1. BN Bukan benar-benar dalam keadaan selesa menghadapi PRU13 nanti. Ini diakui oleh banyak pihak bahkan termasuk pucuk pimpinan sendiri. Memang payah untuk menyatakan sesuatu yang benar yang kadangkala ianya pahit untuk ditelan. Menyatakan kebenaranpun kadang-kala akan dipandang serong dan sinis.
2. Himpunan belia yang baru lalu memperlihatkan generasi belia ada kecenderungan untuk menyokong kerajaan BN, namun berapa ramaikah antara mereka yang layak mengundi? Berapa ramai juga yang sudahpun mendaftar untuk mengundi?
3. Beberapa hari lalu saya menonton iklan di tv yang meminta mereka yang masih belum mendaftar 'daftar pemilih' supaya berbuat demikian. Dinyatakan bahawa jika mereka mendaftar sekarang (ketika itu) maka mereka akan layak untuk mengundi jika PRU13 diadakan pada bulan September nanti. Bunyi iklan yang menarik namun berapa ramai antara para belia yang melihat apa yang tersirat didalam kenyataan berkenaan? Berapa ramai para belia yang bergegas untuk mendaftar bagi menyokong memperteguhkan kerajaan BN dalam PRU nanti?
4. Mungin BN tidak seperti yang digambarkan iaitu benar-benar dalam bahaya tetapi saya yakin bahawa BN bukan benar-benar dalam keadaan selesa. Sokongan kaum Cina masih belum pulih dan belum dapat dipastikan. Undi generasi belia masih belum tentu mampu membantu. Bahkan undi kaum Melayu sendiri masih berpecah-pecah.
5. Pengikut Pas yang taksub masih mengharap 'syurga' mudah yang dijanjikan oleh Nik Aziz biarpun Nik Aziz sendiri belum tentu mendapat syurga Allah dari angkara memecahbelahkan umat yang diperbuatnya. Pengikut PKR yang taksub dan mendapat imbuhan yang memuaskan masih juga tetap setia bersama Anu arr meskipun sudah yakin pasti bahawa Anu arr itu memang peliwat bersiri, Anu arr itu pelanggan pelacur, Anu arr itu pembohong, Anu arr itu mengamalkan korup, kronism dan nepotism. Mereka masih dan akan tetap menyokong selagi Anu arr memberikan mereka 'belanja' untuk bersubahat bagi membenarkan segala dusta.
6. Berapa ramai pula pemimpin UMNO sendiri yang benar-benar setia kepada parti? Ada yang sudah berkira-kira jika tidak dicalonkan mereka akan bertanding dengan lambang lain, menyertai parti lain atau akan bertanding bebas. Ada juga yang sudah merancang-rancang untuk menikam calon yang terpilih dari belakang. Ada yang masih 'besar kepala' menganggap bahawa jawatannya dan kedudukannya didalam parti bagaikan dirinya dewa.
7. Jika tidak demikian masakan Kedah kalah kepada lawan? Jika tidak masakan Kelantan sehingga kini masih belum dapat ditawan?
8. Ada antara pengundi yang berpendapat bahawa lebih baik UMNO dikalahkan untuk mengajar para pemimpin UMNO (tertentu) supaya mereka akan sedar diri. Walaupun perbuatan itu akan merugikan parti kerana mungkin itu akan lebih bererti. Ada yang berpendapat runtuhkan segalanya dan bina semula diatas keruntuhan itu supaya semuanya bermula dari satu, supaya pemimpin akan sedar diri dan menginsafi.
9. Harus diingat bahawa kekalahan (kemerosotan undi) dalam PRU12 adalah kerana protes terhadap pemimpin UMNO yang besar diri dan tidak membantu rakyat dan apa yang rakyat kehendaki. Tidak mustahil ianya akan berulang sekali lagi jika pekatan pembangkang berjaya mainkan perasaan rakyat.
10. Saya percaya bahawa bukan parti yang rakyat pentingkan sangat kerana mereka sedar bahawa mereka tetap sama, dalam golongan marhain. Yang mereka ukur adalah perkhidmatan yang kerajaan dan parti yang mereka sokong serta pemimpin-pemimpinnya mampu berikan. Jika pemimpin dan kerajaan mampu yakinkan rakyat mereka akan mendapat apa yang hak bagi mereka maka sudah tentu mereka akan menyokong. Jikalau mereka patut berubahpun kerana hilang percaya maka itu bagi mereka bukanlah juga satu masalah.
11. Secara mudahnya adalah, rakyat akan bertanya; jika saya menyokong, apakah yang akan saya dapat? Apakah hanya sekadar menonton apa yang orang lain dapat dihadapan mata atau saya juga akan mendapat sebahagian darinya? Hatipun boleh berubah-ubah!