31 August, 2009

PEMEGANG KUNCI SYURGA: Apakah erti merdeka bagi kita semua?





Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Negara kita Malaysia diistiharkan merdeka pada 31hb. Ogos,1957.
Sejak tarikh itu, kita mengulang laungan kata-kata tersebut berkali-kali;
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Apakah erti merdeka bagi kita semua?
Bagi generasi yang lahir sebelum merdeka, merdeka bagi mereka adalah memperjuangkan kebebasan rakyat bagi membentuk sebuah negara yang bebas dari penjajah. Mereka perjuangkan kemerdekaan ini dengan hati nurani mereka. Mereka berkorban dengan tulus dan ikhlas. Rakyat diseluruh negara berkorban harta dan benda untuk tujuan ini. Untuk memungkinkan Tengku Abdul Rahman berangkat ke England bagi merundingkan kemerdekaan, seluruh rakyat menghulurkan derma. Pada saat itu kita menyaksikan orang-orang melayu termasuk dari kampong-kampong di pedalaman sanggup melucutkan rantai dan gelang mereka untuk melihat impian ini menjadi nyata.

Apakah erti merdeka bagi kita semua?
Apabila kemerdekaan dicapai, kerajaan mengisinya dengan pembangunan. Setiap rakyat menerima semula balasan dari apa yang disumbangkan. Pembangunan dimerata-rata, pertanian dimajukan dan kerajaan memberikan subsidi dalam banyak perkara bagi membantu rakyat untuk mengecapi kemajuan dan kemerdekaan yang diperjuangkan selama ini. Kerajaan membantu dalam setiap perkara; dari nelayan dan petani kepada perniagaan dan pelajaran. Anak-anak merdeka belajar dengan bantuan kerajaan sehingga keluar negara bagi membentuk satu masyarakat yang akan membangunkan negara dan menjadikan negara sebuah negara moden.

Apakah erti merdeka bagi kita semua?
Apakah erti merdeka bagi kita semua apabila tangan yang memberi kita gigit? Pelajar-pelajar yang dihantar keluar negara yang diberikan biasiswa dengan tujuan membangunkan negara tetapi yang dipelajarinya adalah untuk menjadi kurang ajar. Disana mereka diajar untuk mengecam kerajaan sehingga kepala yang datang putih bersih bertukar menjadi hijau. Disektor awam, mereka yang digajikan kerajaan untuk menjalankan tugas bagi membela rakyat tetapi mereka manyampaikan dakyah memburukkan kerajaan. Sehingga tiada yang putih melainkan hijau belaka. Dikampong-kampong disetiap masjid dan surau yang kerajaan bina untuk tempat beribadah dipenuhi dengan tohmahan dan caci-maki politik memburukkan kerajaan sehingga masjid yang putih menjadi hijau semuanya. Merdekakah kita kerana membentuk masyarakat kurang ajar?

Apakah erti merdeka bagi kita semua?
Anak-anak yang lahir zaman ini, dari ibu bapa yang mempersendakan kemerdekaan itu, akhirnya meraikan kemerdekaan ini didisko-disko dengan pelbagai pil khayal, meraikan kemerdekaan dijalan-jalan raya dengan aksi rempit yang menakutkan. Ibu bapa mereka merestui mereka menjadi peragut, panagih, penyalah gunakuasa, perasuah, penzina, perogol bahkan peliwat!!! Inilah balasan bagi kemerdekaan sebuah negara. Segala bangsa yang dahulunya bersatu padu dan hidup dalam rukun dan aman damai kini di hasut untuk berpecah belah dan bertelagah sesama sendiri. Apakah ini erti merdeka bagi kita semua?

Apakah erti merdeka bagi kita semua?
Bila kita tidak berterima kasih kepada apa yang kita ada dan terima selama ini. Bila kita tidak menghargai tangan yang memberi. Bila kita secara sedar atau tidak telah membina masyarakat yang akan menghancurkan negara sendiri. Bila kita sudah tidak menghormati Raja dan negara. Bila kerana taksub kepada sesuatu anutan terhadap parti politik tertentu sehingga kita sanggup seperti lembu berbaring dijalan raya menunjuk sikap biadab dan kurang ajar kepada Raja kita sendiri. Bila kita menggunakan agama untuk kepentingan politik sendiri.

Apakah erti merdeka bagi kita semua?
Yang bernama bangsa melayu...


Klik untuk baca blog seorang sahabat lama yang hampir dilupakan: Kita bukan mengejar mimpi

30 August, 2009

PEMEGANG KUNCI SYURGA: DERHAKA KEPADA RAJA

kerana cita-cita politik mereka dengan biadab derhaka kepada raja,nyahkan mereka dari bumi Melayu ini



BANGKOK - Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap seorang wanita, Daranee Charncherngsilapakul selepas dia didapati bersalah menghina pemerintah Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej, kata seorang pegawai.

Wanita berusia 46 tahun itu melakukan kesalahan tersebut semasa berucap dalam beberapa perhimpunan antikerajaan anjuran kumpulan Baju Merah yang menyokong bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra.

Perbuatan itu dilakukan di Taman Sanam Luang, di sini pada Jun dan Julai tahun lalu.
Dalam ucapannya, Daranee membayangkan bahawa rampasan kuasa oleh junta tentera bagi menggulingkan Thaksin pada 19 September 2006 didalangi Raja Bhumibol dan keluarga diraja Thai.

"Walaupun defendan menyatakan dia tidak bermaksud menghina raja atau mempengaruhi orang ramai, dia tidak terlepas daripada hukuman," kata seorang hakim.
Menghina institusi beraja adalah kesalahan berat di Thailand dan pihak yang berbuat demikian boleh dihukum penjara melalui undang-undang. - Agensi


Di negara kita, sesetengah pihak dari parti politik pembangkang sama ada yang perjuangkan Islam atau yang membantah perjuangan Islam dengan angkuh menghina Institusi Beraja kita. Kerana itu ada yang mengemukakan sama ke atas Sultan dan ada yang sanggup berbaring-baring ditengah jalan menghalang perjalanan Sultan. Perbuatan yang biadab dan tidak bertamadun ini harus dikenakan tindakan undang-undang yang keras atau berikan mereka pilihan sama ada ingin tinggal di negara ini dengan menghormati Institusi Beraja kita atau tinggalkan negara ini untuk ke negara pilihan mereka.

Sahabat saya, seorang blogger yang muda remaja mengulas isu ini dengan begitu baik dan bernas sekali. Sila klik disini untuk ke blog beliau.

29 August, 2009

PEMEGANG KUNCI SYURGA: KONSPIRASI POLITIK




Dalam politik peringkat tinggi segalanya serba mungkin, segalanya penuh dengan konspirasi. Justru yang sering kita lihat dan dengar tidaklah sepertimana apa yang sebenarnya berlaku, ada hitam disebalik putihnya. Banyak yang kita tidak mungkin fahmi dan sukar untuk diakui. Kepentingan politik boleh mengatasi segalanya dan yang berlaku adalah tukar-ganti dan jual-beli kuasa diantara mereka.



Konspirasi 1: Anwar mahu divert bila tiba 3 september nanti

Konspirasi 2: Rohaizat jadi kambing hitam

Konspirasi 3: Isu bogel Eli

Konspirasi 4: Kepala lembu, kepala babi dan Khairy





Dan banyak lagi yang tidak mungkin diperkatakan semuanya disini. Termasuk bagaimana sekumpulan orang yang sanggup berbaring diatas jalan di Kuala Kangsar tidak lama dulu bagi menghalang perjalanan Sultan Perak untuk mengumumkan pertabalan Menteri Besar Perak dan sebagainya. Segalanya menuntut penjelasan dan pentafsiran. Namun, tanpa disedari, bahawa kita adalah hanya buah-buah catur dalam permainan politik yang besar. Jadi benteng pertahanan dan dikorbankan...begitu saja.

Akhir sekali bacalah komen seorang rakan disebuah blog;

August 29, 2009 5:29 AM
Blogger Semerah said...

Ini sumbangan PR yang terdiri dari DAP, PAS & PKR di Perak.
FAKTA !!!
SEJAUH MANAKAH KEADILAN/KETELUSAN POLISI PEMBERIAN GERAN TANAH '999' TAHUN KERAJAAN PAKATAN DAP/PKR/PAS DI PERAK?

Kampung Baru - 55,233
Kampung Tersusun - 73,703

128,936 geran tanah
________________________

Melayu = 27.66% (35,663 geran)
Cina = 57.49% (74,125 geran)
India = 14.85% (19,146 geran)
________________________

>>> Justeru itu, dimanakah yang dikatakan kesamarataan, keterbukaan dan keadilan untuk semua yang diwar-warkan oleh pakatan pembangkang ini??

Sumber : Blog Datuk Mohd Hafarizam Bin Harun ( Penasihat Undang-Undang UMNO Malaysia )

28 August, 2009

PEMEGANG KUNCI SYURGA: TAKSUBNYA ORANG SEBELAH SANA

tuan guru pun manusia biasa, pun sakit juga



Ya sheikh! Ya Sayyid! Ya maulana! Marah sungguh sahabat saya ibnu sidik, orang sebelah sana bila saya menulis 'Orang PAS pun belum tentu masuk syurga'. Marahnya dia mungkin kerana baginya segala pemimpin PAS, tuan-tuan guru PAS dan Ulamak-ulamak PAS semuanya maksum namun dia terlupa bahawa mereka itu adalah manusia biasa dan ahli politik biasa. Setiap kata dan perbuatan mereka itu hanyalah berasaskan dan berlandaskan kepentingan politik semata-mata.

Kepada sahabat saya ini, apabila kita menyentuh dan menegur para pemimpin PAS kita harus memberikan fakta tetapi dia juga lupa bahawa ketika pemimpin-pemimpin PAS menjatuhkan hukuman dan memberi fatwa-fatwa kepada orang-orang UMNO mereka tidak pula menyertakan fakta. Siapa yang tidak mengesahkan sembahayang yang berimamkan orang UMNO, siapa yang mengharamkan daging sembelihan orang UMNO serta nikah yang diwalikan oleh orang UMNO?

Marahnya sahabat saya ini sehingga dia lupa PAS mengkafirkan UMNO kerana bersekongkol dengan MCA dan MIC tetapi kemudiannya menghalalkan PAS bersekongkol dengan DAP kafir harbi.Dia juga lupa akan cerita yang mereka sendiri telah putarbelitkan.

