30 April, 2013

WAN SALMAN CALON BN DUN JENGKA JAWAB TOHMAHAN

Wan Salman calon BN yang sangat berhemah dan 
berusaha keras membantu rakyat terutama pengundinya. 
Rakyat harus memberikannya peluang sekali lagi bagi terus 
menyambung dan menyempurnakan visinya.


1. Khabarnya calon pembangkang di dun N29 Jengka, Tn Ibharim Tn Man telah mulakan kempen kotornya dengan gunakan youtube memfitnah calon BN Wan Salman Wan Ismail. Sebuah klip video bertajuk Profile Calon BN: Wan Salman telah diuploadkan ke youtube oleh feldablouse. Isunya adalah berkenaan tanah pendudukan haram di 'matau'.

2. Wan Salman juga telah memberikan jawapannya di youtube melalui link berikut:


3. Link lain untuk dirujuk adalah seperti berikut:

4. Penjelasan beliau mengenai isu matau adalah, isu berkenaan masih lagi dalam kes mahkamah dan tidak boleh diulas lanjut. Bagaimanapun beliau menjelaskan bahawa kesemua 36 penghuni asal telahpun diberikan penempatan dengan cara yang sangat mudah tanpa sebarang protokol, iaitu membenarkan mereka menduduki rumah di perumahan berkenaan tanpa perlu mengisi apa-apa borang terlebih dahulu. Begitulah kerajaan mengutamakan mereka dan membenarkan mudahcara.

5. Selain itu, mereka juga diberikan peluang menduduki permis-permis perniagaan tertentu bagi menggalakkan mereka berniaga dan mendapat hasil pendapatan. Bagaimanapun masalahnya adalah ada dari kalangan saudara mara mereka yang datang kemudian dan mendakwa bahawa mereka adalah penduduk asal, dan ini tentulah tidak wajar sama sekali.

6. Ada juga yang mendapat faedah dengan mendapat penempatan dan permisa perniagaan namun menyewakaan atau membenarkan orang lain mendudukinya dan memohon untuk mendapat semula. Jadi jangan mudah menyalahkan kerajaan semata-mata dengan niat untuk mengaut keuntungan kelompok dan peribadi.

7. Selama 5 tahun menjadi tok wakil, apa yang telah Tn Ibharim lakukan untuk membela rakyat serta kaum kerabatnya sendiri? Jawapannya tentulah tidak ada kerana kecenderungannya adalah untuk mendapat jawatan dalam parti dan keuntungan peribadi.


28 April, 2013

TEMERLOH - BENTENG PERTAHANAN PAHANG


Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin bersama pencabarnya Ahmad Nizam Hamid


Politik Temerloh akan ditentukan oleh 66,105 pengundi berdaftar. Pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut; Melayu - 63.47%, Cina - 24.75%, India - 8.92% dan lain-lain - 2.86%.

Dalam PRU sebelum ini (2008) Pembangkang berjaya merampas kerusi dun Kuala Semantan (Pas). Kerusi-kerusi dun Lancang dan Mentakab kekal dipertahankan oleh BN bersama-sama kerusi Parlimen.

Sejak selepas PRU12, pembangkang mensasarkan untuk menambah kerusi dari Temerloh dan mereka mensasarkan kerusi parlimen itu sendiri. Dato' Saifuddin Abdullah yang dianggap lemah dan cenderung kepada politik Anwar Ibrahim sering dikecam oleh pemerhati politik khususnya bloggers. Namun dalam masa sama pihak pembangkang mempertahankannya kerana menganggap kelemahannya itu akan membantu dan memudahkan mereka merampas kerusi parlimen Temerloh dalam PRU kali ini.

Calon penentang Dato' Saifuddin kali ini adalah Nasaruddin Hassan (Pas). Mungkin pembangkang dan Pas khususnya boleh berangan-angan untuk merampas kerusi berkenaan, namun faktor Ketua UMNO Bahagian Temerloh jangan diperkecilkan bahkan harus digeruni. BN telah menangi kerusi Parlimen Temerloh dengan 2,441 undi majoriti dalam PRU lalu apabila Dato' Saifuddin mengalahkan calon PKR Ahmad Nizam.

Saya beberapa kali menghadiri aktiviti ceramah politik dan sebagainya yang diadakan di Temerloh,  jauh sebelum pembubaran parlimen. Aktiviti politik terancang dan berkala itu telah memberi kefahaman kepada rakyat khususnya penyokong BN berkenaan perkembang politik semasa dan berupaya menolak dakyah pembangkang. Justeru saya melihat laluan untuk Nasaruddin Hassan adalah sukar, bahkan kekalahan kedua baginya sudah ada dalam tangan.

Dato' Mohd Sharkar sendiri selaku Ketua UMNO Bahagian bertanding mempertahankan kerusi di dun Lancang. Beliau dilihat sebagai calon boleh menang akan dengan mudah mempertahankan kerusinya bahkan dengan majoriti lebih besar berbanding dulu sebanyak 2,439 undi.

Ahmad Nizam (PKR) adalah calon 'underdog' bagi kerusi dun Lancang ini. Bahkan pencalonannya juga tidak direstui sebahagian besar penyokong-penyokong PKR sendiri. 'Pak Jabit' yang selama ini mengidamkan kerusi berkenaan tentu tidak dapat menghilangkan rasa kecewanya terhadap kepimpinan PKR dengan mudah. Untuk menunggu sepenggal lagi (5 tahun) adalah terlalu lama untuk Pak Jabit yang sudah semakin tua dimamah usia.

Khabarnya ada gerakan oleh mereka yang menentang Nizam dalam PKR yang disifatkan sebagai perampas kerusi Pak Jabit melakukan sabotaj. Bahkan tidak lama dulu, ada yang berdemo membantah Nizam. Perjuangan Nizam kali ini bukanlah perjuangan untuk menang, melainkan adalah perjuangan untuk mempertahankan maruah serta supaya tidak hilang wang pertaruhan. Dalam PRU13 ini, politik Ahmad Nizam bolehlah di'kafankan'. Kahdirian Anwar Ibrahim beberapa kali ke Temerloh tidak mampu mengubah keadaan dan sokongan rakyat terhadap BN.

Dun Mentakab, Dato' Chua Boon Seong dijangka juga akan mempertahankan kerusinya dengan mudah. Penentangnya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji adalah calon DAP yang berasal dari Raub. Meletakkan calon Melayu di kerusi dun Mentakab adalah kesilapan besar kerana peratusan kaum Cina (40.95%) yang tinggi tidak akan memungkinkan beliau akan terpilih tambahan pula isu calon luar.

