Prof. Mongi Ferchichi susah payah beri penerangan
kepada 2 wakil rakyat pembangkang
Isu bauksit kecoh lagi. Dalam keadaan kerajaan negeri sedang berunding dengan kerajaan pusat bagi mencari formula terbaik yang menguntungkan semua pihak, ada pihak yang menangguk di air keruh.
Ketika demo penggunaan 'Adherex 120' oleh Prof. Mongi Ferchichi di tapak perlombongan bauksit KotaSas di RTP Bukit Goh dulu, bukan sahaja media bahkan wakil-wakil rakyat pembangkang turut serta. Mereka dengar dan mereka faham, namun demi kepentingan politik dan kerjaya masing-masing maka mereka pura-pura tidak tahu.
Untuk makluman, 'Adhrex 120' pernah digunakan oleh US semasa menceroboh Iraq dimana ianya disemburkan dipasir-pasir gurun, menjadikannya keras dan tidak berdebu untuk dilalui oleh pengangkutan tentera US. Pasir jadi keras dan tidak lagi berdebu selepas penggunaan bahan berkenaan.
Di media arus perdana, isu itu dimainkan semula dan gambar-gambar lama juga dimuatnaikkan di laman-laman media sosial bertujuan menjatuhkan kredibiliti kerajaan negeri. Pembaca dilaman media sosial pula tanpa usul periksa terus percaya dan menyebarkannya menjadikannya viral.
Masalah utama perlombongan bauksit adalah pencemaran dari segi debu-debu apabila bauksit diangkut ke pelabuhan. Itulah yang sedang cuba diselesaikan dengan formula dari Prof. Mongi Ferchichi.
Pembangkang tahu mengenai itu bahkan sebahagian mereka dan kaum kerabat mereka juga mendapat faedah dari hasil perlombongan berkenaan, namun dalam masa sama mereka juga bersuara seolah-oleh mereka tidak mendapat apa-apa dan berjuang demi rakyat.
Ralatnya kenapakah mereka yang mendapat faedah dari bauksit tidak pula pertahankan perlombongan bauksit ini? Mana pemilik-pemilik tanah yang dijadikan lombong? Mana pemandu dan pengusaha lori? Mana pekerja-pekerja yang berkaitan dengannya? Ada yang dalam facebook bukan main handal melabel orang lain sebagai blogger pemakan dedak namun dalam isu cari makanannya sendiri dia diamkan diri.
Memang ramai yang 'terseksa' akibat pencemaran perlombongan bauksit berkenaan, namun berapa ramai pula yang mendapat 'kehidupan' darinya.
Kerajaan negeri pasti ingin bersikap adil kepada semua pihak. Berapa ramai pemilik tanah yang ingin perlombongan ini diteruskan? Berapa ramai pemandu-pemandu dan pemilik pengangkutan serta pekerja-pekerja yang akan putus mata pencarian jika ianya dihentikan.
Di negara-negara luar, mereka juga lakukan perlombongan bauksit dan tidak menghadapi sebarang masalah kerana ianya tidak dimomok dengan keburukan yang melampau. Hanya di Malaysia keadaan ini berlaku. Apakah jika pembangkang memerintah perlombongan akan dihentikan terus?
Bukan sedikit pengalaman kita dengan pihak pembangkang, lihat sahaja di negeri-negeri dimana pembangkang berkuasa, mereka tetap melakukan yang sama walaupun dulunya mereka bantah. Jadi apa yang kita harapkan dari perjuangan pembangkang ini?
Mereka ingin dilihat sebagai pejuang rakyat dalam isu-isu tertentu yang rakyat tidak banyak memahami hanya kerana ingin mendapat pengaruh dan undi, Hanya untuk mendapat kuasa. Namun apabila mereka berkuasa, mereka tetap akan melakukan perkara yang serupa. Jusetru perubahan apa yang kita harapkan?
Tidak ada laut merah sebagaimana yang didakwa..
saya sendiri mandi dan tidak hadapi masalah.
Air di pantai Kuantan masih jernih dan selamat untuk bermandi-mandian dan tidak sebagaimana yang digambarkan. Mungkin jika kita tidak ke sana kita tidak akan megetahui hakikat kebenarannya. Memang ada berlaku 'kekeruhan' air akibat dari hujan lebat, tetapi itu adalah normal dimana-manapun.
