Siapa yang mengintai dan menaruh harapan?
Siapa yang akan dapat laba jika 2 gajah yang berlaga?
Entah mengapa kali ini saya banyak menulis mengenai politik Jerantut. Memang politik Jerantut amat menarik sejak dahulu lagi sehinggakan Jerantut boleh dianggap sebagai daerah dimana politiknya tidak pernah mati. Mungkin orang-orang politik Jerantut sudah hampir menyamai orang-orang politik Pas di Kelantan yang berpolitik sepanjang musim.
Politik Jerantut adalah politik gelora sepanjang masa. Ramai yang mengharapkan supaya Jong Pecah bagi merealisasikan pepatah 'Jong Pecah Yu Kenyang'. Orang-orang Jerantut terlalu arif bermain politik. Yang diangkat hari ini mungkin akan dijatuhkan oleh orang yang sama hari esoknya. Segala-galanya adalah pertarungan diantara ringgit dan kuasa. Justeru tidak menghairankan jika pembangkang mensasarkan Parlimen Jerantut untuk dirampasnya bersama beberapa DUN yang juga kurang stabil dan semakin kehilangan sokongan.
Perang dan politiking sesama sendiri dalam UMNO yang berlangsung bertahun-tahun dan tidak pernah reda membuatkan akar umbi semakin lemah dan hilang percaya terhadap pucuk pimpinan. Jadi siapa lagi yang berani untuk diangkat selepas ini untuk dibenamkan semula sejurus dilambung tinggi?
Malangnya masih ada kalangan pemimpin UMNO Bahagian yang masih tidak mendengar suara rakyat kerana mereka tidak peka terhadap media sosial. Mereka masih percaya bahawa UMNO masih kuat dan utuh dan tidak akan dapat dijatuhkan hatta sesiapapun calonnya. Begini jugalah pendapat kebanyakan para pemimpin peringkat pusat sebelum PRU12 dulu. Mereka seakan tidak percaya UMNO BN dapat ditumbangkan. Mereka seakan menganggap UMNO adalah suatu yang hakiki tetapi mereka lupa bahawa Allah lebih berkuasa menentukan takdir, dan tiada yang akan kekal selamanya, termasuk parti UMNO terutama sekali setelah berkuasa sekian lama.
Petang tadi, dalam program Menteri Besar bersama rakyat Jerantut, rakyat dibenarkan bersuara untuk meluahkan rasa dan ketidakpuasan hati mereka. Namun ada pihak yang sangat pandai dengan menyelitkan suara mereka dicelah-celah suara rakyat yang tulus itu. 2 perkara itu adalah mengenai sokongan terhadap tokoh politik tertentu yang bertujuan untuk mengekalkannya sebagai sebagai calon pada PRU akan datang serta mengangkat satu nama untuk dicalonkan sebagai Ahli Parlimen yang akan dikosongkan oleh TS Tengku Azlan.
2 orang suruhan disatu DUN menyuarakan sokongan secara bertulis terhadap ADUN berkenaan yang sudahpun 4 penggal memberikan khidmatnya dan seolah-olah tiada calon lain yang lebih baik darinya. Mungkin kita boleh bertanya berapa harga sokongan demikian? Namun suara rakyat sebenar sudah kecewa kerana beliau sudah terlalu lama dan prestasi juga sudah semakin menurun.
Dalam sesi soal jawab pula, ada bersuara untuk mendapat perhatian MB supaya seorang tokoh diberikan perhatian untuk dicalonkan sebagai Ahli Parlimen dalam PRU yang akan datang. Watak dan personaliti tokoh berkenaan telah dilukiskan dengan jelas. Soalnya siapakah dibelakang yang bersuara itu dan apakah niat sebenarnya? Jika itu suara Pulau Tawar, apakah niatnya hanya untuk mencincang lumat tokoh berkenaan sebelum beliau sempat siapkan dirinya untuk turun ke gelanggang? Atau tujuannya supaya tokoh terkanan UMNO bahagian mencincangnya sambil melupakan tokoh yang sangat berkeinginan yang ada disebalik suara itu. Permainan politik harus cantik, namun kepada orang muda, jangan terlalu ghairah kerana sokong selalunya akan membawa rebah.
Apapun kita sudah melihat lakaran dan warna-warna politik Jerantut, walaupun masih belum benar-benar jelas. Cuma yang sedang didalam kebimbangan adalah mereka yang sekeliling Ahli Parlimen sekarang yang akan kehilangan segalanya bila TS Tengku Azlan tidak lagi bertanding dalam PRU akan datang. Mungkin ini adalah pilihan terbaik untuk rakyat Jerantut, kerana mereka sudah terlalu lama marahkan nyamuk sehingga lebih rela membakar kelambu.
3 comments:
haha betol tu, lau lee mengupahh orang untok menganggkat nama dia supaya dapat lagi jadi wakil rakyat walaupun usaha dan kebajikan untok orang melayu sangat kurann. Ada juga suara mengangkat ustad ahmat jamlus tapi dengan tujuan lebih untok merosakkan karier politiknya. Habislah ustaz jamlus lepas ni dibunuh oleh org sebelah ilir juga. Kome tau dan dah dengar. politik pancas memancas sudah berulang lagi
Sapa yg bodo? orang melayu juga yg bodo dok undi lau lee.Kawasan majoriti melayu cina yg menang? bongok punya melayu.
mohon linkhttp://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com/
Post a Comment