Dun Kuala Semantan akan menyaksikan pertarungan hebat diantara penyandang, Syed Hamid (Pas) dengan Mohd Anuar Mat Yunus. Jika pembangkang yang selama ini inginkan perubahan, mereka mesti memilih Mohd Anuar. Kerana Anuar ini akan melaksanakan agenda transformasi dengan bantuan kerajaan BN. Anwar Ibrahim (Al-Juburi) tentu tidak akan mempu melakukan apa-apa bahkan agenda politiknya sendiripun hanyalah untuk kepentingan diri sendir, berkuasa dan menjadi Perdana Menteri. Yang pasti adalah Anuar Mat Yunus ini bukannya peliwat.

Dalam PRU lalu, calon BN kalah dengan majoriti yang sangat sedikit, iaitu 932. Sudah pasti dengan kerja keras jentera pilihanraya BN Temerloh kali ini berserta lonjakan semangat menyokong DS Najib dalam melaksanakan agenda besar negara, sudah pasti dun Kuala Semantan akan dapat dirampas semula.

Ada pihak menganggap Temerloh adalah benteng pertahanan Pahang. Jika runtuh Temerloh dan jatuh kepada pembangkang maka daerah-daerah lainnya bahkan bahagian-bahagian di negeri Pantai Timur lainnya juga akan mudah jatuh. Ini kalilah rakyat Pahang, khususnya Temerloh berjuang habis-habisan untuk mempertahankan tanah air tercinta.

Kepada calon pembangkang dan penyokong-penyokong pembangkang, jikapun ada niat untuk merampas parlimen dan dun kami, kami cuma nak kata.....'lain kalilah'........



Calon-calonnya......


Calon-calon yang BN pertaruhkan


~  UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL !  ~

19 April, 2013

CALON PRU PAHANG: PEJUANG DAN PETUALANG

Proted calon dun Luit: Kesedaran diri atau jadi alat dan hamba abdi?


1. Esok hari penamaan calon. Namun gelora dan pertikaian senarai calon-calon PRU masih belum reda di Pahang. Seperti sedia maklum, Parlimen Lipis dan dun Padang Tengku sudah berubah sebagaimana laporan sebelum ini..

2. Beberapa AJK Bahagian telah bertemu YAB Menteri Besar dan membuat rayuan pertukaran calon dan akhirnya dipersetujui. Lipis telah mendapat apa yang mereka kehendaki. Sama ada ini benar-benar kehendak rakyat ataupun hanya kehendak sebilangan dari UMNO bahagian bukanlah persoalan lagi. Yang penting adalah bagaimana semua jentera UMNO BN dapat digerakkan bagi memenangkan calon.

3. Wira dalam pru adalah mereka yang memenangi kerusi yang ditandingi. Namun sebelum pru bermula ingin saya mengangkat Dato' Shahrom Osman sebagai wira kerana dengan senang hati rela melepaskan peluang bertanding untuk memberi laluan kepada orang lain. Inilah semangat sayangkan UMNO yang patut ditunjukkan dan dijadikan contoh kepada semua pemimpin yang berjiwa besar. Andaikan masa hadapan mereka yang menjadi calon ketika ini diminta mengundurkan diri dan memberi laluan kepada orang lain, diharapkan mereka juga akan berputih hati melepaskan kerusi.

4. UMNO Lipis mesti bergerak sekarang dan mencari jalan untuk mendapat undi maksima di dun Cheka bagi memenangkan calon parlimen. Jika dahulu calonnya dari dun Cheka sendiri dan mendapat sokongan dari pengundi dun Padang Tengku serta Benta untuk menang, maka kali ini usaha untuk menang menjadi lebih payah kerana dun Cheka sudah tiada lagi wakil oleh UMNO. Mungkin harapan akan terletak dibahu ajk bahagian dari dun Cheka, Cikgu Ahmad Sudin yang terpaksa berkerja keras mengumpul sokongan. Jika tidak, maka akan berlaku kelompongan dari segi raihan undi.

5. Di dun Luit, khabarnya ada kalangan pemimpin bahagian yang kecewa berhasrat untuk menentang calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan. Jika di Lipis kita temui wira dan pejuang, mungkinkah Maran akan melahirkan petualang? PDM-PDM yang ditutup mesti dibuka segera. Bendera dan poster yang bertaburan mesti dinaikan kembali. Ini bukan lagi mengenai kepentingan diri, ini adalah mengenai maruah parti.

6. Ada juga desus-desas dibeberapa kerusi lain dimana ada kumpulan yang kelihatan ingin menolak calon yang terpilih, namun ketegasan MB dan kesuntukan masa akan melenyapkan usaha membantah jika ada sebarang cadangan. Dun Tahan juga sudah kembali tenang. Penyokong BN harus kembali kepada akujanji mereka kepada Presiden sebelum ini, iaitu terus memberikan sokongan kepada siapa saja calon yang diberikan tanggungjawab berat itu.

7. Ada yang bertanya kenapa 'seseorang' itu tidak dicalonkan sedangkan 'dia' berjawatan dalam parti?  Apakah kita tidak melihat dengan jelas, mungkin kerana 'seseorang' itu adalah calon bermasalah, kerana itulah namanya tidak dicalonkan.

18 April, 2013

HANGAT: PERUBAHAN CALON BN PAHANG

Tahniah dan selamat jadi calon Dato' Abdul Rahman dan 
selamat meraih kemenangan untuk BN


1. Atas desakan akar umbi, MB Pahang DSD Adnan Yaakob terpaksa akur dan telah mengumumkan pertukaran beberapa calon dan watikah mereka ditarik-balik sertamerta.

2. Antara calon dan 3 kerusi yang terlibat adalah seperti berikut:

1) Parlimen Lipis - Dato' Abdul Rahman Mohamad menggantikan Dato' Mohd Sahrom Osman yang bersedia mengundurkan diri
2) Dun Padang Tengku - Mustafar Long mengantikan Dato' Abdul Rahman Mohamad
3) Dun Bebar - Mohamad Fakhruddin Mohd Ariff menggantikan Ibrahim Awang Ismail

3. Calon-calon dan kerusi lain-lainnya masih kekal seperti biasa.

4. Tahniah kepada para pendokong UMNO Lipis yang telah berjaya dalam perjuangan mereka. Namun rakyat berharap para penyokong bekas calon tidak akan melakukan sesuatu yang akan membuatkan parti kalah dan rebah dalam PRU nanti.


BANTAH CALON BN PAHANG: BILA KEPENTINGAN PARTI DIKETEPIKAN....




