YAB Dato' Seri Adnan Bin Yaakob sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.
YB Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin Timbalan Perhubungan UMNO Negeri Pahang.
YB Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin Timbalan Perhubungan UMNO Negeri Pahang.
Seperti yang dijangkakan sejak awal lagi bahawa Presiden UMNO yang juga perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Hj.Abdul Razak akan melantik YAB Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Bin Yaakob sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.
Bagaimanapun perlantikan YB Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri sangat dialu-alukan dan dilihat sebagai memberikan nafas baru kepada UMNO Negeri Pahang dalam menghadapi cabaran pada pilihanraya akan datang.
Kami seluruh rakyat Negeri Pahang khususnya ahli-ahli UMNO merakamkan taat setia terhadap pucuk pimpinan Negeri, YAB Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Bin Yaakob dan berjanji akan bersama berjuang bagi memulihkan maruah UMNO yang tercalar dalam PilihanRaya 12 yang baru lalu.
Kami juga mengucapkan tahniah kepada YB Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin atas perlantikan dan kepercayaan PM melantik beliau sebagai Timbalan Perhubungan UMNO Negeri Pahang.
Senarai Penuh Perlantikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang lainnya adalah seperti berikut;
Setiausaha Agung: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Bendahari Agung: Datuk Ahmad Husni Hanadzlah
KetuaPenerangan: Ahmad Maslan
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri :
PERLIS: Datuk Seri Md Isa Sabu Timbalan: Datuk Zahidi Zainul Abidin
KEDAH: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Timbalan: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah
PULAU PINANG: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan: Datuk Zainal Abidin Othman
PERAK: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir Timbalan: Ahmad Husni Hanadzlah
SELANGOR: Datuk Seri Najib Tun Razak Timbalan: Datuk Noh Omar
WILAYAH PERSEKUTUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
NEGERI SEMBILAN: Datuk Seri Mohamad Hasan Timbalan: Datuk Shaziman Abu Mansor
MELAKA: Datuk Seri Mohd Ali Rustam Timbalan: Datuk Wira Abu Seman Yusop
JOHOR: Datuk Abdul Ghani Othman Timbalan: Datuk Latiff Ahmad
PAHANG: Datuk Seri Adnan Yaakob Timbalan: Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin
TERENGGANU: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Timbalan: Datuk Ahmad Said
KELANTAN: Datuk Mustapa Mohamed Timbalan: Datuk Dr. Awang Adek Hussin
SABAH: Datuk Seri Musa Haji Aman Timbalan: Datuk Salleh Said Keruak
9 ahli Majlis Tertinggi yang dilantik: Datuk Seri Rais Yatim, Datuk Nazri Aziz, Brid. Gen. (B) Datuk Jamil Khir Baharom, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Aziz Sheikh Fadzir, Datuk Seri Ali Rustam, Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Ghani Othman dan Datuk Seri Shahidan Kassim.
3 lagi ahli MT dari kalangan sayap parti itu, iaitu Naib Ketua Wanita, Datuk Kamaliah Ibrahim; Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim dan ketua Puteri Umno Perak, Dr Wan Norashikin Wan Nordin.
2 comments:
Salam bro,
...sekurang2nya org negeri kita tak lah sampai kena naik kapalterbang utk jumpa pengerusi perhubungan negeri...
Salam.Apa yg penting UMNO Pahang mestilah membersihkan YB YB yang tidak bersih dan tidak kelihatan bersih Untuk menambat semula hati rakyat.Mana mana YB yang tidak menunjukkan perkhidmatan cemerlang tidak patut dicalonkan semula pada PRU yg akan datang.Menteri beso pahang mestilah memastikan YB YB menjalankan tugas mereka dan mendekati rakyat.
Post a Comment