Suara Anak Pahang - Perlu Baca
28 February, 2010
UMB PAHANG TAK MELAPOR CERAMAH DS ANWAR DI JERANTUT
BLOG: AHMAD MASLAN TETAP GOBLOK!
Beberapa laman blog mengutuk kenyataan Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO yang menyatakan bahawa banyak membaca blog akan jadi goblok.
Bacalah kemarahan para blogger disini:
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/02/ketua-penerangan-umno-malaysia-goblok.html
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/02/tahniah-umno-bahagian-subang-ahmad.html
Bermula dari 27 hingga 29hb Februari diadakan kursus yang berkaitan dengan media sosial oleh penerangan UMNO di Janda Baik. Kursus disertai UMB (Unit Media Baru) UMNO Bahagian-bahagian. Beberapa blogger dijemput dan sudah tentulah blogger ini memuji Ahmad Maslan dan ini kerana mereka dijemput. Andai mereka tidak dijemput mungkin mereka juga akan berkata bahawa Ahmad Maslan masih lagi goblok. Pandai sungguh orang politik membeli hati dan jiwa para blogger. Itu kena tanya Parpukari, Rocky Bru, Sam @ Marahku, Husin Lempoyang dan beberapa lagi.
Saya tidak hadir, tidak dijemput hadir jadi saya tetap bersetuju dengan pendapat dan kenyataan awal sahabat blogger iaitu Ketua Penerangan UMNO itu tetap Goblok. Bukan saja mengenai kecetekkan pengetahuannya tentang blog dan media sosial lainnya, tetapi juga sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia.
Pernah lihat dan baca cetakkan yang bertajuk ‘ Gerak Kerja Penerangan UMNO Malaysia’? Cetakkan setebal 20 halaman ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau adalah seorang Ketua Penerangan UMNO yang baik dan berkesan, tetapi bukan untuk abad ini, tetapi untuk masa lampau sekitar tahun 50an.
Membaca cetakkan berkenaan membuatkan saya berfikir siapakah yang akan membaca cetakkan ini dan apakah ini tahap pemikiran ahli-ahli UMNO pada abad ini? Saya catatkan sepenuhnya muka surat-muka
Muka
POLITIK
JUGA DISEBUT SEBAGAI:
P - Pujuk
O – Orang
L – Lantas
I – Ingin
T –Terus
I – Ikut
K –Kita
UMNO
BOLEH JUGA DIMAKSUDKAN SEBAGAI:
U – Untuk
M – Membela
N – Nasib
O – Orang
Muka
BN
JUGA BOLEH DIKENALI SEBAGAI:
B – Bela
N – Nusa
Atau
B – Bina
N – Negara
PERJUANGAN
KITA ADALAH DEMI:
Alif – Agama
Ba – Bangsa
Ta – Tanahair
Muka
MATLAMAT G-S-T
Matlamat utama:
memastikan kawasan gelap (G)
dipulihkan menjadi samar (S)
& diperkasakan menjadi terang (T)
~ ~ ~
NILAI 4 S
Empat nilai yang mesti ada
bagi melaksanakan misi
Ialah:
1) Semangat yang tinggi
2) Secara sungguh-sungguh
3) Secara bersama-sama
4) Secara sistematik
Muka
SMPPSS
Seluruh jentera penerangan
dikehendaki mengadakan
aktiviti pada waktu:
- Siang dan malam (SM)
- Padi dan petang (PP)
- Subuh dan senja (SS)
KBSMM
Untuk menarik semula sokongan pengundi kepada UMNO dan BN,
Ahli-ahli UMNO mesti lebih kerap
Mendampingi pengundi terutama ketika:
- Kenduri (K)
- Bersalin (B)
- Sakit (S)
- Melapetaka (M)
- Kematian (M)
KBSMM inin juga merupakan arahan Presiden UMNO dalam satu
mesyuarat MT di PWTC.
Memanglah beliau seorang yang genius. Formula-formulanya memang akan menarik perhatian ramai dan memang patutlah beliau tidak memerlukan sokongan para blogger sedikitpun, melainkan para blogger-blogger itulah yang datang terhegeh-hegeh pada program di Janda Baik semalam.
Saya teringat sebuah buka bachaan (bermaksud bacaan tetapi menurut ejaan asal) semasa kecil dahulu. Watak dalam buku itu adalah; Ali, Ahmad (Ahmad Maslan agaknya) Aminah, Ramasamy dan Tong Seng.
