29 April, 2010

EZAM: 1MALAYSIA NO 1 RASUAH POLITIK?

Untung sabut tenggelam, untung batu timbul!


Sila baca disini, sebuah blog kecil yang jarang-jarang hendak orang dengar suara mereka. Tetapi banyak kali saya katakan bahawa suara beginilah suara akar umbi sebenarnya dan saya sentiasa lebih cenderung untuk mendengar suara seperti ini.

Kita percaya bahawa ini bukanlah satu-satunya blog yang menyuarakan tentang isu ini, banyak lagi bahkan banyak blog-blog besar juga menyuarakannya sebelum ini. Soalnya, inilah pandangan rakyat marhaen terhadap tindakan yang diambil!

Saya melihat ini adalah antara ciri-ciri rasuah politik yang besar. Dalam kes Ezam, mula-mula ahli UMNO kemudian belot, kemudian belot lagi dan kemudian dilantik. Apakah jasanya sebagai pembelot? Patut juga dia diberikan pingat dan gelaran. Satu perjalanan yang mudah dan mungkin baik untuk dicontohi semua. Baik dijadikan trend - inilah gayanya perjalanan politik di Malaysia.

Siapa sebenarnya yang nak membenteras rasuah politik? Bila pembelot jadi pahlawan, bila penyangak jadi pemimpin. Mungkin jasanya kerana dia mendakwa ada beberapa kotak rahsia bersamanya, seperti 'Ali Baba dengan 40 orang penyamun' yang juga ada 40 tong-tong bersamanya.

Pengajaran, kalau nak jadi senator, bawaklah sekali kotak-kotak yang kita ada. Hehehe - Malaysiaku!

9 comments:

one one no belen said...

Salam.Dah memang UMNO suka pembelot.Kalau tak masakan PM yang dulu tu dpt jadi PM sedangkan dah lari pun ke S46.Bodohnya pemimpin UMNO.

Anonymous said...

Salam saudara,
Jika saudara kata Ezam pembelot kerana dia keluar masuk UMNO,kalau begitu dalam UMNO sendiri ramai pembelot.Kalau UMNO mahu rasuah Ezam dgn jawatan,sepatutnya dibuat 2 thn dulu.Tp mengapa sekarang?Pada sy,Ezam telah buktikan yg dia smmgnya boleh buat kerja dan anak jantan dlm politik.Dia telah buktikan yg dia 'deserve' jawatan itu,w'pun dia tidak meminta.Sy 10x lebih suka Ezam dpd KJ yg berckp shj tp kerja lemau.Wsallam.

Anonymous said...

aku sokong ezam jadi senator...zaman nabi dulupun nabi lantik Khalid Ibnu walid jadi panglima perang...sedangkan masa perang uhud, tentera islam kalah dengan geng khalid ibnu walid yang kafir lagi masa tu...

strategi tukar panglima mudah jadi panglima kita sudah lama diajar oleh islam...

tapi hati2 la...jangan la lantik mendadak sangat...memula senator pastu timbalan menteri...bla bla bla...

bagi ezam senator sampaio pru 13, kalau bagus naik pangkat...bertanding parlimen...tak bagus..kita bungkus...amacam?

bRAVEhEART said...

pedutorres, batul dlm UMNO ramai yg pembelot, kepada parti dan bangsa melayu sendiri dn sy setuju sukai ezam 10 kali lebih baik dari KJ, itu kenyataannya.
Sokong ezam jadi calon pru 13 tu tak tau nak katalah, kalau sy pm, tentu tidak, yg tu kena tnya pm 1 malaysia.

pandikar mustar pinang dua batang said...

kahkahkah...

bRAVEhEART said...

Pandikar mustar gigi dua batang, jgn kah kah kah sgt, nnti tertelan gigi yg masih tinggal tu, hehe

siddiq sigaraga said...

ezam tu ibarat katak dlm kotak....ape le yg dia tahu...yg dia tahu hanya tentang ada nya 6 kotak....senator katak dlm kotak

bRAVEhEART said...

Soalnya, apakah ini rasuah politik namanya? Apakah kita menghalakannya? Jika jawapannya ya, apa beza antara kita dengan Pas yg sering kita salah kan bila Halal untuk mereka dan haram untuk orang lain? Apakah kita pun sama haramjadah?

sri tribuana said...

Ezam seorang yng intelligent dan mempunyai bakat. Dia pernah tersilap menyokong Anwar, kemudian dia sedar, wajar kita bagi tempat kpdnya,kita perlukan ramai cerdik pandai membangunkan Malaysia, jika dia dh kembali menyokong perjuangan sama dgn kita, dia layak dapat.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...