09 January, 2010

SERANGAN DI GEREJA

Gambar hiasan - gereja terbakar


Apabila berlaku perbuatan tidak bertanggung-jawab membakar gereja di negara kita, maka kita sedar bahawa ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Negara kita aman damai sebelum ini. Itu membuatkan kita tertanya-tanya pada diri sendiri;

1. Angkara siapakah ini?
2. Kenapa ini berlaku?
3. Siapa kah yang akan mendapat faedah dari kejadian ini kelak, jika ianya dirancang rapi?
4.Mungkinkah ini perbuatan jahat pihak tertentu yang membuat provokasi ala Yahudi - membaling batu sembunyi tangan?
5.Tidak mustahil pengikut parti yang fanatik kepada perjuangan Islam mengambil kesempatan pada demo aman yang dilakukan oleh ngo, melakukan ini dan berpeluang menuduh ngo melakukannya. Sambil itu mereka kaitkan dengan perbuatan penyokong Umno sebagaimana menuduh demo juga didalangi oleh Umno.
6.Pilihanraya di Serawak hampir tiba, tidakkah ini boleh juga dikaitkan dengan mencari pengaruh pada pilihanraya itu nanti?
7. Yang nyata, ini adalah perbuatan jahat yang sangat ebrbahaya kepada kesetabilan politik dan akan mengugat kestabilan ekonomi negara juga.
8. BH mengutuk sekeras-kerasnya tindakan jahanam ini.


~bh/

5 comments:

YANG GAMBI said...

Salam BH,kawan menyokong penuh dengan kenyataan Dato' Sri Najib Perdana Menteri Malaysia yang mengutuk keras perbuatan manusia-manusia durjana yang ingin melihat Malaysia tidak tenteram.....

Tuan tidak rasa takutkah blog tuan di blacklist kerana artikel seperti ini ? kena main lawa bro.... jangan sembarangan nanti tak dapat bayaran....

Jeepers Creepers said...

pembakaran gereja, aku tak nak tuduh sesiapa. tapi kalau orang yang mula mula bangkitkan isu ni, aku seratus peratus cakap ini kerja Anwar Ibrahim.

Sebab dialah, herald berani membuat tuntutan mahkamah. sebab dialah, semua benda ini terjadi. Khalid samad tu cuma tukang sorak. yang jadi master mind ialah Anwar Ibrahim.

Jumayatara said...

YB Raz aku setuju

Aku juga tak nak tuduh sesiapa, tapi kalau orang yang menghasut isu ni, aku seratus peratus cakap ini keja UMNgok...

Arif Omar said...

membakar gereja akan lebih memusnahkan islam. mungkin pihak lain kot yang bakar bagi merosakkan islam. mu gkin. semuga dijauhi perkara ini semua.

bRAVEhEART said...

Salam sahabat semua,
Saya setuju dengan pendapat YB Raz, kerana dalam keadaan akan menghadapi Pilihan Raya di Sarawak, isu ini jika dimainkkan oleh pihak berkenaan akan mampu membantu mereka meraih undi mereka berugama kristian. Bagaimanapun, jika pun benar, Anwar hanya pelaku kecil dalam menim buylkan ketegangan agama di Malaysia kerana saya percaya ada tangan-tangan lain di peringkat antarabangsa yang mengambil kesempatan diatas demo yang dilakukan oleh orang-orang Islam di negara kita. Malaysia sebagai rule model kepada negara Islam membangun harus dimusnahkan imej Islamnya supaya negara lain didunia akan memandang bahawa Islam secara keseluruhannya bukanlah agama yang pengikutnya mempunyai moral yang baik.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...