1. Konon kita ber-akujanji akan setia kepada parti. Dihadapan PM dan MB kita akui akan terima siapa saja yang dicalonkan konon kerana sayangkan parti lebih kita utamakan. Tetapi dalam hati terselit cita-cita dan harapan biarlah calon yang dipilih oleh MB dan PM itu adalah diri sendiri.

2. Namun segalanya segera berubah apabila nama tidak ada dalam senarai. Pengikut yang juga selama ini mengekor kesana kemari turut bersuara konon pemimpin atasan menolak calon yang rakyat kehendaki. Lalu dianjurkanlah demonstrasi-demonstrasi yang tanpa disedari disokong oleh musuh sendiri, yang menyimbah minyak ke dalam api.

3. Mustahil MB dan PM tidak menyedari apa yang berlaku mengenai calon yang dipertikaikan itu, cuma ada pertimbangan yang lebih wajar untuk memutuskan pilihan. Kerana kadang-kadang yang nampak baik belum tentu lebih baik dan yang nampak kurang baik itu hakikatnya mungkin lebih baik. Dalam waktu sama kita juga patut menghormati keputusan pemimpin kita yang kita sendiri persetujui kedudukan beliau itu. Kita juga harus percaya bahawa semua itu adalah ketentuan takdir, ketentuan dan kehendak Allah.

4. Di dun Luit khabarnya (rujuk Sinar Harian 18.4.13 m/s 22) ada pihak yang akan bertanding bebas kerana tidak puas hati. Apakah itu alasan berjuang untuk rakyat? Atau hanya alasan berjuang semata-mata untuk jadi wakil rakyat? Bagaimana pula jika mereka dicalonkan, kemudian ada dari kalangan  parti sendiri bertanding menentang mereka sebagai calon bebas pula? Apakah yang perasaan mereka nanti? Selama ini kita bersatu hati dan menuduh politik pembangkang sebagai politik rakus dan tamakkan kuasa. Apa bezanya jika kita lakukan perkara sama?

5. Bagimanapun, sungutan rakyat di dun Luit masih ada kebenarannya serba sedikit. Tetapi ianya masih boleh diperbaiki. Kaum keluarga calon perlu membiarkan calon sendirian dan parti yang akan berada dibelakangnya, berjuang dan mempertahankan. Dalam kata lain, jangan ada campur tangan keterlaluan. 'Ayah' jangan lebih sudu dari kuah. Kalau tidak slogan 'ABAHS' tentu sangat sesuai didendangkan diserata tempat.

6. Kita percaya dengan campur tangan dan kebijaksanaan MB setelah bertemu dengan mereka yang terlibat secara empat mata, perkara-perkara remeh sedemikian akan dapat di 'selesaikan'. Yang penting adalah jangan berikan lansung peluang kepada pembangkang untuk menang mana-mana kerusi dalam PRU kali ini, membiarkan mereka bermimpi untuk menang pun jangan!

7. Di dun Tahan juga ada terdengan bantahan.  Presiden ngo KAWAT dengan diiringi hanya seramai lebih kurang 20 orang berdemo di hentian bas Felda Sg. Retang. Apakah 20 orang itu cukup untuk mengambarkan sokongan rakyat dan seluruh pengundi dun Tahan memberikan sokongan kepada mereka?

8. Di Lipis, UMNO sendiri nampaknya menolak calon Parlimen atas alasan tersendiri. Khabarnya juga Luit dan Lipis menghantar rombongan menemui MB untuk membuat rayuan. Di media sosial ada yang dengan yakin berkata; tukar calon atau 'kalah'. Jika saya berhak mengeluarkan kata, ingin saya katakan sekali lagi...biarlah kita memilih kalah untuk mengajar ahli erti setia kepada parti. Saya setuju dengan kata MB bahawa jangan yakin pada kelemahan lawan sebagai senjata kepada kekuatan kita, namun saya juga percaya bahawa kelemahan kita sudah pasti akan jadi kekuatan pihak lawan.

9. Buktikan bahawa BN akan tetap mantap dan memberikan sokongan kepada calon-calon yang diwatikahkan oleh pemimpin kita. BN Lipis akan sokong Dato' Mohd Sahrum Osman.  BN Luit akan sokong Nurhidayah Shahaimi,  BN Tahan tetap akan sokong Wan Amizan Wan Abdul Razak. Jadikanlah diri kita sebagai insan pemaaf, demi kesinambungan perjuangan parti, demi anak cucu dan generasi masa depan. Semoga calon yang terpilih itu juga akan sedar diri dan tingkatkan perjuangan demi rakyat dan berusaha menjadi wakil rakyat yang terbaik yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat.

17 April, 2013

HANGAT: PROTES CALON BN PRU13 PAHANG?

'Calon yg sesuai dan saya sukai serta pasti tak akan bantah adalah....
saya sendiri.'


1. Nama calon-calon dalam PRU13 bagi BN negeri Pahang telah diumumkan. Dalam masa sama mereka telah menerima watikah masing-masing. 49% muka baharu bagi DUN yang diumumkan oleh PM adalah secara keseluruhan dan rupanya tidak dimaksudkan kepada Pahang secara khusus. 

2. Pahang menyaksikan hanya sebahagian kecil sahaja perubahan dilakukan. Terutama jika kita merujuk kepada UMNO itu sendiri sebagai parti asas kepada komponen BN. 

3. Cakap-cakap sebalik tabir sebagaimana biasa, ada pro dan kontranya. Namun bantahan-bantahan dari  beberapa bahagian terhadap calon yang diumumkan mengecewakan rakyat terutama penyokong BN sendiri.

4. Sebelum ini berapa kali kita sudah ber-akujanji dengan DS Najib sebagai presiden parti bahawa akan tetap menyokong BN walau siapa calon yang dinamakan sekalipun, namun akhirnya kita tetap juga memungkiri kata-kata yang dilafazkan.

5. Atas nama kehendak rakyat, kita menolak calon yang telah diputuskan oleh parti. Andaikan benar ianya kehendak rakyat banyak tentu pemimpin tertinggi akan menyedarinya. Namun apa yang kita bimbangkan adalah nama rakyat digunakan oleh orang tertentu yang berhasrat sangat tinggi untuk jadi wakil rakyat.

6. Di Bera, terdapat bantahan dalam pakatan pembangkang sendiri mengenai calon akibat dari perebutan kerusi. Pas membantah kerana kerusi diperuntukkan kepada PKR, tentu kita sedia maklum kenapa. Namun apabila di Luit dan di Lipis calon UMNO dibantah oleh orang UMNO sendiri saya jadi keliru dan tersangat kesal. Apakah itu perjuangan yang benar ataukah kehendak peribadi membenarkan perjuangan begitu?

