Ini isu yang dimainkan oleh pencacai pembangkang yang kononnya PM DS Najib tidak melakukan apa-apa ketika negeri-negeri dilanda banjir yang dahsyat.
Dalam kehidupan kita ada 24 jam untuk sehari samalam. Jika 1.. 2 jam DS Najib bermain golf, apa kita tahu apa yang dilakukan oleh PM dalam masa 22..23 jam selebihnya? Ketika DS Najib melakukan lawatan dibeberapa kawasan yang dilanda banjir kenapakah pembangkang mendiamkan diri?
Hakikatnya adalah, mereka hanya mencari kesalahan dan kelemahan orang lain. Segala kebaikan tidak akan mereka pandang atau mereka akan pejamkan mata. Semoga Allah membutakan mata mereka itu yang sengaja tidak melihat sebarang kebaikan yang dilakukan dan sentiasa berniat buruk.
DS Najib adalah Perdana Menteri Malaysia. Dia akan sentiasa dirujuk sebagai Kerajaan. Pembangkang akan sentiasa memburukkan Kerajaan untuk meburukkan DS Najib dan mereka juga akan memburukkan DS Najib untuk mengambarkan Kerajaan ini buruk dan gagal membela nasib rakyat.
Tetapi Kerajaan Malaysia bukanlah DS Najib seorang. Kita ada TPM dan Menteri-Menteri dengan portfolio terentu. Di Negeri-Negeri kita ada Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri serta Ecxo-Exconya. Di Daerah-Daerah kita ada Pegawai-Pegawai Daerah. Di Mukim-mukim kita ada Penghulu-penghulu dan di Kampong-kampong kita ada Ketua Kampong. Semuanya bertanggung-jawab kepadnya Negara dan mewakili Kerajaan serta Perdana Menteri.
Mereka inilah semua yang memikul dan menjalankan tugas yang digariskan dan dirancang oleh Kerajaan. Apakah mata pembangkang semuanya telah dibutakan dan akalnya telah dibuntukan selama ini?
Malaysia mempunyai lebih 24 juta penduduk, apakah mungkin DS Najib berada rapat dengan semua orang dalam setiap masa? Bahkan di Pantai Timur sekalipun, bahkan di Pekan sekalipun, DS Najib tidak mungkin akan dapat berada disamping semua orang dalam setiap masa. Sudah tentulah amat mustahil bagi DS Najib untuk memuaskan hati semua orang terutama dalam semua masa.
Kenapa pula pihak pembangkang tidak menanyakan soalan sama kepada Anwar Ibrahim? Apakah yang dilakukannya ketika banjir melanda? Bahkan kepada Hj Hadi sendiri, berapa tempatkan yang dilawatinya dan apakah bantuan yang diberikannya?
Kelantan yang sudah hampir tenggelam, apa yang pemimpin-pemimpin Pas lakukan selain dari masih berkepentingan politik semata-mata. Hakikatnya sebanyak mana yang Hj Hadi lakukan, beribu kali lebih banyak yang DS Najib dan Kerajaan lakukan untuk kebaikan rakyat. Cuma, rakyat perlulah mmbuka mata lebih luas serta buka juga minda dan jangan terpengaruh dengan infografik seperti diatas yang sememangnya berniat jahat untuk meburukkan Kerajaan.
Sebentar tadi saya sempat mengikuti sidang akhbar mengenai bencana banjir di Pahang ketika lawatan TPM ke Kuantan. Apakah pembangkang tidak nampak bahawa ini juga usaha kerajaan dibawah kepimpinan DS Najib dan kerjasama dalam satu pasukan dan bersepadu?
TPM TS Muhyiddin Yassin serta MB Pahang DSD Adnan Yaakob berusaha keras untuk membantu mangsa-mangsa banjir namun janganlah kita bersangkakan bahawa mereka hanya akan melayan kehendak kita seorang sahaja. Kita juga mesti selalu ingat bahawa jikalau kita dalam kesusahan, masih ada orang yang lebih susah dari kita ketika itu.
Jadilah rakyat dan manusia yang bijak dan berfikiran waras, serta janganlah mudah percaya kepada fitnah yang sengaja dicipta untuk memburukkan PM dan Kerajaan kerana mungkin keadaan kita sebenarnya jauh lebih baik dari nasib kebanyakan rakyat di negara-negara lain di dunia. Bersyukurlah!