30 November, 2008

WHAT A JOKE PAK LAH AND ANWAR

“Who is Tun!?!” our PM asked. Tun Dr M’s wisdom was clearly demonstrated when not so long ago Anwar Ibrahim himself decided to send Pak Lah a letter, in his own handwriting to let Pak Lah know he was still a major player in the political game. Pak Lah opened the letter and it appeared to contain a single line of coded message: 370HSSV - 0773H

Pak Lah was baffled. So, he e-mailed to KJ. KJ and his sidekicks had no clue either. Pak Lah then e-mailed to MCA, then to Gerakan, then to MIC. No one could solve it.

With no clue to the meaning, Pak Lah eventually asked Tun Dr M. Within seconds, Tun Dr M answered, “You are holding Anwar’s message upside down!”

( 370HSSV - 0773H = HELLO - ASSHOLE )

Gerakan Terancang Memecah belahkan Melayu dan Islam

Melayu dipecahbelahkan untuk senang diperintah. Ekonomi mereka yang kuasai dan pelan ekonomi memajukan melayu disabotaj oleh bangsa asing. Akhirnya bangsa melayu akan jadi pengemis ditanahair sendiri. Perhatikan sekeliling kita, siapakah berada diatas pemimpin kita? Bangsa asing - kerana orang melayu tidak mempercayai bangsa sendiri atau tidak rela sama sebangsa berkongsi kuasa dan kekayaan. Kita lebih rela dikongsikan dengan bangsa lain dan akhirnya segalanya terhakis. Bilakah bangsa melayu dapat bersatu? Bacaan berikut dari Blog Mummy Rokiah;
Tuesday, November 25, 2008
Bangsa pendatang yang tak pernah reti bahasa ini hari-hari buat hal. Mungkin kerana mereka tahu bahawa bangsa melayu ini adalah bangsa yang mudah lupa atau mungkin kerana mereka tahu bahawa bangsa melayu adalah bangsa yang tidak mampu untuk bersatu. Kejatuhan melaka adala kerana adanya pembelot dalam kalangan melayu - raja mendaliar? Dan sejarah tidak pernah orang melayu hayati kerana itu melayu berpecah dari UMNO kepada PAS dari UMNO kepada Semangat 46, daripada UMNO kepada PKR daripada PAS kepada Berjasa dulu). Melayu berpecah, berpecah dan berpecah dan akhirnya tinggallah ciput dan akhirnya diperintah oleh bangsa asing. Apakah yang akan tinggal untuk orang melayu? Keretapi Tanah Melayu (scomi (?)) dan Baju Melayu. Wahai pemimpin-pemimpin bangsa melayu yang bangang, bersatulah kamu dan pimpinlah kami ini.

BLOG MUMMY ROKIAH
http://mummyrokiah.blogspot.com/2008/11/gerakan-terancang-memecah-belahkan.htmlSunday, November 23, 2008

Secara sedar atau tidak sedar telah wujud satu gerakan terancang untuk memecahbelahkan Melayu dan Islam negara ini dan mengambil-alih kuasa dominasi Melayu di dalam pemerintahan negara. Mungkin ada Melayu yang sedar tentang gerakan ini tetapi dek kesibukan dan keutamaan bergocoh sesama sendiri mereka alpa bahawa kuasa mereka sedang reput.

Gerakan ini bergerak di empat buah negeri yang dikuasai pembangkang. Mereka sedikit demi sedikit membangkitkan isu-isu yang memihak kepada bukan Melayu. Isu-isu yang sensitif dan kelazimannya diperbincangkan secara dalaman dahulu telah didebatkan dan digahkan di dalam media kawalan mereka sehingga Melayu dan Islam kelihatan bodoh dan kolot. Isu-isu dan desakan yang dibangkitkan seperti yang kita tahu adalah :

1. Mempertikai ketuanan Melayu dan kontrak sosial.
2. Melakarkan wajah buruk Dasar Ekonomi Baru.
3. Menghangatkan dan membela tahanan Hindraf.
4. Mempersenda dan memperlekehkan Majlis Fatwa Kebangsaan melalui isu Penkid dan Yoga.
5. Mendesak untuk dibangunkan kandang babi yang terancang.
6. Mempertikai mahkamah syariah melalui kes-kes murtad.
7. Menguji masyarakat Islam melalui isu azan.
8. Meracun NGO-NGO haprak Melayu seperti Sister In Islam dengan mengunakan pendekatan hujah-hujah berdasarkan logik akal.
9. Usaha untuk menjadikan hukum Islam “irrelevant” melalui penekanan perjuangan hak-hak asasi manusia.
10. Sengaja mengubah bahasa-bahasa papan tanda untuk mencabar Bahasa Melayu.
11. Mengagung-agungkan kemenangan Barack Obama dengan meniup semangat gelombang perubahan di Amerika ke negara ini melalui media-media kawalan mereka.

