03 December, 2009

’Ultra Kiasu’ sedang mencorak politik Malaysia ?


China yang datang ke Tanah Melayu sebagai pekerja lombong timah


Sedar atau tidak, kita sedang berdepan dengan masalah yang sulit untuk diatasi jika keadaan bangsa Melayu masih seperti ini. Selepas PRU12 kelihatan satu trend yang memberikan peluang kepada kelompok yang mengamalkan ’ultra kiasu’ apabila bangsa Melayu kelihatan sangat kuat memprotes kerajaan tanpa melihat dan memikirkan kepentingan bangsa lagi. Bangsa Cina yang dipengaruhi ’ultra kiasu’ merasakan mereka berhak menentang kerajaan yang majoritinya dikuasai oleh bangsa Melayu (UMNO) dan dalam masa sama mempengaruhi bangsa Melayu untuk melemahkan kuasa Melayu itu sendiri.

Justru, kita lihat parti yang mewakili bangsa Melayu seperti Pas dan UMNO (kita tidak sebut PKR kerana PKR bukan parti Melayu dan tidak perjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam) tidak lagi boleh duduk bersama kerana api yang mereka bakar sudah berupaya memusnahkan bangsa dan sentiasa ada di tengah-tengah kita untuk tidak membiarkan kita bertaut kembali.

Bangsa itu yang sangat bijak berniaga serta berpolitik menginjak kita sedikit demi sedikit tanpa kita sedari. Lihatlah sekeliling kita sekarang? Apa saja yang mereka tuntut dan apa saja sudah mereka dapati, namun mereka masih sentiasa akan menuntut itu dan ini sehingga kita kehilangan segalanya. Apakah beza antara bangsa itu dengan Israel yang dikelilingi bangsa arab? Mereka yang akan menceroboh 10 langkah namun bila perundingan dilakukaan dan untuk menunjukkan bahawa mereka bangsa yang baik maka mereka akan berundur, namun buka 10 langkah tetapi hanyalah 5 langkah dan mereka masih berada 5 langkah dihadapan kita.

Lihatlah di selatan tanahair, kes Pulau Batu Putih yang akhirnya kita yang sepatutnya berhak hanya mampu berputih mata melihat tanah pusaka kita hilang begitu saja. Apa lagi selepas ini akan berlaku kepada negara kita dan bangsa Melayu sekiranya kita masih tidak mampu bersatu padu?

Sedar atau tidak, setuju atau tidak namun apa yang berlaku adalah ’Ultra Kiasu’ sedang mencorak politik Malaysia. Mereka telah menguasa politik disamping terdahulu menguasi ekonomi terutama di zon ekonomi penting negara, apa yang digelar ’chinese belt’ – di barat bahagian semenanjung dari utara sampai selatan tanahair. Setelah jatuhnya Pulau Pinang ketangan DAP maka mereka hanya menanti untuk mendapatkan Perak dan Selangor saja lagi dalam waktu terdekat.

Apakah kita berkeyakinan bahawa PKR akan menerajui Selangor selama satu atau dua penggal lagi tanpa diganggu atau dituntut oleh bangsa itu? Apakah mereka tidak akan bersatu dalam diam dibelakang kita antara parti-parti bangsa ini? Apakah sebenarnya mereka sanggup bermenteri-besarkan Pas? Kerana itulah tidak lama dulu meraka berura-ura untuk meletakkan calon Melayu dimana-mana kerusi DUN untuk mereka cadangkan sebagai Menteri Besar nanti selaras dengan perlembagaan negeri yang hanya membenarkan bangsa Melayu menjadi menteri besar di Perak. Apakah kita percaya jika mereka ada ADUN dari parti mereka dikalangan bangsa Melayu maka mereka akan masih lagi menghendaki Nizar sebagai Menteri Besara mewakili mereka? Sudah tentu tidak! Sudah tentu mereka akan selesa dengan Melayu yang mewakili mereka yang akan dengan senang mereka perkudakan.

Mereka ini sejak dahulu lagi sedaya upaya dan dengan halus cuba memburuk-burukkan bangsa Melayu, tidak kira dimana sekali pun. Sama ada dalam bidang perniagaan atau sebagainya, merekalah yang berusaha memburukkan imej bangsa Melayu sehingga kita sendiri sudah percaya bahawa memang bangsa Melayu tidak pandai dan tidak berkebolehan dalam apa bidang sekali pun.

