Suara Anak Pahang - Perlu Baca
12 August, 2009
BLOG-BLOG UMNO PAHANG......HUHU
Saya telah menulis sesuatu mengenai blog tidak lama dulu - Monolog: Blogs dan Goblok (Sila klik untuk baca) Blogger SPU juga menulis mengenai blogs beberapa kali - sila klik untuk baca disini dan disini tetapi setelah itu apakah yang telah berubah?
Ya! Ada beberapa blog baru dari UMNO yang telah dibina. Ini adalah suatu perkembangan yang baik kepada UMNO sendiri tetapi setakat manakah keberkesanannya? Sebagai penyebar maklumat, blog ditulis adalah untuk dibaca, jika tulisan kita gagal sampai kepada pembaca bermakna matlamat kita telah gagal sama sekali. Baca blog UMNO Pahang sini dan Pergerakan Pemuda UMNO Penjom (sini)
Di Pahang, sepanjang pengetahuan saya ada 2 laman blog aggregator yang menggabungkan blog-blog dalam satu laman blog. Gabungan Suara Anak Pahang dan Himpunan Blog Pahang Kenapa tidak blog-blog berkenaan minta di-link-kan dari blog-blog aggregator ini untuk ianya mudah dicapai oleh pembaca?
Apakah admin. blog-blog berkenaan merasakan bahawa tugas mereka telah selesai apabila selesainya membina lama blog dan menuliskan apa yang ingin disampaikan? Tahukan mereka bahawa ada berjuta laman-laman blog dan bagaimanakan laman blog yang mereka bina boleh dicapai oleh pembaca-pembaca? Tidakkah mereka tahu bahawa sebagaimana barangan jualan lainnya, blog juga harus dipromosikan untuk diketahui ramai?
Kepada blogger-blogger UMNO (Pahang) yang baru berblog (dan masih goblok), saya cadangkan supaya jangan besar diri dan hubungi laman blog aggregator berkenaan sebagai salah satu cara untuk mempromosikan blog yang dibina, percayalah bahawa lebih banyak blog kita di-link-kan dari blog lain maka akan lebih ramai pembaca yang akan kita dapati. (Tetapi jangan samakan dengan Blog Tun Dr. Mahathir - kerana ianya berbeza sama sekali)
Bagaimanakah blog-blog UMNO mampu menentang dakyah lawan jika pembacanya hanya segelintir sahaja. Mungkin Penerangan UMNO negeri perlu memberikan sedikit 'kick-start' untuk memberikan anjakkan kepada blogger-blogger UMNO untuk lebih berdaya saing dengan blog-blog pembangkang.
Bloggers perlu didik masyarakat luarbandar - kata Ketua Pemuda UMNO Pahang. Siapa yang akan mendidik jika bloggers UMNO Pahang sendiripun masih belum terdidik? Memang wajarlah bila Pahang Daily Online kata kita Blogger UMNO Karat ~ bRAVEhEART
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian / Disclaimer
Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.
Terima kasih
5 comments:
APA KATA KITA AJAK MEREKA BERGABUNG DENGAN SAHABAT2 KITA ?
SEBAB ITU SAYA LETAK DI BLOG SAYA KOLUM UNTUK BLOG BARU.
IA KHAS BAGI MEMPROMOSI BLOGGER BARU YANG BERSEMANGAT BERJUANG UNTUK ALIF BA TA.
MOGA USAHA KITA DAN MEREKA AKAN BERJAYA.
ADA MASA BILA KITA BOLEH JUMPA ?
SALAM.
pang5 boleh ym saya atau sms atau mungkin nanti saya ke melaka 13-16hb, boleh bincang pasal tu
mereka ini bukan tahu dan nak ambil tahu sangat bab -bab ini. masing-masing nak kedarah duit projek tahu le dia orang. nak membaca dan menulis sikit amat pemalas. yang mereka tahu , bila nak pru mulalah pakai songkok senget dan songkok tinggi melangit. lepas pru maka terus ke kelab dangdut. itu jelah yang mereka tahu
Salam sdr Arif, aii! pedas dan pedih rasanya tapi apapun itu adalah kenyataan dan hakikat dan kita menyatakan kebenaran kerana kita sayangkan UMNO dan menyatakan kebimbangan menghadapi PRU13 nanti. Pematang Pasir nanti walau berapa ratus penjuru pertandingan sekalipun, BN tetap akan kalah lagi.
Salam uncle..
dieorg buat blog kerana dapat duit kot..
pastu nak tunjuk pada yang suruh wat blog tu.."keje dah siap".
hehehehehe..
Post a Comment