Teori-teori Ketua Penerangan UMNO ini mengingatkan juga saya kepada sebuah buku lain yang saya masih ingat ayatnya begini: ..Pak Pandir Mak Andir bertanam pisang, tanam pisang, tanam pisang. …Pisang Mak Andir masak dahulu pisang Pak Pandir mati layu…
Patutlah Penerangan UMNO di bahagian-bahagian masih lagi dalam kegelapan. Pengunaan media sosial seperti blog dan fb masih asing lagi dikalangan AJK bahagian sendiri, justru bagaimana dan bila ianya akan sampai ke peringkat akar umbi dan cawangan-cawangan?
Seorang Ketua Wanita UMNO bahagian menyatakan pada saya bahawa dia tidak perlukan blog kerana pengundi-pengundinya tidak menggunakan blog. Saya Cuma nak kata, begitulah juga dengan pengundi pada pilihanraya 12 lalu. Bukan pengundi yang menggunakan blog tetapi anak-anak mereka yang belajar di IPTA/S yang mendapat maklumat diblog dan mempengaruhi orang tuannya untuk menentukan siapa dan parti apa yang akan diundi. Mungkin pemimpin UMNO ini tidak sedar bahawa impak secara tidak langsung juga mampu pengaruhi pengundi.
Sebenarnya bukan Ahmad Maslan saja yang goblok, banyak Ketua Penerangan Negeri-negeri dan Bahagian-bahagian yang masih lagi goblok. Jika UMNO percaya media sosial mampu membantu memulihkan sokongan rakyat, maka ianya haruslah dilakukan dengan segera. Kerana kita bimbang apabila kita sampai ke stesen, keretapi telahpun berlalu dan meninggalkan kita.
UMNO – bangunlah dari tidur! ~ bRAVEhEART
27 February, 2010
KISAH KPU SATU UMNO BAHAGIAN DI PAHANG
Namun syahdan terkejut beruklah semua hadirin apabila diantara yang duduk dihadapan diatas pentas itu adalah si Ketua Pemuda ini yang bukannya Ahli Majlis Tertinggi dan bukan jugalah Jawatankuasa Wanita Umno kerana dianya adalah seorang Ketua Pemuda. Maka tidak tahulah akan sahaya sekiranya dia telah menukar jantinanya serta menjadi ahli Pergerakan Wanita pula.
Adapun kerana majlis ini adalah majlis resmi, maka diusirlah oleh orang akan Ketua Pemuda itu, namun tidak juga ia mahu berganjak, maka orang yang mengusir itu pun patahlah hatinya. Maka dibiarkanlah oleh orang akan dia itu duduk disitu.
(Boleh juga baca terus disini)
kita nak kata apa? ~ min.sHOGUn
MASA UNTUK LAKUKAN SEKALI LAGI
19 February, 2010
KONVENSYEN UMNO - TAK PEDULI PAHANG LAGI
Dato’ juga mesti ingat,bahawa antara yang senyum diwajahnya menyambut Dato’ itu antaranya ada yang masam mencuka didalam hatinya. Antara yang runcing diluar itu ada yang pepat didalamnya. Antara yang menyokong diluarnya ada antaranya yang mendendami didalam hatinya. Dalam segalanya, Dato’ harus melihat didalam ada yang baik itu sentiasa ada yang buruk. Diantara yang jujur itu sentiasa ada yang berpura-pura.
-----------------------------------
Akhirnya saya memutuskan untuk tidak menyertainya dan mengeraskan hati atas nama menghormati prinsip diri sendiri. Walaupun dalam hati terasa sangat ingin untuk membuat bakti terakhir. Demikian rajuknya bila kita tidak dikenali.
Saya imbas kembali kenangan dari perkembangan media sosial negeri Pahang ini dan penglibatan saya dalam penulisan blog.;
Selepas kerajaan tertampar dalam PRU13 lalu yang antaranya kerana peranan penulis-penulis blog maka saya mula menulis blog. Sendirian tanpa adanya bantuan dan kawan-kawan. Bertatih dan melangkah satu demi satu. BPN mempelawa untuk bergabung namun saya menolak memandangkan umur sudah melewati usia wajar untuk bergiat dalam alam siber ini, tetapi saya terus didesak. Dilantik sebagai exco negeri Pahang kerana ketika itu mungkin anggota BPN tiada yang menyerlah dari negeri Pahang.
