05 August, 2010

BLOGGER UPAHAN DAN MATA DUITAN?





Berikutan posting mengenai 'Blogger Ular Sawa' semalam' saya menerima beberapa email dan panggilan telefon dari para sahabat. Sepertia biasa dan sepatutnya didalam dunia realiti - ada yang menyokong dan ada yang membantah, ada yang menentang dan ada yang pertahankan - segalanya dengan alasan atas kepentingan masing-masing serta kumpulannya.




Posting saya itu diulas semula oleh blog The Unspinners pada jam 8.29PM dan House PK pada pagi ini. Dari komen-komen yang diterima nyatalah bahawa selama ini ada dendam yang tersimpan dalam hati para blogger yang tak terluahkan dan kesempatan ini diambil mereka untuk menyatakan apa yang bermain dalam hati mereka selama ini.




Saya tidak cenderung kepada mana-mana pihak tetapi saya dapat pastikan bahawa segala yang dinyatakan ada kebenarannya;


1. Peruntukan untuk blogger sebanyak RM15,000 bagi kempen di Hulu Selangor itu benar.
2. Peruntukan sebanyak RM80,000 bagi kempen di Sibu itu juga benar
3. Di Hulu Selangor para blogger yang berjuang disana tidak mendapat habuan yang diperuntukan bagi mereka juga benar.
4. Di Sibu, peruntukan sebantak RM80,000 yang tidak termasuk tambang kapal terbang namun blogger berkenaan hanya menerima imbuhan sebanyak RM100 seorang juga benar.
5. Di Hulu Selangor ada 'Ular Sawa' yang menelan peruntukan itu pasti benar
6. Di Sibu ada 'Naga' yang telah menelan peruntukan itu juga nyata benar.




Dari maklumat melalui telefon dan email yang saya terima, saya menyedari ada sesuatu yang sedang berlaku dikalangan blogger ini (Blogger Pro BN):


1. Rakan blogger telah terpecah kepada beberapa kumpulan dengan kepentingan mereka yang tersendiri.
2. Segalanya adalah berkaitan dengan wang dan peruntukan
3. Ada blogger tertentu yang memang dibayar untuk menulis dengan 'dipayungi' oleh seseorang yang berkepentingan tertentu
4. Blogger berkenaan disamping menulis dengan 'interest' tertentu juga akan mempengaruhi blogger lain menyertai mereka bagi mempamirkan kekuatan mereka sebagai kuasa 'jual-beli'
5. Ada blogger yang memang kerjanya menulis untuk wang - memuji tokoh tertentu apabila menerima upah dan 'melanyak' mereka jika sudah tidak diberikan habuan lagi.
6. Kes peruntukan RM15,000 di Hulu Selangor ini juga dikatakan 'konspirasi' bagi memburukkan blogger Sanggah Tok Janggut oleh pihak tertentu sedangkan individu yang sebenarnya dsyakki melakukan 'songlap' itu adalah blogger Sang Kelembai - demikian menurut satu sumber.
(Apa yang saya tulis ini adalah berdasarkan kepada komen-komen yang diterima dari pembaca sama ada diblog bh atau pun blog The Unspinners)




Saya tidak memihak kepada mana-mana kumpulan berkenaan, dan saya rasa ada kewajarannya untuk membentuk sebuah kumpulan ketiga yang tidak cenderung kepada kedua-dua kumpulan berkenaan. Saya percaya blogger BumiYang, Sri Tri Buana, YangGambi dan ramai lagi akan menyertai perjuangan ini. Mari kita mulakan sebelum terlambat.




Siapa sebenarnya blogger yang berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara? 







14 comments:

Jeepers Creepers said...

saya ikut sesiapa saja yang ikhlas berjuang.

azlishukri said...

sokong....satu group yang bebas...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Saudara Brave Heart@ Beranikan Hati,
Jom ikut WZWH, blogging untuk perjuangan agama, bangsa dan tanah air. WZWH buat kerja aje, kalau orang politik nak bagi RM atau Raja nak bagi bintang SMP, itu kira rezekilah, minta tak, bagi ambik. Jangan bimbang, DS Najib sudah maklum hal-hal blogger nih..Ayoh kita teruskan perjuangan kita. pada WZWH ketiga-tiga group blogger itu penting belaka. Yang penting matlamat kita sama.

Nasionalis1982 said...

aku blogger bebas..tapi tetap bersama anda dalam saf perjuangan yang sama. tq

Nasionalis1982

hilbert said...

aku juga sokong mana yang ikhlas berjuang...

syabas bro, kerna giat membongkar perkara yg tidak sepatutnya berlaku,,nama saja pro-BN tapi golongan ini tidak mencerminkan kehendak BN sebenarnya...

bRAVEhEART said...

Salam YB Raz, kita sudah saling bersefahaman sejak lama dulu dan dari satu negeri. Muhammad Azli Shukri dan Nasionalis 1982,kita bersahabat dan kita boleh tentukan arah yang bakal kita tuju kelak. Hilbert, sahabat dari Bumi Kenyalang - kita akan sama berjuang. Masih menunggu sahutan dari saudara dari Muar BumiYang.....hehe..saya akan hubungi YB Raz dalam waktu terdekat

Anonymous said...

Salam Tuan blog..

Terima kasih diatas pembongkaran ini. Saya juga adalah diantara blogger yang berjuang di H.Selangor tempohari. Terpaksa mangambil cuti selama seminggu semata-mata hendak membantu jentera BN. Terpaksa berulangalik dari Klang ke H.Selangor setiap hari dan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk duit minyak dan makan. Tapi tak kisahlah kerana ikhlas nak membantu.

