26 April, 2010

KEMENANGAN BN DI P094 HADIAH UNTUK DS NAJIB



1. Berakhirlah sudah proses pengundian Pilihanraya Kecil P094, Parlimen Hulu Selangor semalam.


2. Keputusan resmi PRK P094 yang disiarkan secara langsung dari TV3 adalah seperti berikut;

Calon BN - 24,977 undi
Calon PKR - 23,272 undi
Majoriti - 1,725


3.1. Kemenangan itu membuktikan bahawa BN telah diterima semula oleh rakyat bagi terus membangunkan negara.

3.2. Rakyat telah sedar bahawa PR (PKR, Pas dan DAP) tidak mampu memberikan apa-apa perubahan selain dari memberikan janji-janji kosong yang sehingga kini masih belum tertunaikan.

3.3. Membuktikan rakyat telah menerima dan yakin kepada kepimpinan DS Najib serta gagasan Satu Malaysia-nya.

3.4. Juga memberikan isyarat bahawa parti tunggak dalam BN, UMNO telah hampir pulih dan rakyat telah kembali semula memberikan sokongan atas kepercayaan terhadap pemimpin tertinggi parti.


Ketika pengumuman keputusan PRK P094 semalam, kita tertanya-tanya kemana menghilangnya calon sebelah sana? Tidak mau kah dia mengucapkan tahniah kepada pemenang? Mungkin dia tidak menemui jalan untuk majlis pengumuman keputusan itu (kerana kakinya tessepak botol), atau kudanya sudah tidak mampu berlari?

Nota:
Cucu Mamak Kutty bukan main sumpah seranahnya. Biasalah, sikap penyokong tegar parti pembangkang memang demikian, tetapi ini blog aku, kalau aku suka komen tu aku siarkan, jika tak, hehehe ! Baliklah kepangkal jalan kerana jalan yang kau ikut itu menyesatkan.

2 comments:

one one no belen said...

Tahniah DSN,Tahniah BN.Takziah melayu.

Pendekar Melayu said...

yang tergelaknya semalam, sudah ada sms disebarkan dikalangan penyokong pembangkang mengatakan yang pkr menang. maka bersorak gembiralah juak juak pembangkang ini.

tiba tiba malam tadi, terus muram muka mereka. kesian pun ada heheheee.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...