30 October, 2011

PERANAN DAN KESAN MEDIA SOSIAL

 Gambar hiasan


1. Kerajaan UMNO BN semakin sedar peranan Media Sosial terhadap keupayaannya merubah iklim politik negara, justeru semakin ramai pemimpin kerajaan memberikan perhatian mereka.

2. Keperhatinan PM juga telah ditunjukkan dengan memberikan perhatian terhadap facebook beliau sendiri serta hubungan dengan rakan-rakan facebooknya. Terkini PM meluangkan masanya untuk bersama-sama bloggers dan facebookers di program Himpunan Penulis Maya pada 16hb. Oktober lalu yang dihadiri 300 pengamal media sosial.

3. Pada 20hb November nanti, di PWTC, PM dijadualkan meraikan kira-kira 1000 orang pengamal media sosial seluruh negara dalam program Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia.

4. Kerajaan UMNO BN mesti bersahabat dengan pengamal media sosial @ Bloggers, Facebookers dan Twitters untuk menjalin kesefahaman dan seterusnya membantu kerajaan dalam PRU akan datang.

5. Bagaimanapun masih ada pemimpin yang masih tidak mesra pengamal media sosial ini dan bahkan ada yang bermusuhan dengan mereka. Demikian juga ada dikalangan pengamal media sosial yang tidak mesra sesetengah pemimpin kerana beberapa sebab dan alasan.

6. Saya juga pernah menegur pemimpin Wanita UMNO Pahang dan Ketua Wanita UMNO Malaysia @ Kak Ijat @ Mami Ijat untuk memberikan kesedaran supaya jangan terlalu berpolitik sehingga mampu melemahkan parti. (Klik Sini)

7. Terbaru, beberapa sahabat blogger terus-terusan mengkritik 'Kak Ijat' kerana dilihat terbukti melakukan sesuatu yang 'tidak wajar' dan mengutamakan kepentingan diri sendiri. Sila baca blog-blog yang di'link'kan  di bawah ini:

7. Segalanya adalah berlegar disekitar penyelewengan, pembaziran wang negara dan pengkhianatan terhadap rakyat. Sila baca tulisan A.Kadir Jasin di sini.  Baca juga Malaysia Insider.

 8. Saya melihat Media Sosial adalah sebagai satu ledakkan revolusi maklumat yang tidak mungkin akan dapat dikawal oleh sesiapapun, namun sesuatu masih boleh dilakukan bagi menentukan arahtujunya supaya selaras dengan kehendak kita dengan cara menyertai penggiat media sosial berkenaan dan menggabungkan diri bersama-sama mereka.

9. Banyak pihak membuat ramalan bahawa PRU13 nanti adalah pertembungan siber trooper dari kedua pihak dan adalah perang siber terhebat dalam menentukan kemenangan ideologi politik seterusnya menguasai dan memerintah negara.

10. Pemimpin mesti lebih cakna kepada siber tropper yang membantu kerajaan dan parti untuk terus mempertahankan mereka sebagaimana yang dilakukan oleh pihak pembangkang terhadap siber troppernya selama ini. Jika tidak, siber tropper juga tidak akan cakna kepada para pemimpinnya dan tidak pertahankan mereka nanti.

25 October, 2011

PENGIKTIRAFAN TERHADAP PENGAMAL MEDIA SOSIAL


 
1. Pada 19hb yang lalu saya berkesempatan berbual-bual dengan Sdr. Mustaffar Mat Arof. Beliau memaklumkan telah mendapat mandat dari Ketua UMNO Bahagian merangkap Ahli Parlimen Jerantut untuk menggerakkan media sosial di Jerantut yang selama ini terbiar tanpa halatuju. Beliau melakukannya atas kapasiti Ketua Unit Media Baru UMNO Bahagian Jerantut.

Saya menyatakan sokongann saya serta persetujuan untuk bersama-sama membantu selagi diperlukan. Banyak yang kami perbincangkan malam tu. Yang penting 'kita' masih tidak terlambat dalam mengorak langkah untuk memacu perkembangan media sosial Jerantut seterusnya memandu dan menentukan halatujunya terutama bagi membantu Kerajaan dalam mencapai sasaran pada PRU13 nanti.

