6.21PM - 31.12.2008
Suara Anak Pahang - Perlu Baca
31 December, 2008
SELAMAT TAHUN BAHARU
6.21PM - 31.12.2008
30 December, 2008
JIKA BN KALAH, SALAHKAN KHAIRY DAN PAK LAH
Benarkah calon yang dipilih kehendak Negeri dan Bahagian? Atau kehendak Pak Lah yang mengikuti kehendak Khairy bagi mantapkan kedudukan. Dari riak yang kelihatan MB Terengganu kurang ceria atas calon pilihan yang diumumkan.
Terkini berbagai masalah dalaman pula terdengar bagi menambah ketidakpuashatian banyak pihak. Yang nyatanya, Mat Said tertikam dari belakang. Siapakah yang punya angkaranya? Apakah gerangan sebabnya?
Kemenangan ini sangat diperlukan sebagai sokongan moral. Kalah di P044 boleh dimaaf kerana itu memang kubu kuat Bung Nuar. Walau siapapun diletakkan disitu pasti akan kecundang. Tapi senario ini berbeza. Ini gelanggang sebenar dimana kedua-dua pihak mendapat peluang yang sama. 50 – 50. Kemenangan bagi BN adalah petanda ianya telah dimaaf dan diterima semula. Jika kalah bermakna neraka PRU 13 berada dihadapan.
Justru pemilihan calon perlu dibuat dengan berhemah, biar disukai semua dan bukan hanya untuk kepentingan satu-satu pihak. Pilihanraya kecil ini jangan dijadiakan bahan uji-kaji. Tetapi nampaknya sedari awal lagi sudah jelas ada pihak yang mencaturkan sesuatu. Kerana itu Khairy dari awal lagi dinobatkan sebagai pendekar kepada Pemuda UMNO, tujuannya apa? Hinakah jika Hishamuddin sendiri yang turun berjuang? Atau ini bukanlah gelanggang yang layak untuk Hishamuddin kerana terlalu kecil? Atau memang Hishamuddin memang seorang yang penakut? Penakut untuk turun berjuang atau pun penakut untuk menyatakan tidak kepada Khairy yang beria-ia benar hendak menunjuk kepahlawanannya.
Tidakkah Khairy masih ingat bahawa dia masih tidak disukai? Atau Khairy mengharap tuah untuk menang dan terus mengikis persepsi itu serta akan mendabik dada bahawa dialah juara dan jika kalah DS Najib akan dijadikan mangsa.
Masalah negeri akan sedikit sebanyak mempengaruhi pilihanraya ini nanti. Baca blog ini - http://jaranganakmelayu.blogspot.com/2008/12/yang-menguasai-dikuasai.html
Dengan segala permasalahan yang ada ini, juga melalui desus-desas yang kedengaran - saya memandang bahawa PRK P036 ini adalah hari esok yang suram. Jika BN kalah, salahkanlah Khairy dan Pak Lah, kerana mereka masih gagal mendengar dan mendapat isyarat dari akar-umbi, atau sengaja dengan rela untuk memberikan sesuatu yang sudah musnah kepada pengganti.
26 December, 2008
UMNO – MARI KITA TUTUP BLOG
Mari tutup blog UMNO. Dilarang guna blog untuk kempen.(baca sini) http://www.muhammadmuhdtaib.com/2008/larangan-guna-blog-berkempen-perlu-jelas.html
(baca sini) http://nobisha.blogspot.com/2008/12/ayuh-tutup-semua-blog-umno.html
Lagi pun blog UMNO bukan ada Ummph! (baca sini) http://nobisha.blogspot.com/2008/12/maaf-blog-umno-tak-ada-ummph.html
Jadi mari kita tutup semua blog UMNO. Di bahagian dan cawangan-cawangan pun UMNO bukan ada blog atau tidak aktif. Baiklah kita tutup. Biarkanlah sahaja PAS dan PKR yang ada blog dan menghentam UMNO dan kerajaan. Pemimpin-pemimpin kita bukan peduli. Lagipun UMNO tidak lagi releven untuk masakini. UMNO hanyalah sejarah. Pemimpin-pemimpin UMNO juga adalah sejarah. Akarumbi sayangkan UMNO tetapi pemimpin lebih sayangkan diri dan kroni.