7. Melayu itu sukar bersatu itu benar. Si-Kitol dan Raja Mendaliar masih ada didalam jiwa Melayu juga benar. Melayu mudah lupa dan mudah melupakan masa lalu itu benar, bahkan Melayu juga tidak dapat melihat masa depat dengan jelas juga pasti akan memperlihatkan kebenaranya nanti.

8. Di laman sosial facebook saya perhatikan 'post-post' yang memberi pandangan politik mengenai calon-calon tertentu. Ada yang dengan tegas menyatakan calon tertentu tidak sesuai dan penyelesaiannya adalah tukar calon atau kita akan kalah. Jika saya mengundi ditempat berkenaan dan juga ditanya pandangan atau pilihan saya, maka saya akan berani katakan bahawa saya lebih rela memilih untuk kalah.

9. Walau apapun, perjalanan UMNO selepas PRU ini masih jauh dan panjang. Makin ramai pejuang yang akan jatuh dan tumbang. Kita juga akan saksikan mereka yang berubah wajah dan watak dalam pentas politik. Siapa peduli apa?



Sebahagian dari pemimpin dan penyokongnya.

Melihat masa depan Wanita Pahang yang samar-samar.

Apakah selepas ini akan ada lagi gelombang?

15 April, 2013

CALON PRU MESRA RAKYAT DAN MESRA MEDIA SOSIAL

DS Najib di perasmian Konvesyen Media Sosial Malaysia di PWTC


Beberapa hari ini pemerhati politik tanahair berada didalam keadaan tidak tenang. Siang malam mereka tertanya-tanya siapakah calon-calon yang akan mengisi kerusi-kerusi Parlimen dan DUN dalam PRU yang akan diadakan tidak berapa lama lagi. Sebenarnya rasa ingin tahu itu sememangnya semakin membuak-buak bukan saja dikalangan mereka bahkan para penyokong dan pengikut parti-parti yang bertanding. 

Sudah tentulah mereka yang selama ini mewakili parti memberikan khidmat kepada rakyat. Berbagai spekulasi dibuat oleh banyak pihak dalam dalam siri serangan provokasi berkenaan dengan pencalonan bagi melemahkan semangat pihak penyokong parti lawan. Namun yang lebih berdebar-debar tentulah mereka yang sudah menjadi calon serta mereka yang ada harapan untuk dicalonkan.

Ada kalangan sahabat menanya siapakah calon di kerusi itu serta apakah si-polan dicalonkan...dan sebagainya. Sehingga malam ini, senarai nama calon-calon bagi kerusi dun Pahang masih menjadi rahsia. Demikian juga nama-nama calon parlimen UMNO di Pahang masih jadi tandatanya.

DS Najib dalam kenyataannya siang tadi memaklumkan secara keseluruhannya 33% kerusi parlimen dan 49% kerusi dun akan di isi oleh muka baru. Bukan bermakna calon yang dipilih itu adalah dari kalangan muda semata-mata, namun ianya adalah calon yang sebelum ini belum pernah diberikan peluang untuk menyumbangkan khidmat baktinya kepada rakyat.

Apa yang penting adalah DS Najib melihat dalam melaksanakan agenda transformasinya beliau memerlukan golongan muda yang lebih bertenaga dengan gabungan mereka yang telah berpengalaman serta khidmatnya masih diperlukan oleh rakyat yang dimana dia mewakilinya.

Saya masih ingat ketika menyertai Konvensyen Media Sosial di PWTC tidak lama dulu, pengamal media sosial menyuarakan agar penglibatan pemimpin dalam media sosial dijadikan satu kreteria dan kelebihan dalam pemilihan sebagai calon wakil rakyat. Jawapan DS Najib kepada cadangan itu ketika itu adalah akan diberikan perhatian utama.

Hari ini kita sedar bahawa DS Najib memandang serius pandangan para pengamal media sosial itu kerana sedar bahawa media sosial adalah wadah perhubungan dan jalinan diantara pemimpin dengan segala lapisan rakyat. Dalam kata lain, jika ahli-ahli politik yang tidak bergiat dalam media sosial maka peluangnya akan mengecil. 










11 April, 2013

PERPECAHAN PKR MUDAHKAN BN



Baru-baru ini Ketua UMUM PKR (yang naik dengan sendiri tanpa proses demokrasi) telah mengumumkan calon-calon bagi mewakili PKR dalam PRU13 nanti. Dalam sidang akhbar yang penulis hadiri secara senyap dapat dilihat beberapa pemimpin yang hadir memendam rasa tidak puashati masing-masing. 

Mungkin kerana itu jugalah pengumuman kali ini dilakukan di Hotel Megaview tidak seperti sebelumnya diumumkan dihadapan ramai penyokong-penyokong parti. Anu arr sudah serik dengan pengalaman dahulu apabila mengumumkan Dato' Fauzi sebagai calon Inderamahkota, penyokong kuat Azan telah meng'boo' kan pengumuman itu dan disusuli dengan Azan dan pengikut-pengikutnya meninggalkan majlis.

PC yang diadakan adakan itu mengundang keresahan beberapa tokoh dalam PKR yang namanya tidak disebut sebagai calon. Kemana hilangnya nama Zaidi Ahmad, Pengarah Strategi Pilihanraya PKT Pahang? Walaupun senarai nama calon masih belum putus namun beberapa pihak suah merasakan nama mereka disingkirkan dari parti. Kemana perginya Suhaimi Said pejuang orang-orang asal? Apakah dia akan dihantar untuk untuk dipendamkan bersama orang-orang asal?

Terdapat juga rungutan dari beberapa tokoh yang meresakan mereka juga berhak dicalonkan, antaranya adalah Abdul Kadir Manaf yang masih menagih harapan untuk dicalonkan di DUN Lancang.

Selain itu perpecahan semakin jelas diantara Pakatan kerana perebutan kerusi-kerusi parlimen dan negeri yang masih belum dapat diselesaikan. Tidak mustahil akan berlaku pertandingan beberapa penjuru yang akan melibatkan parti-parti pembangkang yang tidak ingin bertolak ansur kerana kerusi yang mereka rasakan patut mereka dapat dirampas oleh parti lain.

Di Inderamahkota, calon DAP tetap akan bertegas untuk bertanding meskipun sebagai calon bebas jika PKR tidak ingin bertolak ansur. Kerusi parlimen Bera juga masih jadi rebutan diantara Pas dan PKR. Demikian juga di Parlimen Temerloh yang masih belum pasti. Penyokong-penyokong PKR Temerloh sudah bernekad akan sabotaj jika kerusi berkenaan diambil oleh Pas.