2. YB Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Sains, Teknologi dan Inovatif Negeri Pahang juga sedang menganjurkan satu program berkaitan media sosial di peringkat nasional. Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia yang akan diadakan pada 20hb November akan datang bertempat di PWTC nanti adalah satu pengiktirafan kerajaan terhadap peranan pengamal media sosial dalam menyebarkan maklumat dan khususnya menarik sokongan rakyat terhadap kerajaan dalam PRU akan datang. 

3. Demikianlah, kerajaan dan para pemimpinnya sudah semakin sedar peranan media sosial dalam masyarakat. Tidak peka serta tidak endahkannya telah memberikan pukulan hebat kepada kerajaan dan ini jelas terbukti dengan kemerosotan undian kerajaan dalam PRU12 lalu.

4. Menurut blog resmi Pas Pahang, hari ini di Temerloh, Lajnah ICT PAS Pahang dengan kerjasama Lajnah Penerangan dan Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) akan menganjurkan hi-tea perdana pada 25 Oktober ini bermula jam lima petang di perkarangan bangunan PAS Pahang, Jalan Dato Bahaman di sini. Menurut Pengarah ICT Negeri, Shamsuri Hussin, sempena majlis berkenaan satu diskusi bertajuk “ Bloger: Peranan dan Cabaran Merealisasikan Pakatan Rakyat Melangkah ke Putaraja” dengan menampilkan bloger terkenal Hishamuddin Rais.

5. Nampaknya pihak kerajaan dan pembangkang sudah benar-benar memberikan perhatian dan ingin menarik hati pengalam media sosial. Tidak hairan jika beberapa blogger pro pakatan dikhabarkan menerima imbuhan yang memuaskan. Demikian juga dakwaan mereka bahawa terhadap yang pro kerajaan.

6. PRU13 nanti diramalkan sebagai kemuncak kepada perang siber dalam menghadapi PRU. Apakah menang jadi abu dan kalah jadi arang? Apapun, para penggiat media sosial sudah mula dihargai dan diberikan perhatian. Mungkin tidak semua mereka itu bernasib baik bahkan  ada yang bernasib malang. Untung sabut timbul dan untung batu akan tenggelam! Wallahualam!

7. Jika ini kita namakan perjuangan, maka kita akan lalukannya hingga ke titisan darah yang terakhir. Selamat berjuang kepada semua sahabat!





23 October, 2011

PERJUANGAN YANG MESTI DITERUSKAN




Pembaca yang dihormati, BH telah berblog sejak 2008 lagi. Segala ranjau dan duri terpaksa ditempuhi. Hidup yang bagaikan roda ini sesekali melonjakkan kita ke atas namun pada kali yang lain membenamkan kita dibawah.

Bagi meneruskan kelangsungan berblog dan meletakkan diri dalam keadaan yang selesa untuk menulis maka kita akan sediakan ruang iklan sambil turut menerima sumbang ikhlas dari semua pihak. Kerana jika inilah perjuangan yang diikhlaskan, maka ianya akan tetap diteruskan.

Saya teringat seorang rakan blogger 'Kumbang' (yang sudah bersara dari berblog) serta 'Panglima Perang Siber' yang melalui keadaan ini terlebih dahulu. Alangkah payahnya untuk berjuang dengan keikhlasan!

22 October, 2011

SRI TRI BUANA - SEJARAH ORANG BERJUANG

'Blogger Idealis' Pahang yang sudah mendapat tempat kerana tulisannya menulis pengalaman peribadinya, namun ada yang perlu diambil ikhtibar dari segalanya

Benar seperti kata seorang rakan; yang benar-benar berjuang selalunya tidak mendapat apa-apa, melainkan golongan opportunist yang mengaut keuntungannya.

Jauh dalam hati berkata; 'Tiba masanya untuk bersara dan perjuangan untukku sudah selesai'.


Private James Daly, darah terakhir Ireland.


Dalam sejarah orang yang benar-benar berjuang 
tidak dapat apa-apa, selalunya opportunist yang beruntung.


