya sendiri.

Pilihan Raya ke 14 adalah pilihan raya yang akan menentukan martabat bangsa kita di bumi sendiri. Dalam keadaan suara bangsa Melayu berpecah belah kepada beberapa kumpulan berserta dengan kurangnya minat anak-anak muda menjadi pemilih, kita tidak pasti sejauh mana Dato' Seri Mohd Najib selaku Presiden UMNO dapat mencapai hasrat itu.

Jika kita memandang kehadapan, menolak perbezaan fahaman dalam parti sudah tentu kita akan bersama-sama berada didalam saf perjuangan ini bagi membantu beliau untuk masa depan anak cucu kita. Kerana pada teori 'RAHMAN', Dato' Seri Mohd Najib adalah Perdana Menteri yang terakhir.





No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...