Apabila ada penggilan untuk pertemuan aktivis media baru di kediaman MB, saya gembira dan menyambutnya dengan baik. Perkenalan dengan sahabat-sahabat yang turut berblog dari generasi pertama blogger Pahang membina satu ikatan yang tidak tertulis diatas kertas namun ianya masih tetap kukuh hingga kini. Kebanggaan berbunga dihati bahawa Pahang sedang mendahului negeri lain melangkah dalam alam media siber ini. Sahabat-sahabat blogger negeri lain sentiasa memuji. Saya menanti hari demi hari adanya perkembangan baru namun saya kecewa kerana pihak berkenaan tidak ingin langsung melangkan kehadapan.
Sebelum pertemuan itu lagi saya sudah bergerak kehadapan. Bukan satu blog yang saya miliki tetapi banyak dan dalam masa sama saya menjadi mentor kepada blogger baru tanpa perasaan bangga ataupun riak. Segalanya dilakukan adalah untuk membawa Umno negeri lebih jauh kehadapan.
Selain dari 'Beranikan Hati', saya juga membina blog aggregator ‘ Gabungan Suara Anak Pahang’ bagi memudahkan pemantauan terhadap perkembangan blog-blog baru di Pahang sama ada pro dan penentang Umno. Suara Prihatin Umno Jerantut, BumiYang (yang kini saya serahkan kepada anak didik dari Muar - sepenuhnya), membina dan mementorkan blog Srikandi Melayu (
Blogger-blogger UMB Pahang, apa yang dah dilakukan selama ini? Mungkin kena ambil masa lama agaknya untuk menghasilkan sesuata yang besar. Ibaratkan ayam yang nak bertelor besar. Cuma jangan terlalu lama meneran telor dan jangan juga sampai terkoyak jubur. Ibarat pepatah; ukur baju dibadan sendiri @ ukur telur dengan jubur sendiri. Ketua UMB ada nak kata apa? Atau pencacai facebooker UMB-nya masih ada tak puas hati?
Saya kecewa bila UMB ditubuhkan di Pahang namun saya dipinggirkan. Kami dari blogger generasi pertama diketepikan kerana mainan politik(?) orang tertentu. Saya kecewa bukan kerana disingkir tetapi kerana saya tidak dapat berbakti kepada perkembangan media sosial di negeri sendiri. Saya bersuara minta diperhatikan namun tidak diendahkan, dan saya terus bersuara lantang kerana saya sayangkan negeri sendiri. Sahabat-sahabat blogger yang biasa dengan saya tentu faham apa yang saya maksudkan dan apa yang saya perjuangkan.
Saya harus hentikan segala impian saya. Saya harus meminggir dan meninggalkan dunia siber ini. Namun tugas terakhir saya adalah membantu Pemuda Umno Jerantut mengendalikan kursus blog. Selepas ini saya akan tentukan arah saya sendiri. Saya tidak akan berharap pada Pahang lagi. Saya tidak akan peduli Pahang lagi.
Saya cuma kesal, siapakah blogger generasi kedua yang dapat diharapkan? Kerana yang banyak adalah sekadar penempel diruang facebook dan berinteraksi sesama sendiri saja. Tujuan sebenar untuk berpropaganda dan mempengaruhi untuk mendapatkan sokongan umum tidak akan berjaya sama sekali. Tunggulah akibatnya di PRU13 nanti, andainya kita tewas, siapa yang akan bertanggungjawab nanti?
Namun saya harap pihat tertentu akan berubah. Membuka mata dan fikiran mereka dan melakukan ini kerana ianya sebagai tanggungjawab bukan ada kepentingan politik mana-mana pihak. Saya akan nokhtahkannya disini. NOKHTAH
Yang beranihati pun lama-lama jadi sakit hati ~ bRAVEhEART
18 February, 2010
DEMO BEROK DAN TAWARAN TEAM BLOGGER RAKYAT
Begini posting PDO semalam, sebahagian darinya saya salinkan seperti dibawah ini:
Terima kasih atas tawaran dari pihak sebelah
Blogger Pahang belum kemana-mana lagi dan masih jauh ditinggalkan oleh PDO. Mereka tidak akan mampu saingi PDO dan saya berkata jujur kerana saya mampu menilai kekuatan dan kelemahan UMB Pahang bahkan dalam masa setahun lagi pun mereka tidak akan mampu. Mereka masih tercari-cari haluannya dan kebanyakkan blogger yang dilatih UMB Pahang masih ibarat kura-kura yang bersembunyi disebalik cengkerangnya. Penakut bila digertak
Kepada PDO, bagaimana pun buat masa ini biarlah saya disebelah ini dan memperbetulkan mereka dari dalam. Kerana saya percaya bahawa kelemahan ini adalah kelemahan orang tertentu, andai orang berkenaan ditukarkan maka kemungkinan UMB Pahang akan dapat kembali teguh. Jadi kepada PDO, anggaplah saya masih sebagai musuh yang juga perlu dihormati sebagaimana saya menghormati PDO sebagai lawan juga.