Private James Daly, berkhidmat dengan tentera British mengepalai beberapa orang Irish untuk memprotes tindakan tentera British yang bertempur dengan orang Irish dalam War of Independance di Ireland tahun 1919 yang menuntut kemerdekaan. James Daly dan rakan-rakannya tidak menyerang tentera British, cuma enggan menurut arahan dalam protes mereka untuk membebaskan dua orang rakan mereka yang di tahan oleh British.

Dua orang rakan mereka, juga orang Irish yang menyertai tentera British dan salah seorang darinya bernama James Hawke telah ditahan oleh British kerana mutiny dan melanggar perintah. Saya kurang pasti nasib kedua mereka tetapi James Daly telah dijatuhi hukuman tembak kerana mengepalai mutiny. Pada subuh 2hb November 1920, Private James Daly telah dihukum tembak.

Beliau menulis kepada ibunya: "It is all for Ireland. I m not afraid to die."


Beliau merupakan orang terakhir dalam sejarah tentera British yang mengalirkan darah kerana kesalahan tentera. Tidak ada lagi hukum tembak selepas kematian beliau. Walaupun tentera British cuba menyembunyikan mutiny dan kematian Daly, namun James Daly tetap menjadi martyr kepada negaranya.

Private James Daly, darah terakhir Ireland.

Dalam lawatan yang sama, saya sempat mengambil gambar kata menarik dalam bahasa gaelic yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris berbunyi:

Dalam sejarah orang yang benar-benar berjuang tidak dapat apa-apa, selalunya opportunist yang beruntung.



Benar sekali ungkapan :

"Ni hiad nar fir mhor a bhaineas an fomhar i gconai"

dan

"A man is free to act, but must act to be free."


Read more: http://sribuana.blogspot.com/#ixzz10b8kl3hB

21 October, 2011

BERANIKAN HATI MOHON MAAF SANGGAH TOK JANGGUT

Blogger ' STJ'


Beberapa hari lalu, dalam satu mesyuarat pengurusan 'Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia' saya bertemu dengan seorang blogger 'otai' - 'Sanggah Tok Janggut' yang meluahkan kekecewaannya terhadap tulisan saya pada tahun 2010 lalu.

Saya enggan memaklumkan tulisan itu mengenai apa kerana berpendapat itu kelak akan menambah kerosakan kepada beliau peribadi. Biarlah hanya mereka yang tahu mengenainya mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Apapun setelah mendengar penjelasan sebenarnya dari beliau, maka saya dengan segala keinsafan dan penuh kesedaran membuat kenyataan tebuka ini dan memohon maaf kepada beliau berkaitan dengan tulisan tersebut. Saya juga sedar bahawa permohonan maaf ini pasti tidak akan memulihkan kembali sepenuhnya segala kerosakan yang telah berlaku, namun sebagai seorang insan yang berperasaan, saya berpendapat melakukan permohonan maaf terbuka begini adalah suatu kemestian.

Saya sudahpun memohon maaf kepada blogger 'Sanggah Tok Janggut' secara peribadi dan kami sudahpun bersalaman dan berpeluk-pelukan, namun saya berpendapat perlu juga bagi saya memohon maaf kepada beliau secara terbuka. Saya tidak mendapat tekanan atau desakan dari beliau untuk melakukan ini, namun ianya atas keinsafan saya sendiri.

Andai tersesat dihujung jalan, kita kembali kepangkan jalan. Jika terlajak perahu maka kita undurkan. Demikian juga apabila terlajak kata, ampun dan maaf kita pohonkan. 

Dengan mana Allah yang maha pemurah dan maha mengasihani, saya dengan penuh keikhlasan memohon maaf kepada sahabat saya blogger 'Sanggah Tok Janggut' diatas apa yang saya telah lakukan dalam tulisan saya dahulu.

17 October, 2011

HIMPUNAN PENULIS MAYA

Ahli panel dan moderator sesi 'Forum Isu Semasa'
(Foto dari blog Suara Prihatin UMNO Jerantut)


1. Pada 14 -16hb Oktober lalu satu program yang dinamakan 'Himpunan Penulis Maya Negara' telah diadakan disebuah hotel di Kuala Lumpur. Program selama 2 hari itu bertujuan untuk memberikan semangat serta anjakan kepada para pengamal media sosial pro kerajaan. Seramai kira-kira 300 peserta dari seluruh negara telah hadir. Program dianjurkan bersama oleh Kelab sahabat Bina Negara dan MyKmu.Net.