Ramai pemerhati politik veteran melihat bahawa dibeberapa kerusi parlimen dan dun di Pahang akan menjadi mudah untuk BN kerana keadaan celaru pakatan pembangkang ini. Ada juga pihak yang menyalahkan Anu arr sendiri kerana tidak bertegas dalam hal pembahagian kerusi akibat dari terlalu bertolak ansur dan ingin menjaga hati sahabat dalam pakatan. Dalam kata lain Anu arr sentiasa bermulut manis dihadapan Pas dan DAP namun dibelakangnya dia bersikap lain.





07 April, 2013

SEMBAHYANG UMNO TAK DAPAT PAHALA?




1. Maka bagaimana cara manusia yang hidup dengan sekular boleh masuk syurga. Orang UMNO sembahayang tak ada pahala.

MANIFESTO DAN AKUJANJI: ANTARA 'UBAH' YANG TAK PASTI ATAU KEKAL DENGAN HARAPAN BARU



Semalam PM kita DS Najib telah melancarkan manifesto Barisan Nasional yang dinamakan 'aku janji' bagi membezakan bahawa apa yang dinyatakan dalam manifesto itu adalah janji yang akan ditunaikan apabila BN mendapat mandat baru dalam PRU13 nanti. Ia juga bagi membezakan diantara manifesto BN dengan manifesto Pakatan yang hanya sekadar manifesto pilihanraya dan bukan janji.
 
Rakyat yang kurang bijak mungkin akan terperangkap dengan manifesto Pakatan dan seterusnya memberikan mereka undi kerana inginkan perubahan kerajaan, tapi apakah pilihan mereka itu nanti adalah pilihan yang betul? Mengubah kerajaan bukanlah satu percubaan kerana risikonya sangat besar. Jangan kita terperangkap dengan pujukan pembangkang dengan kata 'kita cuba dulu, kalau tak bagus nanti kita balik semula'. Soalnya apakah bila kita ingin balik semula ianya masih dalam keadaan asal?
 
Saya percaya bahawa penyokong pembangkang bahkan pengikut tegar mereka sendiri tidak mengetahui apa yang bakal berlaku apabila kerjaan berubah nanti. Saya juga percaya bahawa mereka menuruti pemimpin pembangkang bukan kerana benar-benar ikhlas melainkan kerana menerima imbuhan. Sejarah telah membuktikan bahawa dalam masa yang dekat, 34 orang dari pengasas PKR telah meninggalkan parti, yang tinggal hanya 2 - kerana apa? Berbeza dengan pemimpin BN, jika ada yang meninggalkan parti adalah kerana mereka sudah tidak terpilih lagi dan bolehlah dianggap sebagai 'barang buruk'.
 
PRU kali ini, kita hanya memilih 1 diantara 2; Najib atau Anu arr, BN atau Pakatan (yang cacamarba), kekal dengan 'harapan' baru atau 'ubah' dengan apa yang belum tentu. Cuma harus diingat: yang tua dan lama bukan bererti mereka lebih bijak dan berpengalaman dalam memilih, serta yang muda (mahasiswa) bukan juga bermakna mereka cerdik dan terpelajar dan benar ketika membuat pilihan.
 
Di laman facebook (muka buku) saya temui satu post yang baik dan elok untuk dikongsikan bersama. Tulisan yang berdasarkan pengamatan yang jelas berserta pengalaman. Saya mohon kepada pemunya untuk dikongsikan bersama disini. (Segala tulisan disalinkan tanpa sebarang pengubahsuaian dan pembetulan):


Nor Azizuddin Abdul Manan
RAKYAT JEPUN TELAH MEMBUKTI EKSPERIMEN PETUKARAN KERAJAAN TERNYATA TIDAK BERJAYA
 
1. Malam tadi saya dan 3 rakan usrah cuba untuk test market di pages Parlimen FB untuk mengetahui isu2 yang dimanipulasikan oleh pihak Pakatan, ternyata isu2 lapuk telah diketengahkan agar dipopularkan semula seperti isu kehilangan saham bumiputera RM52 Billion, Isu Hudud, Isu hutang negara, Isu Pembekal Kuasa Dalaman (IPP), Isu kronisme dan Isu Laporan Audit Negara. Apa yang kami tahu, insyaallah kami menjawab walaupun berulang2 kali kami memberikan penjelasan namun pihak Pakatan tetap "spin" and "spinning".
 
2. Hari ini, apa yang menarik perhatian saya ketika sesi perdebatan berlansung di PFB, sdr Ir Abu Hanifah Muhammad telah membangkitkan satu kenyataan yang menarik iaitu eksperimen rakyat Jepun dalam soal pemerintahan negara Matahari Terbit itu.
 
3. Umum mengetahui, Jepun telah menyaksikan PRU ke-46 pada 16 Disember 2012 yang lalu dimana keputusan keseluruhan PRU ke-46 kembali berpihak kepada Parti Liberal Demokratik Jepun (LDP) pimpinan Shizo Abe selepas menewaskan Parti Demokratik Jepun (DPJ) pimpinan Kaoto Kan. Dalam PRU ke-46, LDP berjaya memperolehi 294 kerusi Dewan Perwakilan (Dewan Rakyat) berbanding DPJ yang hanya memperolehi 57 kerusi sahaja manakala lain2 parti yang bertanding hanya memperolehi sekitar 10 sehingga 15 kerusi Dewan Perwakilan sahaja.
 
4. Apa yang menarik perhatian saya ialah, eksperimen rakyat negara Jepun dalam PRU ke-45 yang berlaku pada 30 Ogos 2009 telah menyaksikan parti LDP selaku parti yang lama memerintah dan memodenkan Jepun selama lebih 5 dekad kecundang di tangan pihak pembangkang iaitu DPJ pimpinan Yukio Hatoyama yang memperolehi 308 kerusi Dewan Perwakilan manakala LDP pimpinanTaro Aso hanya memperolehi 119 kerusi sahaja. PRU ke-45 Jepun telah menyaksikan pertarungan 2 gergasi politik negara itu sehingga mencetuskan kebimbangan Maharaja Akihita yang meminta semua rakyat bertenang dengan keputusan luar jangkaan itu.
 
