20 March, 2014

SAIFUL REDHA NAMUN ANU ARR TETAP MENYIMPAN DENDAM

 
Kuasa dan kehendak Allah menemukan saya dengan Mohd Saiful Bukhari dalam suatu ruang yang singkat dan sangat terhad namun tidak menghalang kami untuk berbicara dengan telus dan jujur. Saya sebagaimana orang lain juga sudah pasti mengenalinya namun dia pula sudah pasti tidak mengenali saya.

Saya teruja apabila diperkenalkan dan dia menyatakan bahawa dia mengikuti blog saya sejak dulu cuma, tidak menyangkan bahawa saya hampir lanjut usia. Kami bercakap soal biasa tanpa menyentuh isu yang akhirnya menjatuhkan dan bakal menghumbankan seorang tokoh politik kedalam penjara semula namun kadang kala ianya tidak mampu pergi jauh dan berlegar disekeliling.

Apa yang dapat saya simpulkan adalah beliau meredhai (bukan merelai) apa yang telah berlaku dan hakikat perjuangannya selama ini bukanlah untuk menghukum dan menanayai sesiapa, cuma sekadar memperjuangkan hak dan mencari kebenaran. Alhamdulillah, biarpun lambat dan terpaksa menempuh beberapa rintangan akhirnya kebenaran sudah diperolehi. Allah dipihak orang yang benar!

Beliau menceritakan pengalaman dukanya, terpaksa menempuh jalan yang panjang terpaksa menaiki mahkamah puluhan kali dan kesnya ditangguhkan puluhan kali juga namun dia tetap tabah dan bersabar menghadapi dugaan Allah. Dia pasrah!

Namun bagaimana pula dengan Anu arr? Dia masih lupa diri dan sudah hilang pedoman. Dalam hatinya hanya ada satu.... hasrat untuk jadi pemimpin negara.. nak jadi Perdana Menteri walau dengan apa cara sekalipun dan dengan berapa harga sekalipun. Baginya segalanya sanggup ditukarkan demi mendapatkan kuasa itu hatta masa depan rakyat dan maruah keluarga sendiri sekalipun.

Dia tenggelam dengan rasa riak dan bangga diri. Dia merasakan bahawa dialah yang paling layak dan tidak ada sesiapapun yang lebih layak selain dari dirinya. Ada yang memanggilnya sebagai 'anjing' politik ada pula yang memanggilnya 'syaitan' politik, namun tidak ada beza antara kedua-duanya kerana ia tetap juga Anu arr.

Ada yang menyoal jika dia dipihak yang salah kenapa masih ada yang menyokongnya? Jawapannya juga mudah, selagi ada duit dan kepentingan selagi itu ada yang akan sanggup 'menjilat'nya. Siapa yang mula-mula menggelar dia sebagai Al-Juburi? Kenapa pula ketika ini orang itulah yang pertahankannya? Wajar juga orang itu digelar 'Al-Jilati'.

Seorang orang tua yang kurang upaya pernah dulu mengherdik dan mendesak supaya 'Anu arr mesti bertaubat', namun kini beliau juga turut membela dan pura-pura tidak nampak apa yang Anu arr buat. Tidakkah kita merasa hairan tiba-tiba mereka boleh berputar 360 darjah?

Lihat dimana mereka yang perjuangkannya mula-mula dulu? Semua sudah meninggalkannya kerana  sudah sedar bahawa mereka berada dijalan yang salah. Bahawa perjuangan mereka hanyalah untuk pertahankan Anu arr dan tidak ada langsung kepentingan kepada rakyat jelata. Lihat pula siapa bersama Anu arr ketika ini? Kebanyakkannya adalah orang-orang yang sudah terbuang... yang sudah kecewa.. atau mereka yang tidak sedar diri dan masih ingin terus memeggang kuasa. Orang yang lebih utamakan kepentingan diri dari perjuangkan kepentingan rakyat.

Kerusi DUN Kajang sengaja dikosongkan hanya untuk memberikan laluan Anu arr bertanding (konon untuk jadi MB) tidakkah kerana tamak kuasa dan ingin balas dendam? Tidak cukupkah sebagai Ahli Parlimen di  Permatang Pauh yang rakyatnya ditinggalkan jauh-jauh dan tidak lagi dipedulikan. 

Kali ini Anu arr mesti benar-benar bertaubat kerana usia lanjutnya tidak akan memungkinkan dia kemana-mana lagi selepas ini. 5 tahun pasti akan mengubahnya menjadi seorang tua dikandang penjara yang kisahnya tidak lagi akan didendangkan oleh rakyat jika ada pun tidak lebih dari cerita dongeng dari sebuah hikayat yang mana dia hanyalah seorang penglipur lara.

Tulisan ini khas untuk Saiful, yang tabah dalam perjuangannya walau kadang kala terpaksa berdiri seorang diri menentang orang yang berpengaruh dan berkuasa, namun hakikatnya Allah lebih berkuasa dan menentukan takdir kehidupan kita. Tahniah! Kamu adalah seorang pahlawan yang berani dan saya tidaklah seberani kamu. Tuhan melihat kebenaran.... dan menunggu!


2 comments:

Hair transplant in Pakistan said...

Great Posting.Incredible information love your blog.

Anonymous said...

Well said..

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...