Suara Anak Pahang - Perlu Baca

20 December, 2016

KERAJAAN SELANGOR BERLEPAS TANGAN MASALAH GANGGUAN AIR



3.89 juta pengguna di sekitar Lembah Klang hari ini mula menghadapi gangguan bekalan air akibat kerja penyelenggaraan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Badong, Kuala Selangor.

Ini melibatkan 707,759 akaun di 814 kawasan di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum ini memaklumkan kerja penyelenggaraan TNB dan henti tugas berkenaan akan dilaksanakan selama 16 jam mulai 8 pagi.

Kerajaan negeri Selangor sudah 3 bulan terdahulu mengetahui mengenai gangguan bekalan air ini. Soalnya kenapa tidak membuat sebarang persediaan bahkan gagal maklumkan pada orang ramai.

Apakah kerajaan Selangor sengaja menunggu sehingga masalah ini berlaku kemudian sengaja dengan mudah mereka menyalahkan pihak TNB. 

Rakyat faham keadaan yang mereka terpaksa alami, namun sikap kerajaan negeri yang 'berlepas tangan' dan 'menuding jari' adalah sikap yang tidak wajar. Ianya seakan mempolitikkan kesusahan yang ditanggung rakyat.

Kita percaya ada banyak penyelesaian yang boleh kerajaan negeri ambil bagi membantu rakyat mengatasi masalah tersebut, namun sikap mengutamakan kepentingan politik mengatasi menyelesaikan permasalahan rakyat sangatlah tidak wajar dan dikesalkan.

Bagaimana dapat kita menaruh kepercayaan kepada sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab seperti ini? Janji-janji mengenai pembekalan air sewaktu pilihan raya dahulu juga tidak ditunaikan sehingga kini.

Andai parti bunga yang memerintah kerajaan Selangor, mungkin keadaan lebih teruk akan berlaku. Cuma kita tidak perlu bimbang kerana parti bunga langsung tidak ada harapan untuk menangi pilihan raya.

Bak kata pepatah; "Basah air mata memandang, namun air di paip kering kontang".




No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...