5. Sebab musabab PRU ke 45 Jepun yang beralih tampuk pemerintahan adalah disebabkan oleh Manifesti DPJ iaitu dengan kata kunci "CHANGE", maka rakyat Jepun tertarik dengan tawaran manifesto itu. Dengan hanya 5 dasar yang diperjuangkan DJP dalam PRU ke-45 Jepun iaitu (1)Mengakhiri Perbelanjaan Yang Membazir, (2)Pembelaan terhadap Kanak-kanak dan pendidikan, (3)Pencen dan penjagaan kesihatan,(4) Kedaulatan Serantau, (5)Pekerjaan dan Ekonomi.
 
6. Secara ringkas saya mengkaji apa yang terkandung dalam 5 dasar Manifesto DPJ dalam PRU ke-45 Jepun ; dasar pertama, parti DPJ BERJANJI akan mengkaji semula dasar perbelanjaan kerajaan terdahulu yang membelanjakan lebih Y207 Billion, kemudian menghapuskan cukai2 yang membazir dan mengharamkan sumbangan daripada syarikat2 korporat. Dasar kedua, DPJ BERJANJI akan membayar elaun kepada setiap kanak2 di Jepun dengan kadar elaun sbyk Y312,000 setahun sehingga mereka tamat peringkat Junior High School, disusuli dengan menawarkan Pendidikan Percuma di peringkat Sekolah Tinggi (High School) dan mengkaji pemberian biasiswa dengan lebih inklusif. Dasar ketiga, DPJ BERJANJI untuk memastikan setiap pesara dibekalkan dengan buku pencen, meminimumkan kadar pencen sekurang-kurangnya Y70,000 dan memansuhkan skim insuran kesihatan dengan menambah bilangan doktor di hospital2 sebanyak 50% !. Dasar keempat, DPJ akan membangunkan kedaulatan serantau dengan menggunakan dana daripada kerajaan, mencipta satu sistem pendapatan sokongan untuk individu yang terlibat dalam bidang pertanian dan menggiatkan ekonomi tempatan dengan penghapusan TOL dan mengkaji semula perniagaan berbentuk pos. Dasar kelima, DPJ BERJANJI mengurangkan cukai korporat ke atas perusahaan SME kepada 11%, membantu setiap pencari pekerjaan dalam latihan dengan elaun sebanyak Y100,000 sebulan, memperkasakan pernilaian terhadap kepanasan global dengan indutri baru. Itu adalah ringkasan kepada manisfesto parti DPJ sewaktu PRU ke-45 Jepun.
 
7. Faktor kekalahan DPJ : Namun, apabila mereka mendapat kuasa sebagai pemerintah Kerajaan Jepun sehingga gagal mempertahankan apa yang dikecapi adalah kerapa apa yang dijanjikan dalam PRU ke-45 GAGAL untuk ditepati. Rakyat Jepun mengkritik DPJ yang gagal memberikan elaun kepada anak2, pendidikan percuma hanya untuk peringkat Menengah Tinggi sahaja tidak meliputi peringkat rendah, menengah rendah dan universiti, gagal untuk mengekang perbelanjaan membzir sebaliknya pada era DPJ menjadi kerajaan, hutang negara Jepun terus meningkat 200% daripada KDNK negara dan menyebabkan LDP terpaksa menanggung beban kewangan yang ditinggalkan oleh DPJ. Apatah lagi, faktor penyumbang kekalahan DJP adalah disebabkan juga dengan JANJI DJP untuk menjaga kedaulatan serantau tetapi terus membenarkan US Military berkuasa di Kepulauan Okinawa, bukan sekali dua askar marin US ini membuat onar sehingga menyebabkan DPJ kalah teruk dibelasah oleh penduduk Okinawa dalam PRU 2012. Itu baru sikit faktor kekalahan DJP walhal jika mahu disenaraikan disini, perlu masa yang panjang.
 
8. Apabila saya membandingkan Manifesto DPJ dalam PRU 2009 dengan Manifesto Pakatan Rakyat dalam PRU 2013, ada persamaan dalam aspek penghapusan (Abolishment), pengurangan (Reduce), penjimatan (Retrenchment), percuma (Free) dan pemerkasaan (Revitalise). Jika dilihat secara mendalam ternyata, semua janji2 dan tawaran dalam Manifesto Pakatan sebenarnya mengundang padah kepada rakyat M'sia dalam masa sepenggal andai PR memerintah M'sia. Lihat sahaja apa berlaku dalam Manifesto di Selangor, adakah semuanya berjaya dilunaskan ?. Jika dikatakan sudah lunas, kenapa satu demi satu rakyat memfailkan saman ke atas kerajaan negeri itu dan keputusan akhirnya berpihak kepada rakyat.
 
9. Saya tertarik dengan kenyataan seorang ahli akademik dari M'sia yang berkhidmat di Shobi University yang meminta rakyat M'sia agar tidak mengulangi kesilapan rakyat Jepun dengan memilih Pakatan Pembangkang memerintah negara, hasilannya rakyat juga yg akan menanggung bahana seperti yang dilakukan oleh DPJ sepanjang 3 tahun pemerintahan mereka. Bahkan yang paling menariknya seorang penganalisis politik terkenal, Micheal J.Green telah mengkritik DPJ yang gagal dalam Revolusi Musim Sejuk dalam satu artikel yang bertajuk Japan's Confused Revolution. Termasuk juga dengan kritikan Assc. Prof Tomoki Takeda dari Daito Bunka University yang menjadikan DJP sebagai bahan lawak jenaka dalam kegagalan Reformasi Politik yang dibawa oleh pakatan pembangkang di Jepun.
 
10. Kesimpulannya, tidak hairanlah jika dikatakan, memilih parti yang hanya mampu berjanji, mampu berkata-kata, ibarat menanam tebu dibibir tetai kurang dan amat cetek pengalaman mentadbir yg pada akhirnya rakyat juga yang menderita, akibat terlalu teruju untuk membuat eksperimen pertukaran kerajaan. Jangan pisang berbuah dua kali. Untuk rekod, program TRANSFORMASI oleh Kerajaan M'sia pimpinan BN ternyata amat memberikan impak kepada kestabilan negara ini bahkan berjaya meningkat pertumbuhan ekonomi negara. Saya tidak berhasrat mengulas panjang program TRANSFORMASI ini memandangkan DS Mohd Najib telah membuktikan dengan 100 kejayaan yang dilakarkan dalam masa 4 tahun !.
 
Bacaan luas :
 Hutang Negara Jepun :
 Kenyataan Assc Prof
Buat Perbandingan Manifesto DPJ dan PR :
 Kritikan ke atas DPJ :
 
p/s : Yang menariknya pemimpin setiap parti politik Jepun silih berganti, termasuk jugalah dengan UMNO dan parti2 komponen dalam BN juga datang dan pergi bersilih berganti, tapi DAP ?, PAS dan PKR ?...sendiri mau ingat la.