KONVENSYEN RASUAH (?) UMNO PAHANG
UMNO Pahang akan mengadakan konvensyennya pada 19-21hb.Feb.2010 ini bertempat di UiTM Jengka.
Tanpa perjudis kita berharap usaha ini akan menghasilkan sesuatu yang baik bagi menantapkan semula perjuangan UMNO dalam membantu rakyat khususnya bagi perjuangan membela Bangsa, Agama dan Negara. Namun dari akar-umbi kita mendengar sok-sek sok-sek tentang itu dan ini, begitu dan begini mengenai konvensyen berkenaan.
Kita cuma mampu berharap agar peserta konvensyen ini nanti adalah dari kalangan mereka yang benar-benar serius untuk berfikir bagaimana memulihkan semula kepercayaan rakyat dan orang Melayu terhadap UMNO dan pemimpinnya. Bagaimana untuk menarik minat golongan muda untuk menjadi ahli seterusnya menyertai perjuangan UMNO. Bagaimana untuk menolak peresepsi masyarakat bahawa pemimpin UMNO hanya mementingkan diri sendiri serta kroni mereka saja dan tidak langsung mengutamakan kepentingan masyarakat umum.
Kita juga berharap agar konvensyen ini tidak berjalan atas dasar rasuah, kerana seperti sedia maklum bahawa UMNO terlalu sinonim dengan rasuah politiknya. Kita bimbang bahawa pemimpin UMNO di peringkat bahagian-bahagian yang terpilih dengan anjakan rasuah tidak akan dapat membebaskan diri dari terus menerima dan memberi rasuah.
Pahang sebenarnya masih belum benar-benar selamat jika PRU13 diadakan dalam waktu terdekat ini. Memang benar sebahagian rakyat telah mengalihkan sokongan mereka dari PKR namun itu bukan bermakna mereka akan mengalihkan sokongan mereka kepada UMNO kerana wajah UMNO dan pemimpinnya masih bagai terconteng arah di muka.
--------------
Artikel saya semalam mengenai tohmahan PDO dan mencabar blogger dari UMB Pahang untuk bersuara, tetapi cabaran saya tiada sahutan. Sehingga jam 11.10 malam ada 719 dengan masih ada 6 online pengunjung yang melawat blog saya, namun tidak ada jawapan dan komen dari blogger UMB Pahang. Rupanya mereka ini masih tidak berani memasuki gelanggang. Ha ha ha! Rupa-rupanya sia-sia saja kursus blog yang disertai sebelum ini.
----------------
Mengenai partisipasi konvesyen UMNO Pahang ini, mana janji Megat dan Tun Faisal? Memang benar telahan saya dulu bahawa jangan terlalu mengharap. Apa jawapan Megat dan Tun Faisal? He he he! Rupa-rupanya kawan-kawan kita pun sama juga. Namun saya faham bahawa kuasa sebenarnya bukan pada mereka dan mereka telah mencuba sedaya yang mereka mampu lakukan, cuma pemimpin itu saja yang masih besar kepala dan bersikap bebal.
17 February, 2010
GAP: Anu-ar - binatang politik
PDO Biadap hentam UMNO, UMB Pahang kecut memegang telor!
