Tengah malam semalam tamatlah sudah kempen Pilihanraya Parlimen Hulu Selangor. Pihak BN dan penyokong BN kelihatan mematuhi segala syarat-syarat dan peraturan semasa kempen PRK sejak hari pertama dimulakan lagi. Namun pihak pembangkang sentiasa bebuat onar dan sengaja tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan dengan harapan supaya kerajaan akan mengambil tindakan seterusnya dapatlah mereka menggunakan isu itu dan menuduh kerajaan BN tidak adil dan bertindak zalim terhadap mereka dan sebagainya. Ini sebijik macam otak Israel, tapi kita tidak heran kerana DS Anwar memang ada hubungan intim dengan pihat Israel itu. Hubungan depan dan belakang.
Pagi ini, pihak sukarela yang memerhatikan perjalanan pengundian mendapati sokongan terhadap BN adalah tinggi dan pihak BN dijangka menang mudah. Walau pun disana-sini ada sedikit kekecohan yang ditimbulkan oleh puak-puak pembangkang namun pihak berkuasa keselamatan yang telah bersiap sedia dapat mengatasinya dan meredakannya.
Rata-rata pengundi berbagai kaum, Melayu, India dan Cina dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor ini berpuas hati dengan usaha kempen calon BN yang menyatakan sokongan terhadapnya. Banyak pihak yang meramalkan BN akan menang mudah dalam PRK kali ini. Kami semua bolehlah berkemas balik dengan rasa senang hati, huhu.
No comments:
Post a Comment