09 August, 2010

BLOGGER KERAJAAN PAHANG YANG DI'BRRUPPP'KAN

Posting hangat tengahari: MB baru Pahang dari Jerantut


Gambar hiasan: 
Kita makan dulu bro, tulis blog kemudian kira, kita 'brrupp' sikit saja , blogger itu dapat 30K






1. Berkaitan isu yang saya tulis baru-baru ini, seorang sahabat blogger menghubungi saya dan memberikan maklumat mengenai seorang blogger Kerajaan Negeri Pahang yang diberitakan sudah di 'brruppp'kan.


Dikhabarkan blogger ini telah menerima wang pengeras sebanyak RM30K dari pihak berkenaan. Diberitakan juga bahawa blogger ini telah menulis sesuatu isu yang berkaitan dengan orang 'itu' lalu bagi menutup segala kebenaran yang membuka pekong didada maka orang 'itu' telah mem'brruppp'kan blogger berkenaan.


Saya memang telah terbaca posting berkenaan dan ketika saya semak diblog berkenaan dan mendapati sememangnya posting itu sudah dipadamkan, mungkin sebaik sahaja menerima 'pengeras' dari orang 'itu'




2. UMB Pahang dibawah Dato' Sam patut adakan banyak lagi kursus penulisan blog supaya akan ada blogger lain yang akan menggantikan blogger itu. Selain itu boleh juga 'mencairkan' peruntukan mengadakan kursus bagi kepentingan kroni.Pencapaian pada kursus itu tidak penting sangat, yang penting banyakkan mengadakan kursus. Bab peruntukan jangan bimbang kerana UMB UMNO masih banyak peruntukkannya, lagipun semua UMB negeri-negeri masih dalam keadaan membuta.


Saya melihat bahawa menjelang PRU13 nanti, Pahang akan menerima impak besar dari peperangan media sosial dan jika nak diharapkan blog 'Small Tak' sahaja adalah mustahil akan mampu membantu mempertahankan kerusi MB untuk terus diduduki oleh Dato' Sri Adnan melainkanlah memang ada operasi gunting dalam lipatan. Mana 'Cyber Trooper' yang dibina dulu? Kalau setakat seorang blogger itu, bukanlah trop namanya.




3. Blog Suara Prihatin UMNO Jerantut sudahpun mencalonkan anak tempatan untuk menggantikan MB menjelang PRU13 kelak. (Klik Sini)


4.  Bunyi 'brruppp' itu tak jauh dari Kuantan rupanya...hehehe. Sekarang saya semakin faham bahawa segalanya tersembunyi didalam file bernama konspirasi. Kita akan bongkar lagi nanti.

3 comments:

McTheory said...

salam bro,

minta link kan blog bro ke blog Mc. Supaya dapat kita bertukar idea dari satu sama lain dalam perjuangan kita yang satu.

Anonymous said...

Salam.Koi ingat blog ni lebih telur Rupanya tak juga.ramai juga bloggers yang ditaja.Kalau dah ditaja surelah tulisannya tak akan nutral.Memanglah melayu makin bangsat sekarang

SPU said...

Salam Anon,
Memang betul begitu, mungkin ada blog yg telus tetapi ada yg tidak, ada yg mulanya telus tetapi sete;ah di'brrupp' kan dia tidak lagi telus. Blog bh telus dan tidak berminat untuk 'brrupp' sambil menyandar di tiang seri rumah dan menyedut rokok daun..hehe

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...