Singapura: Melayu yang dulunya majoriti kini tidak punya kuasa politik dan ekonomi di bawah kekuasaan PAP. Selepas ini Malaysia dengan bantuan PAS dan PKR akan dikuasai DAP sebagaimana di Penang, dan apakah nasib bangsa Melayu? Nasib Pak Kaduk, ayam menang kampong tergadai
SINGAPURA – MELAYU NAIK PANGKAT
(Sumber: Berita Harian 27hb Jun, 2009. MS 45)
Seorang pegawai kanan tentera singapura menjadi orang pertama di republik itu dinaikkan pangkat jeneral sejak ia berpisah dari Malaysia 44 tahun lalu.
Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan lewat semalam berkata, Kolonel Ishak Ismail, 46, dilantik sebagai brigadier jeneral satu bintang, bermula 1 Julai ini. Ismail ketika ini adalah Panglima Divisyen Ke-6.
Menteri Hal-Ehwal Islam yang juga menteri Alam Sekitar dan Sumber Air, Yaakob Ibrahim memberitahu Straits Times, kenaikan pangkat itu menunjukkan sesiapa saja yang sanggup bekerja keras dan mematuhi undang-undang akan dihargai.
Pandangan bh:
- Inilah yang terjadi apabila bangsa Melayu kehilangan kuasa politik dan diperintah oleh bangsa asing yang mengambil Temasek dengan tipu muslihat dan paksaan.
- Bangsa Melayu ditekan dan tidak diberikan peluang sama rata untuk banyak jawatan dalam kerajaan dan politik.
- Bangsa Melayu dipecah-pecahkan bagi melemahkan kuasa.
- Adat dan budaya Melayu perlahan-lahan dikikis dan Melayu Temasek sekarang sudah hilang identitinya.
- Jika kita masih bertelagah sesama Melayu, tidak mustahil Malaysia juga akan menjadi sepertimana Temasek kerana bangsa itu tidak pernah mengenang budi dan tidak reti bahasa.
- Segalanya kita serahkan kepada pemimpin dan pengikut PAS yang terdiri dari bangsa Melayu, sama ada inginkan perpaduan Melayu atau sengaja menempah bala dan sengsara jika kesedaran tentang perpaduan itu diabaikan.
(Klik untuk baca blog Broken The Code: Bukan Cina Tak Boleh Jadi PM Singapura)
Suara Anak Pahang - Perlu Baca
28 June, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian / Disclaimer
Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.
Terima kasih
1 comment:
Salam,
Bukannya bertujuan hendak menuduh, saya pernah terbaca email, hanya org yang bukan beragama Islam sahaja yang boleh memegang jawatan Jeneral di Singapura.
Jika orang beragama Islam ingin menjawat ke jawatan tersebut beliau perlulah menganut lain2 agam. Dinyatakan calon Jeneral Melayu yang terdahulu (X disebutkan dengan jelas bila ianya berlaku)kononnya X dapat jawatan tersebut X mahu meninggalkan Islam.
Sesiapa yang ada bukti tolong kemukakan atau jika tidak kita kira berita ini hanya fitnah.
Wassallam.
Post a Comment