16 September, 2012

YANG KITA MESTI INGAT....




1. Jika kita bina satu 'time frame', kita akan dapati banyak perkara yang berlaku didalamnya. Dalam setahun ini, 2012, banyak perkara yang telah berlaku dan tidak semuanya dapat kita ingati. Dalam semenjak DS Najib jadi PM, lebih banyak yang berlaku dan sudah tentu banyak juga yang telah kita lupakan, atau kurang mengingatinya.

2. Ruang ingatan kita memang sempit justeru memang kita hanya ingat sedikit. Benarlah kata TDM, 'Melayu mudah lupa'. Bahkan bukan hanya Melayu saja, manusia ini semuanya memang mudah lupa.

3. Namun begitu tetaplah ada diantaranya yang memang perlu kita ingat, untuk seketika ataupun sampai bila-bila dan selamanya. Ada yang sengaja ingin kita lupakan namun sukar untuk kita buangkan dari dalam fikiran. Kerana itulah kita terpaksa mencipta peristiwa atau apa-apa yang lain untuk dimasukkan kedalam ingatan bagi mengusutkan fikiran seterusnya melupakan yang lalu dan terdahulu.

4. Bagaimanapun janganlah kita terperangkap dengan jerat-jerat yang mereka bina. Ingat dan ingat-ingatkan lah....ingat Anu arr ingat liwat, ingat 16 september ingat pembohongan, ingat Al-Juburi ingat Mat Sabu, ingat Mat Sabu ingat Perdana 22, ingat Ostad Badrul ingat 'mandi burung', ingat manifesti PRU Pakatan, ingat kita sudah tertipu....

12 September, 2012

MB PAHANG MERAKYATKAN UMNO

MB Pahang merasmikan mesyuarat sayap-sayap UMNO Bahagian Lipis.

1. BN adalah parti rakyat Malaysia sebenarnya. Parti yang telah membela dan mencorakkan pembangunan negara sejak zaman merdeka. Terlalu banyak jasa yang telah diberikan sehingga susah untuk kita menunjukkannya kerana segalanya adalah BN...Perikatan...UMNO.

2. Baru-baru ini saya menghadiri jamuan hariraya anjuran UMNO Bahagian Lipis yang dihadiri oleh MB Pahang atas undangan sahabat-sahabat di UMNO Bahagian Lipis. Sambutan rakyat sangat hebat dan luar jangkaan. Walaupun Siti Norhaliza tidak hadir namun ibunya dan iparnya turut juga hadir menyertai sambutan  kehadiran MB.

3. Apa yang ingin saya katakan adalah mengenai kesediaan MB Pahang DSD Adnan Yaakob bagi merakyatkan UMNO itu sendiri. Mengikut rancangan awal, MB menyertai jamuan hariraya bersama rakyat di perkarangan tempat letak kereta Pejabat UMNO Bahagian, dan kemudiannya akan merasmikan mesyuarat sayap-sayap Pemuda dan Wanita Bahagian di dewan UMNO Bahagian. Namun MB dengan beraninya melakukan luar dari kebiasaan dengan merasmikan mesyuarat berkenaan dimajlis hariraya dihadapan rakyat yang bukan hanya dari ahli UMNO, bahkan antaranya terdapat juga dari kalangan penyokong pembangkang tegar.

4. Kerana apa kita mesti takut kepada penyokong pembangkang? Kita harus berani berfikir bahawa UMNO / BN adalah parti besar dan adalah parti dan harapan rakyat. Ketakutan kita kepada pembangkang kononnya mereka itu kuat dan mendapat sokongan padu dari rakyat dan akan mengambil alih kerajaan dalam PRU13 nanti. Semua itu hanyalah provokasi pembangkang semata-mata. Kemenangan mereka dalam PRU lalu hanyalah satu protes, kini rakyat sudah sedar dengan kuasa sedikit yang diberikan kepada mereka telah menunjukkan mereka gagal menunaikan janji mereka sebelum ini.

5. Di Selangor, rakyat Selangor menuntut janji dari manefesto PRU lalu ditunaikan. Mana janji bekalan air percuma? Akhirnya MB Khalid terpaksa akui pembangkang gagal dengan mudah memberi alasan bahawa manefesto hanyalah janji Pilihanraya dan tidak mesti ditunaikan.

6. Apakah harapan kita jika masih menaruh kepercayaan kepada pembangkang? Tidak mungkinkah nasib rakyat Selangor akan jadi seperti nasib rakyat Kelantan yang menhadapi krisis air yang tidak sudah-sudah?

7. Ketika rakyat hadapi masalah kekurangan air, pemimpin mereka 'buang air' sana dan 'buang air' sini. Kahkahkah!

04 September, 2012

HANGAT: ANU ARR BAKAL JADI PM......