Sahabat ana, Husin Lempoyang - bukan Hasan Tempoyang (Hasan Tuah, Kg. Tempoyang, Kuala Lipis) ada cerita ringkas mengenai Nik Aziz. Sdr Husin Lempoyang ni feniaga Onta dari bazzar bagdad, selalu juga jual orang mau untung lebih - hehehe. Ente boleh klik disini untuk baca. Klik juga disini untuk baca lagi.

Lagi satu sahabat saya, penulis blog 'Sayap Kanan', juga mengulas mengenai Nik Aziz. Eloklah saudara ibnu sidik dan puak-puak sebelah sana menguntukkan sedikit masa untuk membaca disini - mana tahu kalau nak terbuka pintu hati dalam mencari kebenaran yang hakiki. Klik disini untuk baca blog yeop perak mengenai Nik Aziz.

Ini berita tentang 'Nik Abdul Aziz Nik Mat terbunuh dalam kemalangan' - sila klik disini untuk baca. Al-fatihah!

27 August, 2009

PEMEGANG KUNCI SYURGA: ORANG PAS PUN BELUM TENTU MASUK SYURGA





YAB Datuk Seri Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Ulamak Nik Aziz Bin Nik Mat merangkap Mursyidul Am PAS berkata: ’Penyokong UMNO tidak masuk syurga’. Apakah syurga Allah hanya untuk ahli-ahli dan penyokong PAS sahaja? Mungkin untuk ahli-ahli dan penyokong DAP dan PKR juga? Apakah mendaftar sebagai ahli PAS boleh dianggap permohonan untuk masuk syurga? - walaupun orang itu melakukan kerosakan dan membawa bencana dimuka bumi ini?

Beberapa hari lepas saya berhubung dengan seorang sahabat melalui YM dan perbualan itu saya rakamkan disini (dengan izin beliau). Saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat saya itu kerana membenarkan perbualan kami disiarkan kepada umum.

Berikut adalah sebahagian dari perbualan kami (tanpa sebarang pengubahsuaian):



Sunan Ampel: salam bossss

Saya: salam

Sunan Ampel: sibuk ke..?

Saya: tk juga, nk siapkan posting blog utk esok

Sunan Ampel: wah rajin yer.. hehehehe takpe2 adalah habuan di kemudian hari

Saya: habuan?? mmm syok sendiri je ni, yg penting kita tulis ada org nk baca

Sunan Ampel: kekekeke niat baik habuan nya baik lah

Saya: mmm

Sunan Ampel: bukan pasal habuan tapi pasal perjuangan kan, sy tenguk bh consistant. ... Tadi member ajak g minum sorang dua2 ustaz balik mesir. sorang penyokong pas.. sorg lagi macam saya natural

Saya: mmm, ada apa citer menarik org balik mesir?

Sunan Ampel: hehehe berbincang pasal agama .. hudud dan pas soal rasuah hehehehe
bh nak tau tak..

Saya: nak...mungkin boleh jadi modal posting akn dtg...

Sunan Ampel: kenapa member yg lagi sorang natural tak masuk mana mana parti..?

Saya: mmm

Sunan Ampel: sebab dia kenai ustaz2 yg balik mesir tu..sapa member2 dorg juga
macamana nak hapus rasuah kalau masa jadi student dulu pun bagi rasuah juga kat airport. hehehehe bagasi terlebih hulur kat pekerja nama sape2 dia bagitau..la cuma nak posting tak boleh letak nama.. sumber lama masa menuntut org2 tu la jugak sekarang konon hentam umno rasuah..hehehehe macamana tu bh..?

Saya: adil lah tu, hehehe kalau mereka jadi pemimpin dan berpeluang pun mereka balun juga apa beza antara org pas dan umno? manusia biasa

Sunan Ampel: betul tu saya lebih pada menyokong umno dan org umno

Saya: utk esok sy ulas komen zaid ibrahim tadi...kata tak patut kita kecam anwar sebagai ketua pembangkang tetapi bila anwar kecam najib? tak ada pun mereka sebut itu tak wajar. Patutlah agaknya pada mereka.

Sunan Ampel: sebab pas tak sepatutnya membenci umno..zaid ibrahim org nuar kan..?

Saya: Mmm



Kita mengucapkan selamat ke syurga kepada orang-orang PAS, walaupun mereka berbuat kemungkaran didunia ini. Nasib mereka lebih baik dari orang-orang UMNO kerana Tuan Guru mereka adalah pemegang kunci syurga. Selepas ini akan ramai dan berebut-rebutlah semua pembuat dosa dan kemungkaran untuk menjadi ahli PAS kerana ingin ke syurga yang Tuan Guru dan Ulamak mereka janjikan dan akhirnya ahli-ahli PAS akan terdiri dari; penjenayah, pelacur, perasuah, penipu, pemakan harta anak-anak yatim, penzina, perogol, peliwat...hah? PELIWAT??? Oooooo! dia tu!.... yang akan mengiringi tuan-tuan guru dan ulamak yang menyesatkan ke kerajaan langit

26 August, 2009

PEMEGANG KUNCI SYURGA: PENGUNDI PERMATANG PASIR KELIRU

Pengundi Permatang Pasir keliru antara syurga Allah dengan syurga Nik Aziz



Tahniah! Akhirnya PAS menang di Permatang Pasir sekali gus berjaya mengekalkan DUN berkenaan sebagaimilik PAS/PR. Disebalik jumlah yang keluar membuang undi berkurangan, undi yang diterima oleh calon PAS juga merosot.

Seorang rakan blogger berkata; Kalau dulu sebelum pilihanraya umum ke 12, BN boleh berbangga kerana hampir setiap calon yang mereka calonkan akan memenangi pilihanraya mereka dengan mudah. Tetapi kini selera rakyaat Malaysia telah berubah... di sesetengah kawasan senarionya telah terbalik, rakyaat di kawasan tersebut dilihat lebih berselera untuk mengalahkan calon BN gara-gara perspektif yang dimainkan oleh parti pembangkang. Letaklah calon mana sekalipun yang "terlibat" dengan "kongsi gelap", "songlap" duit parti, "songlap" duit peruntukan wakil rakyaat maupun "kacau" isteri orang mereka tetap akan dipilih rakyaat. Rakyaat tetap memilih "mereka" kerana parti yang mereka wakili telah "diwarnakan" dengan begitu indah sekali.

Pemikiran rakyat di akar-umbi masih kuat berpaksikan kepada persepsi-persepsi yang disemai oleh Pakatan Pembangkang. Fenomena ini bahaya menurut penulis kerana sesetengah "rakyaat" kini seperti tidak boleh berfikir dan menilai sendiri keadaan politik negara, tetapi lebih bersandarkan kepada fitnah dan strategi menelanjangkan aib calon lawan oleh parti pembangkang. (Klik untuk baca seterusnya)


Seorang blogger lain berpendapat: Pengundi Permatang Pauh boleh diibaratkan robot atau paranoid, hati dan minda sudah tertutup. Letaklah apapun di depan hidung jika ianya mempunyai lambang kati (dacing) ia akan menolaknya. Kononnya korup dan tidak bersih. Umno dan BN dihina sehina-hinanya. Penghinaan Umno dan BN semakin ketara apabila si al-sodomy menjadi pendekar buah labu, Pas pun sama naik dengan al-sodomy, lupa hukum lupa akhirat. menfitnah, meruntuhkan masjid, menyalahgunakan masjid dan lebih teruk menggunakan agama sebagai alat berpolitik. Stop (klik utk ke blog berkenaan)

Apapun, penduduk Permatang Pasir telah membuat pilihan mereka. Hanya saya berharap kerajaan lebih bertegas dalam membuat keputusannya pula. Kawasan yang diwakili pembangkan tidak harus diberikan perhatian dari segi pembangunan. Jika ada sebarang janji sebelum PRK ini, maka usahlah ditunaikan kerana pihak pembangkan telah menanamkan sikap jika inginkan pembangunan pilihlah pembangkang dan kerajaan akan berikan lebih pembangunan kerana ingin menarik hati rakyat. Kita bimbang nanti ianya jadi satu trend bahawa jika inginkan pembangunan dan perhatian kerajaan, maka sokonglah pembangkang.

Selain itu, UMNO harus dengan lebih telus melihat kedalam diri sendiri, sejauh manakah kita telah berubah? Kekuatan UMNO berpaksi diakarumbi, tetapi sekuat dan sekukuh manakah akar umbi UMNO sekarang ini? Sikap pemimpin UMNO dicawangan-cawangan yang mendiskriminasikan ahli membuatkan UMNO semakin mengecil. Pemimpin di cawangan tidak berminat untuk menarik lebih ramai bilangan ahli kerana bimbangkan kedudukannya akan terancam. Mereka lebih rela bermesyuarat dengan 10-15 ahli sahaja walaupun senarai ahli cawangan lebih dari 100 orang. UMNO diperingkat dan majlis tertinggi harus memantau hal ini dengan lebih serius lagi.

Dalam posting yang lepas-lepas saya menyatakan bahawa UMNO/BN akan terus kalah sepanjang PRK sebelum PRU13 nanti kerana sikap rakyat yang lebih cenderung menentang kerajaan. Oleh itu kekuatan UMNO diperingkat akarumbi MASTI diperkuatkan dengan bersungguh-sungguh. Bilangan ahli yang komited dengan perjuangan UMNO mesti ditambah. Ketua-ketua dicawangan yang tidak telus berjuang harus disingkirkan, begitu juga diperingkat bahagian. Parti UMNO harus dirakyatkan dan tidak lagi dijadikan parti untuk golongan elit sahaja.

Kepada DS Najib dan TS Muhyiddin, pantaulah segala perubahan yang sedang dan ingin dilakukan kerana masa kita semakin singkat. Selagi UMNO diperingkat bahagian dan cawangan tidak berubah maka selagi itulah UMNO secara keseluruhannya tidak akan dapat dirakyatkan. Tumpuan khusus harus diberikan di peringkat bahagian kerana inilah peringkat yang paling menghadapi kesakitan dan barah yang serius. Saya percaya DS Najib dan TS Muhyuddin lebih arif tentang ini ~ bRAVEhEART


Bacaan lanjut - sila klik:
Analisis Pilihanraya Permatang Pasir

PAS tolak permohonan untuk ke syurga?

25 August, 2009

PEMEGANG KUNCI SYURGA: MAINAN POLITIK

Siapa boleh masuk syurga dan siapa tidak? Klik (sini) untuk baca.




Sama ada mengakuinya atau tidak tetapi inilah kenyataannya, bahawa pertembungan dan kegawatan politik yang berlaku dewasa ini adalah pertentangan diantara 2 individu, iaitu Anwar Ibrahim dan DS Najib. Ini adalah pertentangan peribadi antara mereka, diantara yang terlepas haknya dengan yang berhak mendapatkannya.