UMNO dan pemimpin parti lupa bahawa kita bukan berdepan dengan pengundi awal tahun 60an yang kebanyakannya buta huruf. UMNO dan BN kini berhadapan dengan pengundi yang celik IT. Malah lebih celik dari sebahagian YB, ketua bahagian dan ketua-ketua cawangan. Pemimpin masih belum peduli. Lagipun adalah salah guna blog untuk kempen kata lembaga disiplin UMNO. (Baca sini) http://www.malaysiakini.com/news/95247
Baik kita dengar lagu ni. (Klik sini) http://www.youtube.com/watch?v=VH8LfnhnpZQ
Lagi pun UMNO sudah tua. Lebih 50 tahun usianya. Jadi nya dah nyanyok dan bercampur menuju kearah kehancuran. Kemanakah bangsa melayu akan pergi?
24 December, 2008
POLITIK ORANG MELAYU – KELUARLAH DARI KOTAK FIKIRAN LAMA
Bangsa Melayu bersatu dengan teguh sekali pada awal zaman kemerdekaan. Setelah beratus tahun dipecah dan perintah oleh penjajah barat. Berikut kemudiannya tertubuhlah parti-parti melayu yang memperjuangkan kemerdekaan; pekembar dan akhirnya UMNO satu-satunya yang kita lihat memperjuangkan melayu ketika itu.
Taksub kepada UMNO ketika itu adalah wajar kerana UMNO lah satu-satunya parti yang mewakili dan mendapat tempat dihati kaum melayu. Namun keadaan telah berubah selepas 50 tahun kemerdekaan. PAS dan PKR wujud dari sebahagian pecahan UMNO. (Walaupun PKR bukanlah parti melayu namun ianya nenpunyai keahlian melayu yang besar) Disinilah titik mulanya melayu berpecah. Soalnya kenapakah melayu berpecah?
Dua Perpecahan besar yang akhirnya telah menwujudkan dua kelompok yang berpengaruh besar dengan membentuk dua parti besar iaitu PAS dan PKR. Kita menyoal sekali lagi, Kenapakah melayu berpecah? Apakah perbezaan pendapat yang tersangat besar yang telah memisahkannya? Apakah perbezaan dari segi agama? Apakah perbezaan Islam UMNO dengan Islam PAS yang memisahkan bangsa melayu? Namun perpecahan dengan PKR apakah hanya kerana isu menuntut keadilan bagi seorang pemimpin?
Saya tidak mahu dan tidak berhak memberikan jawapan kepada soalan berkenaan, jadi saya biarkan umum mendapatkan jawapannya atau jawapan-jawapannya. Saya hanya ingin focus kepada soalan apakah keuntungan yang bangsa melayu dapat dari perpecahan ini?
Dengan perbezaan penduduk Negara yang bukan terlalu banyak diantara bangsa melayu dan asing maka perpecahan ini dilihat hanya akan melemahkan bangsa sendiri. (Malay 50.4%, Chinese 23.7%, indigenous 11%, Indian 7.1%, others 7.8% (2004 est.) Apakah ertinya jika hanya parti yang kita dukung memenangi pilihanraya tetapi secara keseluruhannya wakil-wakil bangsa melayu bukan lagi majoriti dikalangan pemerintah dan mengusai Dewan Rakyat,Dewan Negeri dan Dewan Negara.
Melayu harus sedar bahawa dalam keadaan kita taksub kepada parti bahawa kita telah lupa yang kita telah ketepikan kepentingan bangsa. Disini letaknya perbezaan diantara politik bangsa melayu dengan bangsa cina kerana bangsa cina dalam diam mengutamakan lebih bangsa dari parti. (Baca disini)
Kita lihat pula bagaimana bangsa cina mempertahankan bangsa mereka tanpa mengira perbezaan parti dalam menghadapi apa-apa isu yang ingin menguggat bangsa dan bahasa mereka. (Baca disini) (Baca disini) (Disini)
Kita harus keluar dari kotak fikiran lama kita dalam memilih calon: pertama bangsa dan kedua parti. Ini lah juga yang sering dilakukan oleh bangsa lain yang dalam pilihan-pilihanraya sebelum ini bagi mengekalkan calon-calon bangsa mereka. Apakah kita tidak sedar? Atau kita masih lagi lena oleh alunan merdu pemimpin-pemimpin kita bagi kepentingan tertentu. BERANILAH BERUBAH!