Walaupun pada dasarnya keempat-empat negeri ini diperintah oleh MB Melayu kecuali Pulau Pinang tetapi tututan tersebut langsung tidak memihak kepada Melayu dan Islam. Kepimpinan pembangkang yang baru memerintah pastinya ingin menawan hati mereka dan secara tidak langsung terpaksa memenuhi tututan-tuntutan ini. Padahal mereka hanya memperalatkan pemimpin-pemimpin ini sahaja untuk kepentingan jangka panjang mereka.

Apabila mereka berjaya mendapat tuntutan-tuntutan ini mereka dikira berjaya menjadi pendesak yang kuat dan menjadi hero kepada bangsa mereka Cina dan India. Ini kerana selama ini tututan-tuntutan sebegini amat sukar dan mustahil untuk mendapat layanan di bawah pemerintahan BN. Kejayaan tuntutan ini akan tempias ke negeri-negeri lain juga.

Penyokong-penyokong parti-parti tradisi (MCA, MIC, Gerakan) dalam BN akan terhakis keyakinan kepada pemimpin parti mereka dan penyokong-penyokong ini akan bercantum dan beralih arah menyokong mana-mana parti liberal yang telah berjaya memperjuangkan isu-isu tadi. Begitu juga sokongan kepada PAS dan PKR hanyalah untuk jangka pendek sahaja.

Secara terhormat Melayu akan hilang kuasa kerana berpecah sesama sendiri. Melayu UMNO bergaduh sesama dalam UMNO, Melayu UMNO juga bergaduh dengan Melayu PAS dan PKR. Melayu PKR pula bergaduh dengan Melayu PAS. Melayu akan kelihatan tidak layak dan gagal memimpin negara ini. Mereka akan mengambil alih ketuanan Melayu akibatnya BN, UMNO, PAS dan PKR akan terkubur dengan sendirinya kerana berpuak-puak.

Sejauh mana kejayaan golongan ini bergantung kepada kekuatan dan penyatuan semua Melayu termasuk Melayu atas pagar yang sedang melihat dan menunggu. Melayu atas pagar ini terdiri dari kalangan professional, generasi baru dan mereka yang bergerak sendirian merupakan kuasa penentu kelak. Mereka ini kerap dipinggirkan.
Posted by MUMMY ROKIAH at 12:10 PM

INI APA?

Orang-orang Melayu perlu tahu bagi mengangkat martabat bangsa. Bangsa asing juga perlu tahu supaya menghargai tolak ansur bangsa melayu selama ini. Ini ketuanan Melayu. Bangkitkan semangat bangsa melayu. Kita mestu tanamkan semangat kebangsaan. Hidup melayu dan menjadi tuan dibumi melayu - bumi sendiri.

Monday, November 24, 2008

Wasiat Raja-Raja Melayu tersebut disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

"Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Tujuh perkara itu adalah:

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA )

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan,

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU, dan

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

YANG HARAM

Thursday, November 20, 2008

1. Maka kita pun sibuk dengan projek yang Kerajaan PAS Kedah hendak lakukan - Ternakan Babi Moden. Sebelum itu Kerajaan PKR Selangor dah lancarkan Ternakan Babi Modennya. Kedua-duanya mendapat reaksi dari rakyat dan ahli-ahli UMNO sendiri diserata peringkat.
Babi adalah najis dan haram. Jika mana-mana pihak yang berurusan dengan perniagaannya adalah juga haram, jadi kerajaan yang membenarkan penternakan dan perniagaannya serta mengutip cukai keatasnya adalah haram menerima hasilnya.

2. Sibuk juga diseluruh negara tentang politik wang dalam UMNO. Ada pihak menafikannya. Ada pihak mengakuinya. Ada pihak meminta bukti adanya politik wang itu. Ada pihak yang disyakki mengamalkan politik wang tetapi menuduh orang lain. Tetapi soal pokoknya politik wang itu harus diaku bahawa ianya benar-benar belaku dimana-mana sepanjang pemilihan peringkat bahagian. Memberi rasuah dan menerima rasuah juga berdosa dan memakan hasil dari rasuah itu juga haram hukumnya.