06 April, 2013

DS NAJIB BERI AKU JANJI MENJELANG PRU




Puluhan ribu rakyat menahan nafas, sama ada mereka yang berada di Stadium Bukit Jalil mahupun yang menonton di kaca tv di rumah masing-masing memberikan tumpuan penuh kepada ucapan Perdana Menteri ketika menyampaikan Manifesto BN menjelang PRU 13.

Berikut adalah perincian aku janji berkenaan;

MENANGANI KOS SARA HIDUP

• Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan
• Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150
• Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional
• Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia
• Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar
• Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk
• Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibu bapa bekerja
• Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20% dengan jaminan bandwidth internet
• Memperkenalkan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas
• Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta

MENINGKATKAN KEHIDUPAN WARGA BANDAR

• Menstrukturkan semula Kerajaan termasuk mewujudkan Kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar
• Menambah perwakilan NGO dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan
• Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar
• Mengambil alih penyelenggaraan prasarana perumahan awam
• Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja
• Menyediakan kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar
• Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan mencukupi
• Menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan
• Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan.

MENYEDIAKAN RUMAH MAMPU MILIK

• Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA
• Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20% di bawah harga pasaran
• Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk projek perumahan Kerajaan
• Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah
• Mengambil alih penyelenggaraan semua Projek Perumahan Awam
• Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka
• Menggantikan kawasan setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa
• Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet melalui perkongsian Kerajaan-Estet
• Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000

PELUANG MENDAPAT PERKHIDMATAN KESIHATAN BERKUALITI

• Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat
• Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon – Utara, Selatan, Timur dan Barat di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak
• Mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi
• Memperkenalkan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membolehkan mereka mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan tertentu
• Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan mereka yang menghidap sakit kronik

KE ARAH KECEKAPAN TERHEBAT PENGANGKUTAN AWAM

• Mengembangkan perkhidmatan Sistem Bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya
• Terus memperluaskan sistem rel MRT, LRT dan Komuter
• Membina Terminal Bas, Rel dan Teksi Bersepadu di semua pekan dan bandar
• Menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat
• Meningkatkan jumlah permit teksi individu
• Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR BERTARAF DUNIA DAN TRANSFORMASI LUAR BANDAR

• Memperbanyakkan lorong dan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan
• Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah
• Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Bharu dan Gambang-Segamat
• Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping
• Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat-peringkat
• Melaksanakan konsep Kampung Abad Ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar dan membawa komuniti berkenaan ke dalam pembangunan arus perdana
• Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk
• Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan
• Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah lagi di seluruh negara
• Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 60,000 di Sabah dan 80,000 di Sarawak
• Menggalakkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara

MEMBINA EKONOMI MAPAN, DINAMIK DAN INOVATIF

• Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi
• Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020
• Menyediakan insentif khas untuk perniagaan inovatif dan kreatif bagi menjana lebih banyak pekerjaan dan kekayaan
• Melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran modal
• Mempertingkatkan agenda Bumiputera (termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak) menerusi penyediaan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh (misalnya kemudahan pinjaman dan latihan) dan sokongan institusi
• Bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi menyediakan lebih banyak tanah dan meningkatkan produktiviti tanah sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan ternakan
• Membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah sistem percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat-peringkat
• Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang
• Melaksanakan pelan transformasi SME dan melahirkan Syarikat Dagangan Negara untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi produk SME
• Melahirkan lebih banyak juara di peringkat serantau dan global dalam kalangan syarikat Malaysia
• Memastikan GLC terus membantu pembangunan usahawan melalui pemindahan pegangan bukan strategik GLC dan memperhebatkan program penyumberan luar kepada syarikat Bumiputera
• Menyediakan dana saham amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti India kepada sekurang-kurangnya 3%
• Menubuhkan sebuah Unit Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat India
• Meningkatkan akses kredit mikro untuk semua rakyat Malaysia, termasuk RM100 juta diperuntukkan kepada penjaja dan peniaga kecil

MEMBINA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN NEGARA

• Membawa Malaysia ke tahap “kategori tiga teratas” dalam sistem pendidikan terbaik dunia dengan memperbaiki kualiti sekolah kebangsaan
• Memperbaiki penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah
• Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak
• Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik
• Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh
• Mengembangkan persekolahan satu sesi
• Merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih
• Memperkenalkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang mudah bagi Bahasa Melayu di sekolah Cina dan Tamil
• Membina lebih banyak sekolah, meliputi semua jenis sekolah, di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi
• Mempertingkatkan prestasi mata pelajaran Matematik dan Sains, dan membentuk kemahiran berfikir yang tinggi dalam kalangan pelajar
• Menyediakan insentif kewangan sebanyak RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas
• Menukar status Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kepada sekolah bantuan penuh kerajaan jika sekolah berkenaan ingin berbuat demikian
• Berikrar menyediakan makmal ICT di sekolah-sekolah yang memerlukannya
• Mentransformasikan sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah kemasukan pelajar sebanyak 20%
• Memperluaskan pendidikan prasekolah meliputi semua jenis sekolah
• Menyediakan laluan kerjaya baharu bagi membolehkan 420,000 guru dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi
• Menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus institusi pengajian tinggi awam
• Memperkenalkan skim pemilikan laptop di sekolah-sekolah bersama dengan kemudahan Internet

MENINGKATKAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM

• Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun
• Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan
• Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan
• Menambah baik kebajikan, profesionalisme dan keupayaan Polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
• Meningkatkan keupayaan keseluruhan Angkatan Tentera Malaysia untuk menangani apa jua bentuk pencerobohan dan ancaman luar
• Mempertahankan dan memperkuatkan Suruhanjaya Polis
• Menggunakan sistem 6P untuk mengekang pendatang asing tanpa izin
• Mewujudkan Program SafeCam untuk menghubungkan sistem CCTV swasta dengan awam
• Mengembangkan secara meluas penggunaan CCTV untuk memantau kawasan-kawasan laluan awam yang sibuk seperti kawasan tempat letak kereta, kawasan riadah, pasar malam dan sekolah
• Memperkenalkan inisiatif keselamatan di kawasan skim perumahan awam
• Pengambilan tambahan 50,000 Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis untuk membantu PDRM membuat rondaan dan menjadikan kawasan persekitaran lebih selamat