21 December, 2008
BULAN RETAK DI TERENGGANU SIAPA CALON
Datuk Nik Aziz Nik Mat, Musyridul Am PAS - sedang main jolok-jolok
Bulan Retak di P036
P036 - BN telah membuat pengumuman dengan meletakkan calon UMNO Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam Pilihan Raya Kecil pada 17 Januari depan. Ini sangat jelas dan dibuat lebih awal lagi mendahului calon pembangkang. Apapun masalah yang akan timbul, ianya adalah masalah dalaman yang boleh diselesaikan dengan pertimbangan dan tolak ansur.
PAS bagaimana? Saiapakah calon PAS masih menjadi tandatanya. Nampaknya Kuala Terengganu akan menyaksikan bulan retak.
Datuk Nik Aziz Nik Mat, Musyridul Am PAS awal-awal lagi telah mencadangkanMohamad Sabu sebagai calon. Kita boleh memahami ini jika PRK ini di Kelantan kerana Datuk Nik Aziz bercakap sebagai pemimpin PAS negeri. Malangnya ini berlaku di Terengganu dimana Datuk Seri Haji Hadi Awang adalah pemimpin PAS negeri yang juga Presiden PAS Pusat.
Siapakah dibelakang Musyridul Am PAS ini? Benarkah Datuk Nik Aziz sedang diasak oleh kumpulan erdogan atau lebih jelasnya Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang mengeletek membuatkan Datuk Nik Aziz melatah.
Yang pastinya PRK P036 akan menyaksikan PAS tidak dapat bersatu hati dalam soal calon yang akan bertanding kelak. Jika Mohamad Sabu TIDAK dicalonkan maka kumpulan erdogan tidak akan membantu (bermati-matian) berkempen. Nampaknya BN telah mendapat kemenangan dalam pusingan pertama.
20 December, 2008
PRK P036 MENGUJI JATIDIRI
Kehangatan bahang Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu (P036) semakin terasa. Berbagai taktik dan strategi sedang dirancang untuk dilaksanakan bagi memenangkan calon masing-masing. Seperti kebiasaannya, politik di
Jika benarlah Mat Sabu akan bertanding mewakili PAS nanti, tentu kita akan dihidangkan dengan berbagai-bagai kata cacian yang dituju kepada siapa saja calon lawan dan parti lawan (Kerajaan). Kita tidak dapat melupakan siapa Mat Sabu dalam bab kata mengata ini, sehingga beliaulah orang yang pertama menganugerahkan gelaran Al-Jubri kepada DS Anwar Ibrahim (sewaktu DSAI masih dalam Kerajaan)
Malangnya, terlajak kata tidak dapat ditarik balik, maka DSAI sehingga kini masih terpaksa menerima gelaran Al-Jubri yang dianugerahkannya oleh Mat Sabu itu walaupun mungkin jauh disudut hati mereka ingin membuang gelaran tersebut.
Begitulah keadaan politik dimana hanya mengutamakan keuntungan jangka pendek tanpa memikirkan dan menilai apakah akibat yang akan ditanggung kemudian kelak.
Walau berapa calon yang akan bertanding kelak, saingan sebenar hanyalah dua: Parti Kerajaan yakni BN yang sudah tentunya diwakili UMNO dan parti Pembangkang yang mungkinnya PAS berdasarkan majority pengundi Melayu di P036 dan calon yang diletaklkan semasa PRU12 lalu.
Memang PRK P036 ini sangat penting bagi kedua-dua pihak sebagai cerminan sokongan masing-masing. Pakatan Rakyat (PR) memerlukan kemenangan disini bagi mengekalkan momentum penguasaan kuasa dan apa yang mereka panggil sebagai protes rakyat selepas kemenangan di Permatang Pauh, manakala BN harus memenanginya sebagai penafian kepada teori hakisan sokongan kepada kerajaan. Bagi sesetengah pihak, PRK P036 adalah lebih hebat berbanding sebelum ini. BN tidak boleh kalah kerana ini adalah perjuangan maruah kerana P036 adalah milik BN UMNO sebelum ini.
