1. Merujuk kepada naskah ’Gerak Kerja Penerangan UMNO Malaysia’ muka/surat 7 Pendekatan 4M – Empat pendekatan bagi menjayakan misi Penerangan ialah: ...antaranya perkara 4: Media Maya (MM) seperti laman web, blog khidmat pesanan ringkas multimedia (MMS), khidmat pesanan ringkas (SMS), facebook dan seumpamanya.
2. Di m/s 12 – Media Maya:
1. Melancarkan blog dan facebook UMNO Bahagian.
2. Menghantar mesej memperkasakan perjuangan menggunakan SMS dan MMS.
3. Pertandingan mesej MMS paling kreatif sempena hari perayaan..
3. Di m/s 16 – Jentera Siber @ Media Baru
- 382 ahli UMNO dilatih jadi petugas Jentera Siber.
- 2 ahli setiap bahagian iaitu seorang lelaki dari Pemuda & seorang wanita dari Puteri UMNO.
- Tujuan wujudkan jentera siber yang cekap guna blog, YouTube dan facebook untuk menjadi nucleus dan penggerak kepada jentera media maya UMNO di bahagian-bahagian dan negeri-negeri.
- Latihan bermula bulan November 2009.
- Dibahagikan 6 zon iaitu Zon Utara (Kedah, Pulau Pinang & Perlis), Zon Tengah (Perak & Wilayah Persekutuan), Zon Barat (Selangor dan Negeri Sembilan), Zon Timur (Pahang, Kelangan dan Terengganu), Zon Selatan (Johor dan Melaka), Zon Sabah
Berdasarkan kepada perancangan itu, saya pasti UMNO serius dan bersungguh-sungguh untuk menjadikan ’media baru’ sebagai alat penting menyebarkan maklumat kepada seluruh lapisan masyarakat termasuk ahli dan bukan ahli UMNO bagi tujuan memantapkan perjuangan UMNO itu sendiri.
Namun dalam penulisan blog (dalam skop yang kita bincangkan adalah UMNO dan politik) ada beberapa perkara harus diambil kira dalam menentukan kejayaan seseorang penulis blog itu serta keupayaan blog itu menawan hati pembaca/pengunjung;
- Keupayaan menggunakan komputer (sebagai asasnya)
- Komitmen terhadap penulisan
- Mempunyai pandangan yang luas tentang isu politik semasa untuk diperbahaskan
- Kemampuan menulis dan mengolah isu dengan baik
- Keupayaan mempromosikan blog untuk dicapai pembaca
Apalah sebuah laman blog jika tidak dikunjungi pembaca? Apakah ertinya sebuah tulisan yang baik dan bernas tetapi tidak dibaca berbanding dengan sebuah penulisan yang bukanlah apa-apa tetapi dibacai ramai?
Semasa melayari internet pernah saya menjumpai laman blog UMNO Pahang yang mungkin masih baru dibangunkan, tetapi bagaimanakah produk itu dipasarkan? Kenapa tidak diselaraskan dan digunakan blog aggregator yang sedia ada bagi tujuan tersebut? Malukah kalau sesekali belajar dari orang yang dianggap bodoh sekiranya ianya benar? Apakah tercapai matlamat menyebarkan maklumat jika blog tersebut tidak dijumpai dan seterusnya tidak dibaca oleh golongan sasar?
Akan tercapaikah hasrat menjadikan media baru sebagai media alternatif bagi memperkasakan UMNO jika ianya diibaratkan sebagai senjata namun berada ditangan seseorang yang bukan perajurit?
Komen dari posting Blogger Politik Pahang Dah Tak Mboh Berblog Dah!
Apache said...
Salam bro...saya mengucap tahniah dan syabas kerana tidak pernah lari dari perjuangan yang sebenar...mungkin kerana mereka sendiri merasakan mereka mampu untuk membuat blog sendiri menyebabkan tindakan lewat dari percakapan ..tetapi mereka lupa tanpa komitmen 100% akan menyebabkan tahap keaktifan mereka akan rendah berbanding mereka yang memang berjuang melalui alam siber ini...bagi saya fakta yang baik dan perlu diperhatian...dulu kita ada Pahang daily tapi dah tah kemana....saya tetap akan bersama walaupun kadang-kadang tak aktif tetapi akan terus memberi sumbangan sekadar termampu biarpun berat mata memandang berat lagi bahu memikul...salam perjuangan
bRAVEhEART said...
Salam Sdr. Apache,
Nampaknya sdr memahami persoalan sebenar. Kita bukan lari dari perjuangan membela UMNO, tetapi UMNO bukan hanya perlukan yes man sahaja untuk memperbetulkan kesilapan mereka. Siapa lagi yang diharapkan untuk berani bersuara jika bukan kita? - beranikan hati dalam memastikan perjuangan dilandasan yang betul. Dengar dan faham jugalah suara kami ~ bRAVEhEART
pisau.net said...
tuan.
ini yang menghairankan saya,bila sampai di kuantan program umb,tak ketemu semua kwn2 blogger anak pahang,walhal ramai yg berpengalaman. .apabila saya tanya,tak terjawap pulak.
harap datuk sam beri perhatian
bRAVEhEART said...
Salam Bro Pisau,
Akhirnya sdr lebih jujur dari Dato' Sam dalam hal ini. Saya rasa tidak dihargai..harap faham perasaan saya ini.Mungkin beliau merasakan blogger UMNO yg dibentuk akan mampu berjuang untuk UMNO Phg dan tidak perlukan blogger bebas spt saya. Kerana itu dia tidak berani menjawab soalan saya diblog ini. Ini akan saya ambil ingatan selamanya, kerana itu saya lebih bebas menulis untuk diri sendiri dan untuk kebenaran ~ bRAVEhEART
Yang akan terus beranikan hati berjuang walaupun berseorangan diri ~ bRAVEhEART
2 comments:
Blogger UMNO perlukan bayaran untuk hidupkan blog berbanding PR tidak menerima upah tetapi bekerja untuk memenangkan PR secara sukarela.
Salam blogger !Malaysia,
Ada juga blog dan blogger Pakatan Rakyat yang sah-sah ditaja....termasuk kickdefella tu...dan banyak lagi jika kita berani mengakui hakikatnya ~ bRAVEhEART
Post a Comment