02 September, 2014

PAS DAN MENTERI BESAR SELANGOR


Krisis Menteri Besar Selangor semakin gawat. Segalanya berpunca dan kerana Anwar Ibrahim. Rakyat tertanya-tanya kenapa DS Khalid dipecat ketika khidmatnya sedang menuju puncak kecemerlangan. Itu diakui sendiri oleh Anwar dalam banyak ceramahnya bahkan beliau sendiri memuji kejayaan negeri Selangor adalah kerana usaha DS Khalid.

Rakyat sudah semakin bosan dengan gelagat Anwar akhir-akhir ini. Anwar memecat DS Khalid semata-mata untuk mengangkat isterinya menjadi Menteri Besar. Manusia yang kononnya pejuang dan menolak kronisme dan nepotisme dan sering menuduh UMNO mengamalkannya sudah semakin hari semakin menampakkan dirinya lebih buruk dalam mengamalkan kronisme dan nepotisme. Dalam politik PKR, siapa DS Wan Azizah... siapa Nurul Izzzah... siapa Azmin dan ramai lagi.

Apabila Sultan Selangor meminta Pakatan Pembangkang menghantar cadangan lebih dari satu nama, Anwar tetap berkeras untuk hanya menghantar satu nama iaitu isterinya DS Wan Azizah. Jelas bahawa bukan lagi soal Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar, tetapi adalah soal melawan titah Sultan... soal derhaka. Itu yang ingin Anwar tonjolkan. Anwar ingin menentang bukan sahaja Sultan bahkan sesiapa sahaja sebagai protes menentang kerajaan.

Anwar ingin dikenakan tindakan dan hukuman untuk dijadikan alasan bagi membangkitkan kemarahan rakyat untuk dijadikan alasan rakyat bangkit dalam rusuhan menentang kerajaan, seperti masa lalu bagi meraih simpati rakyat dan menuduh kerajaan zalim terhadapnya.

Sebenarnya bukan terlalu ramai mereka yang benar-benar sanggup untuk merusuh kerana memperjuangkan Anwar serta ideologinya, namun mereka melakukan itu semua adalah kerana mendapat upah. Mereka adalah pendemo dan perusuh upahan, sebagaimana yang kebanyakkannya berlaku di Indonesia.

Bahkan menurut maklumat sulit perancangan yang bocor kepada awam, mengangkat DS Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor juga adalah kerana perancangan jahat untuk memudahkan pengurusan kewangan negeri bagi tujuan mengadakan siri-siri tunjuk perasaan dan rusuhan apabila Anwar disumbatkan semula kedalam penjara kerana kesalahan-kesalahan yang sememangnya dilakukannya.


Banyak pihak dikalangan rakyat menuding jari kepada Pas dalam krisis Menteri Besar Selangor ini. Pertamanya, Pas lah yang memenangi lebih banyak kerusi berbanding DAP dan PKR justeru wakil rakyat Pas lah yang sepatutnya lebih layak menjawat jawatan Menteri Besar, tetapi mengapa Pas tidak dilihat berminat kepada jawatan Menteri Besar itu?

Apakah kerana Pas takut kepada rakyat apabila Menteri Besar dari kalangan mereka tetapi mereka masih lagi gagal melaksanakan apa yang Pas janjikan dan perjuangkan dalam setiap Pilihanraya? Soal hududnya.. soal pusat hiburannya... serta segala soal kemungkaran yang selama ini dengan lantang Pas menuduh UMNO gagal melaksanakannya.

Atau apakah Pas yang ada sekarang ini benar-benar sudah dikuasai oleh kelompok penyokong Anwar sehingga para ulamak didalam Pas juga sudah tidak berani untuk bersuara serta sudah hilang bisanya?

Mungkin ini adalah satu petanda bahawa golongan ulamak didalam Pas akan disingkirkan tidak lama lagi. Nik Aziz yang semakin kurang upaya sudah tentu kata-katanya tidak lagi dihiraukan oleh kebanyakan ahli Pas, bahkan Haji Hadi juga sudah semakin menurut kata golongan tertentu didalam Pas bagi survival politiknya sendiri kerana takut disingkirkan.

Pas mesti mengambil kesempatan krisis Menteri Besar Selangor kini untuk menonjolkan partinya serta untuk terus dilihat relevan. Kegagalan Pas dalam menangani isu ini serta kegagalan mengambil peluang kali ini akan membawa kepada parti itu akan ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya akan datang kerana rakyat dan penyokongnya semakin jemu dan jelak dengan helah dan tipudaya Pas selama ini.

Bagi Pas, mereka harus melihat bahawa ini adalah masa dan saatnya, atau mereka tidak akan mendapat peluang sebegini sampai bila-bila lagi bahkan lebih buruk lagi apabila mereka tidak lagi akan diberikan peluang dan kepercayaan oleh rakyat dan penyokongnya sendiri. Kepada Pas; it's now or never!

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...