KUANTAN, 16 Feb [12.32 am] - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang kecewa dengan tindakan UMNO yang bakal mengadakan konvensyen peringkat negeri di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Jengka pada 19 Februari ini. Timbalan Ketuanya, Kamarul Hatta (foto) berkata tindakan UMNO Pahang yang akan mengadakan program parti di institusi pengajian tinggi adalah amat dikesalikerana ia bertentangan dengan apa yang dilaung-laungkan selama ini. "Mereka cuba menghalang mahasiwa untuk berpolitik, tetapi sebaliknya dalam masa yang sama mereka membawa unsur-unsur politik ke dalam kampus", katanya. Malahan kami juga difahamkan, para mahahsiwa UiTM Jengka diarahkan mengosongkan kampus pada tarikh tersebut bagi memberi kemudahan kepada lebih 2,000 ahli UMNO berkampung di situ. Adalah difahamkan perasmian konvensyen UMNO Pahang itu bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak sendiri."Sepatutnya program parti tidak wajar diadakan di mana-mana kampus IPT di negara kita. Jika UMNO dibolehkan, maka kenapa pula parti lain tidak dibenarkan?. Inilah satu sikap double standard yang diamalkan sebenarnya", tambah Hatta lagi.
Begitulah laporan Pahang Daily Online diblognya semalam.
Kenapa AMK mesti kecewa apabila UMNO mengadakan konvensyennya? Apakah kerana mereka dengki apabila mereka tidak mampu melakukan perkara yang sedemikian? Apakah mereka sudah tidak mampu mengumpulkan penyokong-penyokong lagi berikutan semakin ramai penyokong PKR yang sudah hilang percaya terhadap parti terutama terhadap penasihatnya yang sekali lagi terlibat dengan salahlaku sex luar tabii?
Memang kerajaan UMNO menghalang mahasiswa terlibat dalam politik secara langsung (atas sebab-sebab tertentu), kerana itulah mereka tidak dibenarkan berada di kampus ketika konvensyen berlangsung. Soal kenapa tidak wajar konvensyen diadakan UiTM tidak timbul kerana infrastruktur itu dibina oleh kerajaan, salahkan kerajaan menggunakan apa yang mereka bina sendiri?
Bagaimana pula parti pembangkang yang menggunakan infrastruktur yang dibina oleh kerajaan untuk kepentingan mereka selama ini? Mesjid sebagai contohnya? Kenapa mesjid yang dibina oleh kerajaan tetapi mereka bebas menggunakannya untuk kepentingan politik mereka?
Lihatlah, belum pun mereka berkuasa namun mereka telah menguasai segala yang ada dan bayangkan andai mereka berkuasa nanti, sudah tentulah mereka akan dengan rakus menggunakan dan menguasai segalanya. Ambil contoh kerajaan PR di Perak tidak lama dulu. Segala-galanya digunakan sewenang-wenangnya. Itulah sikap sebenar pembangkang.
Nampaknya PR masih mengunakan neraca yang sama untuk membuat pertimbang iaitu; Jika mereka yang lakukannya maka hukumnya HALAL, tetapi jika orang lain yang lakukannya makan hukumnya adalah HARAM. Memang mereka ini dari kalangan haramjadah! Selamanya!
Saya sarankan AMK Pahang supaya tutup mulut mereka agar mereka tidak keluarkan kenyataan yang bodoh dan dalam masa sama tutup juga buntut mereka supaya sesuatu yang buruk tidak dilakukan oleh pemimpin atasan terhadap mereka, hehe.
Kepada Mohd Shukri Mohd Ramli yang mengaku Cucu Mat Kilau, di Pulau Tawar, Jerantut awak tidak diperlukan dan dimana-mana di Pahang ini pun awak tidak juga diperlukan. Tidak usahlah membuang masa untuk berceramah, pada PRU12 lalu awak dah ditolak rakyat kerana perjuangan awak bukan untuk apa-apa selain dari reformasi bagi membebaskan orang yang sudah nyata bersalah dari tindakan mahkamah.
Akuilah bahawa angin telah berubah arah. Rakyat kini telah melihat busuknya hati dan budi pembangkang. Segala janji yang mereka janjikan tidak pernah meraka kotakan. Pakatan Rakyat tidak mampu lakukan apa pun selama ini selain dari menyalahkan kerajaan terhadap itu dan ini. Mereka hanya pandai cakap tapi tak satu pun dapat mereka lakukan.
--------------
Kepada blogger UMB Pahang, mana pejuang siber mereka yang gagah perkasa itu? Kenapa tak mampu menjawab tohmahan PDO? Apakah kamu semua masih dalam selimut dan mengenggam ‘telor’?
Ketika saya lawati laman blog PDO pada 5:04 ptg, seramai 1462 pengunjung telah melawat laman berkenaan dan masih ada 25 pengunjung yang sedang online.
