10 November, 2017

TEORI 'RAHMAN', NAJIB PERDANA MENTERI MELAYU TERAKHIR ?



Jika kita masih ingat pada teori 'RAHMAN' dimana kepimpinan negara adalah dari tokoh-tokoh yang nama mereka bermula dari huruf-huruf berkenaan. Saya tidak ingat dan tidak pasti siapakah pencetus teori berkenan, bagaimanapun ianya telah menepati ramalan.

Bermula dengan Tunku Abdul Rahman, kepada Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah dan kini Dato' Seri Mohd Najib. Semuanya menepati. Walaupun terdapat sedikit keadaan yang mungkin mengubah tokoh yang akan menjadi Perdana Menteri suatu masa tak lama dulu, namun ianya tidak banyak memberi perbezaan.

Yang saya maksudkan adalah diantara Tun Abdullah dan Datuk Seri Anwar. Apapun seperti yang saya kata walau siaapapun diantara mereka masih tetap bermula dengan huruf 'A' - Abdullah dan Anwar. Mujurlah sejarah telah mencatatkan bahawa 'A' berkenaan adalah Abdullah, andai kata 'A' itu adalah Anwar, kita tidak pasti bahawa Najib akan ditabal sebagai Perdana Menteri. Maka telah lengkaplah teori 'RAHMAN'.

Soalnya sekarang, siapakah selepas Dato' Seri Mohd Najib? Saya tidak mendengar tentang adanya sebarang teori lain. Namun yang pasti kita semua sebenarnya dalam kebimbangan. Bimbang apakah kita masih dapat mengekalkan kuasa ditangan kita atau kita akan kehilangannya buat selama-lamanya dan kita jadi seperti 'Temasik'.

Dato' Seri Mohd Najib sedang menghadapi kemelut yang sangat sukar untuk dihadapi. Tidak ada Perdana Menteri menghadapi keadaan sepertinya sebelum ini. Beliau bukan hanya menghadapi musuh dari kaum lain yang punya agenda menguasai bumi kita, tetapi beliau juga sedang ditentang oleh bangsanya sendiri.

Pilihan Raya ke 14 adalah pilihan raya yang akan menentukan martabat bangsa kita di bumi sendiri. Dalam keadaan suara bangsa Melayu berpecah belah kepada beberapa kumpulan berserta dengan kurangnya minat anak-anak muda menjadi pemilih, kita tidak pasti sejauh mana Dato' Seri Mohd Najib selaku Presiden UMNO dapat mencapai hasrat itu.

Jika kita memandang kehadapan, menolak perbezaan fahaman dalam parti sudah tentu kita akan bersama-sama berada didalam saf perjuangan ini bagi membantu beliau untuk masa depan anak cucu kita. Kerana pada teori 'RAHMAN', Dato' Seri Mohd Najib adalah Perdana Menteri yang terakhir.





04 July, 2017

ARIF SABRI DAN FUZIAH SALEH ANTARA 'TIKUS MAKMAL' DAP

Image result for fuziah salleh



DAP adalah parti rasis dan chauvinist. Parti berteraskan kaum cina ini mula bertapak sejak Malaysia merdeka. Bahkan umum mengetahui bahawa mereka adalah saki baki dari parti komunis yang pernah merampas kuasa dan memerintah Malaysia selama 14 hari dengan zalimnya selepas peninggalan Jepun dahulu.

Matlamat DAP tidak pernah berubah kerana pemimpinnya Lim Kit Siang masih berkuasa dan menguasai parti tersebut. Parti yang 'kunun'nya sangat demokratik ini telah menyaksikan sesiapa saja musuh dalam parti serta singan kepada Lim Kit SIang akan dihapuskan. Jika Lim Kit Siang dan DAP ini binatang, ianya bukan lagi seekor harimau yang ganas bahkan adalah dubuk pemakan bangkai.

DAP sedar untuk menguasai negara mereka tidak mampu menang secara bersendirian dengan hanya menguasai undi kaum cina sahaja, justeru kebelakangan ini kita lihat mereka banyak mempengaruhi bangsa Melayu untuk menjayakan cita-cita mereka.

DAP banyak bereksperimentasi dalam politik. Arif Sabri adalah antara 'tikus makmal' DAP. Meletakkan 'tikus makmal'nya dikawasan yang majoriti pengundi Melayu telah menampakkan kejayaan mereka. DAP sedar bahawa susah bagi mereka untuk menjatuhkan Melayu dan mereka juga sedar adalah lebih mudah Melayu sendiri yang membunuh Melayu.