Terbaru, mereka memijak-mijak gambar 3 wakil rakyat bebas yang telah meninggalkan pakatan pembangkang. Kerana apa? Kerana mereka ini orang Melayu. (benar ada seorang darinya bangsa cina) Apakah mereka akan lakukan perkara sama jika melibatkan bangsa mereka (sahaja)? Jawapannya tentu tidak! Sudah tentulah mereka akan pertahankannya. Selama ini apakah kita pernah mendengar mereka memburuk-burukkan sesama bangsa mereka?

Mereka telah menghina maruah bangsa kita, dan kita masih boleh senyum dan ketawa. Bahkan mungkin ada bangsa Melayu yang bersama-sama mereka melakukan itu dengan senyum dan ketawa. Dimanakan maruah bangsa Melayu? Kenapakah mereka semakin berani mencabar kita? Kerana mereka melihat kita ditahap yang paling lemah sekali ketika ini. Dibawah PM yang lalu kelemahannya terserlah. Semangat kebangsaannya sangat tipis sehingga bangsa lain boleh mencabarnya bila-bila masa.

Justru, kita mengharapkan kerajaan dibawah kepimpinan baru ini akan bersikap lebih tegas dan berani lagi serta menonjolkan sikap kebangsaan yang kuat. Takutkah kita bila mereka panggil rasis sedangkan mereka dalam senyap bersikap lebih rasis dari kita? Melayu harus bangkit. Melayu harus bangkit sekarang. Melayu harus bangkit sekarang juga sebelum kita terlewat. PRU13 hanya 2 tahun lagi, jangan sampai kita sudah kehilanganya segalanya baru kita ingin memulakan langkah.

Melayu memang bangsa yang lemah, Melayu memang bangsa yang bodoh, Melayu memang bangsa yang sanggup mengadai maruah diri, Melayu sanggup mengadai maruah bangsa sendiri kerana kepentingan peribadi, Melayu itu akan jadi seperti bangsa Palestin yang menumpang di bumi sendiri. Tetapi, Melayu kita bukan itu!

Melayu kita adalah Melayu yang akan bangkit sebagai seekor harimau yang terjaga dari tidurnya. Melayu kita adalah Melayu yang akan berjuang walau seorang diri dan kita sentiasa memegang kata pusaka, ’Biar putih tulang jangan putih mata’. Kita akan melihat perpaduan bangsa Melayu sebenarnya tanpa mengira sama ada mereka dari UMNO atau Pas atau tanpa parti politik sekalipun - Hidup Melayu!

bRAVEhEART - Ultra Malay!


(Klik untuk baca blog Pemuda UMNO Nibong Tebal - Bacalah, mudah-mudahan Melayu tidak Lupa)

15 comments:

Anonymous said...

Salam saudara.Kelemahan Bangsa melayu gk saya lihat terletak kepada para pemimpin pemimpin melayu yg di ketuai UMNO. mereka ini adalah petualang bangsa.Mereka memimpin negara bukan dengan ikhlas hati untuk bangsa tetapi untuk diri mereka sendiri. kerana kerakusan merekalah menyebabkan pengundi melayu beralih arah.jadi jangan salahkan pengundi melayu sahaja. sesngguhnya kesalahan yg amagt besar adalah terletak di tangan pemimpin sendiri. merekalah yg membuatkan pengundi membenci parti UMNO walaupun sesungguhnya parti UMNO tidak bersalah. YG bersalah hanyalah kebanyakkan pemimpin UMNO.kenapa majoriti ahli UMNO masih memilih pemimpin yg tersebut? inilah kesilapannya

Anonymous said...

anon 9.40,
salah. kesalahan terbesar melayu pd kaumnya sendiri. tidak ingatkah Allah pernah berfirman sesungguhnya Dia tidak akan ubah nasib kaum itu melainkan mereka yg mengubahnya? Allah berfirman secara umum tidak dituju pd pemimpin semata. dr mana dtgnya pemimpin? bukankah dr rakyat jg? maka kita boleh jg salahkan rakyat melayu dlm hal ini. betul mmg pemimpin melayu buat salah. tp menukarkan sesuatu yg buruk kpd yg lebih buruk itu lebih keji perbuatannya

jentayu

bRAVEhEART said...

Salam kepada ke2-2 Anon,
Berselisih pendapat tidak akan memusnahkan perpaduan melayu asal kita masih ingat dimana kita harus berdiri dan kemana kita harus melangkah selepas ini. Cuma, jangan kita merasa takut jika kita dianggap sebagai 'ultra Malay' kerana siapa lagi yang akan kita harapkan untuk perjuangkan bangsa kita kala bukan kita sendiri? ~ bRAVEhEART

cucu mamak kutty, said...