3. Kita hidup dalam haram. Ada yang membesarkan anak-anak dengan duit haram. Membesarkan anak haram dengan duit haram. Memang haramjadah - siapa kita diantaranya.

28 November, 2008

Mesyuarat Pertama Majlis Fatwa Rakyat

Khayalan mungkin jadi kenyataan jika kita masih terlena dibuai mimpi. Kalau kita tiada kuasa ekonomi maka kuasa politik juga akan turut hilang maka mimpin Husin Lempoyang ini mungkin jadi kenyataan yang pahit.
Wednesday, November 26, 2008

Tahun 2013. BN kalah pada PRU 2012 sebab Dolah dikekalkan sebagai PM dan pengundi tidak yakin dengan Pemangku Presiden UMNO masa itu, Ali Rustam. Macam mana dipusing Dolah, Najib tak jadi PM.

Sehingga 2012, Khairy adalah Menteri Kewangan II kepada Abdullah. Pada Mac 2009, dia menang Ketua Pemuda tanpa bertanding.

Jawatankuasa Disiplin disqualify Mukhriz dan Dr Khir Toyo. Jawatankuasa Disiplin terdiri dari Kalimullah, Kamaluddin, Anuar Zaini, Dr. Vincent Lim, dan Khairy sendiri. Mereka juga yang atur calun untuk pilihanraya tahun 2008 yang terlepas 5 negeri dan 2012 yang kalah.

BN kalah juga disebabkan Khazanah Nasional dijual murah-murah kepada Singapura oleh ECM Libra dan semua kontrak kerajaan diberi Scomi dan TRC.

Gwo-Burne naik jadi PM.

Anwar masuk penjara kerana kes liwat II pada tahun 2010. Dia terlepas peluang bertanding pilihanraya dan masih tak dapat jadi Perdana Menteri.

Gwo-Burne dapatkan keampunan Agong. Bagi mengelakkan Anwar kembali, dia letak Anwar sebagai Pengerusi Majlis Fatwa. Nama bukan lagi Majlis Fatwa Kebangsaan, tetapi Majlis Fatwa Rakyat sesuai dengan Pakatan Rakyat.

Anggotanya menjadi Zulkifli Nordin (Timbalan Presiden), Norhayati Kaprawi, Wakil Sister-in-Islam (Setiausaha), Zaid Ibrahim, Malik Imtiaz, Mat Sabu, Tan Lian Hoe, dan Sami-Sami Hindu dan Buddha.

Mesyuarat pertama bermula.
Anwar: Saya tidak mahu bercakap dahulu, tetapi ingin anda semua meluahkan fikiran masing-masing mengenai term of reference kita. Cuma ingin umumkan Saudara Zulkifli Nordin sebagai Timbalan Pengerusi dan mencadangkan Saudari Norhayati Kaprawi, Wakil SIS sebagai Setiausaha.

Zaid Ibrahim: Saya rasa kita kena tunggu dan lihat. Kalau Dolah dapatkan orang untuk lompat, keadaan boleh berubah. Saya dah biasa tiga bulan jadi Menteri. Isu-isu ini hanya sampingan saja, yang penting firma guam saya terus dapat kerja kerajaan macam WPI.

Saya punya ingin tekankan bahawa pihak kajian fatwa perlu mendefinasi kembali arak dari takrif sekarang yang berbunyi sesuatu yang memabukkan. Sebotol Chivas Regal tak memabukkan saya. Adakah Chivas haram?

Malik Imtiaz: I agree. A jug of beer should not be haram. It doesn't affect me. Pardon me for speaking in English. I am supposed to be snobbish and do not know Malay because I am supposed to go to Oxford after completing my Bacceleareate at UWC, Singapore. But I studied at UIA.

They say I am God-send to the legal profession. I would like to irrevocably express my view that the Syariah Court is an inferior court to the Civil Court.

(Zul Nordin kelihatan gelisah tetapi Anwar tendang kaki dia dari bercakap.)

Anwar: It is outside the Fatwa Committee to look into matters of the law per se, but I will take note. Siapa lagi?


Norhayati: Saya tak setuju diberi tugas Setiausaha. Ini adalah gender bias dan mengikut guru kami, Amina Wadud kami pun boleh jadi Imam Sembahyang Jumaat....

