11 January, 2015

BANJIR DISEBABKAN HUJAN - 'MENTERI KITARSEMULA' PERLU HATI-HATI BUAT KENYATAAN

Gambar hiasan - Kemusnahan akibat banjir di Kuala Tahan


Seorang menteri (menteri kitarsemula) meminta kerajaan semua negeri mengkaji semula pemberian lesen pembalakan. beliau berkata demikian ketika lawatannya ke Negeri Pahang khususnya dalam lawatannya ke Taman Negara ketika banjir mula reda baru-baru ini. (Rujuk Sini)

Mungkin 'menteri kitarsemula' ini patut dibertahu bahawa banjir berlaku adalah akibat dari hujan dan hujan kali ini lebatnya adalah yang terbanyak dan luar biasa akibat dari perubahan cuaca dunia. 'Menteri Kitarsemula' itu boleh rujuk laman ini dan juga ini supaya lebih tahu berapa jumlah hujan yang diterima yang mengakibatkan bencana banjir kali ini.

Memang penerokaan hutan adalah salah satu (SALAH SATU) punca berlakunya banjir apabila lebih kurang 70% hujan yang sepatutnya diserapkan oleh lapisan 'span' hutan gagal berbuat demikian kerana lapisan berkenaan musnah akibat pembalakan sebaliknya mengalir terus ke sungai-sungai.

Untuk catatan, ketika bencana banjir melanda Kelantan baru-baru ini, jumlah hujan direkodkan sebanyak 129mm yang sememangnya luar biasa banyaknya. 

'Menteri Kitarsemula' ini mesti juga faham prosedur pembalakan di negara kita, iaitu hanya pokok-pokok yang berukuran tertentu serta dari species tertentu sahaja yang dibenarkan ditebang, Ini bertujuan untuk menjaga agar hutan tropika masih kekal ada pembalakan semula boleh dilakukan beberapa tahun selepas itu.

Bagaimanapun, untuk pengetahuan 'menteri kitarsemula' berkenaan, dalam kes-kes tertentu keseluruhan hutan digondolkan dengan tujuan penanaman semula sama ada bagi penanaman sawit, getah atau lainnya.

Perkara sebegini telah berlaku lama dahulu seawal tahun 60an ketika kerajaan dalam usaha membina ladang sawit terbesar yang kini dinamakan 'Felda'. Ketika itu seluruh dunia mengecam pembalakan Malaysia namun kita ada alasan tersendiri yang bukan sahaja untuk menjual hasil hutan sebagai kayu balak, namun untuk membina 'ladang rakyat' terbesar 'Felda' tapi tidak pula berlaku banjir besar seperti apa yang berlaku kini.

Saya bukan berniat mengecam 'menteri kitarsemula' yang juga merupakan mantan Menteri Besar dari utara, namun sebagai Menteri yang dilantik sebagai membalas budi beliau harus berhati-hati dengan kenyataannya agar akhirnya tidak jadi senjata kepada pembangkang untuk menghentam semula kerajaan 

Yang lebih penting (kerana sayangkan beliau) adalah supaya beliau juga tidak digolongkan dalam kalangan menteri-menteri yang memberikan kenyataan yang boleh membuatkan rakyat ketawa berdekah-dekah dan berguling-guling sebagaimana ada menteri yang menyatakan 'jika harga ayam naik, jangan makan ayam' dan lain-lain kenyataan seumpamanya. 



20 comments:

Kutukandewata said...

Kanada negara terbesar dalam pembalakan dunia tak berlaku pulak banjir besar kerana taburan hujannya kecil.pembalakan bukan lah punca berlakunya banjir.pembalakan adalah penghasilan akibat bukan punca! akibat pembalakan adalah lumpur yang membebankan!

Mekah tak ada pembalakan pun boleh banjir! bangladesh bukan negara pengeluar balak,tapi banjirnya besar mengakibatkan kematian yang tinggi!

banjir adalah fenomena alam berlandaskan faktor cuaca!

kena banyak belajar geografi dan sains baru lantik jadi menteri!mungkin penasihatnya yang lebih2 kot? ekekekekek!!!

Anonymous said...

Mr braveheart, rasanya betullah apa yg disebut oleh menteri tersebut. Mungkin sentimen sdr tidak menyukai menteri ini atas dasar peribadi namun apa yg disebut beliau adalah benar. Adakah sdr masih leka terlena bahawa begitu luas kawasan hutan pahang telah digondol botakkan utk tujuan balak dan ladang? Sg lembing, kuala tahan, c.highlands, k.lipis, rompin dan bnyk lg tempat hanya hijau jika dilihat dari jalan namun dh coklat terang jika ditinjau dari udara. Dh tak bnyk hutan kt pahang ni sdr. Bangun dari mimpi. Siapa sebenarnya yg sdr bela ni? Bukankah sewajarnya sdr memilih mempertahankan alam sekitar berbandingnmembela individu politik yg menjahanamkan warisan alam? Berbaloikah sdr membabikan menteri recycle tetapi akhirnya nanti anak cucu kena tinggal atas rumah rakit? Berpolitiklah secara matang. Jika sokong kerajaanpun, biarlah kena dgn caranya. Sokong kpd yg menjaga dan berjuang utk rakyat, bukan nk kenyang tembolok sendiri shj. Aku sokong.kerajaan sedia ada, tapi bukan membabi buta, tetapi celik dan kritikal!!!

bRAVEhEART said...

