Suara Anak Pahang - Perlu Baca

15 May, 2015

MEMILIH ANTARA TUN 'M' DAN DS' N'






Rakyat, khususnya ahli UMNO sudah bagai tidak dapat mengelak dan terpaksa memilih antara 2. Diantara DS Najib dengan Tun Dr. Mahathir, mantan Presiden dan Perdana Menteri yang namanya sudah sinoniom dengan negara Malaysia.

Diluar negara, bila orang ingat Dr. Mahathir, mereka akan ingat Malaysia. Demikian juga, bila ingat Malaysia mereka akan ingat Dr. Mahathir. Bukan sedikit jasa yang dicurahkan oleh Tun kepada bumi tercinta ini.

Saya sudah waras untuk berfikir ketika Tun menduduki kerusi PM ketika itu, menggantikan Huseein Onn. Saya tertanya-tanya mampukah beliau melaksanakan tugasnya sebagai pemimpin nombor satu negara. Namun tidak lama, keraguan menjadi kebingungan seketika apabila perkara pertama dilakukannya adalah 'menyeragamkan' waktu diantara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak yang berbeza 30 minit sebelum itu. Saya sedar bahawa insan bernama Mahathir ini sangat pentingkan waktu.

Selain itu, tindakan kecil dan sederhana yang turut memberi impak besar yang dilakukan adalah menurunkan nilai Ringgit Malaysia berbanding Singapura. Serta merta arus ekonomi Malaysia/Singapura berubah. Rakyat Malaysia tidak lagi ke Singapura untuk ber-shopping sebaliknya rakyat Singapura yang lebih banyak ke Malaysia bagi tujuan berkenaan.

22 tahun mentadbir negara banyak yang telah Tun lakukan. Jika hendak dibilang, dengan jari bersama jari kaki pun masih belum cukup untuk mengiranya. Namun segala yang dilakukan bukanlah dengan mudah. Segalanya penuh dengan cabaran dan dugaan bahkan kadagkalan disertakan tohmahan.

Berapa ramai yang menyindir bila projek kereta nasional ingin dilaksanakan. Berapa ramai yang membantah apabila Putrajaya dibangunkan.... menara berkembar Petronas dan banyak lagi. Segalanya dilakukan dengan perjuangan. Namun akhirnya Tun dapat melaksanakannya dengan jaya dan membuktikan kepada dunia bahawa beliau, rakyat dan negara Malaysia .... mampu melakukannya.

Untungnya pada zaman itu teknologi telekomunikasi belum cukup berkembang dan media sosial tidak menjadi saluran rakyat menyatakan pendapat dan bantahan. Jika Tun memimpi negara pada ketika ini, mungkin beliau juga akan merasa tertekan oleh desakan rakyat sebagaimana yang diterima oleh DS Najib.

Saya blogger pencacai yang tidak langsung disedari keujudannya dan tidak juga diperhatikan oleh Tun M. Justeru tulisan ini bukanlah bertujuan untuk mendapat perhatian beliau sama sekali. Saya hanyalah seorang blogger yang turut juga digelarkan 'bangang' oleh DS Najib bersama-sama yang lain suatu ketika tidak lama dulu.  Justeru saya juga tidak terhutang apa-apa kepada mereka. 

Sokongan saya kepada siapa akan saya tentukan bila tiba masanya. 

Kecewa? 

Ya ! Dah lama dahh..... Bukan saja pada DS Najib, pada Shabery Cheek juga.

Sesiapapun tak perlu bimbang, tulisan ini tidak akan memberikan kesan.



7 comments:

Anonymous said...

setuju,
saya dipihak Najib kerana NAJIB adalah presiden Umno masa kini hatta kalau Mahathir presiden masa kinipun saya akan sokong

sptmana pas dap dan pkr wala pada presidennya kenapa ahli umno engkar pada presiden sendiri......isu-isu lain tolak tepi dulu.

bekas mantan telah menerima sokongan ahli lebih 20 tahun,...kenapa saat presiden hari ini perlukan sokongan beliau..dia lari malah hasut ahli lain boikot sama?

sikap macam ini,kita hendak panggil apa????????????????

ingat isu-isu lain tolak tepi dulu...utamakan kesetiaan ,setiakawan..dan bukannya menjadi "brutus"..

Anonymous said...

sabarlah....

Anonymous said...

Alasan menyatakan zaman Tun tidak ada media sosial menyebabkan Tun tidak mempunyai banyak masalah adalah satu alasan untuk memuaskan hati sahaja. Dengan teknologi canggih zaman sekarang bukankah lebih mudah untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan bernas keseluruh pelusuk dunia dengan cepat. Malangnya mereka tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin. Soalan yang ditanya tidak dijawab. Fitnah yang dilemparkan tidak dibalas. Segala soalan ataupun fitnah sekiranya dijawab dengan cepat, jujur dan tepat sudah pasti akan dapat menyelesaikan masalah.

Weak gandus said...

BIASANYA KALAU KES IMDB DAN SEWAKTU NYA, DAP DAN PKR LAH YANG LANTANG MEMEKIK SURUH PM LETAK JAWATAN....
INI TIDAK BERLAKU, KENAPA ?
KERANA MEREKA TAHU PM NI LEMBAB DAN MUDAH UNTUK DIRATAH PADA PRU 14.
BUAT MASA INI PKR.DAP.PAS SEDANNG KUMPUL PELURU UNTUK DIGUNA HABIS HABISAN PADA KEMPEN PRU 14 NANTI.
MEREKA TAHU PM LEMAH... DAN MUDAH UNTUK
DI SINGKIR NANTI !
PERCAYA TAK ?... Let's wait and see....

Anonymous said...

Saya baru baca blog Wakeup Malaya yg menjawab persoalan yg diutarakan oleh TDM. Tapi x nampak ada wang hilang. Yg nampak 1MDB ni banyak aset tapi kurang kecairan.

McTheory said...

Terbaik bro.. tabik spring..

Anonymous said...

weak gundus bicaranya bener, pakatan haramjadah hanya mendiam diri menghitung waktu mengambil peluang di atas kelemahan dan ketidakcekapan Pak Najib dalam mengekang permasalahan.. They don't mind to step aside, akhirnya akan mengambil segala advantage di saat rakyat ramai melenting diri tanpa haluan.

Yang penting mELAYU ITU BERSATU, SOKONG PEMBANGUNAN EKONOMI ORANG MELAYU BUMIPUTRA, KERANA KUASA WANG RINGGIT MASIH DI TANGAN BANGSA CINA IAITU MUSUH UTAMA. Cina ni tengah panas kerana mereka tak leh lagi culas bayar cukai perdagangan dengan adanya GST. Sebelum ini hanya 60% aje yang mereka jelaskan kepada pihak berwajib.. 40% lagi digunakan untuk gerak kerja mengguling kerajaan Melayu dan kedaulatan Raja Melayu. Mereka ingin sekali Penganut agama Islam semua jadi seperti ahlul Pasial yang mudah dicucuk hidung ke sana sini..


Cik Deet Siing

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...