Anwar: Ok Ok ... anda mahu jawatan apa?

Norhayati: Timbalan

Anwar: Ini saya perlu bincang dahulu dengan Zul. Sabar dahulu Zul. Sebagai Timbalan, anda cakap last sekali.

(Zul sudah hendak bangun dari kerusi tetapi tangan Anwar sudah menahan dia.)

Theresa Kok: Dato Seli Anwar, saya lasa Majlis ini boleh membeli alahan kepada Masjid dan Sulau supaya titak mengumandangkan ajan pagi-pagi. Saya cadangkan supaya ajan dilakukan mengikut amalan orang Klistian pada cuti hali Ahad sahaja. Kita boleh selagamkan semua agama-agama amalkan jialah rumah ibadat pada hali minggu. Polisi agama Malaysian Malaysia boleh lebih berjaya dari Lee Kuan Yew.

Anwar: Itu idea mungkin susah untuk dijalankan.

Mat Sabu: Itu sudah kelakuan kurang ..., Theresa. Orang Islam sembahyang hari Jumaat dan orang Melayu kunjung Masjid dan Surau untuk kelima-lima waktu mengikut tradisi Islam ribuan tahun.

(Zul seghiau. Dia hairan melihat Mat Sabu yang kurang lantang dan berbisa. Ini mesti pasal persetujuan Pakatan Rakyat sudah kunci mulut dia.)

Tan Lian Hoe: Saya cuma hendak beritahu, orang Melayu juga kaum pendatang. Macam orang lain. Kita perlu ada Obama. Saya rasa Dato Seri Anwar tidak mesti menjadi Pengerusi Majlis ini.

Anwar: Kita bercakap mengenai term of reference. Kedudukkan saya adalah dilantik oleh PM. Saya diberi mandat untuk pilih anda semua.

Yes, Wakil Hindu.

Samy Hindu: Saya tidak setuju ini semua. Saya ingat ini Interfaith Commission untuk menentukan isu antara ugama. Pada kita, Hindu saja ugama. Pasal kita boleh nampak itu tuhan di kuil. Dalam Masjid orang Islam tak ada apa-apa.

Samy Buddha: Kita pun ugama jugalah, Sami. Kita pun ada patung Buddha dan tuhan Cina lain.

(Zul Nordin sudah tidak tahan dengan sikap kompromi Anwar mengenai agama dan dia terus bangun.)

Zul Nordin: Theresa, mana boleh mahu Islam sama dengan Kristian. Islam tuhan satu. Ugama kamu tuhan ada tiga, tapi kamu kata satu. Ingat apa, kopi ginseng 3 in 1?

Hindu dan Buddha sembah patung bukan tuhan. Sami Buddha, patung kamu bukan tuhanlah. Mata dia sepet. Macam mana tuhan, kalau mata tak boleh tahan asap?

Sami Hindu, patung kamu pun bukan tuhan. Apa punya tuhan mata begitu besar? Dia terbeliak tengok pusat perempuan India kah?
Mat Sabu dan Zahid Ibrahim pecah ketawa terbahak-bahak. Anwar menahan dari tersenyum. Malik Imtiaz tak faham jenaka, ternganga.

Ahli-ahli ugama lain marah. Keadaan huru hara hampir hendak gaduh.

Itulah ugama bukan boleh campur-campur dan dipolitikkan. Semua beza, jadi jangan sakitkan hati penganut ugama lain. Diam sajalah. Hormat menghormati dan berakomodasi.
Dari Blog Husin Lempoyang

26 November, 2008

CADANG PINDA PERELEMBAGAAN BAGI MENGAWAL POLITIK WANG

Tuesday, November 25, 2008
Oleh Azam Abd Rahman

Gejala politik wang dalam UMNO sudah sukar dibendung lagi. Banyak pihak bercakap mengenainya tetapi tindakan yang dilakukan sangat sedikit. ‘Jawatankuasa Disiplin UMNO’ yang ditubuhkan tidak mampu mendisplinkan ahli-ahli UMNO yang sedang dalam kegilaan. Masalah yang lebih besar adalah kredebiliti UMNO sendiri, sebagai parti tunjang pemerintah dan parti yang membela dan memperjuangkan kaum majoriti bangsa Melayu yang dipertikaikan kewibawaannya kenelakangan ini.

