Showing posts with label UMNO gagal kuasai media sosial. Show all posts
Showing posts with label UMNO gagal kuasai media sosial. Show all posts

11 September, 2011

MEDIA BARU DAN PEMIKIRAN LAMA DIPEDALAMAN (JERANTUT)





Saya memerhatikan perkembangan media sosial di daerah kelahiran saya sendiri, nampaknya telah berkembang pesat. Ketika saya mula terlibat dengan media sosial ini pada tahun 2007, segalanya masih gelap. Tidak ramai yang turut mainkan peranan mereka dalam media sosial seperti blog atau setidak-tidaknya yang paling mudah seperti facebook. Mungkin kerana jauh di pedalaman serta kekurangan dari segi kemudahan internet membuatkannya demikian.

Namun segalanya sudah berubah. Kini sudah banyak blog-blog yang berwajahkan Jerantut biarpun kecenderungan utamanya adalah menulis politik. Facebook juga sudah tidak lagi terkira jumlahnya, sehingga di ulu sungai dan jauh di pedalaman seperti Kg. Bantal dan Kg. Mat Daling juga sudah ada kecenderungan ber-facebook. Saya tidak pasti pula sama ada twitter juga jadi kegemaran disini, mungkin tidak buat masa sekarang namun akan sampai juga waktunya nanti mereka akan asyik ber-twitter sepanjang masa seperti budaya di KL.

Memang perkembangan ini memberikan kebaikan kepada semua pihak, namun kerajaan atau pemerintah harus memantaunya dengan ketat, jika tidak ini akan memberikan kesan buruk kepada kerajaan pemerintah. Kita semua maklum bahawa kegagalan kita dalam PRU12 lalu adalah kerana kegagalan kita mentafsir impak yang mampu diberikan oleh media sosial. Kita gagal menguasainya sehingga pihak pembangkang menggunakan sepenuhnya sebagai saluran komunikasi mereka untuk menguggat kerajaan.

Kita percaya ketika ini kerajaan sudah sedar peranan dan impak yang mampu diberikan oleh media sosial, tetapi kita melihat bahawa ianya masih gagal dikawal sebaik-baiknya. Bahkan kita masih percaya yang majoriti pengamal media sosial adalah dari kalangan penyokong pembangkang. Keadaan ini jika dibiarkan tentu sukar memberikan kemenangan kepada parti kerajaan didalam PRU akan datang.

Saya melihat bahawa media sosial adalah sebagai satu ledakan revolusi yang tidak terkawal. Jika pemimpin kerajaan tidak berusaha untuk mengawalnya maka revolusi itu akan menghancurkan kerajaan yang ada. Apa yang harus dilakukan adalah pemimpin harus turun ke akar umbi dan tonjolkan diri sebagai pemimpin kepada revolusi media sosial ini dan seterusnya mejadi pemimpin rakyat. Media sosial sudah jadi media rakyat, justeru untuk memenangi hati rakyat pemimpin harus menjuarai media sosial untuk seterusnya menjuarai rakyat.

Apakah yang pemimpin kita lakukan selama ini? Mari kita ibaratkan pengamal media sosial ini sebagai revolusiner....mereka lahir didalam keadaan celaru dan haru-biru, mereka ketiadaan pemimpin namun mereka ingin berjuang dengan caranya, maka mereka yang bersenjatakan apa saja akan mencederakan bahkan membunuh siapa saja sesama mereka. Jika pemimpin kita turun ke akar umbi dan memandu mereka untuk kenali siapa sahabat dan siapa musuh, maka sudah tentu setiap serangan yang dilakukan akan jadi lebih teratur dan memberi impak yang besar kepada kerajaan dan rakyat juga. Seterusnya memberikan peluang kerajaan untuk terus memerintah.

Tahniah kepada laman-laman grup facebook di Jerantut; Dewan Parlimen Jerantut, Satu Jerantut, Kome Satu Jerantut dan sebagainya yang tak mampu saya sebutkan satu persatu. Tahniah juga kepada blog-blog baru politik Jerantut; Kutukan Dewata, Pemikir Politik Jerantut dan lain-lain lagi. Menulislah, bersuaralah untuk memberikan pandangan dan pendapat rakyat, tetapi harus dengan berhemah.