1. Anu arr masih bersungguh-sungguh untuk menawan Putrajaya. PRU13 adalah usaha terakhirnya bukan saja untuk berkuasa bahkan yang lebih penting adalah untuk memadam segala sejarah hitam...dan kuningnya...tentang kes liwat, skandal seks dengan pelacur chinadoll...isu aiskrim perisa shamsidar lewinsky, penghitaman wang kertas RM500 dan RM1000 dan banyak lagi.

2. Siapa dapat menafikan bahawa Anu arr tidak melakukan itu semua atau sebahagian darinya? Mengenai kes liwat, para doktor dan mahkamah mengesahkan bahawa ianya berlaku namun beliau dibebaskan hanya kerana teknikal. Jadi hakikatnya Anu arr bersalah walaupun mahkamah tidak menghukum beliau. Ini yang perlu rakyat sedar.

3. Anu arr dengan sumber kewangannya yang banyak dari dana asing mampu mengupah pencacainya menguasai media sosial. Bukan sedikit mereka yang pertahankan Anu arr meskipun sedar bahawa Anu arr sememangnya bersalah, semua dan segalanya adalah kerana wang. Cuba kita perhatikan bagaimana cai-cai pembangkang ini tidak jemu dalam mempertahankan kesalahan 'Anu gerah Tuhan mereka' itu. Lihat saja pada 'Chegubutt', 'Milo Suway', 'Yop Tongkeng Sekah' serta 'Topeng Berak'....

4. Anu arr berjaya membohongi dan mendapat simpati rakyat dengan lakonan-lakonannya. Konon ingin diracun dengan arsenik, cedera separuh mampos semasa rusuhan bersih dan macam-macam lagi. Rakyat perlu bijak dalam mengadili Anu arr yang pakar dengan tipu muslihatnya. Jika tidak masakan Pas yang mati-mati perjuangkan Islam dan hudud rela mati bersama-sama DAP kafir harbi. Lidah Anu arr berjaya mempengaruhi Tok-tok Guru dengan pelbagai janji termasuk kuasa apabila dapat merampas Putrajaya. Sehingga Tok Guru-Tok Guru pun rela gadaikan perjuangan Islam Pas...sehingga Tok Guru juga tidak berani melangkah mayat Karpal Singh untuk laksanakan hudud.

5. Walau apa dan bagaimanapun Anu arr dan pengikutnya lakukan, rakyat hendaklah menyemat didalam hati mereka bahawa Anu arr adalah pembohong...adalah peliwat tegar...adalah insan yang tidak boleh dibiarkan berkuasa kerana akan menghancurkan negara. Janji-janji Anu arr adalah janji palsu belaka..adalah janji Pilihanraya sekadar untuk mendapat undi semata-mata. Sebagaimana kata MB Selangor bahawa janji pakatan hanyalah sekadar manifesto semata-mata dan bukan janji yang mesti ditunaikan.

6. Slogan Tukar atau Ubah yang Pakatan bawa bertujuan ingin mengubah kerajaan yang memerintah membawa risiko yang besar. Memang mereka mampu berjanji tetapi apakah mereka mampu menepatinya? Kita jadikan saja negeri-negeri yang dapat mereka takluki dalam PRU12 lalu sebagai petunjuk, apakah tertunai sudah segala janjinya? Apakah berubah sudah kepada kebaikan yang dijanjikan? Rakyat perlu bimbang bahawa perubahan yang dijanjikan itu cuma perubahan kepada yang baik ataupun sederhana kepada yang lebih buruk. Rakyat perlu bimbang bahawa kita mungkin akan melangkah kebelakang dan menjadi lebih mundur seperti negara-negara dunia ke-3 lainnya. Apabila mereka tidak berjaya melakukan perubahan yang dijanjikan nanti maka sudah tentu mereka akan memberikan pelbagai alasan dengan menyalahkan orang lain diatas kegagalan mereka.

7. Jangan kita pertaruhkan keamanan dan keharmonian serta kejayaan yang kita nikmati sekarang ini untuk satu janji mimpi Anu arr yang palsu dan tidak pasti. Biarkanlah cai-cai Anu arr menyalak dilaman media sosial semahunya kerana kita sedar bahawa semuanya itu hanyalah bunyi dari sebuah tong kosong, yang sedikit namun cuba gambarkan seolah-olah ramai, yang seorang cuba gambarkan sebagai ramai. Benar, memang ada yang menyokong beliau namun mereka semua itu menerima imbuhan yang berbalio bagi mereka.

8. Isu bendera Sang Saka Malaya sengaja dimainkan oleh pembangkang hanya untuk mengalih perhatian rakyat dari beberapa isu besar Anu arr. Bagaimanapun akhirnya rakyat sedar bahawa Anu arr memang berhajat untuk membuang Raja-raja Melayu. Malaysia ingin dijadikan sebuah republik. Dimana kelak negeri untuk bangsa Melayu?