Saya nk ulang dan TEKANKAN bahawa pembalakan bukanlah SATU-SATUNYA punca banjir besar kali ini, rasanya tuan 'anon' patut baca sekali lagi dan fahamkan apa yg saya maksudkan ... dgn jangan menyokong membabi buta juga..

Anonymous said...

"pembalakan bukanlah SATU-SATUNYA punca banjir besar kali ini"

itu bererti ia nya (pembalakan) adalah masih menjadi salah satu punca banjir besar kali ini..

selesaikan mslh yg timbul dgn menangani punca-punca kpd permasalahan tsebut.. senaraikan dan atasi!

yg pasti taburan hujan yg luar biasa adalh satu punca yg sememangnya tdk akan dpt diatasi...

masih lg tdk mengerti...???

Anonymous said...

Tengok la air macam mana banjir tu...

Kalau air hujan takkan warnanya kuning. Tak tahu pulak hujan kat kelantan warna kuning.

Warna tu adalah warna top soil yang dah di hakis akibat penggondolan hutan. Sekali sekala jenguk sikit dalam hutan..kalau tak pon pi Kelantan ikut highway grik... bila dah masuk sempadan kelantan... parking kat tepi jln.... jenguk dan boleh nampak dengan jelas.

Pi tengok thailand... banjir dia air jernih....tu namanya air hujan atau air empangan !!!!

Mamat Lam said...

.. masa tebang hutan besar2an masa buka Felda dulu tak pulak banjir beasr macam ni yer?

bRAVEhEART said...

Air keruh memang sebab penerokaan hutan, tapi jika tak ada hujan tidak lah dia mengalir ke sungai.. susah nak fahamkan org yang susah nak memahami ni...

Wak Jongkol said...

Tu jenis x akan fhm2 slamanya.. kg sy pn ada sowang yg mcm tu.. kita pnggil bodoh piang...

Anonymous said...

Haha... menteri kitarsemula(?) ... tak nak banjir jangan hujan.. tak tebang balak tak banjir ker? tak hujan ke? Pak menteri... jgn dok peninghlah...

Anonymous said...

aku rasa isu sebenarnya bah ini ialah air nya kuning dan bercampur dgn lumpur sbb itu habis semua dipukulnya...mcm aku juga masa 2001 dan 2013 di sg isap,bah besar air kuning dgn lumpur sekali,tapi 2014 bah jgk air jernih tak ada lumpur..itu yg pelik..org kata klau air hujan,jernih...klau berlumpur air itu dtg dari bukit...

bRAVEhEART said...

Isu sebenarnya adalah banjir ini besar... dan airnya banyak serta deras kerana hujan yg banyak.. itu membuatkan tanah dan tebing terhakis serta menghanyutkan dan memusnahkan hertabenda. Jika banjir ini hanya berlumpur dan tidak besar dan tidak musnahkan hartabenda mungkin tidak jadi isu besar....

Anonymous said...

makin saya baca komen dan balasan komen saudara braveheart, saya makin kasihan. betullah seperti yang saudara braveheart sebut bahawa sebab utama banjir ialah jumlah air hujan yang luar biasa banyaknya. faktor sampingan ialah penerokaan hutan. macam inilah saudara braveheart, antara dua faktor tersebut, mana satu masih dalam kemampuan manusia sebagai khalifah di bumi ini untuk laksanakan? *arahkan Allah SWT jangan turunkan hujan lebat sangat atau *berhentikan penerokaan hutan secara berleluasa tanpa kawalan? yang mana satu jawapan saudara braveheart? saudara braveheart sudah sebut bahawa lantai hutan yang ada adalah umpama 'span' yang akan menyerap air daripada mengalir deras menuju ke sungai sambil membawa keladaknya sekali. jika aliran air tidak laju menghala ke sungai, semestinya paras air sungai tidak akan naik mendadak malah ada masa untuk diserap oleh tanah. adakah saudara braveheart hanya memikirkan banjir besar kali ini sebagai indikator atau banjir yang berlaku setiap tahun sebagai rujukan? saya sebenarnya masih keliru atau tak paham kenapa saudara braveheart lebih menyalahkan menteri recycle dengan ucapannya berbanding kerosakan mukabumi negara ini gara2 tangan2 tamak yang pentingkan tembolok sendiri. saya masih tak peduli sentimen peribadi antara saudara braveheart dengan menteri recycle ini, cuma kalau sayalah, saya memilih untuk berusaha menyelamatkan mukabumi daripada dilapangkan dan digondolkan tanpa memikirkan nasib warga selepas kita. selain itu kita hanya mampu berdoa kepada Allah SWT agar bala bencana tidak diturunkan kepada kita, tetapi jika kita tetap engkar dengan tidak berhemah dengan alam, Allah akan menurunkan hujan sebagai pengajaran. komen saya ini masih dalam kelompok membabi buta jugakah?