KALU UMNO BERJUANG NAK MARTABATKAN BANGSA MELAYU,KENAPA PULAK MASA MERDEKA DULU ORG MELAYU MAJORITI KAT MALAYSIA NI HAMPIR2 84 PERATUS....TAPI SEKARANG HANYA SEKITAR 60 PERTATUS SAJA,KENAPA....ORG MELAYU TAK BERANAK KE???????.,.....ANAK AKU AJE ADA 10 ORG,2 DAH MENJNGGAL ADA 8 ORG.....RAMAI KAN...DAN ORG MELAYU MEMANG RAMAI ANAKKKKK.....TAPIIIII....KNP ORG MELAYU JADI BERTAMBAH KURANG,SAPE KAh yg perintah malaysia selama 52thn.....lu pikir le sendiri

bRAVEhEART said...

Salam,
Hik Hik, cucu mamak kutty, jgn terlalu berperasaan semasa memberikan komen tu. Komen seharusnya membina dan memberi manafaat, buka ikutkan hati dan perasaan marah. Prasangka dan perasaan marah itu sekutu SYAITAN. Hehehe ~ bRAVEhEART

Anonymous said...

Salam anon 9.40.Maksud saya kenapakah kita tidak memilih pemimpin di dalam UMNO yang masih tidak melakukan rasuah?mengapa kita masih memilih yg perasuah memimpin? itu persoalan saya tadi.Adakah majoriti poengundi jugak ikut kena rasuah sehingga masih memilih pemimpin yg rasuah?.Perwakilan UMNO ke bahagian mmglah selalunya menerima rasuh itu dah jadi kenyataan.

Anonymous said...

cucu mamak kutty.macam mana melayu nak bertambah jumlah penduduk? cubalah buat kajian sikit. berapa ramai bayi melayu yg di buang dalam longkang.berapa ramai melayu belia yg memenuhi pusat penagih dadah? manalah nak bertambah jumpah melayu. dah kalau ramai pun melayu mcm yg disebut di atas pun tak guna jgk kerana minded mereka mcm cucu mamak kutty jgk.

cucu mamak kutty, said...

hai kawan ku brveheart,aku tak berprasangka,aku tanya kau kenapa org melayu jadi makin kurang majoriti nya kat malaysia,kan ke umno tu asal nya di tubuhkan nak memperjuangkan bangsa melayu....sepatutnya dgn perjuangan umno yg nak memertabatkan melayu bertambah ramai akan tetapi kernapa menjadi sebaliknya,kau tak jawab pun persoalan aku tapi kau kata aku berprasangka pulak,ini kan kenyataan,aku tunggu jawaban dari kau ok ...

Jeepers Creepers said...

Menyeru kepada seluruh orang melayu islam di negara ini untuk mendoakan kesejahteraan kepada Dato Seri Najib Tun Razak dan keluarga beliau berserta seluruh rakyat Malaysia. Doakan semoga Allah s.w.t melindungi dan merahmati kita semua.

Tidak lupa juga doakan supaya Nik Aziz dan seluruh orang melayu islam di dalam Pakatan Rakyat mendapat hidayah dan dan keampunan dari Allah s.w.t

bRAVEhEART said...

Salam cucu mamak kutty,
Bila masa saya kata awak berprasangka? saya kata jangan berperasaan, lain maksud antara dua perkataan ini. Hahaha, kalau kita dah terlalu tenggelam dalam perasaan, bayang2 pun disangka hantu. Yang lain2 tu saya rasa Anon 7:00 dan YB Raz dah tolong jawabkan. Hehehe ~ bRAVEhEART - huhu

BERANI IMAN said...

salam..

Ulasan daripada fahaman hamba berdasarkan fahaman tuan hamaba :

1. Selagi tidak memperbetulkan perjuangan berlandaskan bangsa seperti umno, rasa prasangka, bimbang kepada bangsa - bangsa lain tidak akan luput didalam jiwa orang melayu, begitu juga bangsa bukan melayu. sabda nabi :

Maksudnya: Bukan daripada ajaran Islam, mereka yang mengajak kepada perkauman dan berperang mempertahankan perkauman. Bukan daripada Islam mereka yang mati di atas perkauman. (Sunan Abi Daud)

Hasil dari perjuangan seperti inilah wujudnya perasaan prasangka dan curiga yang amat tebal didalam jiwa seperti sehingga akan terungkaplah kata -kata seperti ini :

(Mereka ini sejak dahulu lagi sedaya upaya dan dengan halus cuba memburuk-burukkan bangsa Melayu, tidak kira dimana sekali pun.)

