29 September, 2009

SEMBAH DERHAKA: PENDUDUK PEDALAMAN YANG BELUM MERDEKA

mereka namakan ini jalan asas ke ulu tembeling, saya panggil ini jalan mengeluarkan hasil balak di ulu tembeling. nampaknya bertambah kayalah bangsa itu, tetapi akan bertambah miskin dan bangsatlah bangsa kita kelak



Saya anak kampong yang lahir di pedalaman. Sahabat dan saudara-saudara saya masih ada yang tinggal lebih jauh di pedalaman. Dimanakah tempat yang lebih jauh di pedalaman di Pahang? yang dimana Jin masih lagi bertendang? Ulu Tembeling. Perkampongan-perkampongan di sekitar sini menyaksikan masyarakatnya tersisih dari arus pembangunan biar pun negara telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun.

Tahu berapa jauh kampong-kampong di pedalaman ini dari pekan Jerantut? 70KM ke Kuala Tahan, jalan sudah diturap ini kerana hubungan pelancongan ke Taman Negara. Terima kasih kerajaan BN kerana prihatin dan kami penduduk sekitar dapat menumpang pada kepesatan industri pelancongan itu. Tetapi bagaimana utk ke Kg. Bantal, Mat Daling, Sepia, Kuala Sat dan lain-lain lagi yang kira-kira 100KM lagi? Perjalanan dengan bot selama hampir 3 jam merempuh jeram-jeram yang berisiko mengancam nyawa dan terpaksa berhempas pulas menolak bot yang tersangkut sewaktu musim kemarau sangat membebankan. Apa lagi dikala orang (dan bangsa lain) menikmati erti kemerdekaan kami masih di selimuti kesengsaraan.

Sewaktu Datuk Wan Abu Bakar, anak tempatan yang menjawat jawatan menteri kabinet sebagai Timbalan Menteri buruh, timbalan menteri pertahanan dan timbalan menteri kewangan menjadi Ahli Parlimen lagi, pembinaan jalan raya bagi menghubungi Jerantut dengan Ulu Tembeling telah diperjuangkan. Dengar khabar bahawa sejumlah peruntukan telah diluluskan namun MB Pahang ketika itu telah membawa peruntukan berkenaan untuk membina jambatan di Tg. Lumpur, Kuantan. Bertuahlah rakyat Kuantan tetapi bagaimana rakyat di Ulu Tembeling? Kami terinaya lagi!

Sewaktu lawatan Tun Mahathir selaku PM ke Taman Negara dulu, beliau juga menitik beratkan pembangunan kampong tradisional disekitar, disamping memfokuskan kepada industri pelancongan dan kerana itulah Taman Negara ketika ini telah membangun dengan pesat. Beberapa Ahli Parlimen di Jerantut terkemudian juga bercakap tentang pembinaan jalan raya tersebut namun yang tinggal hanyalah janji-janji yang setiap kali dimungkiri.

Kepada PM Malaysia yang kita sayangi, kepada MB Pahang yang kita hormati, kepada Ahli Parlimen dan ADUN yang berkenaan, serta kepada semua pemimpin-pemimpin UMNO dan BN, saya menyambung kata dari rakyat marhaen di sekitar Ulu Tembeling memohon pertimbangan yang sewajarnya agar memberikan kami peluang menikmati erti kemerdekaan sepenuhnya. Hentikanlah memberikan kami janji-janji kosong dan kata-kata rhetorik yang akhirnya hanya akan menyakikan hati kami. Ambillah seberapa banyak balak yang dikehendaki, kami tidak peduli lagi tetapi berikan kami jalan raya untuk mudah anak-anak kami pulang ke kampong halaman.

Ulu Tembeling telah dipetakkan sebagai fruit belt corridor tetapi tanpa jalan raya bagaimanakan hasil akan dipasarkan? Apakah ini satu lagi gula-gula untuk masyarakat Ulu Tembeling? Siapa yang mampu menjawabnya?

Saya hanya ada 3 patah kata terakhir pesanan dari rakyat pedalaman di Ulu Tembeling iaitu: Kami Sudah Bosan!

1 comment:

Anonymous said...

Saya sangat bersetuju dengan tulisan saudara. Memang cerita tentang peruntukan jalan ke kg Bukit Mat Daling telah di perkatakan sejak zaman Tun Mahathir menjadi perdana menteri lagi. tapi kemanakah perginya wang peruntukan tersebut? adakah semuanya masuk kedalam perut para pemimpin UMNO? kalau pun nak makan. mkn lah sikit tapi hak rakyat jangan di abaikan. sekarang rakyat dah meluat dengan pemimpin UMNO apa nak kata?

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...