Saya lawati blog Small Talk pada 5:13 ptg, seramai hanya14 (bukan 1400) pengunjung dengan 2 yang sedang online. Keh keh keh! Maknanya kena ada 100 lagi blog seperti ini untuk tandingi PDO.
Kerana itu lah wahai Datuk-Datuk yang bijaksana dan bijaksini, kita kena bersatu padu. Jangan kecualikan sesiapa pun dari perjuangan ini. Jangan singkirkan sesiapa. Sentiasa hargai usaha orang lain juga. Dalam blog-list tu, letak jugalah link blog-blog dari blogger haprak seperti kami ni, berilah kami sedikit pengikhtirafan (bukan penghargaan) dan relakan kami berjuang bersama-sama. Jangan terlalu tamakkan kuasa dan nama. Bila melihat bintang dilangit jangan lupa rumput dibumi ini supaya nanti kaki tak terpijak ‘taik’ ayam.
Kepada blogger-blogger UMB Pahang yang berkursus dulu, saya cabar, mari masuk gelanggang!
Maaflah! Setiap hari saya akan menghentam lagi orang ‘tertentu’ UMB dan UMNO Pahang. Walaupun saya seorang diri, saya akan tetap peduli Pahang. Kalau saya bukan pejuang, saya juga bukan petualang, tetapi saya tetap akan perjuangkan kepercayaan saya – huhu! ~ bRAVEhEART.
16 February, 2010
PANTUN MENIKAM
anu-arr berahi perjuang siapa?
bukan bangsa bukan negara
perjuangannya sekadar cita-cita
didalam negeri menjadi kepala
cita-citanya sangatlah tinggi
namun sikapnya buruk pekerti
depan belakang dia tunganggi
halal dan haram tidak dipeduli
anwar al-juburi nama diberi
demikianlah anugerah dari mat sabu
pohon tak bergoyang angin berhenti
kalau tak sungguh tak dituduh begitu
perangai anu-arr sepertilah tikus
segala lubang dia nak telus
terbuka atau terpaksa tembus
asalkan dia dapat membolos
kasihan Nizar yg gila meroyan
kerana hajat tak berkesampaian
andailah dia diistihar menteri
habislah seluruh tanah negeri
niatnya tak jujur tak juga ikhlas
bukan perjuangan bangsa dan agama
yang telah terjadi sangatlah jelas
kelihatan Melayu tetapi proksi cina
seperti juga dengan si Anu-ar
hilang punca perjuangan sebenar
bagai seluar dah mula longgar
mudah menonggeng dan berbuat onar
kedua-dua ni nampaknya sama
memperkudakan bangsa dan agama
hasrat mereka sama seperti
menjadi kepala negara dan negeri
apa kepala mereka boleh jadi?
jaga kepala butuh sendiri pun tak reti
andai hasrat mereka Allah beri
jahanamlah Melayu seluruh negeri
bisalah sungguh kata Si-Bengah
sri hartamas sudah termengah-mengah
padanya si penipu itulah raja
ber-Nabi ber-Tuhan-lah kepada dia
Melayu hartamas sudah keliru
kerana harta dia begitu
taksubkan pemimpin tidak menentu
salah dan benar dia tak tahu
Padanya dia dipihak benar
menyokonglah dia pada yang onar
tak ada angin tak pohon bergoyang
akhirnya ternganga tertikam belakang
~ min.sHOGUn
Aku Peduli Pahang: UMB Pahang – Apa masalahnya?
Saya menjangka bahawa saya tidak patut peduli lagi, tetapi apabila menemui sesuatu yang dirasakan menikam hati maka saya harus terus peduli. Pada waktu saya ingin pergi – mereka seakan mengheret saya kembali kesini.
Saya menjelajah di facebook dan menemui beberapa catatan yang tidak menyenangkan hati. Kenapa mesti terjadi begini?
Saya ingin bertanya;
- Apakah hanya fb sebagai wadah perjuangan UMB Pahang? Sebesar manakah kumpulan yang mereka berinteraksi dan dapat di pengaruhi? Saya melihat hanya sekitar tak lebih 20 orang saja yang dalam kumpulan sama. Inikah kejayaan selama ini dan mampukah memenangi hati rakyat dalam PRU13 nanti dengan seramai ini dan dengan isu-isu sebegini yang tidak langsung memberi faedah kepada rakyat?