Percayalah samada sedar atau tidak umnolah diantara parti yang banyak menwujudkian isu perkauman.Ini kerana perjuangan mereka berlandaskan kaum semata - mata. Namun kesalahan ini sentisa dilontarkan kepada pihak pembangkang. matlamat songsang telah wujud dalam umno dimana PM menteri melaungkan 1 Malaysia tetapi pengikutnya masih lagi menebal jiwa perkauman.

Bila bangsa lain memijak gambar melayu kita cukup marah kerana kita rasa yang dipijak ialah gambar bangsa kita tetapi kita kadang - kadang lupa kita juga menuduh mereka berfahaman komunis, mempersendakan agama dan sebagainya. Mereka juga ada perasaan seperti kita. Adakah kamu pernah terfikir mereka suka kepada komunis atau tidak. Dizaman komunis kehidupan mereka pun terseksa macam kita selain daripada kaum mereka yang menjadi tali barut komunis, bangsa kita ada yang terlibat.
Inilah kalau perjuangan berlandaskan perkauman, kesanya kita kan melihat kita yang terbaik dan bangsa lain adalah kurang baik seperti kita.
Israel begitu menebal perjuangan untuk bangsa mereka dan memandang hina kepada kaum lain. Ini ialah kerana Israel berjuang berlandaskan kaum.

Kes P. Batu Putih bukan kesalahan siapa - siapa . Ini adalah kelemahan kerajaan yang ada sekarang.Tidak ada alasan lain yang boleh diguna pakai, kalau ada pun ianya adalah semata - mata untuk menutup kelemahan.

Yakinlah Perjuangan bangsa tidak akan membawa kemana- mana. kembalilah kepada perjuangan tulin yang diajar oleh Rasullah iaitu perjuangan berlandas islam. Perjuangan inilah perjuangan abadi dan hakiki.

wAALLHUALAM...

cucu mamak kutty, said...

bayi2 di buang ke longkang,anak muda melayu jadi penagih dadah,ramai yg jadi bohsia,bohjan,lepak2 tak tentu,keruntuhan moral hasil dari sistem pendidikan yg menolak sistem pendidikan islam,maka anak2 melayu ini di berikan sistem pendidikan sekular,maka anak2 muda ini mudah terjebak dgn keruntuhan moral,dimana judi,arak,tempat2 maksiat tumbuh mcm cendawan,kerajaan umno bn membiarkan dan memberi lesen2 judi,disko2 dan pusat2 hiburan dgn banyaknya....jadi umno yg kau sokong tu lah penyebab semua itu berlaku,minded mamak kutty tak mcm minded kau org yg sokong umno,walau pun kau sedar sesungguhnya umno lah penyebab bangsa melayu akan terus hancur,

get in da groove said...

Fokus melayu dalam UMNO PAS or PKR patut menuju nk tngkatkan ekonomi melayu, piihanraya pun dh lepas nk kutuk2 sesama sndiri lagi 4 tahun laa. Sekarang bngsa lain pegang ekuiti kekayaan sampai 80% UMNO perintah lagi 100tahun klau melayu miskin tetap boneka cina jugakk

amro said...

Kalau mcm ni gayanya..sume duk saling menyalahkan antara satu sama lain..tunggulah..tgklah apa jd pada melayu islam di malaysia..x mustahil jd spt red indian..skrg joseph lim guan eng (dap) berani mintak kalimah Allah digunapakai dlm kristian..lepas ni aku x taula..bila depa dah makin berani..kita melayu islam..tgk jela..lepas tgk kita gaduh plak sama2..mmg dah sifat semulajadi kaum melayu..

amro said...

Tau x apa masalah dgn melayu yg sokog pembangkang? Mereka taksub..dan mereka suka menyalahkan org..walau apa pon..lawan mereka mmg salah..kalau kau x sokong pendapat mereka..maka kau pon salah..apa yg pemimpin mereka aka anwar ibrahim ckp..itulah plg penting untk dipegang..minda kritis mereka tdk mampu bfungsi dgn baik bila mdengar pemimpin mereka bckp..ultra kiasu beruntung kerana ada melayu spt mereka..

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...