Berbeza dari P044 Permatang Pauh dimana BN hadir sebagai underdog yangmana kemungkinan untuk menang itu sangat tipis. Di P036 ini BN adalah penyandang bagaimanapun jangan memandang remeh kepada usaha yang dijalankan oleh PR untuk merebut kerusi parlimen ini kerana kemenangan lalu yang kecil. PR boleh memalukan BN jika tidak kempen dijalankan dengan betul. Apa yang membimbangkan adalah kehadiran Khairy Jamaluddin sebagai calon mewakili kempen Pemuda akan membuatkan pengundi meluat dan berpaling kearah lain.
Walau apa keadaan sekalipun, BN mesti memenangi P036 ini dan pengundi berkenaan mesti memberikan undi mereka kepada UMNO BN kerana beberapa alasan;
- Mengembalikan maruah BN yang tercemar selepas PRU12 yang lalu. (kita tidak ambil kira PRK P044 kerana keadaan disitu memang tidak memihak kepada BN)
- Memberikan harapan kepada UMNO khususnya bangsa melayu bahawa perjuangan bangsa masih dapat dikekalkan adanya jatidiri bangsa melayu.
Berikut keputusan PRU 12 di P036
P036 Kuala Terengganu
Pengundi | M | C | I | L | Wakil | Undi | Majoriti |
80,325 | 88.14% | 10.94% | 0.65% | 0.27% | BN | 32,562 | 628 |
N013 Wakaf Mempelam
Pengundi | M | C | I | L | Wakil | Undi | Majoriti |
20,573 | 99.33% | 0.43% | 0.07% | 0.15% | PAS | 9,645 | 2,193 |
N014 Bandar
Pengundi | M | C | I | L | Wakil | Undi | Majoriti |
18,953 | 60.4% | 38.02% | 1.23% | 0.31% | BN | 7,831 | 1,142 |
N015 Ladang
Pengundi | M | C | I | L | Wakil | Undi | Majoriti |
16,777 | 91.5% | 6.86% | 1.12% | 0.43% | PAS | 6,723 | 31 |
N016 Batu Buruk
Pengundi | M | C | I | L | Wakil | Undi | Majoriti |
24,022 | 98.02% | 1.41% | 0.35 | 0.20% | PAS | 10,672 | 1,161 |
17 December, 2008
BANGSA MELAYU, MENANGISLAH....
Tanah Melayu Negara kita. Sejarah telah mencatatnya tetapi mereka ini pertikaikan. Kesetiaan mereka tidak pernah ada pada tanah air ini. Setia mereka pada tanah besar china. Harga untuk kemerdekaan terlalu mahal untuk kita – kita dituntut unruk berkongsi kuasa. Kaum-kaum pendatang ini dibawa masuk oleh British sebagai kuli pekerja di estate dan buruh di lombong.
Ketika awal merdeka mereka ingin membawa Negara kita tunduk kepada china. Mereka dalam Parti Komunis Malaya menentang kerajaan. Ketika peristiwa berdarah 13 mei, melayu nak hapuskan. Mereka ini berbagai wajah; DAP, Gerakan dan MCA tetapi jiwa mereka tetap sama. Tidak ada setia kepada Negara dan bahasa yang termaktub dalam perlembagaan. Berapa ramai melayu disembelih oleh PKM dan kemudiannya? (Melayu dan mangsa komunis....)
Hak ketuanan melayu nak dihapuskan. Apakah pengganas dan penentang pengkhianat negara nak diiktiraf sebagai pejuang? Kita melayu dipecah belahkan sedangkan mereka tetap satu disebalik berbagai wajah dan rupa. Akhirnya nanti kita jadi abdi dan kehilangan segalanya di bumi sendiri.
Tanyakan kenapa DEB gagal? Tanya kenapa semua agensi-agensi kerajaan untuk pertingkatkan ekonomi bumiputera gagal? Kita disabotaj kerana mereka sentiasa curiga dan tak pernah setia. Jika ekonomi bukan milik kita. Politik juga jadi milik mereka – apa lagi yang kita ada?
Sedarlah bangsaku!
berdoalah!
menangislah!
selagi masih ada air mata.
palestin yang jiwanya lebih kental dari melayu
lagikan kehilangan Negara
inikan pula melayu yang lemah dan mudah lupa
PKR dan PAS. Tidak kah kamu lihat apa yang sedang mereka lakukan? Perkongsian kuasa – siapa yang untung sebenarnya? Demi anak bangsa kita, marilah kembali bersatu – atas nama perpaduan bangsa MELAYU. Agar benar kata pusaka 'TIDAK MELAYU HILANG DIDUNIA'
ALLAHHU AKBAR!