Arif Sabri berjaya diperalatkan bagi mentohmahkan dan menyerang Mutfi, senjata menentang Melayu dan agama Islam. Namun akibatnya Arif Sabri terlantar diserang stroke, mungkin itu petunjuk dan peringatan dari Allah.

Selain menggunakan kekuatan dalaman DAP sendiri, DAP juga menggunkana mana-mana pemimpin Melayu yang dilihat menentang UMNO dan kerajaan Barisan Nasional. Fuziah Saleh dari PKR juga berjaya dijadikan 'tikus makmal' DAP dalam isu Lynas. 

Fuziah diangkat jadi 'Ratu Lynas' untuk menyerang kerajaan namun dakwaan mereka terhadap Lynas yang 'kunun'nya merbahaya ternyata salah. Sehingga kini tidak ada satu pun laporan mengenai radiasi dan bahan nuklear dari kilang Lynas di Kuantan sepertimana dakwaan Fuziah yang disokong DAP selama ini. Akhirnya Fuziah sendiri yang kesipuan dengan kemaluan dan isu Lynas telah dilenyap begitu saja.

Penduduk Kuantan tidakpun terkena radiasi dan sisa nuklear, namun yang sengasara akibat kenser adalah Fuziah sendiri. Allah menunjukkan kebenaran.

'Tikus-tikus makmal' ini adalah Si-Kitol dan Raja Mendaliar dalam hikayat Melayu lama dan banyak lagi 'tikus-tikus makmal' yang akan kita lihat nanti kerana DAP mempunyai dana asing yang besar untuk 'membeli' dan memperhambakan bangsa Melayu untuk digunakan sebagai senjata membunuh bangsa Melayu sendiri.

Kekalkan perpaduan kita dalam Islam, bersatulah kita sesama Melayu dan terus berikan sokongan padu kepada UMNO.



17 May, 2017

PENGUMUMAN TARIKH PRU14 ....



Pengumuman tarikh pilihanraya ....  Siaran TV kerajaan dan swasta serta media cetak menyiarkan pengumuman pembubaran Parlimen dan diikuti pihak SPR pula tampil mengumumkan tarikh Pilihanraya ke-14.

Inilah berita yang sangat dinanti-nantikan oleh banyak pihak terutama mereka yang terlibat dengan parti politik.

Bukan sedikit sama ada yang dari parti kerajaan dan juga pembangkang yang sudah sekian lama menunggu saat ini. Menanti nama mereka disebut atau disebut semula sebagai calon PRU.

Dipihak pembangkang, mereka akan berhajat untuk bertanding dengan membawa isu lama yang dihangatkan semula kerana sebenarnya mereka ketiadaan isu.

UMNO dan Pas yang semakin akrab memberi makna yang berbagai, bagaimanapun tentunya merunsingkan Pakatan Pembangkang.

Dalam pemerhatian saya, UMNO masih kuat dan BN akan tetap menguasai kerajaan bagaimanapun undi kaum Cina makin 'solid'.

Sayangnya anak-anak muda masih leka sehingga terlupa untuk mendaftar sebagai pemilih dalam PRU akan datang. Masa masih ada jika mereka bersegera.

11 May, 2017

BANJIR KILAT SATU AMARAN




Hujan lebat secara menyeluruh beberapa hari lalu menyebabkan banjir kilat dibeberapa daerah di Negeri Pahang. Antaranya yang teruk terkesan adalah di Lancang, Kuala Krau serta Jerantut.

Jerantut adalah sebuah kawasan pedalaman yang berbukit-bukau dengan anggaran purata ketinggian 50 meter dari aras laut. Kebiasaannya sejak zaman dahulu lagi tidak terlibat dengan banjir kilat kerana saliran semulajadi yang baik. Namun sejak akhir-akhir ini segalanya seakan berubah... 'asal hujan-banjir.... asal banjir-hujan".

Jika saliran baik pasti air hujan akan cepat turun kesungai, tidak tersekat dan tidaklah berlakunya banjir kilat. Justeru, apakah penyebabnya? Itulah soalan yang sentiasa bersarang dalam kepada banyak orang terutama pencinta alam sekitar.