Banyak pihak bercakap mengenai politik wang bermakna ianya berlaku tetapi mengapa tiada tindakan serius yang diambil? Apakah ini kerana ianya melibatkan tokoh-tokoh penting dalam UMNO itu sendiri? Atau tiada pihak yang membuat lapuran?

Berikut adalah senario yang berlaku didalam kemelut tersebut;
• Pihak yang memberi dan menang pertandingan tentunya tidak akan membuat lapuran
• Pihak yang menerima juga tidak membuat lapuran kerana mereka meinginkannya kerana itulah mereka bersungguh-sungguh untuk menjadi perwakilan
• Pihak yang memberi tetapi kalah pertandingan juga tentunya berasa bimbang untuk membuat laporan walaupun keinginannya ada
• Pihak yang tidak memberi dan menang dalam pertandingan tentunya tidak akan membuat laporan
• Pihak yang tidak memberi dan kalah dalam pertandingan akan membuat laporan tetapi sukar mendapatkan bukti kerana pihak yang menerima enggan berkerjasama

Diperingkat manakah politik wang banyak berlaku?;
• Peringkat Cawangan: Sangat sedikit diperingkat cawangan kerana cawangan hanya akan memilih untuk keperingkat bahagian. Kebanyakan cawangan-cawangan adalah di kampong-kampong dan mereka tidak terlalu menitikberatkan apa yang berlaku selepas itu.
• Peringkat Bahagian: Diperingkat bahagianlah bermulanya politik wang dalam UMNO kerana wakil kepada calon majlis tertinggi akan melobi untuk calon berkenaan disamping menentukan tempat mereka sebagai jawatankuasa bahagian serta / atau G7.
• Peringkat Kebangsaan: Perwakilan dari bahagian-bahagian akan memilih ahli majlis tertinggi dan mereka inilah golongan sasaran yang utama terhadap politik wang dalam UMNO. Siapakah mereka-mereka ini? Mereka adalah Ketua-ketua bahagian, atau jawatankuasa bahagian yang terpilih sebagai G7.

Bagi mengelakkan politik wang dalam UMNO maka pindaan perlembagaan harus dilakukan dengan pemilihan ahli majlis tertinggi hanya terhenti di peringkat bahagian dimana pengundiannya dilakukan diperingkat ini. Selain dari itu langkah ini dilihat akan lebih telus dan benar-benar membawa suara akar umbi.

Tidak ada lagi perwakilan G7 yang akan dibeli undinya atau menjual undinya. Bermakna perwakilan cawangan akan menentukan ahli majlis tertinggi. Jika ada proses pembelian dan penjualan undi maka ianya akan berlaku diperingkat bahagian dan perwakilan dari cawangan yang ramai itu harus dibeli bukan hanya setakat G7 sahaja. Ini akan menampakan ketelusan dalam pemilihan peringkat majlis tertinggi dan akan merupakan suara akar umbi yang sebenarnya.

Sistem pemilihan dalam Persidangan Agong Cawangan, Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO adalah seperti berikut;

Persidangan Agung UMNO Cawangan:
• Memilih jawatankuasa cawangan
• Membahaskan usul cawangan dan usul untuk dibawa ke mesyuarat bahagian
• Memilih perwakilan ke mesyuarat bahagian
• Mencalonkan ahli jawatankuasa bahagian

Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian:
• Memilih jawatankuasa bahagian
• Membahaskan usul cawangan dan usul untuk dibawa perhimpunan Agung
• Memilih perwakilan ke perhimpunan Agung
• Mencalonkan ahli majlis tertinggi

Perhimpunan Agung UMNO :
• Memilih jawatankuasa ahli majlis tertinggi
• Membahaskan usul yang dibawa oleh bahagian


Sekiranya perlembagaan dapat dipinda supaya menjadikan pemilihan ahli majlis tertinggi hanya berlaku diperingkat bahagian dan hanya akan membahaskan usul-usul sahaja dilakukan dalam Perhimpunan Agung UMNO maka politik wang akan dapat dibendung atau dikurangkan kerana pihak-pihak yang terlibat tidak akan berebut-rebut menjadi perwakilan disebabkan dalam Perhimpunan Agung UMNO tiada pemilihan berlaku selain dari membahsakan usul-susl yang dibawa dari bahagian-bahagian sahaja.