(Tersirat sebalik MCA dan DAP …)
PRU 13, KELANTAN CONTOH PERKONGSIAN KUASA
Pejam selik pejam celik PRU 13 sudah diadakan. Kerajaan Pulau Pinang masih dikuasi oleh DaP (versi Parti Demokrasi Ala Penang) dan sekali lagi membentuk kerajaan. Timbalan Ketua Menteri Melayu telah digugurkan kerana tak tunjuk pristasi baik. Selain itu bertindak keluar dari
Selangor dan Perak masih dikuasai kerajaan campuran DaP,PAS dan PKR. |Menteri besar Perak dari parti DaP kerana semua cina sokong kerajaan yang banyak Bantu dengan berikan mereka tanah bagi kampong-kampong baharu. Kedah di kuasai PAS dan PKR. Rakyat sepakat tidak memberikan undi kepada DaP kerana tidak percaya kepada parti racist tersebut. Selain itu rakyat juga takut Kedah juga akan ditawan mereka.
Keadaan politik Negeri-negeri lain tidak berubah. Johor, Negeri Sembilan dan Melaka mencatat kemenangan cemerlang. Paling bergaya Pahang telah menyapu bersih kerusi DUN dan Parlimen membuatkan pembangkang kecewa dan gigit jari. Menurut pemerhati politik, pengundi-pengundi di Pahang sudah sedar dan insaf dengan helah pembangkang serta mendapat undi yang besar dari Rancangan Tanah-tanah FELDA. mungkin mereka sangat insaf bahawa tanpa usaha dan bantuan kerajaan peneroka FELDA tidak dapat mengecap kemewahan hidup seperti sekarang ini.
Bagaimanapun perubahan yang sangat baik dilihat adalah apabila kerajaan Kelantan berpegang pada janji berkongsi kuasanya yang diwar-warkan sebelum pilihanraya dulu. (baca disini) (dan disini)
Kerajaan Kelantan berjaya membentuk kerajaan dengan melantik ramai exco-exconya dari kalangan kaum
Kelantan juga dijangka akan berkembang maju memandangkan berbagai projek ekonomi dan kilang-kilang akan dibina disini. Selain dari projek pertanian berskala besar yang akan dijalankan itu, kerajaan negeri juga giat mengondolkan hutan sekitar Lojing dan lain-lain daerah termasukdi Ulu Kelantan bersempadanan dengan Taman Negara Kuala Koh bagi menggalakan projek pertanian.
Kemungkinan besar projek BB moden juga akan dijalankan disini memandangkan ianya dilihat telah berjaya di negeri Selangor dan Kedah. Selain dari menyumbang dan menjana ekonomi negeri dan ianya juga akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Kerajaan negeri juga sedang mengkaji pemberian subsidi bagi bumiputera yang berminat dalam mengusahakan ternakan BB moden tersebut.
Selain itu Kerajaan Kelantan menunjukkan sikap keterbukaan dengan membenarkan pertunjukan kebudayaan yang dahulunya diharamkan. (baca disini) Ini selaras dengan apa yang telah dilakukan di Pulau Pinang dimana PAS tidak membantah malah membenarkan acara sedemikian diadakan meskipun saat itu PAS turut mengganggotai kerajaan. (baca lagi disini)
Kita masih menunggu pengumuman MB mengenai senarai exco yang dijangka 50% akan terdiri dari kaum
EXCO KERAJAAN NEGERI KELANTAN
Jawatankuasa Tanah, Perhutanan dan Sumber Asli
Pengerusi: Melayu
Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah
Pengerusi: Cina
Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan
Pengerusi: Cina
Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Pepaduan Masyarakat
Pengerusi: Melayu
Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan
Pengerusi: Melayu
Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah
Pengerusi: Melayu
Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar
Pengerusi:
Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO
Pengerusi:
Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknolgi
Pengerusi: Asli
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan
Pengerusi: Cina
Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi
Pengerusi: Cina
13 December, 2008
BODOHKAH PENGUNDI MELAYU – SATU PENILAIAN PRU12
PRU 12 telah berlalu dan memberikan kejutan kepada parti pemerintah. Berbagai analisis telah dibuat bagi mendapatkan pengertian kepada perubahan sikap yang diterjemahkan oleh rakyat melalui undian.
