Berikan beliau peluang untuk buktikan bahawa beliau
tidaklah sebagaimana persepsi ciptaan pembangkang
Berita terkini (semalam) dari sebuah laman blog menyatakan bahawa Mukhriz Mahathir menarik diri dari kempen bagi jawatan Naib Presiden walaupun peluangnya dikatakan cerah untuk mengisi 1 dari 3 kerusi berkenaan. (Klik Sini) Alasanya adalah sangat wajar, yakni untuk memberikan tumpuan penuh kepada kempen PRK DUN Sg. Limau berikutan kematian penyandangnya mantan MB Kedah Azizan Razak.
Secara peribadi saya menyukai beliau bertanding dan mendapatkan kerusi Naib Presiden bagi memastikannya terus mendapat sokongan didalam UMNO terutama dalam persaingannya dengan KJ. Jika benar beliau menarik diri maka peluang bagi Hishamuddin akan jadi lebih cerah untuk terus mengekalkan kedudukannya di salah satu dari 3 kerusi Naib Presiden. Ini bukan saja penting bagi dirinya tetapi juga bagi memastikan kestabilan parti.
Shahrizat juga sepatutnya melepaskan jawatan Ketua Wanita bagi membantu transformasi didalam Wanita UMNO agar dapat berlaku dengan lancar. Biarpun beliau masih mendapat sedikit sokongan dalam Wanita UMNO namun beban yang ditanggungnya membabitkan dengan kes perniagaan keluarganya serta kes Setiausaha Politiknya turut menjadi bebanan kepada parti. Jikalau beliau lebih sayangkan parti, tentulah beliau akan mengambil tindakan sama sebagaimana yang dilakukan oleh Mukhriz - menarik diri.
Bagaimanapun dari sudut lain, pertandingan yang berlaku disemua peringkat sekarang ini menunjukkan bahawa UMNO masih disukai dan jadi harapan orang Melayu. Ianya juga satu petanda bahawa UMNO masih hidup dan mampu untuk kekal sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun lagi. Cuma pemimpin-pemimpin yang bertanding janganlah terlalu rakus dan terlalu mementingkan diri serta jangan sesekali berkempen dengan cara memburukan lawan, kerana itu juga nanti akan dijadikan senjata bagi pihak lawan apabila menghadapi kita dalam PRU14 nanti.
5 comments:
Jika UMNO masih ingin dilihat sebuah parti yg demokratik.Biarkan ramai yg bertanding dan ahli boleh memilih siapa yg lebih layak untuk menjadi MT UMNO.bagilah ahli UMNO memilih dalam memastikan masih ada demokrasi di dalam UMNO.,Kena lihat pertandingan dari sudut positif.
Dalam kita memperkatakan meremajakan UMNO kenapa perlu menyekat ahli untuk bertanding? seolah UMNO tidak menyenangi orang muda untuk bertanding? hanya org tua tua yg otak dah berkarat aje yg layak bertanding ke? ni ke perubahan yang UMNO mahukan?.Macam ni bukan nak meremajakan UMNO tapi nak memperkaratkan UMNO adalah.
nak kat ijat tarik diri??selama ni kalau ada pilihanraya..siapa yg paling kuat bantu berkempen?wanita UMNO...siapa pulak kepalanya? agak2 siapa yg lantang seperti kak ijat?
NFC tu kes suami dia...dia tak terbabit pun..sama jugak kes setiausahanya...ada ke kat mana2 kompeni atau organisasi yg kalau anak buah didapati bersalah tetapi ketuanya yg harus dihukum atau letak jawatan?
Anon 10:33, Kerana itulah Hishamuddin kena dipilih sbb dia lebih muda dari kebanyakkan calon..bandingkan dgn Isa yg dah kerepot tu.. lg pun dia dan ALi kan dikenakan tindakan dulu... kerana apa? Apakah umno masih memilih yg ternyata bersalah? Perubahan pekenamanya tu?? Cer jawab??? kikikik
Anon 10:36, tak ada sekatan bertanding... bertandinglah ramai... lg ramai calon lg banyak duit perwakilan akn terima... ekau perwakilan ko? Ado dapek?
. lg ramai calon lg banyak duit perwakilan akn terima..
wei bro...mana ko tahu?
jadi ko dapat duit dari hisam ke ?
Post a Comment