Beberapa sesi forum telah diadakan dengan disertai beberapa tokoh terkenal negara antaranya adalah; Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Sains, Teknologi dan Inovatif Negeri Pahang, Datuk Raja Arif Raja Ali, Ketua Pengarah BTN, En. Nasrun Adli, Pengarah Siasah dan Pengurusan Isu Jasa, serta Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang bertindak sebagai moderator dalam sesi berkenaan.

Selain mereka, YB Datuk Hj. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO Malaysia serta beberapa lagi yang membantu memberikan ceramah dan penerangan mengenai isu-isu semasa dalam sesi-sesi yang lain. Kemuncak kepada semua itu, Perdana Menteri Malaysia DS Najib juga hadir dan menggamatkan dewan dengan kata-kata semangatnya, menghidupkan dan menyemarakkan semangat peserta program dan memberikan anjakan dalam  'Merekayasakan Penulis Maya Negara'.

Sesi forum sentiasa hangat dengan soal jawab yang berlaku dengan telus dan jujur. Suara protes dan tidak puas hati para penulis maya diluahkan dan menerima jawapan yang pasti. Segalanya adalah berpaksikan kepada transformasi, perubahan didalam UMNO dan perubahan kepada pemimpin itu sendiri. Hakikatnya, para pemimpin sudah mula berubah walaupun dalam pergerakan yang masih perlahan.

Para penulis maya akan berdiri teguh dibelakang PM dalam melaksanakan transformasi yang dirancangkan dan akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan dalam menghadapi PRU akan datang. Kami dapat merasakana bahawa suara kami telah didengari dan diberikan perhatian yang wajar. Dalam menghadapai cabaran mendatang, pemimpin perlu berubah, atau rakyat akan mengubah kepimpinan jika mereka terus gagal berubah serta mengambil sikap tidak cakna terhadap suara rakyat.


13 October, 2011

KEMANA HALA TUJU UMNO?

Gambar hiasan: Sumber facebook


'Oldman', (bukan nama sebenar) adalah salah seorang pembaca dan pengomen tetap diblog saya. Banyak komen-komennya yang menarik dan rasional. Saya ucapkan terima kasih. Kali ini saya ingin menulis dan menyatakan pendapat saya berdasarkan komen beliau. Marilah sama-sama kita perbincangkan dengan berlapang dada dengan tujuan baik dan ikhlas untuk mencari kebenaran.

Saya CnP komen beliau dibawah ini:

Blogger oldman said...
Pesoalanya kemana hala orang melayu? yg ada pada kita hanya UMNO pemimpinya pulak jenis 'gendang gendut tali kecapi padat pocket senyap sunyi nak harap kan PAS pemimpinya pun jenis tak ada pendirian sekejap halal sekejap haram pilih PKR 5 tahun kita sembelit,kalau ada parti KITA yg bertanding bimbang dia main lompat lompat pulak...Apa kita nak buat dah nasib Melayu..

October 12, 2011 11:54 PM


Tidak dinafikan bahawa harapan tinggi orang-orang Melayu adalah terhadap UMNO. UMNO adalah jiwa dan raga bagi orang-orang Melayu. UMNO adalah roh dan semangat orang-orang Melayu. Kerana itulah generasi sebelum ini sangat kuat kecintaannya kepada UMNO. Hatta, walau seekor katak pun yang dicalonkan mewakili UMNO dan Perikatan (kini BN) maka mereka akan tetap memberikan undinya bagi memenangkan calon berkenaan.

Kerana apa? Kerana waktu itu pemimpin memang jujur dan ikhlas perjuangannya. Para pemimpin merasakan bahawa mereka adalah juga sebahagian dari rakyat marhaen itu sendiri. Pemimpin tidak kekok bertemu rakyat yang jauh di pedalaman hanya dengan berkayuh basikal. Pemimpin juga tidak sombong dengan duduk di 'serambi' atau 'lambur' rumah untuk berbual dan bertanya khabar rakyat jelata.

