Siapa yang memberi rasuah dan siapa pula yang menerima?
Jabatan mana yang benar-benar bebas dari rasuah?
Apakah UMNO juga bebas dari gejala rasuah?
1.
Bila saya tidak menulis, mereka tuduh saya rajuk dan permintaan saya tidak ditunaikan. Bila saya kerap menulis mereka tuduh saya sudah kenyang dan menerima banyak habuan. Begitu buruknya hati dan akal mereka itu. Pada mereka, merekalah dipihak yang benar dan segala yang mereka lakukan adalah atas nama kebenaran.
Hukum sentiasa ada pada tangan mereka, justru mereka dengan mudah manjatuhkan hukuman semahunya. Maka halallah pada segala apa yang mereka lakukan dan haramlah pada segala apa yang kita lakukan. Sememangnya mereka ini dari kalangan puak 'haramjadah' selamanya.
Apabila kita menyekat kebebasan untuk tujuan keharmonian, mereka tuduh kita menyekat kebebasan dan hak asasi kemanusiaan. Namun apabila kita berikan mereka kebebasan, mereka tidak menghormati kebebasan itu dan pergunakannya bagi menganggu-gugat keharmonian dan kebebasan orang lain.
Mereka ini adalah makhluk yang membuat onar dimuka bumi ini atas nama perjuangan dan atas nama Islam, namun sebenarnya hati dan jiwa mereka adalah kafir laknat yang ingin menjahanamkan Islam. Merekalah syaitan yang bertopengkan Islam. Mereka adalah ejen yahudi yang ingin menghancurkan Islam.
Berita buruk untuk mereka - saya akan tetap menulis dan terus menulis walaupun ini bukan dinamakan perjuangan sekalipun........ Ini blog saya, saya menulis atau tidak ikut suka hati saya. Kepada penyokong dan pencacai puak sebelah sana, telanlah segala kemarahan kamu itu, huhu!
2.
Datuk Seri Najib telah mengumumkan 3 langkah tambahan bagi elak rasuah dalam perolehan kerajaan serta bagi meningkatkan intergiti.
Langkah-langkah itu adalah: 1) Menandatangani surat akuan pembida 2) Menandatangani surat akuan pembida berjaya (bagi yang berjaya), 3) Menandatangani teks perjanjian pencegahan rasuah dalam perolehan Kerajaan.
Memang baik langkah yang diambil itu, namun kunci pada segalanya adalah terletak kepada sikap individu itu sendiri. Apakah akan terhapu segala rasuah dalam pentadbiran kerajaan dengan cara ini nanti? Tidak mungkinkan para penjawat awam perasuah akan terus menerima dan meminta rasuah dengan cara lain pula?
Membersihkan rasuah dalam kerajaan harus dilakukan dari atas. Pemimpin teratas harus membersihkan diri mereka terlebih dahulu sebelum membersihkan penjawat awam lainnya. Jika tidak, mereka hanya akan ditertawakan oleh orang-orang bawahan mereka.
Mari bersama kita perangi rasuah. Penjawat awam yang merasakan bahawa tidak berbaloi mereka bertugas jika tidak dengan bantuan rasuah sila mohon berhenti dan kosongkan jawatan untuk mereka yang lebih jujur dan bertanggungjawab.
Semua pejabat-pejabat kerajaan terlibat dengan rasuah dan ianya semakin kritis. Kelulusan permohonan tanah juga sudah tidak dapat menyembunyikan ketidaktelusan ini jika tidak diserta dengan sogokan rasuah bagi mengangkat file berkenaan. Kerana itulah pemohonan tanah telah mengambil masa terlalu lama untuk dipertimbangkan.
Dalam masa terdekat saya akan cuba membawa kes permohonan tanah di Pahang bagi membuka mata pihak berkenaan. Dato' MB Pahang harap akan dapat membuka mata luas-luas dan jangan marah bila perkara ini dibongkarkan. Bukankah kita inginkan ketelusan? Tuan Pegawai daerah juga, jangan nanti ada rasa tersinggung bila pendedahan itu dibuat. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak mengata.
Bagi mereka yang tidak sanggup menerima teguran dan kebenaran yang akan didedahkan nanti, mohonlah notis berhenti kerja dan tinggalkan jawatan sebagai penjawat awam dengan bersih dan lebih bertanggung-jawab.
3 comments:
Salam bro, lama tak bertemu....
Dengan apa yg tuan paparkan, bagi pendapat kawan, sekurang-kurangnya PM dapat mengurangkan gejala rasuah seperti ini dari berleluasa...
Walau bagaimanapun, itu terpulanglah dengan individu yg diberi amanah, kalau sudah sememangnya sifat2 semula jadi mencari harta dengan sumber rasuah..... yg penting sejauh mana pemeberi dan penerima dapat dikesan perbuatan keji mereka...
persetan dengan mereka
Salam kepada 2 sahabat saya, YangGambi dan ArifOmar. Ini baru namanya komen, yang tulis tak tentuhala tu meracau dan gila meroyan namanya. Cucu Mamak Kutty = CMK .... macam Cucu Mat Kilau je? Hehehe
Post a Comment