Suara Anak Pahang - Perlu Baca
19 June, 2009
PAHANG DAILY ONLINE ~ CIPLAK POSTING BH?
1. Terima kasih kepada Pahang Daily OnLine kerana memberi perhatian khusus kepada posting dalam blog saya bertajuk ‘Pertemuan Blogger Pahang’ dan membukakan mata dan minda banyak pihak.
2. Saya cuma sedikit terkilan kerana PDO tidak mencatatkan dari mana sumber berita tulisannya diambil. Kebiasaannya (etika dalam penulisan blog) kita akan mencatatkan dari mana sumber maklumat itu didapati sebagai memberikan penghargaan kepada blog berkenaan dan me-link-kan kepada blog tersebut agar pembaca dapat membaca tulisan asal dari mana maklumat itu didapati. Mudahan-mudahan dilain kali PDO akan menghargai blog dan blogger lain sepertimana seharusnya.
3. PDO seakan menyatakan bahawa UMNO atau Kerajaan Pahang lah yang membina blog aggregator tersebut sedangkan sebenarnya UMNO / Kerajaan hanya menyatakan bahawa adanya sebuah blog (Gabungan Suara Anak Pahang http://gerbangtemumaya.blogspot.com) yang berfungsi menyatukan semua (sebahagian besar) blog-blog negeri Pahang dan tanpa mengira fahaman politik serta ketegori penulisan mereka. Blog Gabungan Suara Anak Pahang adalah sebuah blog bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak.
4. Komen PDO menyatakan bahawa siapakah yang mahu blogger UMNO bela? Dalam blog saya jelas menyatakan bahawa blog dan blogger pro kerajaan akan bertanggungjawab untuk membetulkan fakta yang sering diselewengi oleh blogger penentang kerajaan. (Hadirin juga dimaklumkan bahawa kerajaan bukan berniat hendak memerangi pihak lawan dengan mengwujudkan blog dan blogger pro kerajaan, tetapi kerajaan lebih rasa bertanggungjawab untuk menjawab segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak lawan selama ini.)
5. (Jika mereka sendiri melihat banyak kepincangan dan kebobrokan yang berlaku dalam agensi kerajaan, badan berkanun serta politik UMNO di negeri ini. Pucuk pimpinan mungkin merasa betul apa yang mereka lakukan, tetapi mereka harus sedar bahawa ahli diperingkat akar umbi biasanya akan melakukan kesilapan dan ini boleh memberi kesan kepada parti itu secara keseluruhannya.) Inilah masalah yang gagal kita lihat dengan jelas. Penjawat awam dalam pelbagai agensi kerajaan bukan hanya orang UMNO / Kerajaan semata-mata. Mereka juga terdiri dari kalangan pembangkang dan penyokong pembangkang. Saya tidak ragu menyatakan bahawa mereka inilah yang sebenarnya menjadi musuh dalam selimut dan duri dalam daging kepada UMNO dan Kerajaan selama ini. Merekalah yang mensabotaj segala usaha UMNO / Kerajaan dan mereka jugalah yang telah menjadi bebanan kepada UMNO / kerajaan dengan sikap mereka yang sentiasa bermuka-muka.
6. Bagaimanapun kita sama-sama setuju bahawa blog dan blogger ada dan dapat memberikan sumbangan kepada kedua-dua pihak dan kita mengiktiraf peranan para blogger semua.
7. (Apapun, tahniah diucapkan kepada UMNO Pahang dan kami kini menanti pula bilakah Pakatan Rakyat juga akan mengadakan program yang sama bagi memberi perhatian yang serius serta pengikhtirafan yang sama kepada para blogger yang kini "umpama mimpi di dalam mimpi".) PDO juga berharap Pakatan Rakyat akan mengadakan program yang serupa? Tahniah kepada UMNO yang kadang kala dan sesekali dapat mendahului pembangkang – huhu
8. Saya percaya bahawa UMNO akan mampu bergerak lebih pantas dan sentiasa akan mendahului lawan, cumanya UMNO harus membuangkan sikap ego mereka dan menghargai segala sumbangan yang orang lain dapat berikan.
9. PDO, ucapkan lah sedikit terima kasih kepada ’beranikan hati’ kerana dari mana artikal asal itu dipetik dan segala foto-foto diambil - alangkah baik dan berbudi bahasanya!
P.S. Saya hadir bukan atas kapasiti UMNO tetapi sebagai blogger bebas yang dijemput oleh Kerajaan Pahang untuk bersama-sama memajukan perkembangan blogger pro Kerajaan. Terima kasih kepada penghargaan yang Kerajaan Pahang. UMNO dan Kerajaan Pahang telah melangkah untuk berubah ~ bERANIKAN hATI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian / Disclaimer
Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.
Terima kasih
2 comments:
menciplak ni amalan biasa dalam blog.. lagi-lagi yang malas nak fikir... hehe
Salam,
mencipalak ok, tapi berikanlah kreadit kepada blog dimana maklumat tu diambil dan yang penting jangan memutarkan maklumat sehingga mengubah maksud asal.
Post a Comment