Sekarang ini pemimpin melawat kampong dengan kereta mewah yang mampu menakutkan rakyat marhaen. Rakyat merasakan bahawa terdapat jurang yang luas diantara pemempin dengan yang dipimpin. Pemimpin juga bagaikan merasa jijik untuk duduk bersama-sama di rumah yang mereka lawati. Jikapun ini berlaku ianya hanyalah kepura-puraan semata-mata. Pemimpin lebih selesa bertemu di hotel-hotel mewah atau restoran-restoran ternama. Pemimpin kita sudah bagaikan 'tercabut' dari akar-umbinya sendiri.

Sebuah blog melihat UMNO yang dalam dilemma dan menuju kearah yang tidak pasti. Baca  sini   dan   sini. Tegurannya ikhlas dan telus walau dalam nada provokasi dan sedikit kurang ajar, tetapi berapa ramai kita yang dapat menerima kebenaran pahit yang disuarakan? Kita telah diajar bahawa kita mesti menghormati pemimpin dan tidak menegur kesalahannya. Itu sudah jadi budaya kita. Justeru, kita hanya berdiam diri dan segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan sentiasa diulang-ulang berkali-kali, dan kita tidak pernah berubah.

Tambahan pula ujud budaya baru, mengampu, membodek dan 'mengipas' pemimpin. Pemimpin kita tidak pernah ditegur dalam melakukan kesalahan dan beranggapan bahawa mereka sentiasa betul tanpa mengira pendapat dan hasrat rakyat. Ini membuatkan pemimpin kita leka dan merasakan kita tidak mengalami sebarang masalah ataupun segala masalah telah dapat diselesaikan. Pemimpin kita terlena dalam mimpi sehingga akhirnya dalam PRU12 lalu mereka dikejutkan oleh gelombang berontak jiwa rakyat generasi muda.

Apa yang dilakukan untuk menarik mereka kembali kepada kita? Saya pernah katakan bahawa jika suara-suara di laman media sosial diambil kira, bahawa kita masih jauh dari dapat memberikan kepuasan kepada generasi muda ini. Mereka masih kelihatan tidak ingin kembali bukan kerana mereka bencikan UMNO tetap kerana mereka tidak dapat menerima pemimpin yang masih gagal mengubah menjadi sebahagian dari majoriti. Mereka mungkin lebih selesa berada didalam kalangan 'elit' dan menganggap mereka bagai 'the choosen ones'.

Saya sering mendengar pendapat ini dan banyak kali dari orang yang berbeza. Mungkin pendapat ini juga tersebar dan sudah menjadi satu pandangan dalam penentuan sasaran dalam minda banyak orang bahawa; UMNO yang ada sekarang ini biarlah dengan rela runtuh untuk membangunkannya semula dengan sebersih-bersihnya apabila tiada lagi 'barah' didalamnya.

Mungkin PERKASA mampu untuk mendukung tugas dan tanggungjawab berat serta harapan bangsa melayu menempuh masa depan. Kita kena akui hakikat bahawa tiada yang kekal dan abadi. Bahawa UMNO bukanlah sebuah parti keramat yang tidak mungkin dapat ditumbangkan dan akan memerintah selama-lamanya. Para pemimpin juga perlu sentiasa ingat bahawa kuasa yang rakyat berikan kepada mereka itu hanyalah sementara dan pinjam-pinjaman semata-mata. Justeru, jadikanlah jawatan yang disandang itu sebagai tugas dan tanggungjawab yang dilakukan dengan tulus ikhlas bukannya sebagai hak mutlak.

Saya sebenarnya malu, namun saya 'beranikan hati' untuk dengan bangganya menerikan; 'Hidup UMNO'! dan, berubahlah secara total, selagi kita masih ada waktu atau kita lebih rela dibenamkan didalam PRU nanti!


Klik sini   untuk baca blog Akar Umbi.

11 October, 2011

SUSAHNYA MENEGUR PEMIMPIN

Mami Ijat Ketua yang pilih oleh Wanita UMNO,
dilantik Senator tetapi di Lembah Pantai menerima kekalaham memalukan.