Kemuncak kepada itu ada desakan supaya PM berundur dan tidak kurang juga berbagai pertubuhan politik dan bukan politik memainkan peranan dengan menguji kekuatan kerajaan. (baca disini) dan (disini)
Desakan demi desakan dibuat apabila melihat kerajaan telah lemah dan nampaknya kerajaan telah banyak mengalah dan keadaan ini telah memberikan keuntungan kepada satu-satu pihak yang tahu mengambil kesempatan.
PM telah mengumumkan akan mengadakan ‘post mortem’ namun sehingga kini (seingat saya) bolehlah kita katakan sebagai ‘habuk pun tarak’.
Saya ingin tumpukan kepada satu kawasan DUN di P081 untuk saya jadikan kajian kes kerana saya lihat keadaan disana unik dan menarik untuk diperbincangkan.
Fakta DUN: N10 – P081
Jumlah Pengundi: 19,412
Peratusan Kaum: M: 56.05% C: 36.71% I: 5.93% L: 1.31%
Calon-calon dan undi diterima:
1. C (BN) (5,674)
2. C (Bebas) (3,295)
3. M (PKR) (5,165)
Majoriti: 509
Jumlah undi: 14,542
Peratus mengundi: 74.91%
Undi rosak: 408
Menyedari gelombang yang akan melanda politik Negara ketika itu dengan mengandaikan bahawa suara protes rakyat akan memihak kepada pembangkang maka dapat kita lihat kaum cina lebih prihatin dan peka kepada keadaan semasa lalu mereka meletakkan satu calon lain sebagai calon bebas bagi memecahkan undi majoriti melayu. Ternyata strategi mereka benar dan berjaya. Jika kita lihat dari jumlah undi yang dipungut, kita dapat bayangkan bahawa jika tidak diletakkan calon bebas sudah tentunya undian akan dimenangi oleh calon malayu PKR. Pendapat ini berdasarkan kepada peratusan pengundi mengikut kaum serta.
Ternyata dalam keadaan ini seboleh mungkin kaum cina tidak rela bertuankan melayu sebagai ADUN bagi mewakili mereka yang selama ini diwakili oleh kaum mereka sendiri biarpun majoriti pengundi adalah terdiri dari orang melayu. Begitulah bijaknya kaum cina dalam berpolitik. Banyak pihak berpendapat bahawa kesetiaan mereka kepada ras lebih utama dari kepada parti politik. (baca disini) dan (sini)
Kerana itu ada penganalisa politik berpendapat bahawa jika terdapat pertembungan diantara dua calon dari dua parti maka mereka akan memberikan undi kepada yang sebangsa dengan mereka dan jika pertembungan itu melibatkan dari bangsa yang sama baharulah mereka akan memilih parti. Ini sangat berbeza dengan sikap bangsa melayu yang taat setia kepada parti mereka. Malangnya sikap ini jika tidak kita awasi dibimbangkan akan memberikan keburukan kepada bangsa dan Negara kita apabila ianya dieksplotasikan oleh orang lain.
Kita tertanya-tanya apakah keputusan PRU12 yang lalu di N10 ini jika sekiranya;
1) Calon BN adalah orang melayu dan calon PKR atau lain-lain parti pembangkang adalah orang cina ?
2) Calon BN dan PKR atau lain-lain parti pembangkang adalah orang melayu ?
3) Calon BN dan PKR atau lain-lain parti pembangkang adalah orang cina ?
N10 bukanlah satu-satunya kes yang berlaku sedemikian seperti yang kita bincangkan. Oleh itu pengundi-pengundi melayu harus sedar dan mengubah persepsi kita terhadap corak pengundian pada masa akan datang kerana kita bimbang pada akhirnya kita akan banyak kehilangan wakil-wakil rakyat dari bangsa kita sendiri sedangkan kita merupakan golongan majoriti. Sila baca posting saya yang lalu yang secara sinis mengambarkan keadaan sedemikian. (klik disini)
Semoga dalam PRU 13 kelak kita akan lebih bijak ketika mengundi agar ketuanan melayu yang kita pertahankan dan perjuangkan selama ini akan tetap terbela demi genarasi akan datang.
