Berikut adalah sebahagian dari komen yang saya pilih untuk disiarkan sebagai posting kali ini.
Saya sedar posting begini tidak akan menambah jumlah pembaca kerana mereka tidak berminat untuk mebaca hal yang remeh temeh begini, namun saya lakukan ini dengan penuh tanggumgjawab. Supaya pihak yang berkenaan dapat membaca dan menyedarinya. Supaya pihak lain juga akan tahu dan dapat membuat pertimbangan siapa benar dan siapa salahnya.
Saya masih berpendapat bahawa jika orang yang bekenaan masih memimpin UMB Pahang, saya pasti madia sosial Pahang tidak akan kemana dan ;pihak pembangkang akan mengambil kesempatan dari kelemahan ini untuk kemenangan mereka dalam propaganda dalam PRU13 nanti.
Terima kasih kepada semua yang ikhlas memberikan komen mereka;
belajarlah dari pengalaman dulu. umno selangor, umno penang, umno kedah semuanya berpecah sampai ada yang tolong kempen poster dan video puak2 haram jadah pembangkang. skrg apa dah jadi? negeri tergadai kat cina lg! tolonglah stop
Memang benar kalah pecah akan jatuh kpd pembangkang tapi sapa yg wujudkan perpecahan? Mengapa juak2 MB pilih bulu dlm soal blogger menyokong kerajaan?
Musa Kumil
Blogger generasi pertama Pahang tentu lebih faham mengenai segala yang berlaku. Kami masih berharap agar pihak UMNO Pahang mengambil tindakan yang bijak dan menyelesaikan kekusutan ini dengan segera kerana jika tidak ianya akan merugikan UMNO Pahang sendiri. Saya rasa bh tentu akan ingin bertolak ansur sekiranya penyelesaian ingin dicari dan sebagai seorang dari blogger generasi pertama Pahang saya juga rasa disisihkan selama ini dan saya rasa ramai lagi pihak yang merasakan demikian, seseorang harus berani bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan.
Saya pernah menegur bahawa UMB Pahang dibawat Dato' Sam hanya memberi tumpuan kepada facebook semata-mata dan leka dengan rakan2 muda remaja dengan isu-isu yang menyukakan hati mereka sendiri saja. Saya melihat bahawa demi kemajuan UMB Pahang sesuatu harus dilakukan dan seseorang harus mengundurkan diri bila sudah tidak mampu berperanan dengan baik lagi.
Saya teringat sewaktu menjadi peserta Konvokesyen UMNO Pahang di UITM Jengka yang lalu, kebetulan saya dipilih menjadi peserta dalam bengkel Unit Media baru.... disitulah saya lihat ada pihak yang berkepentingan untuk mengaburi mata MB Pahang serta Kepimpinan lain... dari tinjauan saya dalam dunia blog pro UMNO di Pahang, terlalu banyak blogger-blogger yang menulis secara ikhlas dan banyak yang terkenal, seperti tuan BH berserta sahabat2 blogger yanggambi, warispahang, YB Raz dan lain-lain yang menulis tanpa berhenti. Tetapi apa yang berlaku, penganjur bengkel lebih mengenengahkan blog Dtk Sam dan Dtk Shaharniza, walau ada dikalangan peserta bengkel menyebut2 nama blogger ini untuk dipaparkan..apa yang saya tahu dua orang ini sudah lama tidak menulis blog, kalau ada pun sekadar mempromot diri sendiri...
Inilah UMNO Pahang, sentiasa mencemburui akan kelbihan serta keikhlsan perjuangan orang lain...UMB yang diterajui Dtk Sam melalui FB,
Saya ada juga meniliti beberapa penulis blog yang dilahirkan oleh JASA Pahang, banyak saya lihat mereka menulis utk menangkis segala kemungkaran pembangkang, tapi langsung tiada keperhatinan UMNO pada mereka, malah saya pernah jumpa UMB Pemuda UMNO dalam FB menghentam, mengkritik JASA secara terbuka, sedangkan kita tahu dikalangan JASA boleh dikatakan 100% pegawainya lahir dari perut UMNO.....
Kalau inilah sikap kepimpinan UMB Pahang dibawah bosnya Dtk Sam, saya yakin Kepimpinan UMNO Pahang akan sentiasa dikaburi mata dengan kepincangan mereka.....
Saya pada mula tertarik dengan paparan-paparan blogger-blogger Pahang, tetapi mulai hari ini saya namapk ianya lebih kepada syok sendiri mengikut acuan Dtk Sam...tak salah kalau saya katakan kejatuhan Datuk Seri Adnan selaku Menteri Besar Pahang kerana sikap Datuk Sam selaku Setiausaha Politiknya..... Datuk Shakar juga syok sendiri dengan
Tuan telah menyatakan kebenarannya. Apakah ada sesiapa fikir bahawa saya sengaja ingin memburukkan dan meruntuhkan UMNO? Tetapi dalam masa sama pemimpin itu yang memimpin UMNO maka mereka patut diperbetulkan dengan apa cara sekalipun. Tahukah bahawa saya telah datang pada hari konvensyen bersama Parpukari dan Samsul @ Marahku bagi mencari perdamaian tetapi pihak satu lagi menolak dan melarikan diri. Dia sememangnya seorang pengecut, dan setelah itu saya sedar bahawa sememangnya UMB Pahang sudah tidak ingin memperbaiki keadaan ini dan akan terus menyalahkan saya. Tetapi saya akan tetap bersuara walau sebagai pembangkang sekalipun. Saya tidak akan berketuakan sipengecut sampai bila-bila pun dan saya akan terus menulis mengenai ini sehingga ianya berakhir. Blogger Megat Pisau juga telah menceritakan kepada saya apa sebenarnya yang berlaku didalam kursus blog yang UMB Pahang anjurkan dulu. Sebenarnya saya terhimpin diantara 2 kumpulan yang ingin berkuasa. Mungkin saya dianggap sebagai pro kepada satu kumpulan itu maka kumpulan yang satu lagi terus menyisihkan saya. Inilah buruknya politik dalam UMNO di Pahang. Suka atau tidak saya akan tetap bersuara dan terus menulis mengenainya dan mereka itu. Cuma saya harap mereka diluar