19 August, 2009

BLOGGER PAHANG BERSEMBUNYI DALAM HUTAN





Terasa syahdu apabila mendengar khabar sahabat-sahabat blogger seluruh negara berkumpul di N 11 - Permatang Pasir bagi membantu calon Barisan Nasional memenangi PRK yang akan diadalah tidak lama lagi.

Mungkin sedikit sumbangan yang diberikan para blogger kepada kemenangan calon-calon dalam setiap PRK yang diadakan selama ini, tetapi yang lebih utama adalah pengiktirafan dari kerajaan sama ada pusat mahu pun negeri sangat membanggakan pada blogger.

Dalam PRK di MU dahulu bahkan di PP akan datang ini, kerajaan Pahang mungkin terlepas pandang dalam menghantar para bloggernya bagi membantu calon yang bertanding, atau kepercayaan kerajaan kepada pengamal media baru dari Pahang sendiri mungkin masih rendah. Mungkin juga kerana tiada bajet untuk itu dan bajet hanya ada untuk lain-lain. Tapi yang pastinya, kita merasa terguris hati dan kecewa.

Selamat jalan para sahabat blogger semua ke PP, kami blogger Pahang hanya akan bersembunyi didalam hutan, walaupun kebanyakan sudah diteroka secara haram.



(Klik - Selamat Datang Semua Ke N-11 - Permatang Pasir)

3 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro,

Tak mengapalah, yang penting kita meneruskan perjuangan bukan kerana nama dan wang ringgit, semua adalah untuk anak cucu cicit akan datang.

Biarlah kita jadi wira tak bernama, untuk agama, bangsa dan negara.....

ISAC said...

Salam Bro BH,

Apa nak buat bro..Pakatan Pembangkang menuduh kita semua "dibayar" tetapi hakikatnya kita ini umpama Penentang Malayan Union yang terpaksa bergolok bergadai demi perjuangan suci untuk mempertabatkan agama, nusa dan bangsa dari cengkaman pengkhianat bangsa yang "berbulu" ulamak.

Cuma sebagai blogger setahun jagung, tidak ke medan tempur bukan bererti kita tidak boleh berjuang!!!!!

Medan perang cyber lebih besar dan ganas...

Selamat berjuang!!!!

Dari blogger sempadan Johor/Pahang.

.@blogger.com said...

Salam Yang Gambi dan ISAC,

Saya hanya ingin merakamkan rasa kecewa. Saya sedang fikirkan apakah saya masih patut: 1. Berblog 2. Menjual laman ini kepada sesiapa yang berminat termasuk pihak yang bukan penyokong kerajaan 3. Berjuang bersama pihak pembangkang atas alasan tertentu. Kita kecewa bila melihat UMNO masih buta.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...