Anwar Ibrahim yang kedudukannya sebelum ini adalah terlalu hampir untuk menjawat jawatan sebagai PM Malaysia merasa terlalu kecewa berikutan kecicirannya dari senarai pemimpin yang berpeluang menjawat jawatan tersebut. (Saya tidak mahu mengulas mengenainya dan bagaimana ianya berlaku kerana beranggapan bahawa semua pihak sudah maklum mengenainya.) Kerana itu beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkanya semula tempatnya walau dengan apacara sekalipun.

Pada waktu pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, mulanya dia diserang dan disaran meletakkan jawatan sebagai Pedana Menteri atas alasan gagal bertindak cemerlang, namun apabila menyedari DSN akan mengambil alih kepimpinan, maka mereka (pihak pembangkang yang diketuai DSAI) merasakan adalah lebih sukar merampas pemerintahan dari DS Najib berbanding dari Abdullah Ahmad Badawi, lalu mereka membuat kenyataan bertentangan dengan menyokong kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi pula. Kita masih belum lupa!

Setelah peralihan pucuk pimpinan berlaku dengan AMAN, maka mereka berusaha melakukan satu demi satu tekanan bagi membuatkan pantadbiran kerajaan tidak stabil seterusnya mereka akan merampas kuasa (bukan secara militan) dan seterusnya memerintah Negara.

Namun antara yang menarik dari permainan politik antara mereka adalah dalam kes kerajaan Negeri Perak. Ianya bermula dengan pengumuman seorang ADUN BN melompat parti masuk PKR. Lalu segera PKR membuat kenyataan akhbar mengenainya dan Anwar Ibrahim ternyata sangat gembira. Namun setelah itu ADUN tersebut melompat semula masuk BN beserta beberapa ADUN PR yang keluar dan menjadi ahli bebas. Pada saat ini kita melihat DS Najib pula yang gembira sedangkan Anwar Ibrahim masam mencuka. Inilah kekalahan pertama Anwar Ibrahim secara langsung. Maka beberapa tokoh dari parti pembangkang pun mula mengeluarkan kenyataan bahawa perlakuan itu tidak sah dan tidak bermoral.

Ini adalah permainan politik tingkat tinggi yang penuh dengan konspirasi dan kontroversi. Tidak ramai yang akan faham dan ternyata diperbodohkan. Kini ianya dimainkan lagi. Terbaru - YB Mohd Razi ADUN Lunas, Kedah mengumumkan keluar parti PKR dan meletakkan semua jawatan dalam parti serta mengistiharkan sebagai ADUN bebas. Banyak yang bertanya, kenapa sekarang ini? Jawapannya sudah tentu untuk meraih sokongan politik bagi PRK Permatang Pasir.

Apa pun, seperti yang saya katakan tadi, ini adalah pertentangan peribadi Anwar Ibrahin dengan DS Najib. Rekod bersih masih pada DS Najib, beliau masih belum pernah dikalahkan sedangkan Anwar Ibrahim ibaratkan peninju yang telah berkali-kali tertiarap ditengah gelanggang dengan mata yang lebam.




(Klik utk baca: Sinopsis Drama Politik Lompat Katak Bhg. 1)

(Klik utk baca: Sinopsis Drama Politik Lompat Katak Bhg. 2)




(Percuma/ Sila Klik: Nik Aziz Pemegang Kunci Pintu Syurga)

24 August, 2009

PERJUANGAN 2 PARTI POLITIK MELAYU MENGHANCURKAN BANGSA SENDIRI.

Apabila kedua-dua Melayu kalah, kedua-duanya nanti akan jadi hamba di negeri sendiri dan anak-cucu akan menyumpah sepanjang hayatnya



Sejak dulu lagi 2 parti politik yang mewakili bangsa Melayu ini tidak pernah bersefahaman. Mereka (pemimpin-pemimpin mereka) sentiasa mencari perbezaan diantara mereka bukannya ,mencari persamaan yang ada. Ditambah lagi dengan api yang dinyalakan oleh bangsa-bangsa lain dan dari sekumpulan melayu sendiri yang kecewa dan memperjuangkan kepentingan peribadi, maka jurang diantara parti terbesar bagi orang melayu ini; UMNO dan PAS semakin lebar dan dalam.

UMNO – perjuangannya berteraskan semangat kebangsaan Melayu, namun rela berkongsi kuasa dengan bangsa-bangsa lain tanpa sebarang syak dan wasangka sejak dari zaman merdeka lagi. UMNO sebagai teras parti komponen Negara sentiasa mencorakkan arahtuju dan wawasan untuk negarabangsa dengan mendaulatkan Islam sebagai agama resmi kerajaan tanpa sebarang toleransi.

Sedangkan PAS pula – menjadikan Islam sebagai asas perjuangan dengan sikap ekstrem mereka sentiasa menolak kerjasama dengan UMNO dengan berbagai alasan termasuk antaranya UMNO tidak perjuangkan Islam, tetapi dalam masa sama mereka mampu berkerjasama dengan bangsa lain yang sah sebagai kafir harbi dan menolak perjuangan Islam.

Apakah yang mereka perjuangkan sebenarnya selama ini? Saya melihat yang mereka perjuangkan hanyalah untuk mendapat kekuasaan. UMNO ingin menjadi parti tunggal yang mewakili bangsa melayu dan begitu juga PAS yang ingin mencuri sedikit sokongan melayu untuk berkuasa.

Bukankah PAS juga secara tidak langsung perjuangkan melayu kerana ahli-ahlinya adalah dari kalangan bangsa melayu? Berapai ramai bangsa cina dan India yang menjadi ahlinya? Apakah PAS dapat terus kekal kuasa tanpa sokongan melayu? Kita percaya jika ulamak-ulamak dan tuan-tuan guru dalam PAS benar-benar jujur untuk untuk perjuangkan Islam, mereka mampu lakukan ini dalam UMNO kerana UMNO adaah sebuah parti yang kuat (ketika itu) dan menguasai kerajaan.

Kenapa tidak mereka lakukan itu? Jawabnya adalah kerana mereka hendak lakukan itu sendiri setelah mereka kuasai kerajaan. Bermakna mereka hendakkan kuasa , mereka hendakkan jawatan dan tanpa menolak kepentingan peribadi mereka serta kroni mereka sendiri. Inilah hakikat yang semua rakyat harus sedari. Ini sangat penting kerana sama ada secara sedar atau tidak pertembungan 2 parti ini akan menyebabkan kedua-duanya hilang kuasa dan bangsa melayu tidak lagi jadi pemerintah dibumi sendiri. Alangkah bodoh bangsa yang bernama Melayu ini.

Amanat kepada pengundi di Permatang Pasir:
Undilah calon Barisan Nasional! Jangan terpengaruh dengan dakyah pembangkang kerana mereka hanya ingin menrampas sedikit dari kesempatan yang ada tatapi hakikatnya mereka tidak akan mampu memerintah negara dengan aman dan damai. Jangan pertaruhkan masa depan anak cucu kita kepada mereka yang tidak bertanggung-jawab. Dan jangan juga terpengaruh dengan dengan PAS, syurga bukan milik mereka bahkan mereka juga belum tentu masuk syurga.



(Klik utk baca Penang Merdeka)

(Klik utk baca blog yangkita)

Apakah ulamak PAS ulamak tulin? (Klik utk baca)
http://bumiyang.blogspot.com/2009/08/ulama-tulen-tidak-tamak-kehidupan-dunia.html

23 August, 2009

‘Keputusan Telah Dibuat’ The Return of bRAVEhEART





SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAH DALAM BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI

Saya nyatakan rasa kecewa saya, bukan kerana kepentingan peribadi tetapi untuk umum, untuk keseluruhan para blogger Pahang dan lain-lain blogger seluruh Malaysia sama ada pro kerajaan dan pembangkang. Saya mohon pendapat dan pandangan sama ada patutkah saya terus berblog atau berhenti begitu saja.

Saya menerima banyak komen dari penyokong kerajaan dan juga penyokong pembangkang dengan berbagai pendapat diberikan. (Sila lihat komen di ruangan berekenaan) Saya merasa teruja, bagaimana insan sekecil saya ini turut diberikan perhatian oleh sebilangan kawan dan lawan. Bukan setakat komen di kaki posting, malahan saya menerima banyak juga email dengan pelbagai pandangan serta ada juga yang berupa ‘tawaran’ yang rasanya sukar juga untuk ditolak jika hati kurang kental dan berani. Mungkin juga tawaran itu hanya sekadar gurauan tetapi nampak sebagai cukup menyakinkan. Bagaimana pun keputusan telah saya buat berdasarkan komen yang pembaca semua berikan;

Dari penyokong – mereka meminta supaya jangan putus asa dan memberikan harapan seta semangat untuk terus berjuang. Saya tidak teruja dengan ini semua kerana saya menulis bukan kerana mencari nama dan pujian. Jadi, maaflah kawan-kawan kerana sokongan dan pujian kamu semua tidak langsung menarik perhatian saya.

Dari pembangkang, penyokong pembangkang – mereka memperlekehkan saya, mencaci dan mencerca - dan seperti biasa bahawa caci maki adalah mainan puak pembangkang dari yang dipanggil tuan guru, ulamak hinggalah sahabat-sahabat mereka yang kafir harbi dan kini di ikuti oleh penyokong mereka yang jumud.

Saya telah membuatkan keputusan atas dasar bertindak balas dari cacian dan provokasi dari kalangan musuh yang saya anggap sahabat, saya akan terus berjuang, bukan untuk seseorang, bukan untuk sesebuah pertubuhan tetapi untuk kebenaran yang saya percayai. Mungkin kawan-kawan selama ini akan menganggap saya penderhaka apabila menentang kepercayaan yang saya pegang selama ini dan musuh-musuh juga akan menganggap saya sebagai penentang mereka bila saya juga tidak bersetuju sebarang gagasan yang mereka bawa

Kepada puak-puak sebelah sana, maaflah kerana saya masih belum melatah dengan provokasi sdr, malahan keinginan untuk berjuang itu semakin kuat dan tercabar.
Perjuangan saya adalah untuk kebenaran yang saya percayai, walaupun saya bukan lakukan itu secara bersendiri ~ bRAVEhEART.

20 August, 2009

TUTUP BLOG BH KERANA PROTES

INI SATU PROTES


Saudara rakan-rakan blogger, pengikut setia dan pembaca semua yang selalu singgah di blog bERANIKAN hATI ini.