1. Saya menulis menegur seseorang pemimpin di negeri saya sendiri bukan kerana niat untuk menjatuhkan seseorang serta menaikkan seseorang lain, tetapi adalah satu teguran ikhlas berdasarkan apa yang saya dengar dan perhatikan. Bukan mudah untuk menegur pemimpin kerana mereka selalunya lupa bahawa mereka disokong oleh orang-orang bawah untuk boleh berada diatas sana. Jika kita menegur dengan nada biasa tentu saja teguran kita tidak akan diendahkan kerana mereka merasa mereka berkuasa. Yang penting teguran saya itu sudah dapat didengari mereka. Berikutan teguran itu, saya menerima beberapa email, sms serta komen dari banyak pihak. Ada pro dan kontra. Ini juga adalah keadaan biasa dan sangat wajar.

2. Pandangan rakyat terhadap UMNO masih buruk, mungkin kebanyakan pemimpin tidak menyedarinya kerana mereka berada didalam kelompok mereka sendiri saja, justeru mereka hanya mendengar yang baik-baik dan yang mereka ingin dengari saja. Ada pemimpin yang memiliki akaun fb tetapi sahabat-sahabat mereka adalah tukang-tukang kipas mereka sendiri lalu mereka tidak mendengar bahawa diluar sana ada 'gelora' yang melanda dan protes rakyat terhadap para pemimpin seperti mereka.

3. Apapun saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang saya teguri dan telah mendengar teguran dari saya, seperti saya katakan tadi niatnya baik cuma mungkin caranya kasar sedikit. Saya juga harap akan ada perubahan selepas ini dan tidak lagi berlaku 'politiking' terlampau didalam parti yang akan melemahkan parti. Sudah tentu ramai tokoh politik mempraktikan teori 'pecah dan perintah' demi untuk terus kekal berkuasa, namun jika sangat keterlaluan sehingga terlalu berpecah-pecah dan kehilangan pengikut, siapa lagi yang akan mereka perintah kelak? Kita harus akui penyakit UMNO ini sudah sangat kronik dan menjalar diakar umbi menyebabkan UMNO semakin mengecil dan ketiadaan ahli.

4. Terima kasih juga kepada Setpol Kak Ijat yang juga membaca tulisan ini. Kak Ijat mesti selalu diingatkan bahawa sejarah akan berulang bahawa apa yang kita lakukan kepada sesiapa hari ini akan dibalas semula oleh orang kepada kita dimasa depan. Justeru, rapatkanlah barisan dalam Wanita juga diperingkat negeri untuk sama-sama perkukuhkan UMNO kerana jika UMNO rebah pemimpin UMNO juga akan turut rebah. Saya sayangkan Kak Ijat, saya juga sayangkan KWP, tetapi saya sayangkan UMNO lebih dari mereka! Wanita Pahang akan lebih mantap jika semua pemimpin dapat bersatu dan tidak berlaku sebarang 'cas keting'.


05 October, 2011

CALON WANITA PAHANG TENTUKAN UMNO MENANG KERUSI PRU13




Dato' Shahaniza (belakang) 
ketika membantu kempen BN dalam PRN Sarawak yang lalu.



Walau berapa jauh sekalipun PRU dari hari ini, namun hakikatnya ia semakin mendekat. Pasti bagi semua yang prihatin masih tertanya-tanya mampukah UMNO BN memenanginya dengan kelebihan majoriti 2/3. Bahkan yang pertanyaan yang membimbangkan dalam hati masih-masih adalah bolehkah BN memenanginya dan membentuk kerajaan selepas PRU nanti?

Dari satu sumber difahamkan bahawa Tun Dr. Mahathir berpendapat BN akan kalah jika PRU diadakan sekarang ini  (Klik sini).  Beliau yang sudah berpengalaman dalam mentadbir negara selama 22 tahun sudah tentu cukup 'masak' dengan suasana dan trend politik tanah air. Justeru, pendapat dan pandangan beliau tidak harus dipandang sepi oleh pucuk pimpinan.

Dilaman-laman media sosial, penyokong pembangkang masih mendominasikan suara rakyat. Jika suara disitu diambil kira mewakili satu individu maka dari keseluruhan yang bersuara  penyokong kerajaan masih kalah. Kerana itulah timbul sedikit kebimbangan kepada kita dalam menghadapi PRU13 nanti. Cabaran yang akan kita hadapi sungguh besar dan membimbangkan. Tetapi, apakah semua pemimpin dan ahli-ahli UMNO prihatin tentang itu?