Setiap hari berada di Common Centre untuk menulis berita sehingga lah malam terakhir menyambut kemenangan wakil BN. Gembira kerana segala usaha yang telah dilakukan berbaloi. Dan yang agak terkilan selepas kemenangan tersebut seperti apa yang tuan blog katakan, blogger jalanan seperti kami ni terpinggir. Langsung tidak dihiraukan oleh sesiapa pun.

Bukanlah nak mengungkit atau nakkan balasan kerana berjuang secara ikhlas tanpa mengharapkan sesuatu. Apa salahnya pihak BN mengadakan sedikit jamuan makan malam bagi menghargai sedikit pengorbanan blogger jalanan seperti saya dan rakan-rakan yang lain. Sekurang-kurangnya pihak BN dapat juga berkenalan antara satu sama lain dengan blogger2 jalanan ini dan blogger2 merasa mereka dihargai. Itu saja?

Tentang peruntukan tu tak apalah. Memang tak mengharapkan kerana keikhlasan berjuang tanpa mengharapkan balasan. Siapa yang makan cili, merekalah merasa pedas. Allah swt maha mengetahui. Wallahuallam.

Salam perjuangan

sri tribuana said...

Salam abg Braveheart,

Saya sokong kita bukan blogger menulis kerana imbuhan.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Braveheart,
Kenapa saudara tak keluarkan komen WZWH.
Jika duit jadi isu.WZWH boleh cari fund. No problem.Itu small mattter. Discrimination and bias with your countryman reflect your inferior thinking.

cucu mamak kutty said...

betul2 punya sengkek bloger2 pecacai umno ni....

che wan said...

Salam Tuan Braveheart.

Semua perkara sebeginilah yang membuatkan saya menutup blog dan berhenti menulis didalam pusakaayahnda.blogspot.com yang telah bertahun2 sy usahakan.

Sy amat terkilan kerana ramai pihak sebenarnya yang menggunakan nama bloggers untuk mereka mengambil kesempatan mengaut keuntungan.

Kerja mereka amat mudah, hulur senarai blog yang kononnya dibawah "kawalan" mereka kepada pak menteri, dan duit akan turun masuk ke poket mereka tanpa sampai kepada bloggers.

Malah, ada yang berani mengaku kawan baik bloggers semata2 mahukan dana dari menteri, tetapi haram tak kenalpun sebenarnya kita. Dan perkara ini telah bermula dari selepas PRU12 lagi.

Inilah yang terjadi didalam dunia perang maya kini. Sebab itulah sy mengundurkan diri kerana tak mahu menguntungkan 5-6 orang individu yg dah lama buat kerja sebegini.

Jangan tak percaya bila sy katakan, ada sahabat2 bloggers yg memohon bantuan peralatan untuk membantu UMNO bahagian kepada YB2 dan juga perhubungan negeri..., tetapi jawapan yg diterima ialah, peruntukan untuk bloggers sudah diberi dan tak perlu minta 2 kali.

Hahahaha...., rupanya ada JIN mata tonceng yang sedang berkeliaran dikalangan bloggers sambil menyonglap apa yang ada.

Itu belum dicampur lagi dgn kegiatan agensi kerajaan yg mewujudkan bloggers mereka sendiri tetapi kerjanya hanya copy&paste hasil bloggers lain yg ada. Hujung bulan, dengan senang hati mereka tunjukkan KPI mereka untuk menerima bayaran gaji yg lumayan.

Jadi, sy mengambil tindakan menutup blog utk mengelakkan hasil titik peluh sy disonglap oleh Jin celaka ini semua.

Namun itu tindakan sy, sy tak pasti tuan2 semua berani berbuat seperti sy. Bg sy, selagi blog kita ada/wujud, selagi itulah mereka2 ini akan mengambil kesempatan keatas kita. Kita menulis bukan kerana nama, pangkat dan kuasa. Jadi tiada masalah jika buat blog baru untuk menyumbangkan sedikit jasa kepada kerajaan.

Biarlah blog baru itu kurang dikenali tetapi jika penulisan kita baik dan berkualiti, pastinya ia tetap akan sampai juga kepada pembaca yg kita sasarkan.

Ini hanya pendapat sy saja. Maaflah kerana komen agak panjang. Tetapi, fikir2kanlah....


Salam to all....

bRAVEhEART said...

Salam, semua ini suara yg ingin mencari kebenaran. Saya akan terus mencungkin perkara ini dan mohon kerjasama semua pihak.

Saya terima beberapa komen dan tidak saya siarkan kerana 1) Itu komen bodoh dan memperbodohkan dari CMK yg memang sial serta haramjadah 2) Dri orang sekampong,tetapi nampak ego serta meningg8i diri. Disini bukan ruang mencari publisiti dan membangga diri dan saya juga tidak suka perangai demikian, maaf.

Generasi Pejuang Bangsa said...

sy setuju dgn pandangan blogger pusaka ayahanda ( che wan ) ..

itu lah realiti sebenar yg berlaku dlm dunia blogger Pro BN ..

orang yg dok buat kerja jahat ini yg menganiaya blogger perlu kita dedahkan supaya pemimpin2 UMNO di atas sana tahu ..

PAPA GOMO said...

salam bro. mantap dan ikhlas.. wa cayo lu. apa yang pasti ada sekumpulan yang menguasai Blogger. hebat depa ni...semua di kawal....

tapi sekarang dah nak nazak, hampir mati pasal tuannya dah kena keluar. dulu berlagak konon kerja di pejabat PM...he he he....

aku memang tak suka mereka ni kerana mereka ni lah yang menjadikan Blogger lain kecewa dan ikut kumpulan depa yang kaki POW.

salam perjuangan

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...