06 February, 2011

INILAH PARTI PAS SEBENARNYA.....




Dalam kepayahan, Kerajaan berusaha menyelamatkan pelajar-pelajar dan semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir, namun di sini Pas mencanangkan bahawa Kerajaan tidak melakukan apa-apa. Mereka hanya ingin mengambil kesempatan dari sebarang apa keadaan yang berlaku tanpa mengira sensiviti orang lain.

Inilah parti Pas yang 'kununnya' memperjuangkan Islam namun sentiasa bersikap seperti yahudi kepada orang lain. Kita tidak hairan dengan sikap begini kerana pemimpin mereka sendiri pernah berkata bahawa sanggup bekerjasama dengan syaitan sekalipun bagi mencapai cira-cita mereka.

Berikut adalah CnP dari sebuah laman blog yang saya salinkan sepenuhnya untuk kemudahan memahampinya. Sumber dari blog 'Mesin Taip Buruk'



Pas akan guna apa cara untuk mempolitikkan usaha kerajaan membawa balik semua pelajar Malaysia di Mesir yang kini sedang bergolak, ke tanah air. Macam-macam cerita dicanang untuk merendah-rendahkan usaha kerajaan termasuk dakwa kerajaan lambat bertindak, kerajaan pilih bulu selamatkan pelajar, kerajaan tetap kenakan bayaran tambang dan macam-macam lagi.

Kenapa agaknya Pas terus mempolitikkan usaha menyelamatkan pelajar-pelajar di Mesir ini? Sebabnya Pas takut pelajar-pelajar terbabit yang terhutang budi kepada kerajaan (walaupun tak diminta) kerana menyelamatkan mereka walaupun sebelum ini mereka lantang menghentam, memaki-hamun, mengkafir dan memfitnah kerajaan. Lalu kerana tersentuh hati atas pekerti kerajaan dan pemimpin UMNO khususnya Najib Tun Razak, maka mereka beramai-ramai pakat berpaling tadah menyokong UMNO.

Tambahan pula mereka merasakan parti dan pemimpin yang mereka sanjung dan julang tidak berbuat apa-apa untuk menyelamatkan mereka. Malah tak ada pun nak buat sembahyang hajat beramai-ramai seperti mana mereka lakukan ketika pelantikan SUK Selangor dan lain-lain isu. Tiada...

Menyedari kemungkinan itu berlaku, lalu Pas mengasak kerajaan dengan mempolitik apa sahaja usaha yang dilakukan oleh kerajaan dengan harapan agar jiwa para pelajar terbabit kembali ke pangkuan Pas. Maklum sudah sedia maklum sebahagian besar pelajar Malaysia di Mesir terutama mereka yang belajar dalam aliran agama, adalah penyokong tegar Pas atau setidak-tidaknya mak bapak mereka pejuang Pas tegar.

Jadi, apabila para pelajar ini berpaling tadah kepada UMNO, maka Pas akan kehilangan undi dari kalangan pelajar dari Mesir dan mereka juga kehilangan bakal-bakal pemimpin yang selama ini pelajar di Mesir merupakan kilang utama melahirkan pemimpin mereka.

Tiadakah fatwa dari Tok Guru mereka untuk menyatakan HARAM bagi para pelajar terbabit menerima bantuan kerajaan yang kafir, jahiliah dan zalim? Dah tentu tak ada...!!

PARA PELAJAR KITA DI MESIR...







Wajah-wajah sayu, hiba, lapar, letih, takut, bimbang... semua ada dalam benak fikiran para pelajar ini. Dalam keadaan sedemikian sudah pasti mereka mengharapkan kehadiran mak ayah mereka di sisi. Atau paling tidak mereka berbuat sesuatu untuk menyelamatkan mereka di bumi yang bergolak ini. Mana mak... mana ayah...??

MAK BAPAK MEREKA KAT MALAYSIA...







Langsung tak membantu! Mereka lebih pentingkan nasib rakyat Mesir daripada nasib anak-anak mereka sendiri. Bagi mak bapak dan pemimpin mereka, usaha menyelamatkan rakyat Mesir lebih penting daripada menyelamatkan anak-anak sendiri yang kini hidup dalam ketakutan di Mesir.

* Foto-foto dari Medan Info Kita dan Rajahmas. Terima kasih!

2 comments:

Anonymous said...

Dear Braveheart..sebenarnya kalau nak ikut rasa hati ku yang geram dgn budak2 anak HamPAS di mesir ini ( lebeh 80% merupakan penyokong HamPAS!!) tak usah berhabi beras negara ..biarkan mereka disana baru mereka tahu menilai keselamatan dan keamanan yg terdapat diTanah air Malaysia ini,
Budak2 ni bukan sangat pandai pun, sederhana aje, berbahasa Arab pun tak pandai, Inggeris apa lagi..kejumudan pemikiran mereka terutama yg dari K'tan. Ini semua kerana mereka taksub dgn pemimpin mursyidol yg ku gelar singkat NaJIS
Munkin kalau nak jahat kita buang aje ke Laut Merah pun tak menjadi hal..

xpas said...

Bila dah terdesak bercakap pasal kemanusiaan. Tanggungjawab kerajaan melaksankan dasar atas prinsip kemanusiaan tak kira parti.

Tetapi bila mereka memfitnah memaki bangsa mereka sendiri..mana pergi soal kemanusiaan..soal kesetanan aje dalam perut .

Inilah sifat MUNAFIK

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...