Demo henti debu bauksit guna 'Adherex 120'
Mungkin kebebasan bersuara dan media sosial baru bagi rakyat negara kita, jadi mereka tidak memahaminya dengan baik, tak dapat membezakan yang mana maklumat benar dan yang mana yang salah. Sikap suka dan cepat menyebarkan maklumat tanpa usul periksa juga adalah punca kegawatan ini.
Tidak ada makna Malaysia jadi negara maju sedangkan fikiran kita masih fikiran kelas 3. Mudah terpengaruh dan terpedaya.
Kasihan kepada pengusaha dan pemandu lori, pekerja-pekerja serta penjaja dan peniaga yang yang bergantung hidup dan harap dengan adanya pelombongan bauksit. Cuma, kerajaan negeri perlu segera cari jalan penyelesaian agar debu-debu dan habuk dari pengangkutan bauksit berkenaan tidak terus menganggu penduduk yang terlibat.
5 comments:
bro blogger,
bauksit adalah tergolong drp logam berat. amat merbahaya jika termasuk ke dalam punca air. apatahlagi manusia bergantung kepada air utk hidup.
pencemaran bauksit bukan sebab debu sahaja. minta tuan punya blog beri perhatian. jika debu termasuk ke dalam salur penafasan, akan menyebabkan asma dan radang paru-paru atau mungkin lebih teruk drp itu.
pencemaran bauksit sudah sampai ke tahap runcing dimana kerosakkannya adalah di dalam tahap kekal.
gunakanlah apa sahaja teknologi utk angkut bauksit keluar drp lombing, tetap pencemaran akan berlaku.
indonesia mengharamkan export mineral seperti bauksit kecuali jika ianya di proses di sana.
jadi, jangan main hentam je. cuba tengok laluan ke jabor melalui LPT.
tengok kerosakkan yg berlaku. baru beri komen yg munasabah.
jgn nak salahkan pembangkang sahaja. bauksit adalah kesalahan kerajaan negeri pahang. bawah pentadbiran bn.
But APA pun kalau tanpa kawalan akan memudaratkan. Masaalahnya kat negàra kita ni penguatkuasaan undang2 seperti tak ada langsung.penguatkuasa yg diamanahkan tidak menjalankan amanah yg diberikan. Bila rakyat komplin masing2 melenting menegakkan benang basah. Pengusaha pula jenis yg bertuhankan duit...asalkan dapat duit main redah sahaja tanpa batas undang2 Dan kemanusiaan.
kalau hanya memikirkan berapa ramai manusia yang terlibat dengan bauksit akan kehilangan pendapatan bila aktiviti ini dihentikan, bagaimana pula dengan nasib berapa ramai lagi rakyat yang saban hari terpaksa mandi debu dan bernafas dengan udara merah? malangnya rakyat yang saban hari mandi debu dan bernafas dengan udara merah ini LANGSUNG tidak mendapat sebarang manfaat daripada perlombongan bauksit. yang mereka terima adalah BALA saban masa. adakah untuk MEMBERI MAKAN kepada sebilangan orang, maka seberapa ramai lagi rakyat terpaksa DISUSAHKAN dan DISENGSARAKAN?
Allah menciptakan sesuatu di atas muka bumi ini adalah untuk dimanfaatkan. bagaimanapun, ketika mengambil manfaat tersebut ianya wajib dilakukan secara berhemah. jangan merosakkan alam sekitar, jangan mengganggu kehidupan lain, dan jangan sesekali menyusahkan orang lain yang langsung tidak ada kaitan dan tidak menerima sebarang manfaat daripadanya. bagaimana? jika berkaitan dengan debu ,erah, tanah berciciran atas jalan ketika pengangkutan dsb, tidak terlalu tinggi aras otak untuk berfikir bagi menyelesaikannya.
1. bahagian muatan lori pengangkut WAJIB ditutup rapat agar tidak ada sebarang debu boleh keluar daripada lori
2. lori pengangkut WAJIB dicuci bersih sebelum menggunakan jalan raya bagi tujuan pengangkutan bauksit ke pelabuhan
3. proses mengorek dan mengisi tanah bauksit ke dalam lori dilaksanakan tanpa menyebabkan debu halus berterbangan ke udara dan singgah ke kediaman penduduk berdekatan.
soalnya, adakah ianya dilaksanakan dan dikuatkuasakan? setakat pemantauan pihak ngo alam sekitar, yang dilaksanakan hanyalah bayaran untuk menutup mulut...
Kenapa tak ada yg komen bahawa pembangkang j6ga mendapat manafaat dari perlombongan ini?
Kalau guna adherex 120 kenapa masih banyak debu.
Post a Comment