27 July, 2013

MALAY - SI AAA

Filem Tanda Putera yang pemimpin Melayu tidak berani luluskan tayangannya


Tahniah atas kemenangan UMNO di Kuala Besut. Moga-moga kemenangan tersebut memberikan ertinya kepada rakyat dan bukan hanya kepada pemimpin-pemimpin semata-mata. Setidak-tidaknya UMNO akan kekal berkuasa dan memerintah dengan selesa di Trengganu sehingga PRU akan datang ataupun sehingga akan ada berlaku kematian kepada mana-mana wakil rakyat BN yang membolehkan PRK diadakan lagi.

Kemenangan tipis BN dalam PRU lalu adalah petanda awal yang semua pemimpin UMNO mesti menterjemahkannya sebagai satu amaran bahawa orang Melayu sudah berpecah dengan teruknya dan sebahagiannya sudah tidak lagi mengundi dan menyokong UMNO lagi. Banyak kali kita dengan pemimpin meminta ahli-ahli UMNO supaya berubah, tapi apakah pengikut saja yang perlu berubah? Bagaimana dengan mereka pemimpin-pemimpin yang sebilangannya masih bersikap angkuh? Apakah dalam mentranformasikan UMNO hanya pengikut saja yang mesti berubah tetapi pemimpin tidak?

Mewakili sebahagian dari penyokong UMNO dan sebahagian orang Melayu yang lain, saya ingin menyatakan kekecewaan kepada pemimpin dan kerajaan yang ada kerana dilihat tidak benar-benar mendengar keluh-kesah orang Melayu selama ini. Masih ada yang tersembunyi dan tidak dapat disuarakan dengan jelas kerana memang sifat Melayu itu bangsa yang pemalu dan malualah.

Ramai yang merasakan, dalam banyak tindakan kerajaan, pemimpin masih memberi muka kepada bangsa lain namun dalam soal yang sama bertindak tegas tanpa tolak ansur kepada bangsa Melayu sendiri. Apakah mereka masih berusaha memujuk sedangkan sah dan nyata bahawa kaum itu tidak menyokong kerajaan sehingga kini? Apakah benar pemimpin rela menyusukan kera di hutan dan membiarkan anak di rumah mati kelaparan?

Melayu juga tidak akan menyokong lagi jika mereka sedar mereka sentiasa dianaktirikan. Kita cuma bimbang kelak, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ini telah di tunjukkan oleh sebilangan masyarakat Melayu bandar yang tidak lagi menyokong kerajaan. Jangan salahkan mereka kerana sikap pemimpinlah yang membuatkan kebencian mereka selama ini.

Tidak lama dulu, filem Tanda Putera dihalang oleh kaum cina dari ditayangkan konon menyentuh hati mereka, namun tiba-tiba kedengaran filem The New Village yang mengangkat komunis sebagai wira telah dibenar untuk ditayangkan. Dimanakan pendirian kerajaan yang perjuangkan bangsa Melayu selama ini? Atau memang pemimpin kita sudah semakin hilang 'telor'?

Saksikanlah, jika dalam masa terdekat akan ada pemilihan lagi, tidak mustahil akan ramai Melayu seperti saya yang akan beralih arah kerana kecewa dengan pemimpin kita yang hanya ber-retorik dalam perjuangan bangsa.

Penulis sejarah di Singapura sudah menidakkan bangsa Melayu di Malaysia. Apakah masa depan negara 'Malaysia' nanti....mungkinkah bangsa Melayu akan hilang didunia? Mungkin benarkah kata-kata kaum itu bahawa 'Malay - Si Aaa'. Harapan kita hanyalah kepada pemimpin kita, namun jika pemimpin kita juga sudah tidak boleh diharapkan, maka kepada siapa lagi? Mungkin perlu ada demonstrasi? Atau Revolusi?








2 comments:

Anonymous said...

Pemimpin yang mengkhianati perjuangn alif,baa, taa.

Anonymous said...

Kenapa kerajaan lantik Azeez Mamak Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ?

Rukun Islam kelima kepada semua umat Islam di seluruh negara. Menunaikan Haj di tanah suci. Sekarang dengan perlantikan Azeez, siapa ada duit boleh menunaikan Haj, siapa yang tidak dapat bayar duit poket tidak akan dapat pergi.

TABUNG HAJI AKAN JADI EKSKLUSIF SEPERTI KEDAI ROLEX ATAU FERRARI. Rakyat biasa akan mula tolak Tabung Haji dan terpaksa menggunakan kemudahan yang lain untuk menunaikan Haji di tanah suci.

Kuota untuk Tabung Haji akan di pegang oleh Azeez Rahim supaya anak beranak, seluruh UMNO yang dia berhutang kepada boleh di lepaskan dengan memberi PERCUMA kepada mereka menunaikan Haj di tanah suci. Kesucian Agama kita sudah tercemar dengan perlantikan perompak ini sebagai pengerusinya. Bukan Presiden UMNO ini tidak tahu. Mesti dia sudah dapat laporan demi laporan penipuan ahli perniagaan Azeez ini kepada hampir semua pemimpin dalam UMNO dan di luar. Berapa ramai yang sudah terpedaya dengan dia ? Berapa ramai sudah di tipu dia ?

Adakah pemimpin UMNO yang lain hanya akan duduk dan jadi YES MAN seperti dalam pentadbiran Mahathir dan Pak Lah ? Adakah kesucian Haji sudah tidak bermakna lagi kepada teras kepimpinan UMNO sampai melantik seorang penipu perompak sebagai Pengerusi Tabung Haji di terima sebulat suara oleh mereka ?

Jangan sampai UMNO jadi pembangkang selepas Pilihanraya UMUM ke 14.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...