Saya tidak tahu apakah saya akan bersara terus berblog atau hanya akan berehat seketika kerana memandamkan rasa kecewa kepada pihak tertentu. Persoalan utama adalah saya tidak berpuas hati serta kecewa kerana peranan kami sebagai blogger masih tidak dihargai. Pihak itu masih buta hatinya.

Mungkin peranan kami sebagai blogger di Pahang masih sedikit, tetapi sebesar manakah peranan sebahagian mereka didalam parti berbanding apa yang kita lakukan? Kebanyakan mereka juga bahkan tidak perjuangkan apa-apa selain dari kepentingan mereka sendiri.

Ketika banyak blogger pembangkang ditaja oleh parti mereka, blogger pro kerajaan bukan sahaja bergerak sendiri bahkan kadangkala terasa kurang dihargai, jadi untuk apa dan siapakah perjuangan ini?

Mungkin saya akan kembali, tetapi mungkin dengan perjuangan yang berbeza. Saya akan hanya junjung bumi yang saya pijak dengan membiarkan pula mereka menjunjung bumi yang mereka pijak.

SILA BERIKAN PENDAPAT SDR SEMUA DAN PENDAPAT ITU AKAN DIPERTIMBANGKAN SEWAJARNYA SEBAGAI ASAS KEPADA TINDAKAN YANG SAYA AKAN AMBIL KELAK. SAYA TIDAK AKAN MENULIS / BERBLOG MUNGKIN UNTUK SELAMANYA ATAU BAGI JANGKA MASA YANG SAYA SENDIRI TIDAK PASTI. KEPADA 127 PENGIKUT SETIA SAYA, SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH DAN MOHON MAAF ~ bRAVEhEART

19 August, 2009

BLOGGER PAHANG BERSEMBUNYI DALAM HUTAN





Terasa syahdu apabila mendengar khabar sahabat-sahabat blogger seluruh negara berkumpul di N 11 - Permatang Pasir bagi membantu calon Barisan Nasional memenangi PRK yang akan diadalah tidak lama lagi.

Mungkin sedikit sumbangan yang diberikan para blogger kepada kemenangan calon-calon dalam setiap PRK yang diadakan selama ini, tetapi yang lebih utama adalah pengiktirafan dari kerajaan sama ada pusat mahu pun negeri sangat membanggakan pada blogger.

Dalam PRK di MU dahulu bahkan di PP akan datang ini, kerajaan Pahang mungkin terlepas pandang dalam menghantar para bloggernya bagi membantu calon yang bertanding, atau kepercayaan kerajaan kepada pengamal media baru dari Pahang sendiri mungkin masih rendah. Mungkin juga kerana tiada bajet untuk itu dan bajet hanya ada untuk lain-lain. Tapi yang pastinya, kita merasa terguris hati dan kecewa.

Selamat jalan para sahabat blogger semua ke PP, kami blogger Pahang hanya akan bersembunyi didalam hutan, walaupun kebanyakan sudah diteroka secara haram.



(Klik - Selamat Datang Semua Ke N-11 - Permatang Pasir)

FATWA SESAT - PENYOKONG UMNO TAK MASUK SYURGA

'Bukan ahli UMNO tak masuk syurga, tapi penyokong UMNO tak masuk syurga' - kata Nik Aziz.

Habis kalau nak masuk syurga kena sokonga siapa? DAP atau PKR? Jadi penyokong DAP dan PKR juga akan masuk syurga? Isu agama wajar diharamkan dalam kempen politik dan ulamak serta agama wajar diharamkan sebagai landasan berpolitik jika kita benar-benar sayangkan agama Islam



Dari satu slot berita di TV semalam ada menyiarkan penafian Ulamak Politik DS Tuan Guru Nik Aziz tentang penyamaan diantara perjuangan UMNO di Malaysia dengan Rakyat Palestin di bumi Gaza. Yang lebih pentingnya adalah penafian beliau tentang kenyataannya beberapa hari lalu bahawa ahli UMNO tidak masuk syurga.

Beliau dalam kenyataannya menafikannya sekeras-kerasnya bahawa beliau tidak menyatakan bahawa ahli-ahli UMNO tidak masuk syurga, namun menurutnya apa yang belaiu katakan adalah penyokong UMNO tidak masuk syurga.

Demikianlah putar belit seorang ulamat politik yang sentiasa berubah fatwanya berdasarkan keadaan semasa, yang penting pada mereka adalah keuntungan politik semasa.

Kita sedar bahawa apa yang ulamak politik songsang DS Tuan Guru Nik Aziz bimbangkan adalah kehilangan sokongan dari penyokong PAS sendiri kerana pengalaman di Manek Urai lalu sangat memalukkan PAS. Walau pun PAS menang tetapi kemerosotan majoriti undi itu memberikan mereka kekalahan moral bagaikan menconteng arang kemuka.

Berbalik kepada persoalan diatas, apakah hak beliau sama ada sebagai Menteri Besar Kelantan, Mursyidul AM PAS, Ulamak (Politik), Tuan Guru dan sebagainya untuk menjatuhkan hukuman dan memberi fatwa bahawa menyokong UMNO tidak masuk syurga? Siapa beliau yang menentukan syurga neraka bagi seseorang manusia? Kenyataan beliau ini nyata songsang dalam agama dan mungkin akan membawa kepada kesesatan.

Kita tidak mahu agama dipolitikkan. Agama dan politik adalah dua perkara berbeza dan tidak boleh disatukan walaupun ianya saling melengkapi antara satu sama lain dalam kehidupan kita.


(Klik dibawah untuk bacaan seterusnya)

http://waadat.blogspot.com/2009/08/nik-aziz-lebih-baik-diam.html

http://yeopperak.blogspot.com/2009/08/nik-aziz-marang-perapu-kepundek-parang.html

18 August, 2009

POLITIK MALAYSIA SUDAH BERUBAH

poster yang kalau orang Islam tengok akan dapat pahala - supaya tidak tertipu selamanya



Kebelakangan ini kita dapat perhatikan bahawa politik negara kita telah banyak berubah dan ianya berlaku secara drastik. Seperti biasa setiap perubahan yang berlaku itu ada nilai baik dan buruknya, cuma segalanya terpulang kepada kita bagaimana kita akan menerimanya dan menyerapkannya dalam kehidupan seharian kita.

Tidak ada kajian terperinci dibuat, namun segala ini adalah berdasarkan pemerhatian dan perbincang bersama kawan-kawan serta maklumat dari orang ramai, maka rumusannya adalah seperti berikut; Para politikus nampaknya semakin matang dan bijak sedangkan para penyokong jadi semakin bebal dan taksub.

Para politikus semakin pandai mengambil sebarang kesempatan dan memanupulasikan sebagang keadaan. Kerana itu sebarang isu semasa akan dijadikan modal politik mereka untuk meraih sokongan. PAS dan para ulamak politikus mereka sentiasa mengambil kesempatan menggunakan isu agama bagi tujuan tersebut. Sehingga mereka itu sanggup mengeluarkan beberapa fatwa yang terang-terang songsang dari segi akidah, antaranya mengkhafirkan orang UMNO, sembahayang berimamkan orang UMNO tidak sah, mengundi PAS masuk syurga dan lain-lain lagi. Dan ulamak politik ini kelihatan berjaya mempengaruhi sebahagian masyarakat sepertimana kejayaan Ayah Pin pengaruhi pengikutnya dalam membina kepercayaan mengenai kerajaan langit. Nik Aziz = Ayah Pin.

DS Anwar adalah antara tokoh politik yang benar-benar hidup diatas isu. Beliau sangat pandai mengeksplotasikan sebarang keadaan untuk mendapatkan simpati dan sokongan. Siapalah DS Anwar jika tanpa isu kontroversi? DS Anwar mampu satukan PAS dan DAP dalam satu surau atau kuil dan tokong sehingga PAS yang jelas memperjuangkan Islam mampu bersama DAP yang jelas menentang Islam. Kerana itu kita tidak hairan apabila dalam isu 'beer bukan arak' di Selangor, para pemimpin dan ulamak politik PAS tidak berani membuka mulut sambil tangan memeggang telor masing-masing.

Lihat pula beberapa politikus lain yang juga sudah pandai mengambil kesempatan dalam memberikan lakonan yang menarik bagi menagih simpati masyarakat yang bebal dalam politik ini. Lihat bagaimana wong chuan how mengelak dari dikenakan tindakan SPRM dengan mendakwa dia dikasari, dan terbaru di Permatang Pasir seorang tokoh politik India Ahli Parlimen Padang Serai N.Gobalakrisnan menggunakan teknik 'auta keling'nya mendakwa dipatahkan oleh Polis sedangkan terdahulu dia telah menampar seorang anggota polis. Dan yang malangnya adalah penyokong-penyokong pembangkang ini percaya bahawa mereka itu masih betul dan benar. Mereka adalah sebahagian dari pengikut yang taksub dan bebal tahap terlampau. (Klik disini untuk baca pendapat dan kupasan dari blog bumiyang)


(Klik untuk play video clip dibawah dan lihat betapa biadapnya pembangkang bangsa pendatang yang tidak lagi menghormati undang-undang, macam ni kita lagi mau sokong ka? Mampuslah Melayu di Malaysia kalau macam ni!)


Kita cuma berharap dalam pada para politikus negara semakin bijak pandai, janganlah penyokongnya menjadi semakin taksub dan bebal kerana ini tidak akan membantu kita membina 1 Malaysia yang maju dan aman damai.

Jikalau keputusan PRK Permatang Pasir kelak masih memihak kepada PR, maka jelaslah ini adalah petanda bahawa rakyat jadi semakin bodoh, bebal dan taksub dalam politik.
Bijaksana dalam pelajaran dan kehidupan bukan bermakna bijak juga dalam politik, kerana itulah kita dapati walaupun individu tertentu dari kalangan professional namun ada antaranya juga terpengaruh dengan Kerajaan Langit Ayah Pin yang nyata songsang dan tidak masuk akal.

Dunia akhir zaman; yang penipu, pembeli akan dipandang mulia sedangkan yang jujur dan setia dipandang hina. Yang mengambil kesempatan untuk mengugurkan tuduhan kes liwatnya dianggap pembela sedangkan yang berjuang mengurus dan mentadbir negara dicaci. Ada otak tapi tak ada akal. Yang beranikan hati menyataka kebenaran adalah bRAVEhEART

17 August, 2009

STATEMENT ORANG MABUK BOLEH PAKAI KE?

Gambar hiasan - Ini bukanlah gambar sesiapa - 'beer itu bukan arak', tetapi gambar orang utan yang sedang mabuk - gambar ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup dan yang telah mati bahkan juga mereka yang mati pucuk sekalipun.



Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya diberi penghormatan sewajarnya kerana kedudukan beliau yang sah sebagai Ketua Pembangkang dalam Perlimen Negara dan bukannya dianggap musuh yang mesti dimaki serta dicerca setiap masa. Demikian kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sepertimana dilaporkan oleh Harian Nasional Sinar edisi Ahad 16.8.2009 di MS N4.

Sungguh wajar saranan yang diberklan oleh Zaid itu, cuma yang tidak wajarnya adalah ianya diucapkan oleh seseorang yang seperti Zaid yang mungkin ketika mengucapkannya tidak dalam keadaan waras mungkin akibat isu ‘beer itu bukan arak’ sepertiamana fatwa yang diberikan oleh DAP Selangor. Dirasakan tidak juga wajar ucapan ini jika ditujukan kepada DS Anwar sebagai orang yang hendak diberikan penghormatan itu kerana rekod buruk DS Anwar juga menunjukkan beliau tidak menghormati pemimpin-pemimpin kerajaan selama ini dan sering menaburkan fitnah dan mencaci maki mereka.

Sungguh bijak dan licik permainan politik Pakatan Pembangkang namun rakyat semua sudah jemu dengan helah mereka yang sentiasa mengunakan neraca yang tidak pernah memberikan pertimbangan yang betul dan adil. Seperti biasa, jika pihak UMNO/BN melakukannya dianggap tidak wajar sedangkan perkara sama apabila dilakukan oleh pihak PR maka ianya adalah patut dan wajar.

Mereka inginkan DS Anwar dihormati sebagai Ketua Pembangkang tetapi apakah mereka serta DS Anwar sendiri menghormati DS Najib sebagai Pemimpin Negara? Jika kita mahu orang berlaku adil kepada kita, maka kita juga harus berlaku adil kepada orang lain. Saya tidak menganggap Datuk Zain tidak bijak ketika membuat kenyataan ini, tetapi saya cuma beranggapan bahawa beliau tidak waras atau mungkin dalam keadaan mabuk kerana isu ‘beer bukan arak’ yang dianggap sebagi perkara kecil oleh DS Anwar. Hukum Islam hanyalah permainan dan dianggap sebagai hanya suatu perkara kecil oleh pemimpin besar (cita-cita) ini.

16 August, 2009

HAPUSKAN KETUANAN MELAYU, PERKUKUHKAN KEKUASAAN CINA




Gurindam Dilema Melayu Baru

Malangnya melayu dibumi sendiri
bila pertahankan bangsa dan hak ketuanannya sendiri dikatakan rasis
kerana itu melayu semakin takut dan malu untuk perjuangkan bangsa
manakala sebahagiannya bangga Berjuang dan pertahankan bangsa lain
serta bersama mereka melemahkan bangsa sendiri,
dengan atau tanpa sedar mereka menuntut kerajaan
melemahkan kuasa pentadbiran dan pemerintahan
lalu kerajaan semakin lemah dan tidak upaya
sedangkan bangsa lain itu semakin kuat, sombong dan kurang ajar
setelah lama kuasai ekonomi kini kita benarkan mereka kuasa pula politik
apa lagi yang tinggal untuk kita?
jadilah bangsa melayu seperti Pak Kadok
ayam menang kampong tergadai
menang sorak kalah sabung

yang selama ini sesama melayu begitu lantang bersuara
mengkafirkan dan menyalahkan saudara sendiri
kemudian dengan bangga bersekongkol dengan kafir harbi
bahkan ulamaknya juga berani berkata bahawa sanggup bersekongkol dengan syaitan
dari bersama saudaranya sesama melayu dan Islam - mereka itu ulamak Syaitan
jenis manusia yang menjahanamkan bangsa...
mereka juga takut perjuangkan Agama, lalu ulamak PAS itu terpaksa setuju
dengan fatwa ulamak DAP bahawa 'beer bukan arak' -
dulu kata nak hapuskan penjualan dan kilang beer sekarang macamana?
ada berani ingkar fatwa ulamak DAP?
maka semua ulamak PAS pun senyap sunyi

atas nama ulamak dan perjuangan Islam
mereka boleh memaki hamun orang lain yang tak sehaluan
maka tercipta fatwa bahawa ' Allah mencarut'
memang p*****k punya ulamak
antara mereka itu ada yang dahulunya memberikan nama yang 'terindah' buat saudaranya
'Al-Juburi' - tidak malukan kerana pada masa ini, jubur Al-Juburi itulah yang dihidunya disana dan disini
Mat Sabu - memang ulamak p*****k yang jaguh merapu

Ooo! Bukan PAS, bukan ulamak, bukan ustaz tak boleh mencarut - hukumnya haram
terutama jika kita orang UMNO, segalanya salah belaka
kalau nak mencarut dan memaki jadi halal, masuklak PAS atau jadi uztaz dalam DAP pun tak mengapa
undi PAS, undi PKR dan undi DAP masuk syurga
itu pun fatwa juga, lagi satu fatwa baru
pandang gambar eli bogel dapat pahala juga
maka umat Islam Malaysia akan semakin keliru
Mufti yang dilantik kerajaan dan ulamak kerajaan kata mereka tak betul belaka
kalau mereka itu masuk parti PAS - tiba-tiba jadi betul pula
nampaknya memang Agama Islam ini Allah turunkan hanya untuk mereka saja

Bila perintah negeri dan gagal tingkatkan ekonomi, mereka suruh rakyat pandang pada akhirat, ekonomi ini harta dunia
tetapi mereka anak bini dan kaum kerabat berebut harta benda dan jadi kaya raya
rakyat satu negeri jadi bodoh dan papa kedana serta menderita
maka mereka sehelai sepinggang berdagang dinegeri orang mencari harta kekayaan
dengar kata - di Kg. Damak, Jerantut habis sekampong puak-puak mereka saja
meneroka dan merebut tanah kemudian nak merebut kuasa, kemudian tuduh kerajaan Pahang tak betul dan tak berguna,
kalau betul berani dan handal kenapa tak balik saja ke negeri asal dema?
mungkin syurga disana lebih indah dan baik dari syurga kami disini

ingatlah pentingnya perpaduan bangsa Melayu
supaya nanti kita tak merempat dinegeri sendiri dan menjadi abdi
tengoklah bagaimana biadapnya bangsa itu, baru berkuasa sikit habis mereka nak kuasai dan caci hina bangsa melayu
(kliklah disini untuk baca apa maksudku itu)
selain pada itu, kau orang - orang PAS dan PKR pikirlah sendiri
jangan sampai bila mati nanti, anak cucu akan mencari kuburmu
untuk kencing dan berak kerana dendam mereka kepada kamu
yang mendesak menghapus ketuanan melayu.



Kenapa kalau ditimpa bala saja, BN jadi faktor - Saya Punya Nukilan
http://haikalfadzil.blogspot.com/2009/08/kenapa-kalau-ditimpa-bala-saja-bn-yang.html


Kenapa dan mengapa - Melayu Merdeka
http://malayumno.blogspot.com/2009/08/kenapa-dan-mengapa.html

15 August, 2009

HAPUSKAN ISA !

Siapa yang akan lebih dapat faedah jika ISA hapus, rakyatkah?


SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Wong Chuan How, pembantu khas kepada Exco Selangor, Ronnie Liu selepas berlaku pergelutan pagi tadi (Klik untuk baca di blog penghuni gua)

Hapuskan ISA! Hapuskan ISA! Hapuskan ISA! - Inilah yang pembangkang perjuangkan selama ini. Soalnya kenapa? Jika kepentingan ini melibatkan rakyat jelata semata-mata, makan kita akan dapati bahawa ianya tidak releven untuk diperjuangkan kerana sebagai rakyat biasa kita tidaak pun merasa ISA memberikan sebarang tekanan kepada kita. Yang akan merasakan tekanan ini adalah tokoh-tokoh politik serta mereka-mereka yang melakukan kesalahan yang melibatkan akta keselamatan dalam negeri (?) termasuk penganjur-penganjur perhimpunan haram.

Kenapa mereka ini hendakkan ISA dimansuhkan? Alasannya sangat mudah iaitu supaya mereka boleh melakukan sesuatu yang dilarang itu tanpa larangan. Maka kelak bebaslah mereka memporak-perandakan negara sesuka hati mereka. Saya percaya sebagai orang biasa kita langsung tidak merasa sebarang tekanan selama ISA dikuatkuasakan. Selagi kita tidak melakukan kesalahan maka kenapa perlu kita takut? Mereka yang memohon ISA dimansuhkan adalah mereka yang bercadang untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ISA itu sendiri.

Baiklah!, kita hapuskanlah ISA demi kepentingan parti-parti pembangkang dan mereka-mereka yang akan memporak-perandakan negara kita. Selepas itu apa? Mungkin mereka akan meminta pula supaya diadakan satu akta yang membolehkan mereka kebal dari apa-apa tindakan dari pihak kerajaan pula. Inilah yang mereka mahukan! Mereka mahukan negara dan bangsa kita supaya dapat mereka jajah diatas kebodohan bangsa kita sendiri.

Lihatlah betapa takutnya mereka bila kerajaan bertegas dan mengkuatkuasakan peraturan yang ada. Selepas ini kita akan lihat, DAP akan pertikaikan tindakan kerajaan dan PKR serta PAS akan memberikan sokongan kepada mereka. Siapa pembelot bangsa sebenarnya? Siapa penggadai maruah negara sebenarnya? Marilah kita hapuskan ISA dan seterusnya menghapuskan bangsa kita sendiri.

14 August, 2009

SOKONG PARPUKARI - UMNO PERLU DIBERSIHKAN SEGERA

Barah bagi UMNO mesti dibuang segera


2 Alam - Siang jadi wira, malam jadi sundal


PRK Permatang Pasir sudah semakin hampir. Ada desus-desas mengatakan bahawa PKR dan PAS akan turut berentap. Ada pendapat bahawa pertandingan 3 penjuru akan memberikan kemudahan kepada calon UMNO/BN. Benarkah begitu?

Dalam keadaan UMNO yang semakin sarat saya berpendapat walau pertandingan 100 penjuru sekalipun, UMNO/BN masih akan kalah. UMNO/BN masih gagal untuk meraih kemenangan dan kemenangan buat UMNO/BN hanyalah satu impian. Kenapa? Kerana UMNO masih sarat dengan masalah dalaman dan sebenarnya saya melihat UMNO masih belum berubah apa-apa pun.

Liabaliti dalam UMNO masih ada dan masih kukuh ditampoknya. Apakah tindakan yang kepimpinan UMNO ambil? Mereka yang terlibat dalam politik wang semasa pemilihan PAU hanya diberikan amaran dan dibenarkan bertanding. Ali Rustam dan Khairy - apakah tindakan terhadap mereka? Apakah kesalahan hanya dihukum jika mereka orang bawahan tetapi tidak jika mereka dari kalangan elite?