Sistem pemilihan dalam Persidangan Agong Cawangan, Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO selepas pindaan adalah seperti berikut;

Persidangan Agung UMNO Cawangan:
• Memilih jawatankuasa cawangan
• Membahaskan usul cawangan dan usul untuk dibawa ke mesyuarat bahagian
• Memilih perwakilan ke mesyuarat bahagian
• Mencalonkan ahli jawatankuasa bahagian
• Mencalonkan ahli majlis tertinggi

Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian:
• Memilih jawatankuasa bahagian
• Membahaskan usul bahagian dan usul untuk dibawa perhimpunan Agung
• Memilih perwakilan ke perhimpunan Agung
• MEMILIH ahli majlis tertinggi

Perhimpunan Agung UMNO :
• Membahaskan usul yang dibawa oleh bahagian

Pindaan Perlembagaan seperti yang dicadangkan bukanlah yang terbaik kerana masih ada beberapa kelemahan namun buat masa ini ianya dilihat akan membantu begi membenteras politik wang dalam UMNO. Soalnya apakah kita inginkan perubahan ini? Apakah kita akan berebut-rebut untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian dan G7 sekiranya tiada habuan yang menanti kita? Segalanya terpulang kepada kita. Jika kita sayangkan parti maka kita harus bergerak kearah ini mulai sekarang.

23 November, 2008

Politik Wang. Betul ke Tidak?

Siapa lagi yang mampu menafikannya? Tetapi siapakah diantara pemimpin kita yang bersungguh-sungguh menanganinya?
MONDAY, NOVEMBER 10, 2008

Bercakap tentang politik wang khususnya di dalam pemilihan kepimpinan UMNO sekarang ini bukan calang-calang topik. Semua bercakap tentangnya. Daripada ahli cawangan, bahagian, negeri dan juga pusat. Yang bercakap pun handal-handal belaka. Ahli Majlis Tertinggi, Naib Presiden, Timbalan Presiden, calun-calun jawatan utama dan juga Presiden sendiri.

Hari ini, Presiden parti, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi juga bercakap mengenainya. Cakap-cakap beliau seolah-olah mengesahkan apa yang berlaku. Apabila yang bercakap itu seorang yang duduk di hiraki tertinggi kepimpinan, tentulah maklumatnya bukan calang-calang maklumat. Hanya maklumat yang telah ditapis dan disahihkan ketulenannya sampai ke Presiden (sepatutnya). Pastinya beserta dengan bukti-bukti yang jelas. Kalau tidak pastilah Presiden tidak bercakap dengan nada yang begitu sedih. Siap dengan muka-mukanya menunjukkan kesedihan dan kemarahan.

Namun disebalik cakap-cakap ini sejak beberapa bulan/tahun yang lepas, ianya kekal sebagai cakap-cakap sahaja. Tidak ada tindakan yang benar-benar berkesan untuk mengatasi masalah ini. Maka cakap-cakap itu hanya akan kekal sebagai cakap-cakap atau pun digunakan kelak untuk mengungut mana-mana calun yang cuba nak lawan tokey (?)

19 November, 2008

Bukan masa hapuskan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam ekonomi, kata Mukhriz

Kenapa PM membisu? Apakah tidak tahu apa yang sedang berlaku atau terlalu sibuk dengan urusan yang harus disiapkan sedangkan masa untuk berangkat semakin hampir. Mujur ada anak mantan PM yang sanggup bersuara untuk melayu-melayu lain yang dah layu.
Tuesday, November 18, 2008
ALOR STAR 29 Okt. — Penghapusan dasar pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam akan hanya melemahkan lagi ekonomi orang Melayu, kata Anggota Exco Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Menurutnya, sekarang bukan masa untuk mencadangkan 30 peratus ekuiti orang Melayu dihapuskan sebaliknya ia masa bagi meningkatkan ekonomi mereka.

“Pencapaian mereka paling hebat pun baru 22 peratus tetapi kini merosot kepada 18 peratus. Jadi wajarkah dasar itu dihapuskan atau dilonggarkan?," katanya bagi mengulas kenyataan Naib Presiden, MCA Datuk Liow Tiong Lai yang mahu syarat itu dihapuskan.

Mukhriz, yang juga Anggota Parlimen Jerlun, berkata, banyak lagi matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) belum tercapai dan usaha perlu dilakukan bagi memantapkan daya saing mereka dengan kaum lain yang maju dalam bidang ekonomi.

“Selagi golongan bumiputera belum selesa dan yakin dengan kemampuan mereka, dasar ini tidak boleh dihapuskan,” katanya. - Bernama

POSTED BY ZAINAL A. KASIM

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...