22 September, 2013

MAZNAH CABAR IJAT....



Pemimpin wanita yang tegas, komited dan juga charming


Mulanya saya melihat pemilihan Ketua Wanita UMNO Malaysia sebagai hambar apabila Azalina Osman Said yang tiba-tiba menarik diri dari menentang Shahrizat. Kesediaan Raihan Sulaiman Palestin tidak memberikan apa-apa makna kerana beliau bukanlah pencabar yang layak berhadapan dengan Shahrizat.

Bagaimanapun petang semalam menjelang tamat waktu pendaftaran calon, wakil Dato' Maznah Mazlan menghantar borang pencalonan telah merubah keadaan tersebut kepada satu keadaan yang akan lebih menarik. Maznah adalah bekas Senator dan Timbalan Menteri Sumber Manusia. Sebelumnya beliau adalah exco Kerajaan Negeri Pahang yang berjaya memajukan industri pelancongan Pahang.

Pada penggal lalu beliau disisihkan dari wanita kerana ketegasannya menyatakan sokongan kepada Rafidah Aziz sewaktu Shahrizat mencabar Rafidah. Kesediaan Maznah bertanding jangan dilihat sebagai balas dendam, tetapi adalah untuk menyelamatkan Wanita dan untuk melakar serta menentukan arahtujunya.

Shahrizat yang sarat dengan masalah tentu tidak lagi dapat memberikan kepercayaan wanita untuk memimpin wanita dengan cemerlang dan gemilang. Tuduhan penyelewangan Setiausaha Politiknya baru-baru ini sudah tentu sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap dirinya sendiri.

Peluang Maznah adalah lebih cerah sekiranya pihak ke-3 menarik diri dan membiarkan pertandingan 2 penjuru yang lebih adil. Bagaimanapun perwakilan dari Pahang mungkin juga akan berbelah bahagi atas faktor Dato' Rosni Zahari yang umum ketahui sebagai 'tangan kiri Shahrizat'. Bagaimanapun faktor Rosni akan bertanding MKT wakili Pahang akan boleh dijadikan asas rundingan 'pertukaran undi'.

Dengan ditambah sedikit lagi usaha kita pasti jawatan Ketua Wanita UMNO akan dapat diubah. Walaupun kita sedar akan kekuatan Shahrizat, namun wanita inginkan pembaharuan dan perubahan. Yang selama ini hitam ingin diputihkan. Pemimpin bukan sahaja perlu bersih, tetapi juga perlu kelihatan bersih. Selamat bertanding kepada Dato' Maznah.




2 comments:

Anonymous said...

Salam.Eloklah jugak Maznah bertanding tu.Bukan tak suka kat Shahrizat,Tapi Shahrizat bagilah peluang kepada orang baru yg masih kelihatan telus.Kalau kita sygkan UMNO kita perlu memberikan laluan kepada orang yg bersih atau nampak lebih bersih dari kita.Barulah rakyat melihat UMNO sudah berubah.Jangan tunggu sehingga rakyat yg mengubah UMNO kepada parti pembangkang.Percayala ,jika UMNO tidak berubah PRU14 nanti UMNO akan jadi pembangkang.Jangan nanti salahkan rakyat.

Anonymous said...

pernah berkhidmat dibawah pimpinan Maznah. Dia mmg seorang pemimpin wanita yg bijak berkomunikasi, berpandangan jauh. Di saat isu `lembu' yang membawa lumpur terpalit sekampung, baiklah kita cuba bagi peluang dato maznah membawa nafas baru dalam sayap wanita UMNO

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...