Saya setuju dengan pandangan sdr Parpukari mengenai KJ (Baca disini) Begitu juga dengan pandangan blogger Maya Khairy (Baca disini)

UMNO perlu dibersihkan sebersih-bersihnya dan ini harus dilakukan segera kerana PRU13 hanya ada lebih 2 tahun saja lagi. Kekuatan UMNO hanya dikampong-kampong tradisional namun pemimpin UMNO disetiap peringkat nampaknya masih mengabaikan penduduk di kampong-kampong tradisi ini. Ulu Tembeling umpamanya, selepas lebih dari 50 tahun merdeka apa pembangunan yang ada untuk mereka? Di Kuala Lipis di Kampong Dusun, di Kuala Kenong, jalan raya masih belum kelihatan dan penduduk masih mengunakkan bot untuk ke Kuala Lipis walaupun hanya 20KM dari pusat bandar.

Seorang kawan anak kelahiran Ulu Tembeling yang menetap dipusat pentadbiran kerajaan dengan sinis meluahkara rasa kecewa dalam sms kepada saya menulis; Parti apapun tak ada makna, yang bermakna adalah memperjuangkan HAK MELAYU ISLAM, lihat ECER yang dilancarkan ...semalam, Ulu Tembeling dipetakkan sebagai fruit belt,friut belt - buah neram yang jatuh hanyut melalui aliran air sungai untuk makanan ikan kelah liar sahaja, nak pasarkan buah lain tak boleh, durian dah jadi tempoyak baru sampai kat pasar Jerantut kerana kena ikut jalan balak 2 hari - keluarga aku di Ulu Tembeling di tipu lagi.

Dalam sms berikutnya beliau menambah; aku dah nak balik nak tanam buah ara bagi makan punai, pokok memaya bagi makan kancil,buah kenedai bagi makan burung merbah, tanam ubi kayu bagi makan babi dan tanam pisang bagi makan beruk - marketing tradisional yang tak perlukan jalanraya.

Rakyat melihat dan telah merasai ini. Jika kerajaan kepimpinan UMNO masih belum mahu mengubah, rakyat sendiri akan mengubahnya nanti kerana rakyat masih melihat dalam UMNO masih kebal dengan kronism dan nepotismnya. Lihat dengan mata hati, siapa didalam UMNO yang sedang berubah sekarang ini dan siapa yang hanya pentingkan diri sendiri? UMNO adalah syarikat bagi kontraktor pengampu mendapat projek. UMNO adalah persatuan dimana politikus bercakaran dan 'cas keting' berebut harta dan kuasa.

Yang ini perlu kita sokong: Blogger madugunung menulis - Penghinaan terhadap Melayu Islam (Klik untuk ke blog berkenaan)

13 August, 2009

POLITIKUS MELAYU YANG JAHANAM

Pandang poster ini dapat pahala



Dia ini suatu waktu adalah pemimpin pelajar yang tersohor. Dia peneraju demonstrasi jalanan. Sejarah kehidupannya penuh dengan demonstrasi. Ketika Dr. Mahathir menjadi pemimpin negara, beliau dikutip dari jalanan dan diberikan penghormatan. Malangnya dia tidak sedar diri, dan tangan yang memberi cuba dia kasari, lalu dia dilontarkan kembali kejalanan, tempat dimana dia berasal. (Klik Budaya Anwar - Blog Che Det)

Dia pernah dalam demonstrasinya memijak bendera UMNO, namun diberikan peluang untuk menjadi pemimpin dalam parti yang benderanya dia telah pijak-pijak dahulu. Apa maruah yang dia ada? Bukan setakat tidak bermaruah, dia juga dikelilingi rasuah semasa dia berkuasa. Dia juga rakus dalam politik. Ingat bagaimana Tun Ghaffar Baba dicantas? Dia kelilingi seluruh negara dan katakan bahawa dia hormati orang itu dan tidak akan menentangnya, tetapi dalam masa yang sama dia mendapatkan pencalonan dari semua bahagian dan semua negeri, akhirnya dengan muka simpati yang dipaksakan dia berkata; ..dengan penuh iltizam saya menerima pencalonan yang diberikan....hidupnya penuh kepura-puraan.

Semasa jadi menteri kewangan dia pulun segala yang ada sekelilingnya. Dia amalkan kronism dan nepotism, tetapi bila dia dipecat atas salahlakunya, maka dia dengan pantas menuduh orang lain melakukan itu. Dia merasa dia orang yang bersih sedangkan dia lah segala kekotoran itu.

Maka DS Muhyiddin mengatakan dia adalah Pengkhianat Melayu - memang dia pengkhianat bangsa...kerana dialah negara jadi porak peranda. Dia sanggup merosakkan segala apa yang ada, pada dia; jika dia tidak dapat miliki itu, jangan ada sesiapa yang akan memilikinya. Dia hukan sahaja pengkhianat tetapi dialah pemusnah. Pemusnah bangsa Melayu dan pemusnah peradaban Melayu.

Dia ini pula pejuang Islam - kononnya. Tetapi yang nyatanya dia pejuangkan parti dan diri sendiri. Katanya berbelit-belit dan penuh dengan dusta. Berjuang bersama UMNO katanya berdosa dan haram walaupun UMNO itu Melayu dan Islam. Dalam masa sama dia rela dan boleh bersama PKR dan DAP si kafir harbi. Apa hukum ini kepadanya? Halal? Harus? atau Wajib? Jatuhkanlah hukum ikut kehendak hati kerana dia seorang ulamak. Bila Allah juga dikatakan mencarut...maka bolehlah kita mencaruti ulamak ini dan hukum memaki hamun dan mencaruti ulamak ini adalah juga tidak berdoasa.

Dia kata perjuangkan hudud tapi tak pernah nak laksanakan kerana lebih mudah baginya menyalahkan orang lain dari menyalahkan diri sendiri diatasa ketidak upayaan dirinya. Apa dia lakukan bila ustaz dari DAP selangor memberi fatwa 'beer bukan arak' ? Dia tidak berani bersuara. Sebab dia adalah ulamak yang perjuangkan parti, bukan perjuangkan Agama dan arak termasuk dalam hukum Agama buka ada dalam kepentingan parti PAS.

Bila Anwar serang DS Najib peribadi mengenai kes kematian Altantuya dia tidak bersuara mungkin dia tidak menjumpai fatwa dalam kitabnya, tetapi bila DS Mahyuddin serang Anwar dikatakannya itu serangan peribadi. Nyata jiwa ulamak ini juga sudah rosak. Inilah ciri-ciri ulamak akhir zaman.

(Klik untuk baca blog Saya Punya Nukilan - Fatwa Baru Nik Aziz)

(Klik untuk baca blog bumiyang - Ulamak dan Ahli Pas Dijamin Masuk Syurga)

(Klik untuk baca blog yang gambi - Anwar Pengkhianat Bangsa)

12 August, 2009

BLOG-BLOG UMNO PAHANG......HUHU




Saya telah menulis sesuatu mengenai blog tidak lama dulu - Monolog: Blogs dan Goblok (Sila klik untuk baca) Blogger SPU juga menulis mengenai blogs beberapa kali - sila klik untuk baca disini dan disini tetapi setelah itu apakah yang telah berubah?

Ya! Ada beberapa blog baru dari UMNO yang telah dibina. Ini adalah suatu perkembangan yang baik kepada UMNO sendiri tetapi setakat manakah keberkesanannya? Sebagai penyebar maklumat, blog ditulis adalah untuk dibaca, jika tulisan kita gagal sampai kepada pembaca bermakna matlamat kita telah gagal sama sekali. Baca blog UMNO Pahang sini dan Pergerakan Pemuda UMNO Penjom (sini)

Di Pahang, sepanjang pengetahuan saya ada 2 laman blog aggregator yang menggabungkan blog-blog dalam satu laman blog. Gabungan Suara Anak Pahang dan Himpunan Blog Pahang Kenapa tidak blog-blog berkenaan minta di-link-kan dari blog-blog aggregator ini untuk ianya mudah dicapai oleh pembaca?

Apakah admin. blog-blog berkenaan merasakan bahawa tugas mereka telah selesai apabila selesainya membina lama blog dan menuliskan apa yang ingin disampaikan? Tahukan mereka bahawa ada berjuta laman-laman blog dan bagaimanakan laman blog yang mereka bina boleh dicapai oleh pembaca-pembaca? Tidakkah mereka tahu bahawa sebagaimana barangan jualan lainnya, blog juga harus dipromosikan untuk diketahui ramai?

Kepada blogger-blogger UMNO (Pahang) yang baru berblog (dan masih goblok), saya cadangkan supaya jangan besar diri dan hubungi laman blog aggregator berkenaan sebagai salah satu cara untuk mempromosikan blog yang dibina, percayalah bahawa lebih banyak blog kita di-link-kan dari blog lain maka akan lebih ramai pembaca yang akan kita dapati. (Tetapi jangan samakan dengan Blog Tun Dr. Mahathir - kerana ianya berbeza sama sekali)

Bagaimanakah blog-blog UMNO mampu menentang dakyah lawan jika pembacanya hanya segelintir sahaja. Mungkin Penerangan UMNO negeri perlu memberikan sedikit 'kick-start' untuk memberikan anjakkan kepada blogger-blogger UMNO untuk lebih berdaya saing dengan blog-blog pembangkang.

Bloggers perlu didik masyarakat luarbandar - kata Ketua Pemuda UMNO Pahang. Siapa yang akan mendidik jika bloggers UMNO Pahang sendiripun masih belum terdidik? Memang wajarlah bila Pahang Daily Online kata kita Blogger UMNO Karat ~ bRAVEhEART

11 August, 2009

Pahang Daily Online Ejen Penyebar Fitnah Anwar

Api yang membakar juga memberikan isyarat kepada mereka yang keji itu


Vidoe Klip 'TV Antara' di Pahang Daily Online terus menyebarkan fitnah dan dakyat politik songsangnya bangi menghasut rakyst. Kali ini dengan tajuk sensasi ' Rakyat Serawak Mangsa Kekejaman Pemimpin BN' dan memfokuskan kepada Negeri Serawak kerana Serawak tidak lama lagi akan membubarkan DUN untuk satu pilihanraya peringkat negeri.

