Suara Anak Pahang - Perlu Baca

22 April, 2015

PRK ROMPIN PERMATANG PAUH, MENYERLAH AURA NAJIB




Semua perhatian tertumpu kepada PRK Rompin yang akan berlangsung pada 5hb Mei nanti. 

Bagi BN, PRK ini mesti dimenangi demi mempertahankan maruah dengan mengekalkan majoriti undi 15 ribu bahkan lebih baik jika dapat menambah.

Kita maklum kepimpinan Dato' Seri Najib sedang diuji dengan ujian getir, bukan sahaja oleh pihak pembangkang bahkan oleh UMNO sendiri sama ada secara terang atau bersembunyi.

Tekanan dari mantan PM Tun Dr. Mahathir yang tidak henti-henti juga membuatkan Dato' Seri Najib 'kering tekak' kerana ianya sering diambil kesempatan oleh pembangkang untuk menggoncang kerajaan BN.

Sikap menteri-menteri dan majlis kerja tertinggi UMNO yang membisu setiap kali PM dihentam dari kiri-kanan menimbulkan pertanyaan: dimana sokongan yang diharapkan dari 'pendekar-pendekar' untuk membantu PM?

Timbul persepsi bahawa adanya agenda tersembunyi kumpulan yang menanti peluang untuk menolak jatuh pucuk pimpinan bila saat sesuai tiba.

Justeru, PRK Rompin ini sangat bermakna kepada Dato' Seri Najib dalam perjuangannya untuk membuktikan bahawa kepimpinannya masih relevan dan BN masih diperlukan rakyat.

Kemenangan dengan majoriti besar akan mampu membina kepercayaan rakyat dalam PRK berikutnya di Permatang Pauh kelak dan momentum itu diharap dapat diteruskan menjelang PRU akan datang.

Bagi Pas, memenangi PRK Rompin hanyalah mimpi dan angan-angan, selebihnya hanyalah semata-mata untuk mengecilkan kemenangan BN untuk dicanang sebagai sokongan rakyat kepada kerajaan sudah menurun dan rakyat sudah menolak BN.

Pesuruhjaya Pas Pahang sendiri dalam satu kenyataannya menyatakan bahawa penyertaan Pas dalam PRK Rompin ini bukanlah untuk mengharapkan kemenangan. Jika bukan ada harapan untuk menang apa perlunya Pas bertanding?

Pengundi Rompin terutama golongan muda sepatutnya lebih bijak memilih, antara intan dan kaca... antara perjuagan sebenar UMNO yang ikhlas dan perjuangan Pas yang sia-sia.

Keputusan PRK nanti, Rompin masih tetap milik UMNO BN dan besar kemungkinan pengundi Permatang Pauh juga berubah arah kerana sedar harapan selama ini hanya bagai kiambang, pucuk tak kesampaian dan akar tak jejak.



2 comments:

sesejuk mata memandang said...

Menang di Ropmpin bukan bererti Najib mendapat kepercayaan rakyat sebaliknya Ropmpin tidak mahu dipimpin oleh pembangkang malah tidak lebih dari itu.

Jika menang sekali pun tidak bererti Najib tidak tercalar dengan apa yang telah buat walaupun baik tetapi beberapa isu yang diketengaha dan mahu diketahui oleh rakyat masih disembunyikan oleh tangan-tangan ghaib. Jadi jika ada gerakan mencari pengganti Najib lah yang harus dipersalahkan kerana cakap tidak serupa bikin

Anonymous said...

Ada golongan dalam UMNO begitu juga dalam mana2 parti politik juga lain2 pertubuhan puak2-puak yang akan mengambil kesempatan untuk berkuasa. PAS pun apa kurangnya puak PASMA.

Mereka2 inilah oportunsi2 dan musang-musang yang akan mengambil peluang setelah semua semak samun telah dicerahkan oleh orang yang terdahulu.

Mereka inilah gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut, api dalam sekam dan musang berbulu ayam.

Sebagai PM bagi kami Najib telah melakukan banyak kebaikan untuk rakyat walaupun cuma 6 tahun memerintah. Jika nak dibanding dengan Tun lebih dari 20 tahun amat dayuslah penyokong2 Tun. Jangan lupa UMNO pernah diharamkan semasa Era Tun.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...