Di zaman Jerantut masih 'gelap' media sosial, kesian 'seseorang' yang sering dituduh sebagai penulis blog hanya kerana dia lah penulis blog terawal. Mungkin mereka lupa bahawa masih ramai orang yang mampu malakukannya bahkan mungkin lebih baik selain 'dia'. Jika masyarakat Jerantut masih gelap masa kini, tentu mereka akan pening kepala kerana sudah tentu mereka sedar bahawa tentulah tidak mampu 'seseorang itu' untuk memiliki kesemua lebih 40 blog yang ada sekarang ini serta beberapa puluh bahkan ratus laman facebook. Masa telah selamatkan 'orang itu' dari tertuduh selamanya.



12 July, 2011

GELOMBANG KE-2 MEDIA SOSIAL




Perhimpunan rusuhan 'Bersih' yang tujuan khususnya untuk menjatuhkan kerajaan secara demonstrasi telah gagal. Kerajaan telah berjaya menghalang perkara-perkara buruk dari berlaku. Pihak pembangkang tentu tidak berpuas hati apabila sasaran mereka tidak kesampaian. 

Memang ada beberapa aduan yang sebenarnya tohmahan 'kunun'nya pihak keselamatan bertindak ganas terhadap  para perusuh, namun jika pihak keselamatan tidak bertindak pantas dan keras sudah tentu jiwa mereka juga tidak akan selamat kerana mereka ketika itu berhadapan dengan perusuh yang ganas dan sudah bersedia untuk berlaku ganas. Jika saya ahli pasukan keselamatan ketika itu, pasti saya akan lakukan pendekatan yang mungkin lebih keras lagi.

Buat seketika pihak kerajaan boleh berehat sejenak dan menarik nafas panjang, namun mereka jangan leka kerana apa yang saya perhatikan adalah kesan yang besar didalam diam. Mungkin tidak ramai yang merasainya namun saya merasakan ini satu gelombang yang jika tidak ditangani dengan baik akan mampu menenggelamkan bahtera yang sedang kita layari sekarang ini. Apakah maksud sebenar saya?

Kita semua akui bahawa gelombang pertama yang melanda dan hampir membenam BN dalam PRU12 lalu adalah dari ledakan media sosial. Namun seketika kita boleh mendabik dada bahawa kita sudah mula dapat mengawalnya dan menjuarainya. Dalam media blog, kita bangkit dengan kumpulan BPN (Blogger Pembela Negara) namun kemudiannya tenggelam dibawa arus masa. Blogger Patriot dibina diatas keruntuhan BPN, sedangkan nafas lebih patut diberikan kepada BPN yang mempelopori perjuangan, namun kerana kepentingan politik BPN dibiarkan berkubur tanpa nesan.

Kita bangga kerana merasa kita sudah menguasai blogger berdasarkan kepada jumlah blog yang menduduki tangga teratas. Sebahagian kita jadi leka dan bersikap sambil lewa dan santai sambil menghisap cerutu dan menghitung laba. Kita merasa kita kuat justeru kita menikam sesama sendiri, tetapi kita lupa bahawa jerat tidak pernah lupakan pelandok.

Sedarkah kita bahawa bersama dengan perhimpunan rusuhan itu, media sosial pembangkang telah bangkit semula kerana mereka menerima dana yang banyak. Lihat saja di blog, mereka aktif lawati  blog kita dan memberikan komennya selain dari aktif menulis diblog mereka sendiri. Demikian juga di Facebook dan Twitter, mereka juga aktif kerana sumbangan dana yang sampai kepada mereka melincirkan segalanya.