PDO DEDAH DAN MOHON MAAF
1. PDO dan nakmarah…marahlah dalam blog mereka telah membuat pendedahan mengenai Kg. Kuala Kecau, Kuala Lipis Pahang. (baca disini) (dan disini)
Sekali lagi saya cadangkan PDO lawati sendiri kawasan yang ingin dilaporkan bagi mendapatkan maklumat yang lengkap dan terperinci mengenainya agar dapat mengelakkan dari salah faham dan kekeliruan dalam laporan.
Taman Rimba Kenong terletak 32KM dari Pekan Kuala Lipis melalui jalan Gugusan Felda Kecau. 10KM pertama adalah jalan alternatif ke Gua Musang. 8KM kedua melalui jalan ke Felda Kecau 8 manakala 14KM terakhir adalah melalui jalan ladang Felda dan jalan hutan. Untuk memajukan Taman Rimba Kenong saya sangat setuju kerajaan membina jalan berturap. Pembinaan jalan tersebut akan dapat menyelesaikan masalah perhubungan penduduk-penduduk Kampong Matuk, Kampong Dusun, Kampong Selit dan Kampong Kuala Kenong yang telah sekian lama.
Bagaimanapun saya bersetuju agar tanggungjawab terhadapnya dipikul sepenuhnya oleh Datuk Fong Koong Fuee ADUN Cheka dan Datuk Dr. Shahrum Osman, Ahli Perlimen Lipis yang sememangnya saya lihat tidak berfungsi dengan baik, terutamanya Datuk Fong Koong Fuee yang sudah terlalu lama berkhidmat.
Berkenaan jalan dari Kuala Lipis ke Taman Rimba Kenong, saya telahpun mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri melalui UPEN dibawah peruntukan pembangunan pelancongan namun…….(?)
2. Tahniah kepada PDO yang akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka bersabit tuduhan terhadap Allahyarham Dato' Hj. Abdullah Rahmat atas berita yang dipaparkan di blog ini berkenaan "Misteri: Kes Kemalangan Setiausaha Kerja UMNO Pahang, Dari Mana Datangnya Lembu Atas LPT" (baca disini)
Saya hormati keberaniaan yang PDO tunjukan dan saya sanjung tinggi, hanya ingatlah supaya jangan terlalu ghairah dalam mambuat laporan sehingga terlupa mempertimbangkan kebenarannya demi keADILan. (?)
Nota:
Kita sangat berharap dalam bajet Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) jalan yang menghubungkan Kuala Lipis dan Kg Dusun di Kuala Kenong akan dapat dibina kerana ianya sangat penting bukan sahaja bagi perhubungan penduduk setempat tetapi juga penting bagi pembangunan pelancongan di Kuala Lipis yang semakin malap. Harap Exco Pelancongan membaca dan dapat memberi perhatian terhadap kemurungan pelancongan di Kuala Lipis.
Seharusnya pembangunan pelancongan di Kuala Lipis diberikan perhatian terutama menjelangnya siapnya jalan diantara Cameron Highland dan Kuala Lipis kelak. Jalan Cemeron highland Gua Musang telah membantu membawa pelancong ke Kelantan, jika perhatian tidak diberi sewajarnya kita bimbang akan jadi sepereti Tioman dimana mersing yang mendapat faedah bukan Tanjung Gemok,Rompin.
12 December, 2008
DEBAT : bREAVE hEART VS PDO
SAJAK KEMBARA HILANG ARAH
(klik disini untuk perihal gambar orang di atas)
SAJAK KEMBARA HILANG ARAH
dari dalam sinar mata hitammu
terbayang jalan luas
yang terbentang
pohon dan hijau padang lalang
itu bukan jalan lurus
mesti ada persimpangan, atau
dipenghujungnya ada selekoh tajam
kelak kau pasti terjunam
ke gaung dan jurang dalam.
kembalilah !
ke arah dimana kamu bermula
tidak akan berdosa melanggar setia
biar sekali kau jadi jantan
kembara yang tahu arah tuju dan arah
pulang
sesungguhnya
keadilan dan kebenaran yang kau perjuangkan
ada di sini
di tempat di mana kau bermula
tatkala kau mula mendustakan kata.
bRAVE hEART
Jerantut
12/12/2008
Penafian / Disclaimer
Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.
Terima kasih