21 June, 2009

POLITIKUS DAN ULAMAK SETAN


Lim, mu ni pong doh kire macang ulamak juge lah, kalu tidok pong macang ustaz lah, hehe orang kampong bukang tahu kalu kite tipu pong


Bedoso bena ambo menipu oghe isle dale pati PAH ni, ambo tok seda dale semuta ambo ado pok sete


Sudah sekian lama kita didendangkan dengan kata-kata bahawa Politik dan Agama tak dapat dipisahkan, membangun bersama Islam dan sebagainya yang sering jadi propaganda Parti PAS.

Sejak dari dahulu lagi saya tidak pernah bersetuju dengan pendapat sedemikian. Walaupun mereka sering mengatakan bahawa Agama dan Politik tidak boleh dipisahkan tetapi saya tetap tidak percaya. Saya hanya percaya bahawa PAS adalah sebuah Parti Politik yang menggunakan Agama Islam bagi mempengaruhi penyokong dan pengundinya dengan retorik-retorik dan ayat-ayat suci Al-Quran yang disalahtafsirkan dengan memberikan terjemahan pada sebahagian dan menyembunyikan sebahagian yang lain.

Jangan salah faham! Bukan saya tidak percayakan kepada Ulamak dan Tuan Guru, tetapi saya tidak percayakan kepada Ulamak dan Tuan Guru yang menyertai Parti Politik. Kerana saya berpendapat bahawa setinggi mana dan sekuat mana pegangan mereka sekalipun, apabila mereka berpolitik mereka tidak lagi ada bezanya dengan mana-mana tokoh politik yang lain. Mereka akan selalu berpegang dengan kata bahawa matlamat akan menghalalkan cara.

Ingatkanlah kembali, siapakah yang mengkafirkan Parti UMNO kerana berkerjasama dengan MAC dan MIC? Dan siapa pula yang berkerjasama dengan DAP dan PKR? Itu hanya satu contoh yang kecil dan sudah tentu banyak lagi contoh-contoh yang masih segar dalam ingatan kita yang apabila dilakukan oleh UMNO ianya diharamkan oleh PAS tetapi apabila ianya dilakukan sendiri oleh PAS maka mereka menghalalkannya pula. Kita jadi keliru dengan hukum halal dan haram yang di keluarkan oleh PAS yang sentiasa memihak kepada mereka. Bagi mereka sentiasa HALAL tetapi bagi orang lain sentiasa HARAM, memang parti PAS ini sebuah Parti Haramjadah!

Terbaru, ada perbezaan pendapat dikalangan pemimpin mereka. Ada yang berhasrat untuk kembali ke asal dengan melihat kepada perpaduan Melayu dan Perpaduan Islam manakala ada yang masih keras kepala sambil memegang kepalabatunya yang diselimuti serban sebesar bakul tetap tidak mahu bersatu sesama Melayu dan masih memegang janji untuk berkerjasama dengan Parti DAP yang nyata cucu-cicit pengganas komunis. Nyatalah Setan didalam lilitan serbannya itu lebih kuat menghasut untuk membenci bangsa sendiri dan sesama Islam tetapi berkerjasama dengan bangsa lain yang berlainan Agama.

Dalam hal ini, Tuan Guru Nik Aziz memang telah telah kehilangan halatuju dan sudah tidak layak lagi memimpin umat Islam di negara kita ini. Cuba kita perhatikan pandangan dan fatwanya yang berbeza-beza dari dulu sehingga sekarang. Ada satu setan dalam Parlimen yang menjerit-jerit, jika yang menjerit itu UMNO apakah hukumnya? Dan jika yang menjerit-jerit itu orang PAS apa pula hukumnya? Saya rasa tidak banyak bezanya diantara pendapat Tuan Guru Nik Aziz dengan fatwa yang Ulamak Lim Kit Siang berikan.


Klik Untuk Baca Tajuk Blog:

Nik Aziz Dan Syaitan

Singkirkan Nik Aziz


PAS Dengan Angkuh Tolak Perbincangan



Tanda-tanda Perpaduan UMNO - PAS

7 comments:

TAAVEEKUN PERAK said...

MMg betul ungkapan ini iaitu MENGUNDI PAS ADALAH MENYOKONG KEMUNGKARAN.

Apache said...

PAS = Parti Ajaran Sesat..

azlishukri said...

betul sangat tulisan ni tuan, biar ramai yang tahu siapa dipihak yang benar.

MK IV said...

adus pedih aku baca tajuk tulisan ko tu bro...

Anonymous said...

Salam...
cuma nk berkongsi satu bayangan..politik itu seperti mencari emas dalam lumpur..bile seorg ulama terlibat dgn politik..kita bayangkan bagaimana pakaian dan jiwanya yg penuh dgn lumpur hanya utk mencari emas...kerana itulah ade ulama-ulama di M'sia tidak mahu terlibat dgn politik...status apa yg layak utk golongan-golongan yg konon nye ulama ini bile terlibat dgn politik???

.@blogger.com said...

Salam,
Rahman-AhChong-Muniandy,Apache,Muhammad Azli Shukri, det dan geefadzli ~ terima kasih atas komen yang diberikan. Mungkin tajuk dan kata-kata saya disini agak kasar tetapi apa lagikah ungkapan yang lebih layak untuk mereka? Dan kadang-kadang kata-kata mereka terhadap kita adalah lebih kasar lagi dari ini. Saya hanya menyatakan apa ada dalam hati saya sendiri selama ini.

kelambuharimau said...

sebenarnya bukan umno yang terdesak.tetapi pas yang terdesak sebab PRU 13 nanti calon Pas hanya banyak diletakan di DUN majoriti org melayu sahaja manakala pKR diletakan di kawasan majoriti campuran dan DAP kawasan bandar.jadi sampai bila pun PAS tak boleh nak memerintah malaysia.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...