Dalam satu perhimpunan yang didakwa dihadiri seramai 3000 orang, pemimpin besar pembangkang yang sinonim dengan tunjuk perasaan dan rusuhan serta tuduhan terhadap kes liwat itu menghasut rakyat Serawak supaya menyokong PK dengan menuduh KM Taib Mahmud dan kroninya sebagai perampsa kekayaan negeri dan membiarkan rakyat tinggal dalam kemiskinan.

Kenapa kemiskinan di Serawak yang diperjuangkan? Kenapa tidak perjuangkan kemiskinan di Kelantan? Apakah kerana Kelantan diperintah oleh sekutu PR maka kemiskinan di negeri itu tidak perlu dipertikaikan dan tidak usah diperjuangkan? Jadi apakah asas perjuangan mereka sebenarnya? Apakah untuk membela rakyat dari belenggu kemiskinan atau hanya jadikan kemiskinan isu untuk meraih pengaruh politik semata-mata?

Bagi mereka yang berfikir, pasti mereka sedar bahawa yang PR perjuangkan hanyalah kuasa dan pengaruh politik semata-mata. Soal menjaga kepentingankroni, rasuah dalam politik serta penyelewengan dalam pentadbiran telah berlaku dan berlaku lebih hebat dizaman Anwar menjawat jawatan Menteri Kewangan. Kerana itu jika kita masih ingat, dalam satu PAU semasa Anwar masih dalam UMNO dan dalam usaha cuba menjatuhkan Presiden Parti, tindakbalas yang dilakukan adalah menyenaraikan nama dan syarikat korni-kroni Anwar yang mendapat projek dari hasil dasar kronism yang Anwar amalkan.

Tentu kita masih ingat bahawa dalam zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir, DSAnwar pernah disabitkan dengan kesalan penyelewengan dan penyalahgunaankuasa. Jadi, siapakah dia yang ingin bercakap tentang kebersihan dalam pentadbiran apabila beliau sendiri bergelumang dengan noda? Begitulah, kadangkala Syaitan pun ingin menjelma menjadi Wali dan Nabi.

10 August, 2009

KERAJAAN PERANGI RAKYAT?

Barisan Pejuang Tentera Syaitan Dari Neraka



Jika kita tidak tinggal di Malaysia kemudian menonton TV Antara Online di blog PDO (Pahang Daily Online) pasti kita akan membuat rumusan bahawa kerajaan Malayisa zalimi rakyat yang melakukan demonstrasi memansuhkan ISA. Pasti kita percaya pada dakyah mereka yang mengatakan bahawa polis/kerajaan memerangi rakyat. Begitulah PDO mengunakan kata-katanya yang muluk untuk mempengaruhi rakyat dan membuatkan orang pecaya kepada dakyah mereka bahawa kerajaan berlaku tidak adil dan zalim.

Apa sebenarnya yang berlaku pada 1 Ogos lalu? GMI Gerakan Memansuhkan ISA telah menganjurkan tunjuk perasaan 'haram' dan mendakwa telah mengumpul hampir 30 ribu rakyat dari berbagai bangsa dan peringkat umur untuk satu tujuan - meminta kerajaan memansuhkan ISA. Soalnya apakah wajar tunjuk perasaan itu diadakan setelah kelulusan tidak diberikan oleh pihak berkuasa demi keamanan dan kesejahteraan seluruh rakyat?

Jika hanya ingin menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong, tidakkah boleh ianya dilakukan tanpa adanya tunjuk perasaan dan perarakan yang mengundang rasa tidak tenteram kepada orang awam? Kenapa mereka harus memilih jalan itu? Jawapanny adalah; memang mereka mahukan ketidaktenteraman berlaku, memang mereka hendakkan keadaan huruhara berlaku dan memang mereka hendak menampakkan bahawa kerajaan dan pihak berkuasa bertindak 'ganas' kepada mereka supaya kelak mereka akan canangkan keserata dunia bahawa kerajaan ini zalim. Tetapi siapakah yang terlebih dahulu berlaku zalim? Tidakkan mereka yang sebenarnya menzalimi diri mereka sendiri?

Mereka telah diberi amaran oleh kerajaan dan pihak berkuasa, mereka telah menyedari apa akibat dari tindakan buruk mereka itu, tetapi kenapa mereka teruskan juga? Jawapannya adalah kerana mereka sengaja angin mencabar kerajaan kemudian dengan bangga mengatakan bahawa ini adalah kebangkitan rakyat!. Apakah ini kebangkitan rakyat sebenarnya? Tidak! Ini adalah tindakan pihak tertentu yang hanya pergunakan rakyat untuk menjadi benteng pertahanan mereka. Rakyat dipaksa berjuang untuk mereka. Lebih buruk lagi adalah ini dilakukan hanya untuk mengalih pandangan umum terhadap pemimpin mereka yang cuba melarikan diri dari perbicaraan di mahkamah atas tuduhan salahlaku moral. Dalam kata lain adalah; tunjuk perasaan ini untuk mengalih pandangan mesyarakat daripada memberikan fokus kepada tuduhan meliwat oleh pemimpin yang mereka agungkan itu.

Kebangkitan rakyat? Bodohlah kalau lembupun percaya bahawa itu adalah kebangkitan rakyat. Apakah kanak-kanak kecil tahu apa itu reformasi? Apa itu ISA? Yang mereka tahu adalah 'Ice-Cream' tetapi tidak ISA. Janganlah menganggap semua rakyat bodoh dan boleh diperbodohkan. Jikapun GMI bersemangat membentuk 'Bala Tentera Dari Neraka' janganlah libatkan sekali kanak-kanak yang seumpama kain putih bersama mereka kerana tempat bagi kanak-kanak itu adalah di Syurga sedangkan tempat bagi mereka adalah di 'Neraka Jahannam'

Jika benar-benar kerajaan ingin berperang dengan 'Bala Tentera Dari Neraka' ini, kenapa hanya ada kira-kira 5000 anggota polis diarahkan untuk menentang hampir 30 ribu 'Bala Tentera Dari Neraka' itu? Kenapa tidak disediakan 10 atau 20 ribu anggota polis? PDO harus lebih berhati-hati supaya tidak memberikan tafsiran yang salah dan memesongkan umah. Jika pun bencikan kepada BN/UMNO, lakukanlah secara demokrasi dalam PRU13 nanti, tetapi bukan dengan jalan membuat hasutan sebegini. Inilah sebenarnya alasan yang membuatkan ramai rakyat berpendapat bahawa ISA masih perlu dikekalkan bagi menangani masalah dari pihak-pihak yang menyebarkan dakyah seterusnya mengancam keselamatan negara.

Dalam wawancara, ada satu responden yang kurang pengetahuan (mungkin juga kurang akal) telah menyatakan bahawa polis gunakan senjata kimia. SENJATA KIMIA? Polis kita sama seperti tentera yahudi zionis? Amboi Mak!! Tentu polis kita antara yang termoden dan tercanggih didunia jika kita sudah capai tahap itu. Ya! Betullah! Memang polis kita guna senjata kimia menentang perusuh jalanan dan 'tentera dari neraka' itu, juga polis telah guna asid asernik (?) terhadap DS Anwar semasa beliau dalam tahanan sepertimana yang didakwa! Kerana itulah ajal beliau semakin hampir!. Beliau sedang menghadapi sakit yang tenat, kronik...bukan pada tubuh badan tetapi pada otak dan hati dann jiwanya.

Pernahkah kita tanya diri sendiri; apa akan jadi jika polis tidak kawal setiap tunjuk perasaan yang diadakan? Apa akan jadi jika kerajaan lemah dan tidak mampu kawal kekacauan? Akan amankah negara ini? Jawapannya semua orang tau termasuk mereka yang menganjurkan serta mengadakan tunjuk perasaan dan rusuhan jalanan itu, tetapi kenapa mereka tidak mahu mengakui keberkesanan tindakan kerajaan dan polis itu? Memang jiwa mereka ini telah rosak kerana itu mereka sengaja melakukan kerosakan didunia ini.

Saya berpendapat bahawa satu laporan polis patut dibuat keatas PDO dan meminta supaya tindakan diambil keatas penyebaran maklumat yang boleh menganggu dan mengancam keselamatan negara jika tidak diberikan pemantauan serius. Tetapi saya masih percaya bahawa kerajaan masih bersikap adil dan memberikan kemaafan dan peluang kepada mereka untuk terus bersuara. Apakah selama ini kebebasan bersuara mereka disekat? Yang sangat menghairankan adalah dikala mereka banyak dan bebas bercakap tetapi mereka berkata bahawa kebebasan bersuara mereka disekat.



Berdemo adalah budaya Anwar - Che Det

Bahaya matlamat menghalalkan cara - Paneh Miang

Pembangkang tak mampu bela rakyat - Taipingmali

Siapa yang Najib tangkap guna ISA - Aspirasi Bangsa

09 August, 2009

PAS CELAKAKAN MELAYU DAN ISLAM
















Parti PAS memang sudah tidak releven lagi di Malaysia ini, tidak untuk memperjuangkan bangsa Melayu dan tidak juga untuk mendaulatkan Islam. Selama ini PAS hanya bersendiwara kononnya ingin menegakkan Islam, ingin membina kerajaan Islam, ingin laksanakan hukum hudud, dan segala itu tidak dapat dilaksanakan adalah kerana tidak berpeluang berkuasa dan memerintah, dan tidak mampu melaksanakannya kerana disekat oleh UMNO. Segala kegagalan PAS untuk laksananakan Islam adalah kerana UMNO. Begitulah para pemimpin PAS menterjemahkan kegagalan mereka dengan menyalahkan orang lain - UMNO.

Apabila PAS gagal memberikan pembangunan dan mempertingatkan ekonomi negeri yang diperintahnya sejak berpuluh tahun, ulamak dan pemimpinnya mentarbiahkan; kita jangan mengejar harta dunia, kita cari akhirat...tetapi dalam masa sama rakyat negerinya bertaburan ke negeri-negeri lain mencari kekayaan dan pemimpin-pemimpinnya yang berpeluang merebut kekayaan juga menjadikan diri mereka kaya. Yang tetap tinggal miskin adalah rakyat jelata yang bodoh dan mampu diperbodohkan saja yang tinggal di kampong-kampong - para pemimpin mereka tetap menjadi kaya raya.

Retorik yang PAS lakukan sangat bahaya kepada bangsa Melayu dan Agama Islam sendiri. PAS telah sinonim dengan melabelkan orang lain kafir, perbuatan orang lain semua haram dan merekalah yang selalunya benar dan perbuatan merekalah yang selalunya halal. Bahkan apabila pilihanraya, mereka mengatakan mengundi PAS dapat pahala dan masuk syurga. Menatap poster pemimpin yang mereka gelar ulamak pun dapat pahala (dan masuk syurga juga) (?). Ini adalah satu kesesatan yang jelasa dilakukan, malangnya masih ada yang terpengaruh dengan ajaran songsang ini.

