11 January, 2013

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT YANG DITENTANG RAKYAT

Perhimpunan amankah sebegini?


1. Kononnya Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112. Benarkah ini untuk rakyat atau ini hanya kepentingan   peribadi orang-orang tertentu. Seperti biasa, rakyat sudah dapat membaca setiap gerak dan langkah yang diaturkan oleh Anu arr. Himpunan demi himpunan, rusuhan demi rusuhan semata-mata untuk menunjukkan kononnya rakyat yang membantah kerajaan sedangkan yang pastinya rakyat sudah muak dengan rusuhan dan ketidakamanan yang dicetuskan.

2. Anu arr seperti biasa, seorang yang penakut dan hanya mengharap rakyat berjuang untuk dirinya. Rakyat dijadikan kubu untk melindungi dirinya. Anu arr masih seperti dulu, seorang pemimpin yang bacul dan berani ketika dibelakang. Tidak hairanlah jika beliau amat gemar 'main' belakang. Namun Kak Jijah masih membisu dan menyimpan rahsia tentang belakangnya sendiri selama ini.

3. Para pemandu teksi dan peniaga kecil disekitar Kuala Lumpur resah dengan himpunan yang akan diadakan itu. Mereka inilah rakyat biasa yang tidak diberikan perhatian oleh Anu arr. Bagaimanakah mereka akan berniaga dan mencari rezeki jika himpunan itu kelak akan jadi sebagaimana rusuhan bersih dulu? Apa jaminan Anu arr  bahawa himpunan ini tidak akan bertukar jadi ganas? Jikapun akhirnya himpunan ini jadi ganas dan rusuhan sudah tentu Anu arr akan dengan selamba 'cuci tangan' dan berkata bahawa ini diluar kawalannya, bahkan mungkin nanti akan salahkan pasukan keselamatan yang gagal mengawal keadaan.

4. Siapa yang masih tak faham akan perangai Anu arr ini? 'Binatang Politik' yang sanggup lakukan apa saja demi berpegang dengan pendapat bahawa matlamat menghalalkan cara. Tiada apa yang salah baginya kerana apa kesalahanpun beliau akan letakkan kepada orang lain. 

5. Saya yakin bahawa 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' yang akan diadakan ini kelak akan berakhir dengan keganasan. Anu arr mungkin berharap akan tercetus satu semangat dan kebangkitan sebagaimana yang berlaku di Mesir. Anu arr berharap rakyat akan bangkit dan menentang kerajaan namun beliau terlupa bahawa keadaan disana dengan disini sangat berbeza. Rakyat sangat berpuas hati dengan kepimpinan yang ada. Janji kerajaan adalah janji yang ditepati. Kehidupan rakyat semakin hari semakin selesa dengan pelbagai bantuan yang kerajaan berikan.

6. Janji Anu arr hanya janji memusnahkan negara. Anu arr memang layak digelar pengkhianat bangsa dan negara. Baginya, jika dia tidak dapat menjadi Perdana Menteri, dia akan menyusahkan sesiapa saja yang menjadi Perdana Menteri. Jikalau dia tidak mendapatnya, dia rela untuk menjahanamkan segalanya bagi memuaskan hatinya.

7. Kepada para pencacai yang selama ini rela menjadi barua dan anjing kepada Anu arr, insaflah. Jangan kita korbankan apa yang kita ada dan kecapi selama ini hanya kerana ingin bermimpi yang indah-indah atau hanya setakat mendapat seratus dua ringgit dengan mempertaruhkan keselamatan diri sendiri serta bangsa dan negara. 


3 comments:

Anonymous said...

Admin pergi melancap la depan najib

bRAVEhEART said...

Sengaja saya lepaskan komen dari Anon diatas. Walaupun orang lain tak kenal siapa dia tapi sudah tentu dia sendiri akan tahu bahawa itu adalah tulisannya, supaya dia akan terasa bahawa ayah dan emak serta datok nenek dia akan terasa menyesal melahirkan anak cucu sebodoh itu, supaya anak cucu dia kelak akan menyumpah dan kesal kerana dilahirkan dari ayah dan datok sebodoh dia....

Anonymous said...

hehehehe!....

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...