Wanita UMNO dimaklumkan telahpun menghantar senarai nama calon-calonnya bagi PRU akan datang. Menurut beritanya, di Pahang ada beberapa nama penyandang sedia ada cuba digugurkan walaupun khidmatnya masih tip-top dan cemerlang. Jika benarlah demikian bermakna cas keting masih berlaku dan ini akan memberikan kesan buruk kepada UMNO dan BN sendiri. Justeru, PM mestilah berhati-hati dalam melakukan penapisan supaya mengambil hanya yang baik dan terbaik saja.

Dato' Maznah Mazlan ADUN Muadzam Shah, Rompin, masih cemerlang khidmatnya, justeru jangan dia dibuang melainkan untuk mengangkatnya sebagai calon Parlimen. Dia wakil rakyat yang pandai dan rajin berkerja. Rakyat dan UMNO masih memerlukannya. Semua orang mengakui hakikat ini melainkan bagi mereka-mereka yang ada hasad dengki. Beliau mendapat 6681 undi mengalahkan lawannya PKR yang mendapat 3161 undi dan menang majoriti 3520 undi.

Demikian juga dengan Dato' Shahaniza Shamsuddin ADUN Kuala Sentul, Maran, Calon yang mewakili Puteri UMNO itu menangi kerusi Kuala Sentul dengan bermaruah mendapat 5420 undi mengalahkan calon PKR yang mendapat 2723 undi dengan kemenangan majoriti 2697. Janganlah dia disingkirkan apakah calon penggantinya akan dapat dipastikan memenangi kerusi berkenaan? Tokoh muda ini telah memberikan dan menunjukkan rekod perkhidmat yang cemerlang. Beliau sangat disenangi oleh pengundinya sama ada dari golongan tua maupun yang muda.

Kita percaya bahawa jikapun ada usaha-usaha untuk 'memancas' mereka berdua ini, pasti MB Pahang akan pertahankan mereka sedaya upaya. Kita juga berharap agar pucuk pimpinan juga memastikan bahawa nama-nama mereka ini masih tersenarai sebagai calon PRU akan datang. Ini semua kerana kita prihatin kepada UMNO, demi memenangi PRU akan datang seterusnya menjamin kestabilan politik negara.



03 October, 2011

PERKUATKAN WANITA PAHANG, MAMI IJAT JANGAN LAKUKAN KESILAPAN

 Politik cantas-mencantas tidak patut lagi ada dalam UMNO, YB Dato' Shahaniza boleh berdiri tegak dibelakang Mami Ijat bagi memperkuatkan Wanita UMNO Pahang.


Mami Ijat baru sepenggal menerajui Wanita UMNO Malaysia. Kita akui kemenangannya apabila menewaskan Rafidah Aziz. Wanita UMNO telah memilihnya walaupun beliau sendiri pada awalnya berjanji tidak akan menentang 'Bos'nya, tetapi demikianlah politik kerana dia pun nak jadi bos juga. 

Mungkin beliau menang 'bergaya' dalam pemilihan Wanita UMNO, tetapi jangan lupa bahawa rakyat terutamanya pengundi di Lembah Pantai tidak lagi menghargai dirinya, malahan dia dimalukan apabila dikalahkan oleh pendatang baru arena politik. Inilah hakikatnya.

Apabila Mami Ijat dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO, perkara pertama dilakukannya adalah 'mencantas' semua saki-baki penyokong Rafidah Aziz disetiap negeri. Begitu juga di negeri Pahang, Dato' Maznah Mazlan telah dihapuskan kerana Maznah jelas menyokong Rafidah Aziz semasa kempen dalam pemilihan dahulu.

Saya boleh menerima hakikat Dato' Maznah terpaksa dibenamkan kerana kepentingan politik Mami Ijat sendiri serta kemungkinan mainan politik Dato' Rosni, namun apakah Mami Ijat memilih calon yang benar-benar tepat yang boleh mengukuhkan Wanita UMNO Pahang yang selama beberapa tahun mengikut acuan Dato' Maznah?