Apakah yang PAS mampu lakukukan bagi perjuangkan Agama Islam? Di Selangor sebelum PRU12 PAS mempropogandakan akan menhapuskan penjualan arak dan bahkan menutup kilang arak jika diberikan kemenangan dan kuasa memerintaah. Allah telah menetapkan bahawa mereka telah mendapat sebahagian kuasa itu dan bersama parti kafir harbi DAP memerintah selangor, tetapi apa yang mampu mereka lakukan? Bahkan dalam isu ulamak DAP mengeluarkan fatwa bahawa beer itu bukan arak, PAS masih enggan dan tidak berani bersuara dan membuat sebarang ketetapan. Bacul dan hinanya ulamak-ulamak PAS ini.

Selepas ini tentu PDO (Pahang Daily On Line) akan menghentam saya dan terus melabelkan saya sebagai Blogger UMNO karat. Itulah modal PDO sejak dulu, kini dan selamanya. Kita sudah tahu siapa blogger-blogger Pakatan Karat dalam PDO ini dan kita sudah tahu dimana tempat mereka beroperasi. Saya seru mereka supaya insaflah dan berhentilah dari menyebarkan fitnah terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan yang memerintah negeri Pahang. Jika Pakatan Rakyat yang memerintah Pahang saya percaya mereka tidak akan dapat lakukan lebih baik lagi, bahkan tentu mereka akan jadikan Pahang ini lebih buruk dan kacau bilau. Dalam Pakatan Rakyat sendiri PAS dan ulamak nya di celakakan oleh DAP dan PKR. Peranan mereka sebenarnya adalah melemahkan UMNO dan penguasaan pemerintahan bangsa Melayu.

Fikirkanlah PDO dan jangan pesongkan segala fakta serta kenyataan selama ini.

Klik dan baca diblog Parpukari ini untuk tau bahawa pemimpin PAS tak ada telor

08 August, 2009

ULAMAK PAS, ULAMAK DAP

Fatwa: Beer bukan Arak


Nyata bahawa PAS tidak berkuasa dan gagal bersuara dalam Pakatan Rakyat bahkan mereka dengan hinanya dipermainkan oleh DAP. Rakyat melihat bahawa rendahnya taraf ulamak dalam PAS yang dengan mudah disamakan dengan bebrapa tokoh politik dari DAP.


Bangsa asing telah bukan saja merendah dan menghina Islam yang PAS perjuangkan bahkan mencabar PAS yang nyatanya tidak langsung berani bertindak. Mereka hanya berani menyalahkan UMNO dalam semua hal tetapi 'hilang telor' bila berhadapaan dengan DAP.

Kita tidak persoalkan maruah PAS yang dihina DAP tetapi kita persoalkan maruah Agama Islam yang sengaja disinggung oleh kafir harbi sahabat karib PAS itu. Apakah kita masih melihat PAS benar-benar memperjuangkan Agama Islam? Saya lebih melihat bahawa ulamak-ulamak dalam PAS hanya perjuankan diri dan kepentingan politik parti mereka saja.

Bahawa sebenarnya PAS telah gagal perjuangkan Agama Islam sepertimana yang mereka canangkan, lantaran itu kita harus kembali kepada UMNO untuk meneruskan memperjuangkan bangsa Melayu dan mengangkat martabat Agama Islam di negara kita ini. Janji kosong PAS penuh dengan retorik dan kepalsuan semata-mata.

Ulamak PAS berdiam diri. Apakah bererti mereka juga menyetujui fatwa bahawa beer itu bukan arak? Jika tiada bantahan dari mereka bermakna mereka bersetuju dengan kenyataan itu. Masihkah kita mahu menyokong PAS yang mengkafirkan UMNO satu ketika dulu tetapi menganggap DAP sebagai saudara?


...Dia menyentuh mengenai pendirian Mufti Selangor baru, Sheikh Ronnie Liu bahawa beer bukan arak.
"Tak lama lagi, PAS akan tukar laungan kepada Take Beer! Take Beer!" (Klik ke Blog Husin Lempoyang)

...Jeff Ooi pula mengaitkan "Syariah Islam sebagai ekstremis" semasa pertelingkahan beliau dengan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Razali Abdullah. Satu kenyataan yang sangat sensitif dan menjatuhkan maruah Islam serta menunjukkan yang beliau sangat anti Islam

Namun dalam isu Jeff Ooi ini, Dewan Pemuda PAS pusat, melalui ketuanya Nasarudin Hasan hanya mahukan supaya beliau menarik balik kenyataan atau memohon maaf secara terbuka. (Klik ke Blog Puakumbu antara blog dari Pahang yang perlu diberikan perhatian kerana tulisan nya yang menarik)

(Klik utk ke blog Kingdom Of Heaven)

07 August, 2009

ULAMAK YANG MEMESONGKAN UMAH







Dan (di antara orang-orang munafik itu)ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin yang sedang menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: "kami tidak mengkehendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya). (At-Taubah:107)


Dan diantara dalang demonstrasi GMI itu adalah mereka dari parti yang katanya memperjuangkan Islam. Mereka yang berserban dan menamakan mereka sebagai ulamak sanggup berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan si kafir harbi atas nama perpaduaan yang semata-mata bertujuan untuk melemahkan kuasa dan kepimpinan bangsa Melayu yang juga menjadikan Islam sebagai Agama dan pegangan. Mereka sehaluan dengan si kafir harbi yang merasakan menyamai taraf ustaz dan mungkin nanti akan dimartabatkan juga sebagai ulamak kerana telah mengeluarkan fatwa bahawa beer itu bukan minuman keras, bukan arak sepertimana yang berlaku di Selangor baru-baru ini.

Umat Islam di Malaysia masih belum keliru dengan semua itu, tetapi janganlah cuba mengelirukan umah dengan menyalahkan yang benar dan membenarkan yang salah walaupun ianya atas kepentingan politik kepartian. Kerana itu seorang ulamak yang benar tidak harus terlibat dalam politik dan memegang apa-apa jawatan dalam politik kerana nanti segala tindakannya akan mengutamakan kepentingan politik melebihi kebenaran yang di hak kan dalam agama. Kerana itu sekarang ini terdapat mereka yang menggunakan sebahagian dari Quraan dan menyembunyikan sebahagian yang lain dalam tafsirannya atas motif politik semata-mata.

Syaitan juga mampu menjelma dan menyerupai ulamak dengan kebohongan dan pendustaan mereka bagi menyesatkan umat di akhir zaman.

06 August, 2009

BALA TENTERA DARI NERAKA 2




Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, manafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan. Dan ke dalam neraka Jahannamlah orang-orang yang kafir itu dikumpulkan. Supaya Allah memisahkan (golongan) yang buruk dari yang baik dan menjadikan (golongan) yang buruk itu sebahagiannya di atas sebahagian yang lain, lalu semuanya dikumpulkan-Nya dan dimasukkan-Nya ke dalam neraka Jahannam. Mereka itulah orang-orang yang merugi. (Al-Anfaal:36-37)


Bagi merealisasikan demonstrasi GMI yang baru lalu satu dana yang besar diperlukan untuk mengerakkannya. Ada laporan menyatakan bahawa peserta dibayar RM50-RM100 setiap seorang. Kita tidak pasti berapa sebenarnya jumlah dana yang dibelanjakan tetapi kita tahu bahawa ianya satu jumlah yang besar, yang bukan senang-senang untuk didapati melainkan dari orang-orang tertentu yang berkepentingan atau dari organisasi-organisasi tertentu yang juga berkepentingan dan menangguk di air keruh.

Tidak juga jelas apa sebenarnya tujuan demonstrasi berkenaan dan apa kepentingannya kepada rakyat umum. Seandainya kita hanyalah seorang penoreh getah, petani, nelayan dan buruh kasar, perlaksanaan atau pemansuhan ISA tidak memberikan apa-apa faedah yang nyata kepada kita. Mungkin itu berfaedah kepada ahli-ahli politik semata-mata untuk melindungi mereka dari perbuatan jahat mereka selama ini dan akan datang. Justru, apalah gunanya kita bermati-matian perjuangkan pemansuhan ISA jika ianya bukan untuk kepentingan rakyat banyak? Nampaknya pemimpin bala tentera dari neraka ini yang memerlukan kita berjuang untuk diri mereka walhal sebagai pemimpin merekalah yang patut berjuang untuk kepentingan kita. Perjuangan apakah ini?

Mudah-mudahan kita tidak leka dan tersesat sehingga kita termasuk dalam golongan bala tentera dari neraka ini. Andai kita telah terlanjur, maka kembalilah kepangkal jalan, bertaubatlah semuga Allah menerima taubat kita. Janganlah kita termasuk dalam golongan mereka yang hanya akan merugikan dan memusnahkan bangsa Melayu sendiri. Apa yang ramai nampak bahawa ini semua adalah satu usaha untuk mengalih pandangan oleh seseorang dari perkara pokok, iaitu tuduhan di mahkamah terhadap dirinya atas perbuatan terkutuk yang dia dituduh melakukannya.

Ketika di satu pihak telah dengan berani bersumpah bahawa berlaku kemasukan dari pintu belakang, kenapa di satu pihak lagi dengan takut melarikan dari dari melakukan sumpah yang serupa? Jika benarlah falsafah lama; berani kerana benar....apakah takut bermana kerana salah? Kenapa apabila salah dilakukan oleh orang lain dia dengan cepat mengemukakan saman tetapi kenapa tidak soal ini? Kenapa si x tidak disaman kerana bersumpah di xx oleh mr xxx?

Janganlah kita biarkan masa depan anak-cucu kita dimusnahkan oleh tangan-tangan hitam ini. Janganlah kita perjudikan masa depan kita, anak-cucu kita dan harapan bangsa kita pada tangan panglima perang bala tentera neraka ini supaya nanti anak cucu kita tidak akan mencari dimana kubur kita untuk mengencinginya, hanya kerana kita telah terpedaya dengan janji-janji dusta.

Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan: "Tidak ada seorang manusiapun yang dapat menang terhadap kamu pada hari ini, dan sesungguhnya aku ini adalah pelindungmu" Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling melihat (berhadapan), syaitan itu balik ke belakang seraya berkata: "sesungguhnya aku berlepas diri daripada kamu: sesungguhnya aku dapat melihat apa yang kamu sekelian tidak dapat melihat: sesungguhnya aku takut kepada Allah". Dan Allah sangat keras seksa-Nya. (Al-Anfaal:48)

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...