9. Jangan biarkan Anu arr jadi PM...gagalkan  Pakatan dari menawan Putrajaya. Putrajaya adalah hak kita. Kita yang membinanya dan ianya mesti kita pertahankan. Anu arr yang Tun Dr. Mahathir pungut dari longkang mesti kita humbankan kembali ke longkang dimana dia datang.

01 September, 2012

#MERDEKA55


Bebas merosakkan harta awam dan menganggu ketenteramam awam?

Bebas merusuh dan bahkan menyerang pegawai keselamatan?

Kalau Tok Guru kencing berdiri, 'Achi' akan kencingi Tok Guru..

1. Menjelang merdeka, berbagai perkara berlaku akibat dari provokasi pihak pembangkang yang tujuannya hanya untuk meraih undi dalam PRU akan datang. Golongan yang jadi sasaran mereka adalah generasi muda yang semangat berontaknya berkobar-kobar namun masih hijau dalam tipu muslihat politik.

2. Pemimpin-pemimpin pembangkang juga tidak kurangnya dalam mengeluarkan kenyataan termasuk yang sensitif berkaitan hubungan kaum maupun agama. Mereka sudah tidak lagi peduli dan menghormati agama dan adat resam kaum-kaum lain, nampaknya 'politik binatang' sudah tidak dipedulikan dan matlamat menghalalkan cara.

3. Wajarkah dalam kita menyambut #Merdeka55 kemerdekaan itu dicemari dengan tunjuk perasaan? Wajarkah bendera 'Jalur Gemilang' dipermainkan dan ingin diubah sesuka hati? Wajarkah slogan Merdeka Ke2 dibawa seolah-olah kita masih belum merdeka? Yang belum merdeka adalah fikiran puak-puak pembangkang yang sanggup mengadaikan maruah bangsa dan keamanan negara kerana cita-cita politik peribadi mereka sendiri.

4. Seorang sahabat pembaca yang tidak ingin dikenali mengirimkan emel untuk dikongsikan bersama-sama:


PERISTIWA KEMERDEKAAN - HARUS DIMENGERTIKAN UNTUK MENJAMIN KEMAKMURAN NEGARA
Oleh: Olexs

Peristiwa Kemerdekaan Pada Kali ini harus dimengertikan utk menjamin kemakmuran negara.. Mereka2 yang kurang menghayati dan cuba menimbulkan huru hara perlu menghayati beberapa perkara ini sbg teladan masa hadapan..

1. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan contoh terbaik di samping pembebasan Gua Musang oleh Tentera MPAJA pada Perang Dunia Ke 2 yang menegaskan bahawa mereka baru sahaja Merdeka dari Jepun dan menganggap Malaya adalah sebahagian dari Tanah Besar China.

2. Usul Ketua Pembangkang di dalam Sidang Penggal Pertama Parlimen pada Mei 2008 yang mahu perkataan Melayu dibuang dari Perlembagaan Persekututan merupakan usaha terancang dan halus untuk memungkiri Kontrak Sosial dan secara sistematik menghapuskan dan bersifat anti Islam, Melayu & Institusi BeRaja.

3. Tuntutan-tuntutan Su Qiu, Dong Zhong, Hindraf, SUARAM, Bersih dan lain-lain NGO pro pembangkang yang ditaja oleh dana-dana zionis antarabangsa merupakan contoh yang amat jelas untuk merubah struktur sosial dan asas kenegaraan Malaysia secara terancang dan sistematik untuk menuju sebuah kerajaan republik baru di masa hadapan.

4. Sikap hipokrit dan munafik pimpinan PAS yang menyebarluaskan di dalam usrah-usarah di peringkat Institusi Pengajian Tinggi di kalangan mahasiswa bahawa Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan penjajah dan perlu ditentang amat bertentangan dengan Persetujuan Konvesyen Rakyat & Buku Jingga di samping kenyataan-kenyataan pimpinan mereka kepada Rakyat bahawa mereka menjunjung tinggi Perlembagaan Negara.
* Renung-renungkanlah…

5. Siri-siri Demonstrasi Bersih & Hindraf tidak menggambarkan Janji Ditepati sebagaimana yang telah termaktub di dalam 5 Prinsip Rukunegara.

6. Kebiadapan beberapa ahli Parlimen dan pimpinan pakatan pembangakang terhadap Bendera Negara, Institutsi Sultan dan Bangsa Melayu merupakan contoh yang amat biadap dan pada akhirnya dimanifestasikan di dalam Himpunan Janji Bersih Merdeka malam 30 Ogos 2012.







Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...