- Saya masih belum melihat kebangkitan blogger yang dibangunkan hasil kursus blog anjuran UMB dulu? Bukan memandang rendah keupayaan mereka cuma jangan menunggu terlalu lama kerana semangat pun akan ‘lembik’ dan terkulai layu. Lainlah jika kita sudah ada 'pelapik' baru. Mungkin UMB memang tidak menumpu kepada blogger kerana menganggap memadai dengan fb saja dan peranan blog tidak penting?
Secara sindiran saya sudah banyak kali bersuara sebelum ini, mengenai perlunya menumpukan kepada penggembelingan supaya blogger bergerak dengan lebih sistemetik dan lebih berkesan lagi, tetapi nampaknya 'mereka-mereka' masih tidak faham bahasa sindirian. Mungkin mereka dari species yang reti berbahasa. (bukan tak reti bahasa)
Jangan kita mencari siapa salah dan siapa benar dalam pertikaian siapa yang harus mengetuai UMB. Yang kita cari adalah kesamaan pendapat dan perpaduan bagi meneruskan apa yang kita namakan perjuangan. Pemimpin datang dan pergi, jangan taksub kepada seseorang. Kepada yang bernama pemimpin, jangan jadikan pengikut sebagai senjata dan umpan kerana kesian mereka yang masih bodoh tentang erti perjuangan.
UMB ditubuh diperingkat pusat dibawah Pergerakan Pemuda UMNO dan bukan badan induk UMNO itu sendiri. Namun bolehlah diletakkan dibawah Penerangan UMNO Negeri, Bahagian dan Cawangan. (Perbetulkan saya jika saya salah faham atau mentafsir)
Oleh yang demikian kedua-dua pihak yang merebut untuk mengetuai UMB negeri sepatutnya pandanglah diri sendiri. Tetap dan kekal dikedudukan mereka yang sedia lebih tinggi dan hanya layak menaungi; 1) Biarkan UMB dipimpin oleh Pemuda UMNO sendiri, atau 2) Pecahkan kepada dua; seorang Datuk ketuai fb dan seorang lagi ketuai blog. (Pemimpin UMNO – dalam keadaan nazak pun masih lagi nak berebut kuasa dan nama.)
Yang masih teguh berdiri sebagai blogger mewakili Pahang masih dari kumpulan terdahulu; Warisan Pahang, Yang Gambi, YB Raz, Kembara Politik, Bengah @ Koleksi Puisi Serling, Arif Omar (Anak Pahang di Melaka), Shamsuddin Moner dan beberapa lagi. Walaupun sebagai blogger haprak (dengan izin) namun pembaca mencecah lebih dari 300 purata sehari. Andainya mereka-mereka ini dapat digabungkan menjadi satu 'force' alangkah baiknya. Tetapi sudah tentu bagi mereka yang ingin mencari nama tidak akan mempelawa blogger ini bimbangkan namanya mungkin tenggelam(?). Orang politik sentiasa dahului keperluan politik dari kepentingan sebenar. Hahaha! Jikalaulah kumpulan blogger ini diberikan perhatian, alangkah mudahnya urusan dilaksanakan.
Manakah blogger yang dilatih dari kursus UMB dulu? Bangkitlah! Tidak memadai bersuara di fb saja. Tak terbukti kejantanan hanya sesama sendiri saja. Bangkitlah. Kami ingin melihat kamu bangkit dengan gagah dan berani seperti yang kamu suarakan itu. Kalau inginkan cabaran, nah! saya mencabar!- bangkitlah jika sememangnya jantan! Saingi kami. Buat lebih baik dari kami. Kami akan gembira bila sudah ada pelapis yang lebih perkasa. Jika tidak, sila abaikan! dan genggam telur masing-masing– Huhu!
Kepada anjing-anjing yang menyalak tu, baliklah kepada tuan masing-masing. Adat anjing diberi tulang tentu akan mendiam. Bukan saya panggil mereka anjing, tetapi mereka sendiri yang mengakui mereka anjing, hehe!
Sebahagian catatan perbualan yang CnP dari facebook untuk rujukan, dan perhatikan bibit-bibit perpecahan yang disemai oleh orang tertentu:
? @ Tok Gending Kalau nak katuk anjing tengok dulu siapa tuannya!!!
~ bRAVEhEART - bukan anjing dan bukan bertuankan sesiapa!
Penafian / Disclaimer
Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.
Terima kasih