Kebelakangan ini terdengar banyak rungutan dari Wanita UMNO Pahang mengenai ketua mereka sendiri. Mesyuarat yang cacamarba dan tunggang-langgang kerana tidak benar-benar fokus kepada tugas serta menganggap beliau berkuasa sepenuhnya. Banyak kali mesyuarat tidak dapat diadakan kerana tidak cukup korum mungkin akibat protes dan bantahan Ketua-ketua Wanita Bahagian terhadap kepimpinan.

Dalam keadaan Wanita UMNO menuntut lebih banyak kerusi diperuntukkan kepada wanita dalam PRU akan datang, apakah mereka yakin bahawa mereka sudah menjalankan amanah dan tanggung-jawab dengan bersungguh-sungguh dan sudah diterima oleh rakyat?

Kita berharap tulisan ini akan menyedarkan Ketua Wanita UMNO Malaysia serta Ketua Wanita UMNO Pahang sendiri supaya jangan lagi mengkhianati rakyat dan UMNO dengan memecah-belahkan wanita bahagian-bahaghian dengan cara mewujudkan calon-calon pilihannya bagi menjatuhkan Ketua-ketua Wanita yang ada sekarang ini.

Dato' Suhaimi Setpol Mami Ijat diharap dapat membaca teguran ini dan menyampaikannya kepada Mami Ijat dengan sejelas-jelasnya, jika masih sayangkan 'beliau' dan juga sayangkan jawatannya sendiri. Mami Ijat juga diseru supaya jangan tamak meminta kuota calon wanita ditambah dalam PRU akan datang tetapi mencalonkan mereka yang langsung tidak berkualiti sebagai pemimpin. Jangan juga membenarkan ketua wanita negeri-negeri mempergunakan dirinya untuk kepentingan politik peribadi mereka dengan mencantas sesiapa yang tidak disukai.

Tokoh wanita yang ada seperti YB ADUN Kuala Sentol jangan dibiarkan dimusnahkan atas alasan politik peribadi orang tertentu kerana beliau sudah ternyata dipilih oleh rakyat dalam PRU lalu dan sedang memberikan perkhidmatan yang baik setakat ini. Menggantikannya dengan calon lain belum pasti akan memberikan kemenangan kepada UMNO BN sendiri.

Meletakkan Dato' Rosni, Ketua Perhubungan Wanita sebagai calon dimana-mana kerusipun belum tentu akan memberikan kemenangan dengan imejnya yang tidak disenangi oleh rakyat bahkan oleh ketua-ketua wanita bahagian sendiri.

Program 'Super Bike' yang dianjurkannya di kediaman MB Pahang baru-baru ini hanyalah program syok sendiri yang menambah kebencian rakyat terhadap sikap mempragakan kemewahan para pemimpin  UMNO. Menonjolkan suaminya dan Siti Norhaliza konon sebagai calon di Kuala Lipis bukan juga idea yang baik selain dari untuk mendapat 'glamer' dan syok sendiri. Banyak keburukannya yang boleh diperkatakan tetapi kita bukan berniat buruk untuk 'membunuh' karier politiknya, sebaliknya sebagai teguran untuk beliau lakukan perubahan bagi memulihkan imej dirinya sendiri serta UMNO yang diwakilinya.

Mami Ijat sekali lagi jangan lupa bahawa hanya wanita UMNO memilih beliau bukannya rakyat keseluruhannya. Mami Ijat kena selalu ingat bahawa Mami Ijat kalah dan 'dimalukan' di Lembah Pantai tetap tokoh yang hendak dicantas oleh Ketua Wanita UMNO di Pahang itu adalah wakil rakyat yang dipilih rakyat dalam DUN berkenaan. Harap Mami Ijat jangan jadi alat memusnahkan UMNO untuk kepentingan peribadi seseorang.

Sekali lagi, BH sayangkan Mami Ijat, tetapi lebih sayangkan UMNO dari sesiapapun kerana kesedaran bahawa pemimpin akan datang dan pergi, pemimpin di ingati dan dilupakan, sebagaimana mereka juga yang melupakan sekelumit jasa-jasa yang telah kita berikan kepada mereka selama ini, namun UMNO harus tetap teguh bagi membela nasib bangsa dan memajukan negara dengan meletakkan perjuangan agama diatas segalanya.


Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...