MEMPERKASA PENYERTAAN WANITA

• Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional
• Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina
• Menyediakan lebih banyak peluang bisnes dan ruang bagi menambah pendapatan untuk wanita supaya mereka lebih berkeupayaan untuk berdikari
• Mewujudkan lebih banyak insentif untuk inisiatif bekerja dari rumah, dengan penekanan yang lebih besar kepada golongan ibu tunggal
• Membuka pusat-pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta menggalakkan sektor swasta untuk melakukan perkara yang sama
• Mengetatkan undang-undang untuk mencegah kejadian penderaan dan gangguan seksual di rumah dan di tempat kerja

MEMENUHI ASPIRASI BELIA

Menyediakan tabung, latihan dan insentif kepada belia yang mahu melakukan usaha niaga komersial
• Menyediakan ruang komersial di dalam kompleks beli-belah selama sehari pada setiap bulan untuk golongan belia mempamerkan dan memasarkan produk kreatif dan perkhidmatan mereka
• Mewujudkan inkubator bagi memupuk kualiti kepimpinan dan kreativiti
• Melahirkan belia yang lebih berdaya tahan menerusi aktiviti kesukarelawan dalam 1M4U
• Mewujudkan lebih banyak lokasi WiFi percuma dengan penekanan kepada kawasan luar bandar dan separa bandar
• Melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa, dan mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat
• Mengkaji semula undang-undang berkaitan hiburan untuk promosi seni persembahan dan kebudayaan

MERANCANG JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL

• Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu
• Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum
• Mengubah Brickfields di Kuala Lumpur menjadi zon mesra golongan buta supaya kawasan itu menjadi zon contoh yang bakal mendorong lebih banyak tempat seumpama itu disediakan bagi memenuhi keperluan golongan kurang upaya di tempat-tempat lain
• Mewujudkan mahkamah khas yang mempunyai status yang sama dengan Mahkamah Tinggi di bawah sistem kehakiman sedia ada, yang mana hakim-hakim akan dibantu oleh penasihat-penasihat yang dipilih dalam kalangan ketua komuniti untuk menyelesaikan isu-isu tanah peribumi
• Mewartakan semua tanah adat menerusi perundingan bersama kerajaan-kerajaan negeri
• Menyediakan lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan komuniti pribumi dan meningkatkan bilangan pengambilan pribumi ke dalam pendidikan vokasional, kolej dan universiti
• Menyediakan tabung untuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dan gerakan masyarakat sivil

MEMPROMOSIKAN AGAMA ISLAM, KEBEBASAN DAN KEHARMONIAN AGAMA

• Mendukung Islam sebagai agama Persekutuaan dan mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinsip Maqasid Syariah
• Memastikan agama-agama lain diamalkan dalam suasana aman dan harmoni
• Isu-isu berkaitan dengan golongan bukan Islam diletakkan di bawah bidang kuasa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri
• Mempromosikan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) dalam semua pendekatan
• Meningkatkan inisiatif dalam menyatukan ummah
• Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri
• Menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat
• Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat
• Menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi-institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat
• Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru Kafa dengan menyediakan gaji berasaskan perkhidmatan dan kenaikan gaji
• Meningkatkan kualiti Sekolah Agama Rakyat dan membenarkan para pelajarnya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan
• Menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok

MEMERANGI GEJALA RASUAH

• Meningkatkan ketelusan dalam prosedur perolehan Kerajaan dengan mendedahkan kontrak kepada awam
• Memberi kuasa kepada SPRM menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan pengambilan kakitangan
• Menaik taraf kedudukan ketua dan pegawai kanan Pesuruhjaya SPRM ke satu peringkat yang lebih tinggi
• Memberikan penekanan yang sama rata terhadap siasatan dan tindakan yang dilakukan ke atas pemberi dan penerima rasuah
• Akses yang cepat kepada Laporan Audit Prestasi Ketua Audit Negara untuk tindakan segera
• Menubuhkan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan Mahkamah Tinggi tambahan untuk kes-kes rasuah
• Melaksanakan aku janji integriti untuk Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri

MEMPERKUKUHKAN PERKHIDMATAN AWAM, MENAMBAH BAIK URUS TADBIR

• Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3 peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji dilakukan
• Penambahbaikan skim perkhidmatan awam dengan menyediakan lebih banyak peluang kenaikan pangkat dan pembangunan bakat serta memastikan kualiti kehidupan penjawat awam terpelihara
• Melanjutkan tempoh kontrak para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap
• Memperluaskan Pusat Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama
• “Merakyatkan Perkhidmatan Awam" bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang
• Menggerakkan dan memperkasa perkhidmatan awam, termasuk Pejabat-Pejabat Daerah dan Kerajaan Tempatan, bagi memenuhi permintaan dan keprihatinan rakyat
• Menambah baik kaunter perkhidmatan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan depan daripada pelbagai kaum dan memperluaskan perkhidmatan online untuk urusan pembayaran dan permohonan
• Memperkenalkan program-program pengambilan pekerja untuk memastikan keseimbangan antara kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan
• Meningkatkan potensi, kemampuan dan kapasiti semua penjawat awam tanpa mengira kaum dan jantina
• Memberikan perhatian yang istimewa kepada orang kurang upaya untuk memanfaatkan potensi dan kemampuan yang mereka miliki

GERAKAN KESEDERHANAAN GLOBAL

• Berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin
• Menyokong usaha menjadikan ASEAN sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun 2015
• Berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memainkan peranan utama dalam keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan
• Meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan bilateral dengan negara rakan dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun
• Membentuk Dasar Luar yang menyokong kepentingan-kepentingan strategik politik, ekonomi dan keselamatan kita
• Mengetuai usaha menentang jenayah-jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah
• Memperbanyakkan program outreach kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, selatan Thailand, Mindanao dan di mana sahaja

MEMULIHARA SUMBER SEMULA JADI

• Menawarkan insentif kewangan kepada premis komersial dan persendirian yang melabur dalam sumber-sumber teknologi hijau yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan biomas
• Memperuntukkan lebih banyak ruang untuk kawasan hijau di bandar-bandar utama
• Memulihara sungai dan anak sungai menerusi pertambahan peruntukan kewangan dan undang-undang yang lebih ketat, selain memperhebatkan usaha itu melalui program khas UNDP dan Sungai Nadi Kehidupan
• Menambah program pendidikan untuk menyemai sikap mencintai alam sekitar
• Memulihara hutan dan melaksanakan program penanaman semula hutan
• Menguatkuasakan undang-undang yang ketat dan dikemas kini untuk mencegah kegiatan penerokaan secara haram di kawasan-kawasan strategik dan utama
• Menggunakan teknologi hijau dan terbaharu dalam pengurusan sisa pepejal

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...