Perhatikan juga banyak grup-grup dan laman-laman baru facebook telah diujudkan. Mereka aktif kerana adanya dana yang besar dan akan terus melakukan ini sehingga PRU13 nanti. Apakah yang pihak kita lakukan? Kita tidak ada sebarang dana untuk menggerakkan media sosial kadang-kala ada antara pemimpin kita yang masih  tidak percaya kepada keupayaan media sosial. Kita juga menikam sesama sendiri selama ini. Kerana itulah BPN berkubur dan mati. Ada antara blogger kita mengejar nama dan kebendaan serta mengenepikan perjuangan sebenar bahkan tidak peduli apa kita akan menang atau kalah. Mungkin mereka sangat yakin bahawa BN tidak akan tumbang. Apakah mereka sedar bahawa 'tidak ada bateri yang tahan selamanya'!

Saya tidak tahu apakah tindakan pemimpin kita selepas ini, tetapi saya akan tetap teruskan perjuangan biarpun berseorangan, biarpun tiada menerima apa-apa sumbangan, atau jasa tidak juga akan dikenang. Saya percaya pada kata-kata Tun Dr. Mahathir; 'Perjuagan Belum Selesai' selagi hayat dikandung badan. Ingatan saya kepada sahabat supaya kembali kepada perjuangan asal, seperti bagaimana kita bermula dahulu.

Media Baru UMNO kita, setakat mana di negeri-negeri dan dibahagian-bahagian? Yang saya lihat dan rasakan semuanya masih kaku dan bisu, sepi dan mati.



Huh! Polis pun mereka lawan? Jihad atau Jahat ni?
Walaupun mereka memfatwakan sebagai halal, namun ini tetap haram 
dan mereka semua memang haramjadah!

03 December, 2010

MENGIMBAU KENANGAN - BLOGGER PEMBELA NEGARA

Logo Awal BPN


Logo Kumpulan Penyokong BPN


Logo BPN 
Logo terbaru BPN (flash) tidak dapat
 ditunjukkan kerana masalah teknikal.


Posting seorang sahabat, blogger House PK semalam membuatkan saya jadi sebak. (Klik Sini)  Harap saya tidak silap baca bahawa apa yang ditulisnya adalah satu pengiktirafan terhadap saya dengan menganggap saya sebagai salah seorang blogger ‘otai’. Posting kali ini ada hubungkait @ kseinambungan dari apa yang perkatakan semalam.


Sebelum PRU12 lalu banyak pihak termasuk pemerintah sendiri tersilap dalam menilai blog (media sosial / termasuk fb dan sebagainya) sebagai media alteratif berbanding media arus perdana. Justru itu ada antara pemimpin kita memandang remeh terhadap peranan blog sehingga ada yang menganggap blogger sebagai ‘beruk’.

Akibat dari kegagalan kerajaan menilai impak sebenar peranan ‘media sosial’ maka pada 8hb Mac, 2008 keputusan PRU12 telah mengejutkan banyak pihak – BN kehilangan beberapa buah negeri dan gagal mendapat majoriti mudah 2/3 di Parlimen. (Klik ke Kedudukan Kerusi Dewan Undangan Negeri)  dan (Klik ke Kedudukan Kerusi Dewan rakyat)

Timbul kesedaran dikalangan sebahagian rakyat yang prihatin dan ingin berjuang menebus malu lalu secara sukarela membina blog dan menubuhkan BPN (Blogger Pembela Negara) yang bertujuan berjuang membantu kerajaan menentang blogger dari kalangan pro pembangkang. Kami bergerak semasa pemimpun UMNO masih terlena ataupun masih hilang punca. Segalanya dilakukan dengan terancang dan atas rasa keinsafan diri demi sayangkan agama, bangsa dan negara tercinta ini..

Rata-rata blogger ahli BPN mula berblog pada sekitar 2008. Dibawah ini saya catatkan maklumat sebahagian blogger (bekas) BPN. Mohon maaf kepada mereka yang saya tidak sebutkan:

Parpukari – 25.11.2008
Gomo – 16.12.2008
Taipingmali – 16.4.2008
Pang5 Perang Siber – 9.5.2008
Waadat – 20.11.2008
Abang Tuah – 11.5.2009
Yeop Perak – 13.11.2008
Kumbang – (sudah ditutup / tiada maklumat)
Pejuang Bangsa – 30.3.2008
Pak Mie – 21.12.2008
Pilihan Anda – 10.4.2008
Melayu Sepang – 14. 3.2008
Rajah Mas – 10.12.2008
Sumandak – 9.8.2007
Desperado – 10.4.2008
Apai Ngelai – 14.11.2008
Braveheart – 30.6.2008