Bukan jarang kawasan sekitar masjid baharu di Jerantut ditenggelami air apabila hujan lebat. Dulunya kawasan sekitar masjid itu adalah kawasan paya. Apabila hujan turun airnya akan memasuki kawasan paya berkenaan sebelum menyerap atau mengalir ke sungai-sungai seterusnya ke Sungai Pahang. 

Apabila kawasan berpaya itu ditimbus dan menumbuhkan bangunan-bangunan maka kemanakah air akan mengalir jika tidak kejalan-jalan raya dan rumah-rumah kedai disekitar? Sedarlah bahawa bukit, paya dan sungai memainkan peranan masing-masing secara semula jadi dan jika kita musnahkannya maka kesan kepada alam akan mampu musnahkan kita dan kehidupan. Mungkin kita lupa atau pura-pura lupa tetapi alam tidak akan lupa untuk menghukum kita atas kesalahan yang kita lakukan.

Hujan lebat baru-baru ini telah menyebabkan banjir kilat di Kampung Baharu dan Kampung Lata Kasah, Jerantut. Sudah pastilah ketika membuka kampung ini dahulu, orang-orang tua sudah pastikan ianya bebas dari bencana banjir dan tidak ada dalam sejarah kampung-kampung ini ditenggelami air sejak bah besar tahun 26 lalu. Soalnya kenapa kini ianya berlaku?

Pejuang alam sekitar (?) membantah pembalakan dikawasan tadahan air di Kampung Baharu yang kononnya adalah punca kepada berlakunya pencemaran sungai banjir kita selama ini. Namun hasil siasatan tidak ada sebarang pembalakan atau sudah tiada sebarang pembalakan yang masih aktif dikawasan yang dinyatakan, tetap kenapakah air sungai masih tetap keruh dalam waktu-waktu tertentu?

Pejuang alam sekitar (?) lupa untuk melihat bahawa punca pencemaran sungai adalah disebabkan oleh lombong bijih di Kampung Baharu itu sendiri.

Pelepasan air sisa membersih bijih yang dilakukan secara berkala oleh pihak pelombong yang tidak dijalankan secara sempurna telah membuatkan aliran Sungai Teh jadi semakin cetek dan sempit dan itulah punca banjir kilat berlaku dan memberi kesan besar kepada penduduk khususnya di Kampung Lata Kasah dan Kg. Binjai.

Selain dari aliran sungai yang semakin cetek akibat mendapan dari lombong, saliran taliair juga perlu dipastikan airnya mengalir deras tanpa sebarang gangguan. Siasatan mendapati bahawa ketika hujan lebat ada beberapa 'culvert' di taliair berkenaan tersumbat atau airnya tidak dapat mengalir laju, dan ini juga mengakibatkan laluan air tersekat serta berlakunya banjir kilat di Kampung Lata Kasah.

Jabatan Alam Sekitar perlu selalu membuat lawatan bagi memastikan tiada pelanggaran tatacara pengurusan sisa air dari lombong berkenaan. Jabatan Alam Sekitar juga perlu membuka mata lebih luas agar dapat melihat dengan lebih telus.

Jabatan Kerjaraya dan Jabatan Pengairan dan Saliran juga perlu jalankan tugas dengan jujur dan cekap dalam menangani permasalahan yang memungkinkan jadi penyebab berlakunya banjir kilat dikawasan-kawasan tertentu.

Penduduk kampung, JKKK serta Tok Empat juga perlu memainkan peranan masing-masing. Kebersihan kampung dan kebersihan sungai perlu dijaga. Bukan sedikit sampah sarap yang menyebabkan aliran air sungai tersekat dan 'culvurt' tersumbat kerana sikap tidak prihatin kita.

Mungkin juga pihak SPRM perlu juga sekali-sekala meninjau dan 'beramah mesra' dengan pihak-pihak tertentu supaya tidak ada yang akan berani melakukan sesuatu yang 'mereka' ingini tetapi tidak kita ingini.

Banjir kilat ini adalah sebahagian amaran alam kepada manusia seluruhnya agar jangan terlalu rakus memusnahkan bumi ini. Bukit-bukau jangan digondolkan dan diruntuhkan. Paya dan tasik dan di timbus dan dimusnahkan. Sungai-sungai jangan dicemari.... atau nantikanlah alam akan menghukum kita semua.


Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...