Anonymous said...

Memang pak menteri ini bukan boleh dengar apa yang diperkatakan tu. Banyak apa yang dikata menjaga kepentingan atau jawapan selamat. Bercakap boleh tapi perlaksanaan boleh ke?.

bRAVEhEART said...

Kita ada SOP penebangan balak yg meminimumkan kerosakan alam sekitar, namun dalam kes membuka ladang tanaman hutan akan ditebang sebersihnya.. ini wajar utk ekonomi negara. Perlu ada keseimbangan antara panjagaan alam sekitar dengan penjagaan perut anak cucu. Boleh bayangkan jika negara masih hanya hutan seperti zaman purba tanpa penerokaan tanah ladang pertanian? Alam sekitar juga tanggungjawab bersama... apa yg kita lakukan utk penjagaan alam sekitar? Mungkin kita rasakan sumbangan kita kepada pencemaran adalah kecil tetapi dengan jumlah 'kita' yang ramai ianya jadi besar...

Selain pembalakan, lihat juga pembinaan.. kenapa muka bumi mesti diratakan terlebih dahulu..? Kenapa bukit ditarah dan paya ditimbus? Di negara maju mereka bina mengikut kontor muka bumi...

Sistem perparitan di bandar2 kita bagaimana?

Pembuangan sampah kedalam parit dan sungai masih jadi amalan sesetengah orang yg juga jadi penyumbang bencana banjir... sedikit.. tetapi 'banyak'..

Banyak yg kita harus perbaiki dan pelajari ... dan ubah.

Cuma, jangan beri jawapan mudah: ..' 'Ayam mahal... jangan makan ayam'.


Anonymous said...

Apa yang ddiperkatakan oleh bRAVEhEART ni ada kebenarannya. Banjir memang disebabkan oleh hujan TETAPI kalau hutan yang tebal boleh membantu menyerap air dan memperlahankan pergerakan air ke sungai. Kalau air turun dengan sedikit perlahan, tekanan dan arusnya akan rendah.

Jadi ianya memberi ruang masa untuk mangsa berpindah dan tidak menghanyutkan harta benda mangsa.

Jadi kalau nak tegakkan benang, memang ketka ia basah tapi kalau dah kering, tak guna lagi, kecuali kita guna kanji.

bRAVEhEART said...

Nampanknya 'Anon' ini masih tidak berpuashati selagi tidak menyalahkan kerajaan atau seseorang sehingga bagaikan lupa bahawa Allah maha berkuasa yg menentukan segalanya. Berkali2 sy nyatakan bahawa banjir kali ini besar sekali kerana hujan berlebihan ... faktor perubahan cuaca dunia ... namun dia masih menegakkan benang basahnya ... utk mempertahankan 'seseorang' agaknya..

Dalam sesuatu keadaan dimana Allah perlihatkan kuasanya tiada apa yg manusia dapat lakukan bagi mengatasinya..

Perhatikanlah juga banjir2 diseluruh dunia.. yg berlaku sekarang ini... ianya bukan hanya kerana pembalakan semata-mata... ianya mengenai HUJAN BERLEBIHAN dan FENOMENA PERUBAHAN CUACA..

.. NOKHTAH!

Anonymous said...

Apa yg dihebohkan tu..adakah antara kalian terlibat atau berkepentingan dlm isu ini..yg kaya raya rasanya bukan secara kita yg berbahas ni...jadi biarlah pihak berwajib menjalankan tugas mereka..menyiasat dan mengambil tindakan wajar jika terdapat mana mana mambang yg bertanggungjawab..kita..jaga lah keluarga dan diri kita. Habis cita.

Anonymous said...

Tahun1971, tiada pembalakan di hulu sg tembeling,kenapa banjir besar jga, sebelum itu ada banjir yg lebih besar lagi yg terkenal dengan panggilan " bah beku / bah lumpur dan di kelantam dengan perkataan banjir merah adakah itu disebabkan pembalakan....msalah pembalakan mesti ditangani dan diambil perhatian yg serius , tetapi banjir yg melanda pd tahun 2014 bukan disebabkan 100 % oleh pembalakan.

Anonymous said...

Maka...marilah ramai2 pergi tebang balak...jangan risau tentang banjir kerana ia kurniaan Allah taala untuk umatnya yang beriman.

bRAVEhEART said...

Hahaha...maka.. terserlah kebodohan yang amat sangat Anon diatas,,, yang tidak faham apa yang diperkatakan,, yang tersurat dan yang tersirat...nasib baik yang bodoh ni bukan orang kampong saya...hehehe..

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...