Gabungan Blogger Pembela Negara dibentuk sekitar 26.11.2008, mensasarkan golongan muda yang celik IT dan menyerang blogger-blogger pro pembangkang yang pada ketika itu menguasai media sosial khususnya blog. Blogger-blogger BPN menjawab dan menyerang-balas segala dakyah dan tohmahan blogger pro pembangkang secara bersepadu dan tersusun diblog masing-masing. Selain itu chatroll BPN juga sering digunakan sebagai medan perbahasan dimana suasananya selalunya hangat.

Ahli-ahli BPN juga sering mengadakan mesyuarat secara ‘online conference’ bagi membincang dan mendapat kata putus bagi satu-satu isu dan diakhiri dengan resolusi-resolusi tertentu. Ini berlaku beberapa lama sehingga akhirnya blogger pro pembangkang kelihatan tewas dan berakhir dengan blogger pro kerajaan @ mesra kerajaan menguasai 100 tempat teratas dari blog yang dikunjungi ramai seperti yang disiarkan di Utusan Malaysia baru-baru ini.

Beberapa blogger lama telah tercicir dari senarai 100 terkini atas beberapa sebab. Kumbang umpamanya sudah istihar bersara atas alasan yang sangat peribadi. Saya sendiri sudah beberapa kali ingin bersara namun atas desakan dan sokongan sahabat masih juga meneruskan dan menganggap ini sebagai satu perjuangan.

Kesedaran (sedikit) dari UMNO dengan menwujudkan kumpulan blogger Unit Media Baru disambut baik. Bagaimanapun dalam keadaan tertentu adalah lebih baik UMB menyerap kedalam BPN ataupun BPN diserapkan ke UMB supaya supaya tidak berlaku pertembungan kepentingan. Bagaimanapun, melainkan UMB Pulai Pinang dan Wangsa Maju, lain-lainnya hanyalah sekadar ‘melukut ditepi gantang’ atau dengan kata yang lebih pedas; 'bagai pondan jalang'.

Saya beberapa kali menyuarakan kekecewaan terhadap UMB Pahang namun terus-terusan kecewa kerana bagaikan menyalak bukit, bukit tetap tak akan runtuh. Yang akan runtuh hanyalah semangat mereka yang benar-benar ingin berjuang pada jalan yang mereka pilih. Saya membayangkan UMB Pahang  akan mampu mengabungkan seluruh blogger di Pahang dibawah satu payung, memantau disamping membekalkan mereka dengan maklumat untuk dijadikan bahan dalam penulisan, supaya blog-blog mereka sentiasa hangat dan tepat menuju sasaran. Impian itu harus disimpan bila pemimpin yang ada hanya mementingkan nama serta korni dari  kepentingan menjuarai media sosial.

Terkini, ahli BPN telah mengadakan perbincangan untuk kembali menyusun dan menguatkan pasukan dengan merapatkan saf memandangkan PRU13 semakin hampir, mana tahu nanti jika tenaga kami yang sudah tinggal sedikit ini masih diperlukan untuk satu perjuangan meskipun sama ada dihargai ataupun tidak.

Tiada siapa yang boleh mendabik dada bahawa mereka boleh melakukan apa pun secara sendirian. Bahkan blogger elite sekalipun, keberkesanan mereka adalah kerana adanya sokongan blogger seperti kami. Kamilah yang berjuang dibarisan hadapan, Justru, BPN akan dikuatkan semula. Ahli-ahli BPN akan disatukan semula. Blog-blog dari blogger ‘otai’ akan kembali dipulihkan, blogger baru akan juga dibimbing, ruang sembang dichatroll BPN akan kembali dimeriahkan, laman facebook akan BPN berikan perhatian. Segalanya demi sebuah perjuang, demi sebuah bangsa bernama Melayu!

Baca - Pandangan dan penerimaan masyarakat terhadap blogger di Utusan Malaysia. (Klik)

BH = Blogger Haprak

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...